Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar SMK Lepar Hilir, Peperiksaan Percubaan PMR 2013 akan
bermula pada 29 Julai 2013. Semoga anda telah bersedia dengan bekalan
secukupnya untuk menjawab soalan-soalan yang pasti ada jawapannya.
Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Biasiswa Skim Hafiz Jakim Sesi 2013/2014
Biasiswa Skim Hafiz Jakim Sesi 2013/2014
Skim Pembiayaan Hafiz Jakim Sesi 2013/2014
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa warganegara Malaysia yang telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam dan luar negara untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz bagi mengikuti pengajian sepenuh masa / pengajian jarak jauh sesi pengajian 2013/2014
Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah IPTA Sesi 2013 Yayasan Tenaga Nasional
Biasiswa dan Pinjaman
Boleh Ubah IPTA Sesi 2013 Yayasan Tenaga Nasional
Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah IPTA Sesi 2013 Yayasan Tenaga Nasional
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yayasan Tenaga Nasional mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa bagi mengikuti program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2011.
Tarikh Tutup : 05-9-2013 (Biasiswa)
03-9-2013 (Pinjaman Boleh Ubah)
Entry saya pada 2011 dahulu mungkin boleh membantu, Biasiswa Tenaga Nasional, klik di sini
Sila klik redmore untuk membaca entry ini selanjutnya.
Tawaran Biasiswa dan Pinjaman Boleh Ubah IPTA Sesi 2013
Seminar IPT Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI) 2013 Daerah Kuantan
Seminar IPT Program Anak Yatim Permata Hati
(PERHATI) 2013 Daerah Kuantan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seminar IPT Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI) 2013 Peringkat Daerah Kuantan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar yatim Tingkatan 5 berkaitan Halatuju mereka selepas SPM.
Tarikh; 31 Julai 2013
Hari : Rabu
Tempat: BTPN Beserah, Kuantan, Pahang.
Nor Aziah Tiga beradik jadi jururawat
Nor Aziah Tiga beradik jadi jururawat
BUKAN adik-beradik, Nor Aziah bersama rakan setugas.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kerjaya jururawat adalah antara kerjaya yang sering ditanya oleh pelajar-pelajar/ klien-klien saya berkaitan halatuju kerjaya selepas SPM.
Entry saya sebelum ini berkaitan ekrjaya kejururawatan antaranya ialah Cara Menjadi Jururawat telah disiarkan pada Januari lalu, sila klik di sini untuk membacanya. Artikel tersebut telah mencapai hit pengunjung sebanyak 34 161. Terima kasih kepada bekas pelajar, rakan-rakan dan saudara mara yang sudi mewar-warkan blog ini. Kali ini kita baca kisah 3 beradik yang menjadi jururawat.
Nor Aziah Tiga beradik jadi jururawat
Jika bukan sebab ayahnya mengisi borang permohonan kursus kejururawatan, pasti sekarang Nor Aziah Othman, 27, berasal dari Pahang tidak bergelar jururawat di sebuah hospital awam.Siapa sangka, dengan hanya sekali permohonan hasil ‘tangan sakti’ ayahnya, Aziah diterima masuk ke Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan bersama adik kembarnya, Nor Afizah Othman.
Sebelum itu kakaknya, Surianizawati sudah menjadi jururawat. Meskipun hampir putus asa kerana pernah gagal sewaktu peperiksaan semester pertama, Nor Aziah tetap meneruskan pengajiannya selepas mendapat sokongan moral keluarganya.
“Awalnya, saya hampir mahu tukar bidang kerana tidak mampu meneruskan pengajian yang dirasakan sangat susah, apatah lagi ketika sekolah menengah saya tidak mengambil aliran sains tulen.
CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA
CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA JAWAPAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini ada soalan Sejarah SPM. Kepada pelajar-pelajar SMKLH dan pelayar blog cikgukaunseling, semoga entry ini bermanfaat.
Tamadun Yunani
Tamadun Rom
Tamadun India
Tamadun China
1. a) Namakan binaan yang dihasilkan oleh
tamadun di atas.
Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC)
Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC)
Mengenai Projek 1MTC
Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) .Projek 1MTC membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Latihan Awam dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimakan oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, projek ini juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.
Kursus Kejuruteraan Elektrik Institut Kemahiran Baitulmal
Kursus Kejuruteraan Elektrik Institut Kemahiran Baitulmal
Kursus Kejuruteraan Elektrik Institut Kemahiran Baitulmal
PENGENALAN :-
Modul Prodigy bantu tangani masalah pelajar
Modul Prodigy bantu tangani masalah pelajar
Ramai pihak pastinya pening kepala menangani
masalah disiplin pelajar yang hingga kini masih belum menemui jalan
penyelesaiannya.
Justeru, di manakah penyelesaian yang wajar dilakukan bagi menangani kemelut ini?
Ulangkai Soalan PMR 2013 Perlis
Ulangkai Soalan PMR 2013 Perlis
Modul Ulangkaji PMR 2013 dari JPN Perlis
JPN Perlis telah menghasilkan modul ulangkaji PMR 2013 dengan bahan kandungan yang boleh dimuatturun daripada laman web JPN Perlis sendiri. Seperti soalan ramalan pmr 2013 atau pun soalan spot pmr 2013, sudah tentu lah modul ini mengandungi banyak modul ulangkaji bagi subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Bahasa Arab, Sains, Pendidikan Islam dan Sejarah. Tahniah untuk JPN Perlis yang berkongsi bahan untuk kecemerlangan bersama! Jom kita download!

Program Ijazah Kejuruteraan UMP German 2 Dalam 1
Program Ijazah Kejuruteraan UMP German 2 Dalam 1
4 penuntut UMP bakal ke Jerman
E. H. Wernwe Vogt (tengah) dan Wan Azhar Wan Yusoff (dua dari kiri) bersama pelajar Universiti Malaysia Pahang menunjukkan surat tawaran untuk menjalani latihan industri di Jerman pada September nanti.
Berita dari Utusan pada 23 Julai 2013, Sebanyak empat daripada 16 penuntut dwi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditawarkan menjalani latihan industri di Jerman selama enam bulan bermula September ini.
Mereka yang merupakan perintis program kejuruteraan Jerman dalam bidang mekatronik berpeluang menambah ilmu pengetahuan dalam bidang kejuruteraan di negara tersebut.
Penuntut terbabit yang terpilih ialah Wan Nurul Farah Liyana Razali, 23, dan Chew Yen Ying, 23, yang ditempatkan di syarikat Robert Bosch GMBH, Mohamad Redzuan Samad, 23, di syarikat Watlow GMBH, manakala Fathi Zaidan Jamaludin, 23, pula di Syarikat Infineon di Regensburg Bavaria.
Pengarah Pusat Akademik dan Kerjaya Jerman (GACC)-UMP, Brian Trenaman berkata, universiti tersebut merupakan IPTA pertama negara ini menawarkan program kejuruteraan dwi ijazah peringkat Ijazah Sarjana Muda Automotif dan Mekatronik dengan Karlsruhe University of Applied Sciences (HsKA) dari Jerman.
"Pihak GACC turut berperanan dalam membantu penuntut mendapatkan penempatan menjalani latihan industri sama ada di luar negara atau syarikat Jerman di negara ini.
"Peluang bekerja di Jerman mampu dimanfaatkan penuntut terbabit untuk menimba pengalaman bagi memenuhi keperluan industri selain melengkapkan pengajian mereka dalam bidang kejuruteraan," katanya di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir, Dekan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Prof. Madya Dr. Wan Azhar Wan Yusoff.
Menurutnya, keempat-empat penuntut terbabit menerima surat tawaran untuk menjalani latihan tersebut di Jerman manakala sebahagiannya akan ditempatkan di syarikat Jerman yang beroperasi di negara ini.
Trenaman berkata, pihaknya turut menjemput Presiden Lembaga Penasihat HsKA, Prof. E. H. Wernwe Vogt mengendalikan beberapa program yang diatur sebagai persediaan terutama melibatkan aspek komunikasi serta memahami budaya kerja dengan syarikat di Jerman.
Bagi Wan Nurul, dia berasa bertuah kerana terpilih untuk menjalani latihan industri di Jerman yang merupakan impiannya sejak mula mendaftar di UMP.
Rakannya, Fathi pula berasa teruja selepas turut menerima tawaran daripada tiga syarikat iaitu dua syarikat di Jerman dan sebuah lagi di Malaysia yang menawarkan penempatan menjalani latihan industri.
"Walaupun berat hati berjauhan dengan keluarga, saya cekal memilih syarikat di Jerman untuk menimba pengalaman dalam bidang yang diminati," ujarnya.
Sumber; Utusan Malaysia
Masuk U dengan 1 Peperiksaan?
Masuk U dengan 1 Peperiksaan?
Pengerusi Biro Pendidikan Gerakan Lau Chin Hoon sememangnya berpendapat begitu atas dasar dwi-sistem bagi kemasukan ke universiti sekarang
Peperiksaan tunggal untuk ke universiti?
KUALA LUMPUR - Adakah masanya sudah tiba bagi Kementerian Pendidikan menimbang dengan serius untuk mengadakan peperiksaan tunggal bagi kemasukan ke universiti sebagai penyelesaian jangka panjang kepada masalah pelajar terbaik yang tidak memperoleh tempat di universiti tempatan?

INDAHNYA TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU KAYA KHAZANAH
INDAHNYA TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU KAYA KHAZANAH
T aman Negara SUNGAI RELAU, MERAPOH...Sungai Relau terletak diselatan Taman Negara
Pahang. Ia merupakan salah satu jalan masuk ke Taman Negara bahagian
selatan Kuala Tahan .Sementara pintu masuk yang berhampiran ialah Kuala
Koh Di Kelantan dan Tanjong Mentong di Terengganu.
Sungai Relau terletak 7 KM dari Bandar kecil Merapoh. ia juga terletak dipertengahan laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru, Kelantan. Di antara bandar berhampiran ialah Gua Musang (30 KM) dan Kuala Lipis (100KM). Selain itu pengunjung juga boleh ke Taman Negara Pahang Sungai Relau dengan menggunakan perkhidmatan keretapi dari Kuala Lumpur – Gemas – Tumpat. Taman Negara ini mula dibuka semenjak ogos 1993.
ia merupakan pintu masuk utama ke GUNUNG TAHAN dan turut menyediakan pelbagai aktiviti MENARIK..CABARAN..dan KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH YANG SANGAT BEHARGA
SEDIKIT FAKTA
Visitors playing with kelah, an endangered species,
at a sanctuary set up in Sungai Relau, Merapoh.
Sungai Relau terletak 7 KM dari Bandar kecil Merapoh. ia juga terletak dipertengahan laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru, Kelantan. Di antara bandar berhampiran ialah Gua Musang (30 KM) dan Kuala Lipis (100KM). Selain itu pengunjung juga boleh ke Taman Negara Pahang Sungai Relau dengan menggunakan perkhidmatan keretapi dari Kuala Lumpur – Gemas – Tumpat. Taman Negara ini mula dibuka semenjak ogos 1993.
ia merupakan pintu masuk utama ke GUNUNG TAHAN dan turut menyediakan pelbagai aktiviti MENARIK..CABARAN..dan KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH YANG SANGAT BEHARGA
SEDIKIT FAKTA
Aliran Trafik Kuantan Diubah Julai 2013
Aliran Trafik Kuantan Diubah Julai 2013
Bandar Kuantan Pahang
Perubahan trafik di bandar ini sejak 22 Julai yang lalu akan menjadi ujian paling getir hari ini (Jumaat). Ia memandangkan, sudah menjadi tradisi bandar Kuantan akan penuh sesak dengan kenderaan hari ini terutamanya selepas solat Jumaat. Ini kerana orang ramai dari Kemaman, Kerteh, Paka dan Terengganu Selatan akan turun untuk membeli-belah dan membuat urusan di sini.
KUANTAN 24 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengalu-alukan maklum balas orang ramai berhubung perubahan trafik di daerah ini yang diubah daripada dua hala kepada sehala melibatkan beberapa jalan utama bagi mengurangkan kesesakan bermula kelmarin.
Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, apa yang diharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu orang ramai tampil memberi pandangan dan cadangan bagi memperkemaskan lagi perubahan aliran trafik yang dibuat.

Ramsar Tasik Bera adalah khazanah negara
Ramsar Tasik Bera adalah khazanah negara
'Ramsar adalah khazanah negara'
TEMERLOH 24 Julai - Pencerobohan di kawasan tanah lembap atau Ramsar di Tasik Bera bukan sahaja menjejaskan ekosistem dan biodiversiti di kawasan tersebut tetapi turut menjejaskan sektor pelancongan negeri ini.
MNRB Holding Berhad ambil SMK Slim River, Perak sebagai sekolah angkat
MNRB Holding Berhad ambil SMK Slim River, Perak
sebagai sekolah angkat
Ringan beban sekolah
Syarikat pelaburan, MNRB Holding Berhad menerusi Lestari Cemerlang mengambil SMK Slim River, Perak sebagai sekolah angkat sebagai sebahagian komitmen khidmat sosialnya.Menerusi program yang dijalankan sejak 2011 itu, MNRB memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan pelbagai program berbentuk akademik termasuk Hari Anugerah Cemerlang, baru-baru ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Isu Shisha Keburukan dan Hukumnya Bagi Umat Islam
Isu Shisha Keburukan dan Hukumnya Bagi Umat Islam
Gambar Hiasan Contoh Shisa
Gambarajah menunjukkan mekanisme shisha.
- Menggunakan shisha selama 30-60 minit adalah bersamaan dengan merokok satu pek rokok!
- Shisha adalah sekurang-kurangnya sama bahaya dengan merokok.
Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan shisha haram bagi umat Islam. Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang Rabu 24 Julai 2013 lalu, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisapnya atau apa-apa aktiviti berkaitannya. Di sini turut dimuatnaik berkaitan Apa Itu Shisa dan lain-lain berkaitan Shisha. Sekian, wassalam.
Muzakarah fatwa haramkan shisha
PRO-ELT Letak guru pada tahap terbaik
PRO-ELT Letak guru pada tahap terbaik
Nilai: "Kementerian mahu guru berada pada tahap lebih baik dari segi kemahiran bahasa Inggeris supaya dapat memberikan pendidikan sempurna kepada pelajar," kata Dr Ranjit Singh Gill, Pengarah Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC).
Pusat berkenaan adalah institusi di bawah pengurusan Bahagian Pendidikan Guru berfungsi sebagai institusi latihan dalam meningkatkan kompetensi pengajaran guru bahasa berkenaan.
Cara Masukkan Prestasi PBS Tingkatan 1
Cara Masukkan Prestasi PBS Tingkatan 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. PBS adalah suatu instrumen baru menggantikan Peperiksaan PMR. Saya memuat naik artikel berkaitan PBS di blog ini sebagai kemudahan saya membuat rujukan dalam menjalankan tugas saya.
Artikel Apa Itu PBS, sila klik di sini.
Markah Gred PBS, sila klik di sini.
Bagi rakan guru yang baru pertama kali ingin login, di sini saya senaraikan langkah demi langkah cara memasukkan laporan prestasi secara atas talian.PBS BM TING 1 INSTRUMEN BAND 1
PBS BM TING 1 INSTRUMEN BAND 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. PBS adalah suatu instrumen baru menggantikan Peperiksaan PMR. Saya memuat naik artikel berkaitan PBS di blog ini sebagai kemudahan saya membuat rujukan dalam menjalankan tugas saya.
Artikel Apa Itu PBS, sila klik di sini.
Markah Gred PBS, sila klik di sini.
KEMAHIRAN
|
Mendengar dan Bertutur
|
BAND
|
1
|
PERNYATAAAN STANDARD
|
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis
|
DESKRIPTOR
|
B1 DL 1
Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah
|
EVIDENS
|
B1 DL1 E1
Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian.
|
AKTIVITI PENTAKSIRAN
|
1.Guru berbual dengan murid tentang hobi pada masa lapang.
2.Murid-murid memberikan respon kepada perbincangan.
3.Guru mengarahkan murid berbincang dengan pasangan tentang pengisian masa lapang mereka.
4.Guru meminta kedua-dua murid berbual tentang aktiviti pada masa lapang.
|
Contoh perbualan:
Murid 1: Apakah aktiviti yang anda selalu buat pada masa lapang?
Murid 2: Pada masa lapang saya suka bermain bola sepak.
Murid 1: Di manakah anda selalu bermain bola sepak?
Murid 2: Saya selalu bermain bola sepak di padang berhampiran dengan rumah
saya.
Murid 1:Siapakah yang selalu bermain dengan anda?
Murid 2:Saya selalu bermain bersama-sama dengan rakan sekolah saya.
Murid 1: Di manakah posisi kegemaran anda?
Murid 2: Saya suka bermain sebagai penyerang.
|
PBS BM Ting 1 Novel Sukar Membawa Tuah
PBS BM Ting 1 Novel Sukar Membawa Tuah
Contoh PBS Soalan Bahasa Melayu Tingkatan 1Sukar Membawa Tuah
Guru Diugut Bunuh
Guru Diugut Bunuh
Kuala Lumpur: “Bukan setakat mencari saya di sekolah untuk melepaskan kemarahan, ada menghubungi dan membuat pelbagai ugutan termasuk mahu membunuh saya,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristina, Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor, 57.
Mohamad Nasir kini menjadi mangsa kecaman selepas ada ibu bapa murid sekolah itu menyebarkan di laman sosial kononnya murid bukan Islam diarahkan pihak pengurusan sekolah makan dalam tandas sepanjang Ramadan ini.
Hakikatnya, perkara itu tidak berlaku, sebaliknya pihak pengurusan SK Seri Pristina menggunakan sebuah bilik persalinan yang baru siap dibina sebagai kantin sementara sejak Mac lalu bagi menggantikan kantin sedia ada yang terbabit dalam kerja pembinaan untuk dinaik taraf.
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan selepas melawat sekolah itu, kelmarin sambil menafikan berlaku diskriminasi kaum dalam isu ini. Bagaimanapun, kenyataan itu nyata masih tidak diterima segelintir pihak, sama ada mereka benar-benar terkeliru atau sengaja mengambil kesempatan untuk terus ‘menyerang’ Mohamad Nasir.

Subhanallah Buaya Besar Ditemui di Selangor
Subhanallah Buaya Besar Ditemui di Selangor
Subhanallah. Seekor buaya yang telah disahkan mati dijumpai oleh dua orang nelayan ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor.
Sebelum itu, nelayan yang menjumpai bangkai buaya di tebing sungai
Selangor telah menarik bangkai tersebut ke Jeti Nelayan Kampung Bukit
Belimbing dan menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman
Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya
Soalan Percubaan Sains PMR 2012 Kuala Lumpur
Soalan Percubaan Sains PMR 2012 Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini ada soalan Percubaan Sains 2012. Kepada pelajar-pelajar SMKLH pelayar blog cikgukaunseling, sila muat turun koleksi soalan percubaan Sains 2012 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sila klik 'redmore' untuk maklumat lanjut.
Soalan Percubaan Geografi PMR 2012 Pelbagai negeri
Soalan Percubaan Geografi PMR 2012 Pelbagai negeri
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini ada soalan Percubaan Geografi 2012. Kepada pelajar-pelajar SMKLH pelayar blog cikgukaunseling, sila muat turun koleksi soalan percubaan Geografi 2012 Negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sila klik 'redmore' untuk maklumat lanjut.
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR JPN TERENGGANU 2012
SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR JPN TERENGGANU 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini ada soalan Percubaan PMR Negeri Terengganu 2012. Kepada pelajar-pelajar SMKLH DAN pelayar blog cikgukaunseling, sila muat turun koleksi soalan percubaan ini.
Sila klik 'redmore' untuk maklumat lanjut.
Soalan Percubaan KHB ERT PMR 2012 Bahasa Inggeris Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Soalan Percubaan KHB ERT PMR 2012 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Soalan Percubaan PMR 2012 Sejarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Soalan Percubaan PMR 2012 Sejarah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Soalan Percubaan SPM 2012 SBP Sekolah Berasrama Penuh
Soalan Percubaan SPM 2012 SBP
Sekolah Berasrama Penuh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini ada koleksi soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, EST, Matematik, Matematik Tambahan, sejarah, Fizik,Kimia, Biologi, Prinsip Perakaunan, pendidikan Moral, pendidikan Islam, Pendidikan Al Quran dan As Sunnah, pendidikan Syariah Islamiyah, Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan.

Kepada pelayar blog cikgukaunseling, sila muat turun koleksi soalan dan skema jawapan Soalan percubaan SPM 2012 SPB di mediafire. Sila klik 'redmore' untuk maklumat lanjut.
Soalan Percubaan PMR 2012 Bahasa Inggeris Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Soalan Percubaan PMR 2012 Bahasa Inggeris Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Salam Nuzul Quran 2013 bersamaam 1434
Salam Jumaat dan Nuzul Quran 2013 bersamaam 1434
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah Pada pagi 17 Ramadan 2013 Masihi ini, umat Islam memperingati Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M.Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah). Bermula malam 17 ramadhan malam tadi, sebaik azan Isyak dilaungkan di surau perumahan saya, hujan lebat membasahi bumi seketika. Subhanallah.
Di Malaysia, ada negeri-negeri yang menjadikan peristiwa Nuzul Quran ini sebagai satu cuti umum. Tahun ini 17 Ramadhan 1434 Hijrah jatuh pada 26 Julai 2013, Hari Jumaat yang mulia. Subhanallah.
Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat
umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar
kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke
Hari Kiamat.
Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt
kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M
di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah.
Adakah Emosi Anda Terganggu
Adakah Emosi Anda Terganggu
Adakah Emosi Anda Terganggu
Emosi adalah perasaan yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Ia juga adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang ataupun takut.
Semua manusia dikurniakan perasaan dan sebaliknya terbit pula satu elemen unik yang kerap kali kita dengar iaitu emosi. Namun apa itu emosi sebenarnya dan mengapa golongan wanita dan anak muda kebiasaannya dikatakan beremosi?
Kata ‘emosi’ diturunkan daripada bahasa Perancis, Èmotion, dari Èmouvoir, ‘kegembiraan’. Emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah.

JEREBU KEMBALI LANDA PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA
JEREBU KEMBALI LANDA PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA
KUALA LUMPUR 22 Julai - Beberapa kawasan di negeri pantai barat Semenanjung seperti di sekitar kawasan pantai di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor kembali mengalami keadaan berjerebu.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Malaysia yang masih mengalami Monsun Barat Daya serta peningkatan bilangan titik panas dan keadaan cuaca agak kering pada tempoh dua hari yang lepas telah mengakibatkan berlaku jerebu.

Tahniah Bekas mat rempit pelajar terbaik LUCT
Tahniah Bekas mat rempit pelajar terbaik LUCT
Bekas mat rempit pelajar terbaik LUCT
Putrajaya: Seorang pemuda yang pernah terbabit dalam kegiatan rempit motosikal, Hairul Azwan Zakaria, 24, muncul antara pelajar terbaik ijazah pertama bidang Televisyen dan Filem Digital pada Konvokesyen Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Azwan yang berasal dari FELDA Sungai Koyan 3, Pahang, berkata beliau menyambung pengajiannya selepas melihat kesusahan ibu bapanya membanting tulang, berpanas, bekerja sebagai tukang kebun sekolah membesarkan mereka empat beradik.
PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DI KOLEJ SWASTA TAHUN 2013.
PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DI KOLEJ SWASTA TAHUN 2013.
PERMOHONAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DI KOLEJ SWASTA TAHUN 2013.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan PMR 2012 yang kini berada di tingkatan 4, Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan ke Program Kolej Vokasional di Kolej Swasta, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 15 Julai 2013 (Isnin) sehingga 21 Julai 2013 (Ahad). (Entry ini telah disiarkan apda 14Julai dan akan menajdi entry utama blog ini sehingga 21 Julai 2013 bagi memudahkan pelajar-pelajar saya membuat rujukan)
BUAH KELAPA BAKAR TEMERLOH
BUAH KELAPA BAKAR TEMERLOH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pokok kelapa dikenali sebagai pohon 1001 guna dalam masyarakat kita. Dulu masa sekolah rendah, saya masih ingat guru Bahasa Melayu menyuruh kami membuat karangan berkaitan kegunaan pokok kelapa ini.
Oklah tentang gamba di atas saya ambil di Temerloh, Pahang. Temerloh yang dikenali sebagai Bandar Ikan Patin dan Titik Tengah Semenanjung Malaysia. Banyak keistimewaan Bandar Temerloh. Bumi Tok Gajah ini sangat dekat dengan leluhur saya suatu ketika dahulu.
Buah kelapa bakar ini ada di Temerloh. Gerai menjual buah kelapa bakar di Temerloh. Ia terletak di tepi jalan dari exit Tol LPT Temerloh Menghala ke Bandar Temerloh, berhampiran simpang ke Kampung Lubok Kawah. Air kelapanya rasa enak. Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Berbeza dengan kesegaran kelapa muda, rasa hangat air kelapa bakar dipercayai mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan mengelakkan tubuh masuk angin.

Jerebu Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat
Jerebu Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat
Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat
MELAKA - Bukit Rambai di sini merupakan satu-satunya kawasan di negara ini yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 105 pada tengah hari tadi.Raikan Ramadhan Puasa bantu kecemerlangan diri
Raikan Ramadhan Puasa bantu kecemerlangan diri
ALHAMDULILLAH, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadan al-Mubarak. Salam Ramadan dan selamat berpuasa saya ucapkan khusus buat semua Muslimin dan Muslimat khasnya buat penggemar ruangan Cermin Diri.
Harapan saya, pembaca yang menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak sama-sama menjalani ibadah puasa pada hari ini.
Puasa pada bulan Ramadan ini mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah menerusi ayat 183 surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Berdasarkan ayat ini, jelas sekali pensyariatan puasa bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan malah kecemerlangan diri kita sebagai hamba kepada-Nya.
Puasa Pesakit Diabetes Type 2 Kawal hipoglisemia
Puasa Pesakit Diabetes Type 2
Kawal hipoglisemia semasa berpuasa
Artikel kesihatan ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap pelbagai masalah kesihatan tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien.Artikel ini sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan saya dalam memahami pengalaman kesakitan klien saya. Bagaimanapun klien biasanya selepas sesi kaunseling individu akan merujuk kepada pakar kesihatan terdekat.