Kerjaya Pengutip Sampah Mereka Juga Berjasa Kepada Kita
Gambar Pekerja Alam Flora sedang mengutip sampah
di Bandar Temerloh Tahun 2011.
Dalam kehidupan kita setiap hari ke sana sini kita pasti akan terjumpa
beberapa buah tong tong sampah yang besar yang selalu ditempatkan di
tepi tepi jalan. Jika kita tinggal di kawasan perumahan, pasti ada tong sampah disediakan di hadapan rumah kita untuk dikutip oleh pengutip sampah yang dilantik oleh pihak berwajib.
Adakalanya kita juga akan terserempak dengan
pengutip sampah yang sedang memasukkan
sampah-sampah yang ada ke dalam lori. Setelah selesai mereka akan
berpindah pula ke tong tong sampah yang lain. Adakalanya berlari-lari anak mereka mengejar ke tong yang berikutnya sementara lori sampah berjalan perlahan-lahan mnyusuri llorong-lorong dan jalan-jalan yang mempunyai tong sampah.
Begitulah rutin pekerjaan
mereka setiap hari. Kerjaya mengutip sampah juga merupakan fardhu Kifayah kepada umat Islam. Imam an-Nawawi pula menyatakan
bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas
semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat
Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh
umat Islam.
Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup
sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di
mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, pengutip sampah tetap telah meninggalkan jasa kepada kita. Lihatlah kerja mereka.
Soal bau yang tak terhidu akan kebusukannya sudah jadi biasa buat mereka
semua. Pekerja pengutip sampah ini telah lali dengan bau busuk. Bab ulat ulat yang tak terkira jumlahnya sudah jadi umpama
pemandangan seharian buat mereka.Ini belum lagi termasuk bab lelehan air
air yang hitam dan berlendir.
Seorang cleaner atau pencuci di kawasan bangunan juga tidak kurang pentingnya. Tanpa pekerja pembersihan di bangunan, kita tentu tidak selesa. Pekerja inilah yang akan membantu memastikan kawasan bangunan yang kita lalui dan gunakan sentiasa bersih. Rutin diorang ialah menyapu sampah, menyiram pokok bunga dan membuang dedaun kering.
Seorang 'cleaner' pendapatannya hanya lebih kurang RM500.00 sebulan (tahun lepas) tetapi tetap meneruskan kerja mereka tanpa keluhan. Namun begitu mereka semua akur bahawa
inilah pekerjaan mereka. Dengan cara inilah mereka memperolehi rezeki
halal untuk menyara keluarga mereka.
Siapa di antara kita yang sanggup untuk
menggantikan mereka? Kalau ada pun mungkin dalam 100 adalah 2-3 orang
sahaja manakala kebanyakan dari kita yang lain hanya akan pandai untuk
membuat aduan sampah tidak diangkut.
Sedarkah kita, tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama? Tak kanlah sampah sebungkus gula-gula pun berat untuk kita buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan di kaki lima bangunan yang kita lewati? Sama-samalah kita menjaga kebersihan tempat tinggal kita, kejiranan kita, sekolah kita, tandas kita, sungai kita, tasik kita, hutan kita dan alam kita ini.
Cuba pembaca bayangkan jika tiadanya pengutip sampah ni..Apa akan jadi pada
negara? Sampah dibiarkan membusuk, menyebabkan kebersihan tidak terjaga.
Apabila kebersihan tidak terjaga , penyakit berjangkit mudah merebak. Jika ini terjadi, musnah negara.
Gambar Masjid Nabawi dan Kubah Hijau pada zaman moden
Ada sebuah cerita yang ada kaitannya untuk saya kongsikan. Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah SAW, berkenaan seorang wanita yang kerjanya adalah membersihkan Masjid Nabawi.
Wanita ini, hari-hari membersihkan Masjid Nabawi. Kita nampak, kerjanya hanya
‘cleaner’ yang hari ini bergaji agak rendah.
Wanita itu pula
melakukannya dengan suka rela, tanpa disuruh sesiapa. Wanita tua bernama Ummu Mihjan, seorang miskin lagi tiada harta.
Pada suatu waktu, ketika akan shalat Subuh, Rasulullah SAW merasa ada
yang hilang dari kawasan masjid.
Ummu Mihjan, wanita tua yang
setiap hari selalu membersihkan Masjid Nabawi.
“Di mana Ummu Mihjan?” bertanya Nabi kepada para sahabat yang pagi itu shalat Subuh bersama beliau.
“Kami telah memakamkan dia, tadi malam,” jawab mereka.
“Mengapa aku tidak diberi kabar?” bertanya lagi Nabi.
“Sebetulnya kami ingin memberitahukan. Namun ketika kami sampai ke
rumah Rasulullah, Rasulullah sudah tidur, kami tidak berani mengganggu
tidur Rasulullah,” jawab mereka. “Maka jenazah itu kami bawa ke Baqi
dan kami menguburnya di sana.”
Maka
Rasulullah SAW meminta agar ditunjukkan kubur wanita itu.
Segera para sahabat mengantar Rasulullah menuju makam Ummu Mihjan.
Setiba di sana, beliau memimpin shalat berjama’ah yang diikuti para sahabat, dengan takbir empat kali.
“Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada Ummu Mihjan, seorang
wanita tua yang miskin, lemah, namun selalu berusaha sekuat tenaga
mempersembahkan yang terbaik bagi agama Islam,” begitu doa Rasulullah.
Lalu beliau menjelaskan bahwa kuburan itu penuh dengan kegelapan,
tapi Allah SWT akan menerangi kuburan itu karena doa Rasulullah.
Subhanallah..lihatlah peribadi mulia ini..Hanya
sebagai cleaner, namun kehadirannya dirasai oleh Rasulullah SAW, dan
Rasulullah SAW bersungguh-sungguh memuliakan pengutip sampah ini hingga
sanggup melakukan solat jenazah ghaib kepadanya.
Kita tidak boleh lagi menilai
kerja secara berpilih. Bermula daripada pengutip sampah hinggalah kepada
kerja pemandu pesawat pejuang semuanya adalah penting dan dihormati
oleh Islam selagi ianya diiringi dengan niat. Oleh
yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi
keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.
Begitulah kita memandang manusia, kemuliaan seseorang bergantung
sepenuhnya pada besarnya manfaat pekerjaan kita kepada manusia
seluruhnya. Carilah manfaat apakah dari pekerjaan kita itu,moga-moga
ianya membantu dalam meraikan manusia dan seterusnya mendekatkan diri
kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.
Berikut ialah artikel berkaitan kerjaya pekerja di Alam Flora, Pak Latif dan sahabat-sahabatnya seperti yang tersiar di akhbar Kosmo:
Tidak malu kerana kerja mulia
SELEPAS lebih 15 tahun bergelar
pekerja am Alam Flora, Latiff menyaksikan pelbagai ragam manusia
termasuk membantu menggagalkan satu kes rompakan beberapa tahun lalu.
WALAUPUN bergelumang dengan sampah serta kekotoran,
tetapi wajah-wajah inilah yang sentiasa memastikan ibu kota sentiasa
bersih dan cantik.
ANANDAN menguruskan peralatan water jet untuk menyedut sampah dan lemak beku yang terkumpul dalam longkang.