Memandangkan kita semakin menuju ke penghujung Tahun 2013. Peperiksaan juga semakin hampir. Peperiksaan Percubaan SPM Pahang telah BERMULA pada 29 Ogos 2013 lalu. Peperiksaan PMR Percubaan sudah pun melabuhkan tirainya. Peperiksaan PMR 2013 akan bermula pada 2 Oktober 2013. Manakala Peperiksaan SPM akan bermula pada 6 November 2013 dengan Kertas BM sebagai kertas peperiksaan pertama yang bakal calon SPM 2013 duduki. Selain para guru yang semakin sibuk mengadakan kelas tambahan dan latih tubi soalan bentuk peperiksaan sebenar kepada para pelajarnya, para ibu bapa juga digalakkan membuat langkah persediaan bagi anak-anak menghadapi peperiksaan.
Pada saat-saat akhir ini, apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha dan
selebihnya berdoa agar dia mampu memberikan yang terbaik. Petua untuk membantu anak
menghadapi peperiksaan yang antara lainnya:-
1) Doa, fikir, cakap dan yakin anak akan berjaya.
2) Membentuk suasana yang tenang di rumah
3) Pengorbanan ahli keluarga dengan membantu, menemaninya sewaktu belajar dan menutup TV
4) Menyediakan getaran positif untuknya di rumah dengan mengelakkan gaduh, marah & rajuk.
Menyedari hakikat bahawa kemajuan orang Bumiputera khususnya orang
Melayu, masih jauh ketinggalan dari setiap sudut ekonomi, pelajaran,
kemahiran dan sebagainya berbanding bangsa - bangsa lain di negara ini,
maka para cendekiawan Melayu ketika itu telah berusaha menjana fikiran
rakyat Melayu maju. Justeru itu lapangan kemahiran ketukangan industri
juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk dilaksanakan.
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA, di sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka ( Lokasi tersebut dijadikan Kolej Profesional MARA ). Ia merupakan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada bulan Oktober 1968.
SELEPAS UPSR PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN , KELAS KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS TAHUN 2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para ibu bapa dan guru Tahun 6, Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan
dan Kelas Rancangan Khas Tahun 2014, boleh dibuat di Laman Web Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 01 September 2013 (Ahad)
sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara kes kauanseling yang GBK pernah kendalikan ialah perkongsian klien GBK yang sering kesedihan kerana ditinggalkan oleh ayahnya di perkarangan hospital bersama 2 adik-adik yang masih kecil setelah ibu kandung mereka meninggal dunia. Dia ditinggalkan ketika berusia 8 tahun, adik keduanya dlaam 6 tahun dan adik bongsunya 2 tahun. Dia masih ingat janji ayah untuk datang semula.
Dia masih ingat ketika itu adiknya amsih menyusu botol dan apabila adiknya sudah kehausan apabila susu botol habis, adiknya menangis. keadaan ini menarik perhatian jururawat yang lalu di kaki lima perkarangan hospital. Lalu jururawat itu memujuk adiknya. Akhirnya mereka bertiga ditempatkan di sebuah rumah kebajikan setelah ayah kandung mereka tidak muncul lagi. Ketika saya buka lagu Rintihan Seorang Anak,
Mohd Mahir menunjukkan gambar kanak-kanak yang
ditinggalkan seorang lelaki dipercayai bapanya (gambar bulat) di
pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Ipoh, semalam. - Foto
Muhaizan Yahya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ipoh Perak sedang mengesan seorang bapa yang
dipercayai meninggalkan anak lelakinya berusia empat tahun di pejabat
agensi itu di daerah Kinta, kelmarin.
Kanak-kanak terbabit yang kini ditempatkan di sebuah rumah
perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar, mengecam ayahnya menerusi
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pejabat JKM Daerah Kinta yang
merakam ketika lelaki terbabit datang ke situ bersamanya.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir,
berkata sebaik mengesyaki lelaki terbabit meninggalkan anaknya di situ,
pihaknya membuat aduan di Balai Polis Ipoh.
" Ya
ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada
guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik
pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal
fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH.
Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~"
Permohonan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Julai 2013 Sesi Januari 2014
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah
mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan, untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bagi pengambilan Januari 2014.
Kelayakan Umum
Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa
yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf
Fakir dan Miskin)
Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
Terbuka kepada lelaki dan wanita.
Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.
Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2013
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus
Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2013
1. SYARAT DAN KELAYAKAN
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
1.2 Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
Minat dan semangat warganegara Malaysia untuk berkhidmat di dalam TUDM
sebagai anggota Lain-Lain Anggota (LLP) adalah amat dialu-alukan bagi
mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara. Sehubungan dengan
itu, TUDM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi
syarat untuk hadir di lokasi-lokasi berikut bersama dokumen yang
diperlukan bagi menjalani Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM.
Temuduga di Temerloh, Pahang pada Rabu 4 September 2013 ini.
KELAYAKAN AKADEMIK
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf
denganya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus
matapelajaran Bahasa Inggeris.
Atau
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan
yang berkenan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus matapelajaran
Bahasa Inggeris diperingkat SPM.
Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1S Peta Minda Mencari Isi Penting
Aktiviti Tingkatan 1S dalam Kelas Bahasa Melayu
Gaya persembahan kunmpulan pertama dalam membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.
Perbincangan Kumpulan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara aspek dalam Bahasa Melayu ialah penulisan karangan. Namun, kebanyakan
pelajar mempunyai masalah untuk menulis karangan. Mereka
sukar untuk mencari dan juga mengembangkan idea semasa menulis karangan.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa menulis karangan
ialah
Kekurangan idea
Kosa kata terhad
Isi berulang
Oleh itu, guru berperanan untuk merangsang minda murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan.Guru
berperanan untuk merangsang minda murid dan membolehkan mereka
mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan agar pembelajaran
berlangsung
dengan berkesan. Guru
boleh menggunakan PETA MINDA bagi membolehkan murid mengembangkan isi
untuk menghasilkan karangan mereka dengan baik.
Gambar dua orang anggota tentera semasa di Hari Terbuka ATM 2013 Kuantan Pahang. Maaf nama mereka berdua saya dah terlupa. Jika mereka berdua ada terbaca artikel ni, sila tinggalkan komen ya. Terima kasih kerna mereka berdua ini sudi membenarkan gambar mereka dirakamkan dan dimuatnaik di blog ini.
Pada hari berkenaan memang panas terik tapi ramainya orang pergi ke sini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ramai pelajar saya bertanya cara hendak menjadi anggota tentera. Jadi entry ini saya catatakan di blog ini bagi memudahkan para pelajar saya membuat rujukan online di blog saya.
Bagi calon SPM 2013, Peperiksaan percubaan SPM akan diadakan bermula Khamis ini. Semoga anak-anak pelajar telah membuat persiapan mental dan lain-lain dnegan selengkapnya.
Cara Memohon Tentera Udara Diraja Malaysia
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan
minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara,
bangsa dan agama. Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat di dalam
TUDM sebagai anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TUDM, berikut adalah syarat
dan kriteria yang diperlukan:
SYARAT LANTIKAN
Warganegara Malaysia
Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun
Al Fatihah Anggota MALBATT maut di Lubnan trak jatuh gaung
Kenderaan yang dinaiki pasukan MALBATT 5 yang
terbabit dalam kemalangan di Bandar Houla, Lubnan petang kelmarin.
Kenderaan perisai condor yang ditunda turut terjatuh ke dalam gaung.
Allahyarham Sarjan Rosdi merupakan anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (MALBATT 5) berasal dari Jerantut, Pahang. Allahyarham telah meninggalkan
seorang balu, Aliza Ariffin serta tiga orang anak berusia 8, 6 dan 3
tahun. Allahyarham menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di
Lubnan (Unifil), maut apabila kenderaan kembalik yang dinaiki hilang
kawalan dan terhumban lima belas meter ke dalam cerun.
Nahas berlaku apabila kenderaan kembalik yang dinaiki Allahyarham selaku
ketua kenderaan bersama dua yang lain, terbalik ketika menunda
kenderaan perisai Condor di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran
Bandar Houla. Allahyarham Rosdi yang juga Ketua Kenderaan
terbunuh di tempat kejadian.
Manakala Nur Syahied, diterbangkan ke
Hospital St George, Beirut, selepas cedera parah pada bahagian
paru-paru. Mohamad Aizuwan pula dikejarkan ke Hospital Tibnin, untuk
rawatan lanjutInsiden itu turut menyebabkan dua lagi cedera ialah pemandu Lans Koperal
Nur Syahied Taib dan pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan,
kedua-duanya berusia 26 tahun.
Al Fatihah kita hadiahkan ke atas roh Allahyarham Rosdi, semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman. Mari kita doakan semoga dua orang lagi anggota MALBATT yang cedera parah agar segera sembuh. Amin. Salam ketabahan dan slaam takziah buat seluruh ahli keluarga wira negara ini.
Permohonan Kemasukan ke Program Pra-Diploma, Diploma dan
Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Disember 2013
Calon lepasan SPM / Setaraf, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti,
Matrikulasi, Diploma Politeknik, Sijil Institut Kemahiran PERDA /
Institut Pertanian Malaysia dipelawa untuk memohon ke Program
Pra-Diploma, Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Disember 2013
secara Online
Dengan
segala hormatnya dimaklumkan Yayasan Felda ingin mempelawa anak-anak, cucu-cucu peneroka dan anak
kakitangan Felda atau bukan warga FELDA untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di
Kolej Yayasan Felda
Terbuka kepada individu berusia 18 - 25 tahun,
sekurang-kurangnya lulus SPM, belum berkahwin, sihat tubuh badan dan tiada
rekod jenayah.
Terdapat 4 buah kampus Kolej Yayasan Felda iaitu:
Kolej Yayasan Felda Kelana
Jaya,
Kolej Yayasan Felda Trolak, Perak.
Kolej Yayasan Felda Mempaga dan
Kolej Yayasan Felda Raja Alias, Negeri Sembilan.
Kolej Yayasan Felda menawarkan 14 jenis kursus kemahiran
iaitu:
MAKLUMAT LENGKAP KOLEJ/INSTITUT OLEH PIHAK FELDA TAHUN 2013
Pembiayan pengajian dan kursus adalah berbentuk pinjaman . Bayaran kembali
Pinjaman perlu di jelaskan oleh pelajar (peminjam) selepas 6 bulan menamatkan
pangajian.
Berikut adalah adalah keterangan pinjaman mengikut kategori kursus yang di
tawarkan oleh felda:-
1-kursus peringkat sijil.
-kaedah penajaan bagi peringkat sijil
di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk GERAN akan di
berikan sebanyak RM 5,000.00 .sekiranya kos melebihi RM 5,000.00 bakinya adalah
berbentuk pinjaman.
2-kursus peringkat diploma.
-Kaedah pinjaman bagi peringkat
diploma di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk
pinjaman,boleh ubah tanpa faedah mengikut keputusan peperiksaan pelajar (CGPA)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selain bekerjasama dengan kolej-kolej dan institut-institut pengajian
yang di iktiraf, FELDA juga telah membina kolej-kolej Yayasan FELDA mereka
sendiri bagi membolehkan warga generasi FELDA meneruskan Pendidikan ke
tahap Tertinggi dan tidak ketingalan dari Arus Pendidikan Global dan
Glokal. Entry ini saya memuatkan tentang Kolej Yayasan FELDA Mempaga, Karak, Pahang.
PENGENALAN
PenubuhanYayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah
(Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras
dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan
sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi
masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula
beroperasi pada tahun 1999.
Permohonan Ke Pra Diploma Politeknik Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) Disember 2013
Permohonan Kemasukan ke Program Pra Diploma Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) disember 2013
(Artikel adalah secara auto publish yang saya telah susun pada Ahad, 18/8/2013. Oleh itu sebarang pertanyaan online tidak saya daat jawab waktu ketika artikel ini disiarkan kerana saya sedang bertugas. Tq) Tujuan Pelaksanaan Program
Menyediakan laluan sambung pelajar, khas bagi lepasan SPM yang tidah
memenuhi syarat minimum kemasukan politeknik terutamanya bagi golongan
berpendapatan rendah. Keluarga atau isi rumah berpendapatan kurang
daripada RM3000 sebulan.
Jabatan Pengajian Politeknik membuka
peluang ini kepada pelajar-pelajar berbangsa India di seluruh Negara untuk
mengambil peluang yang ada ini dengan memohon untuk melanjutkan pelajaran ke
Politeknik di dalam membina masa depan yang cemerlang dan gemilang. Program
selama 6 bulan ini terbahagi kepada kepada 2 iaitu Pra Sains dan Pra
Perdagangan.
PERMOHONAN PINJAMAN IJAZAH PERTAMA DI INDONESIA , MESIR & JORDAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2013 / 2014
PERMOHONAN TAWARAN PINJAMAN ( IJAZAH PERTAMA) KEPADA PELAJAR YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI INDONESIA , MESIR & JORDAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2013 / 2014
YAYASAN KELANTAN DARULNAIM ( YAKIN ) adalah
sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1981 hasil dari
percantuman dan pemansuhan dua buah badan berkanun terdahulu iaitu
Yayasan Kelantan dan Kumpulan Wang Amanah Kebajikan Darulnaim
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia rakyat Negeri
Kelantan Darulnaim. Permohonan tawaran
pinjaman untuk mengikuti kursus bagi peringkat Ijazah Pertama DI Mesir, Jordan dan Indonesia dibuka pada 18 OGOS 2013.
Permohonan tawaran
pinjaman untuk mengikuti kursus bagi peringkat Ijazah Pertama Sesi 2013 /
2014
Permohonan Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2013
Permohonan ke Politeknik Pelajar Berkeperluan Khas Sesi Disember 2013
Permohonan dibuka kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran)
lepasan tingkatan lima daripada Sekolah Pendidikan Khas kelolaan
Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia atau Program
Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.
Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup walaupun setelah kita mati...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di dalam kehidupan ini, setiap insan akan diuji, samada dengan ujian kesenangan mahupun kesusahan. Saya telah menemui beberapa insan di dunia ini yang tabah dan cekal hati meskipun menghidap kanser.
Kehidupan perlu diteruskan. Kematian adalah suatu kepastian, samada disebabkan dengan penyakit, kemalangan, kebuluran atau peperangan atau apa sahaja. Kerana kita makhluk ciptaan Tuhan, kita tetap akan mati. Cuma bagi mereka yang diuji dengan kesakitan samada kesakitan disebabkan kanser, dan lain-lain penyakit yang biasanya dikatakan tiada harapan untuk hidup lama, sekurang-kurangnya kita telah dapat bersedia untuk menghadapi kematian apabila doktor memberitahu tentang status kesihatan kita. InshaAllah, Allah datangkan ujian kepada kita hamba ciptaanNya sebab Allah sayangkan kita. Biasanya manusia bila diuji dengan kesusahan dia akan lebih ingatkan Tuhan....
Apapun yang berlaku, kehidupan perlu diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, teruskan berbakti buat insan sejagat, biar sekecil zarah, bila dibuat kerana Tuhan InshaAllah ada pahala di sisi Tuhan buat bekalan insan ke alam baqa'...
Di bawah ini adalah artikel Kesihatan yang saya petik Daripada Akhbar Berita Minggu
Bisikan Maut Pesakit Kanser
Sukar terima hakikat, bayang kematian dorong pesakit kanser bunuh diri
Kereta model terbaharu keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton), Suprima S, yang dilancarkan semalam adalah model hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa Turbo 1.6 liter. Sebagaimana yang diketahui, Proton Holdings Bhd pada Sabtu 17 Ogos 2013 telah melancarkan model
terbaru versi hatchback Proton Suprima S ini.
Kereta Suprima S model hatchback mampu milik pertama bagi generasi baru, untuk pasaran tempatan dan global.
Proton Suprima S yang dilengkapi pelbagai ciri teknologi
dan keselamatan terkini, turut menerima anugerah lima bintang dalam
program Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) selepas dinilai
menerusi tiga ujian perlanggaran iaitu meliputi bahagian depan dan sisi
oleh pakar bebas di makmal khas di Australia.
DR. MAHATHIR (kanan) bersama Mohd. Khamil (tengah) dan
Lukman bergambar bersama kereta Proton Suprima S pada majlis
pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 Negeri Pahang, anda telah pun selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada Ramadhan lalu. Kepada
calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri
dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari. Selepas ini
guru-guru akan berbincang
mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda.
Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan
anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti.
Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak
sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR.
Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda
sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya
kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih
ada.
Bagi calon SPM peperiksaan percubaan
SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini. Di sini saya kongsikan Tip Belajar Untuk Peperiksaan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hujung minggu yang tenang. Mendung berarak kala Ramadhan telah menutup tirai Ramadhan 1434 Hijriah. Gerimis mengundang di gamitan Panggilan Haji. Andai masih ada kali di sini, pasti ku turuni jua kerana kali itu anugerah Ilahi. Namun kali yang ada di hadapan ini kian mengecil dan mungkin adakah ia suatu masa nanti.
Syawal masih berbaki beberapa hari lagi. Cuaca dingin mengigit tulang. Matahari bagaikan enggan menjengukkan diri. Di sebalik saki baki Banjaran Tulang belakang tanah semenanjung, mentari pagi mula menyinari bumi Tok Gajah ini. Cahayanya tetap bersinar menerangi alam. Tinggal sahaja ada yang tersesat di dalam sirnanya cahaya kala kabus masih memayungi bumi.
Kawan, sejak 1511, ketika Kota Melaka diserang Portugis, perjuangan membebaskan Nusantara dari belenggu penjajah telah bermula. Kini, 31 Ogos 2013 kian menghampiri. Ia adalah tarikh keramat Malaysia merdeka dari cengkaman penjajah. Ayuh kawan, mari hayati pesanan dari seorang
tokoh Ulama', guru, pendidik, murabbi dan tokoh pembangun pemikiran umat Islam di Nusantara. Seorang yang dikenali dalam Sejarah Pendidikan Awal Tanahair sebelum kemerdekaan, TOK KENALI atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad. Al Fatihah kita hadiahkan ke atas roh Allahyarham Muhammad Yusuf bin Ahmad, klik di sinidan semua pejuang tanahair kita sejak jatuhnya Kota Melaka pada 1511 ke tangan penjajah barat, Tok Bahaman(kisahnya klik di sini) .....
Di sini dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan oleh Tok Kenali iaitu:
Bahaya Merokok:
Perokok itu terhina, dungu,
membazir
dan keji,
kerendahan bagi penagihnya, pasti,
Darinya menguap kentut yang
busuk dan diluati.
Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana
peribadi.
Syair Bahaya Merokok Puisi yang didendangkan oleh Tok Kenali diwarisi daripada Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad Bin Ahmad Zain Mustafa aal-Fathani. Puisi ini terkenal kerana baitnya melucukan tetapi mempunyai maksud mendalam.
Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru yang dedikasi,
pelajar-pelajar dan juga kepada semua ibu bapa yang prihatin memilih
pendidikan terbaik buat anak-anak untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Penggal 2
dan Cuti Hari Raya Aidilfitri, maka pada Isnin esok 19 Ogos 2013,
semua warga pendidik dan anak-anak didik SMK Lepar Hilir akan kembali ke sekolah. Justeru itu saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas
kepada semua guru dan selamat kembali belajar kepada
semua pelajar. Semoga semua warga SMK Lepar Hilir selamat kembali ke sekolah semula pada hari Isnin 19 Ogos 2013.
Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari
Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah.
Kepada semua pelajar, sesungguhnya belajar adalah tugas anda dan
tanggungjawab anda. Sekiranya tugas guru mengajar, tugas ibu bapa anda
mencari nafkah (bekerja), maka tugas anda hanyalah belajar.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada Lepasan SPM 2012 DAN setaraf, yang belum lagi melanjutkan pengajian ke mana-mana IPTA, Dimaklumkan permohonan ke UITM Ambilan Disember 2013 sedang dibuka.
Khususnya kepada lepasan SPM SMK Lepar Hilir, SMK Jengka Pusat 2, SMK Jengka 2, rebutlah peluang ini segera.
(Artikel ini telah disiarkan pada 14 Julai 2013 dan akan menjadi entry utama blog ini sehingga 15 OGOS 2013 bagi memudahkan pelajar saya membuat rujukan)
PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM DIPLOMA/ASASI UNDANG-UNDANG/SARJANA MUDA
SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA SESI AKADEMIK 2 2013/2014 TELAH MULA DIBUKA
MULAI 01 JULAI 2013 (ISNIN) PADA JAM 10.00 PAGI. PANDUAN PERMOHONAN
Al fatihah kita hadiahkan kepada semua saudara SeIslam kita yang telah meninggal dunia...
Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak swasta yang menaja pelajar baharu untuk
melanjutkan pelajaran ke Mesir diminta supaya menangguh penghantaran
pelajar berkenaan demi keselamatan mereka berikutan pergolakan yang
semakin memuncak di negara itu.
Banyak jenazah masih belum dikenalpasti
KAHERAH 16 Ogos - Dua hari selepas pasukan
keselamatan melancarkan operasi pembersihan ke atas dua buah kem utama
penunjuk perasaan pro-bekas Presiden, Mohammed Mursi di sini dan
menyebabkan beribu-ribu orang maut, penduduk bandar raya ini kini
meratapi kematian mangsa.
ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013
Sebagai pecinta ilmu dan inovasi, walaupun saya tidak terlibat dalam invovasi berkenaan, saya memuatnaik 4 artikel berkaitan Pemenang Pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) iaitu USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013, UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013, Penyelidik UTHM cemerlang di ITEX’ 2013dan ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013).
ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013
USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013
DR. OMAR Osman (kiri) bermesra dengan pemenang-pemenang pingat emas pada
pameran ITEX 2013 di ibu negara pada 9 - 11 Mei lalu. USM mencapai
kejayaan cemerlang dalam ITEX 2013 dengan memenangi 13 pingat emas dan 2
pingat perak. - BERNAMA
PROF. Hanafi Ismail (kiri) dan pembantu penyelidik, Indrajit Rathnayake menunjukkan produk yang direka iaitu r-RubFoam-A Novel Solution for Global Oil Spills
yang memenangi anugerah khas diiktiraf oleh negara Korea dan pingat
emas pada pameran ITEX 2013 yang berlangsung di ibu negara pada 9 - 11
Mei lalu. - BERNAMA
UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013
ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013)
Kolej ADTEC Kulim, Kedah buat kali keduanya
memperoleh pingat emas dan Russian Award dalam pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013), baru-baru
ini.
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .