Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Ke Pra Diploma Politeknik Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) Disember 2013

Permohonan Ke Pra Diploma Politeknik Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM)  Disember 2013

 Permohonan Kemasukan ke Program Pra Diploma Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM)  disember 2013

(Artikel adalah secara auto publish yang saya telah susun pada Ahad, 18/8/2013. Oleh itu sebarang pertanyaan online tidak saya daat jawab waktu ketika artikel ini disiarkan kerana saya sedang bertugas. Tq)

Tujuan Pelaksanaan Program
Menyediakan laluan sambung pelajar, khas bagi lepasan SPM yang tidah memenuhi syarat minimum kemasukan politeknik terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah. Keluarga atau isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.


Jabatan Pengajian Politeknik membuka peluang ini kepada pelajar-pelajar berbangsa India di seluruh Negara untuk mengambil peluang yang ada ini dengan memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik di dalam membina masa depan yang cemerlang dan gemilang. Program selama 6 bulan ini terbahagi kepada kepada 2 iaitu Pra Sains dan Pra Perdagangan.

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM

 
Syarat Am
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak melebihi 23 tahun ketika memohon
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak mendapat mana-mana tawaran untuk pelanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam lain



Syarat Akademik
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan KEPUJIAN dalam 3 mata pelajaran serta memenuhi syarat minimum berikut :
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan


Sila download borang permohonan di bawah ;

SILA HUBUNGI:

 Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313
Faks : 03-8891 9319 



Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Jabatan Pengajian Politeknik(Ambilan) di http://www.politeknik.edu.my/


 INFO BERKAITAN PROGRAM INI YANG DIPETIK DARI BLOG UNIT HEPPOLITEKNIK MUADZAM SHAH SUMBER  KLIK DI SINI:


Dasar Kerajaan iaitu Program Mengubah Destini Anak India Malaysia telah dilancarkan di Politeknik Port Dickson bagi membantu anak-anak daripada kaum India yang berpendapatan kurang dari RM 3,000.00 dan tidak mempunyai syarat minimum bagi kemasukan ke Politeknik KPTM diberi peluang kedua mengubah nasib diri mereka. Tawaran ini khas ditujukan kepada anak-anak daripada masyarakat India yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan apa yang lebih penting adalah mereka ini golongan yang berpendapatan rendah yang perlu diberi bantuan. Dengan cara ini diharapkan mereka dapat mengubah diri dan nasib mereka di dalam menuju kearah peningkatan ekonomi keluarga dan Negara. Program ini adalah satu program Pra-Diploma yang memberi laluan khas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kaum India di Negara kita.
 Ini adalah satu lagi usaha kerajaan membantu mereka yang tidak bernasib baik untuk mengubah nasib mereka selaras dengan system pengajian tinggi yang memastikan semua golongan berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA. Melalui program Pra –Diploma ini juga, peratusan kemasukan pelajar India di Politeknik dapat ditingkatkan melebihi 10 peratus bagi setiap tahun. Berdasarkan daripada perangkaan yang dibuat didapati bahawa pada tahun 2012 sebanyak 3,910 daripada 110,513 permohonan kemasukan ke politeknik bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia adalah daripada kaum India. Bagi meningkatkan lagi populasi ini, kaum India seharusnya diberi akses untuk menerokai 60 program teknik dan vokasional yang ditawarkan di politeknik dan seterusnya dan seterusnya memberi peluang kepada mereka merebut peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .