Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 2018

Anda Sedang Belajar Undergraduate Pendidikan?Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 2018 sedang dibuka.Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

PERMOHONAN KE IKBN AMBILAN JULAI 2018

Lepasan SPM Jom Mohon Jom Masuk IKBN 2018 Mohon Lalu UPU 2018 Segera. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

UPU 2018

UPU 2018 2 HARI SAHAJA LAGI PERMOHONAN UPU 2018 AKAN DITUTUP

ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SEKUIRITI 2018

Lepasan STPM? lepasan Matrikulasi KPM? Jom Mohon ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SEKUIRITI 2018. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU 2018 Diploma Vokasional

Anda sedang mencari biasiswa? Berita gembira untuk anda yang sedang belajar diploma vokasional, kemahiran dan diploma. Jom Mohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU 2018. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

KERJAYA PERGURUAN

Lepasan SPM Jom Mohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG KPM. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Sistem e-MAS UPU

Sistem e-MAS UPU 2016. Semak Syarat Kemasukan ke IPTA ILKA. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Surat Cinta Suami

Surat Muhasabah Cinta Seorang Suami Kepada Isterinya. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2008/06/01

Akta Pencen (pindaan) 2008 Diluluskan, Pencen Dilanjut Kepada 58 Tahun

Akta Pencen (pindaan) 2008 Diluluskan, Pencen Dilanjut Kepada 58 Tahun

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan Akta Pencen 1980 yang diberi nama Akta Pencen (Pindaan) 2008 yang membolehkan umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun, berkuatkuasa 1 Julai ini.

Akta berkenaan membabitkan pegawai dan kakitangan yang bekerja sepenuh masa, bagaimanapun pegawai yang berkenaan diberikan pilihan untuk bersara pada umur persaraan wajib pada umur 55 atau 56 tahun seperti yang dipilihnya sebelum 1 Julai.

Dewan Rakyat juga meluluskan Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2008.

Rang Undang-undang itu akan membabitkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan tetapi jumlahnya belum lagi dapat ditentukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Johari Baharum berkata berdasarkan kajian terperinci yang dilaksanakan pada 2001 apabila umur persaraan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun, lanjutan umur berkenaan tidak memberi kesan kepada pengangguran.

"Pelaksanaan ini juga tidak ada tujuan politik. Kalau ada tujuan politik kita dah lakukan sebelum pilihan raya. Lagipun ia hanya membabitkan 31,000 peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam sedangkan jawatan kosong yang ada ialah sebanyak 200,000. Peluang pekerjaan tidak terjejas," katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di sini, Khamis.

Beliau berkata kerajaan juga akan menimbangkan umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun secara berperingkat.

Katanya umur persaraan berkenaan dianggap tidak menimbulkan masalah kerana ramai lagi kakitangan yang boleh bertugas dengan umur berkenaan dan terdapat anggota polis yang dipanggil semula untuk bekerja kerana mereka mempunyai kepakaran yang tidak ada pada pegawai yang sedia ada.

"Pada sesi akan datang saya akan buat taklimat khas dengan pegawai pencen dengan Anggota Parlimen dan Yang Berhormat boleh cadangkan yang lebih baik pada masa akan datang. Saya telah menjelaskan harapan supaya tidak menghampakan hasrat kerajaan di sebalik keputusan melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka”.

Beliau berkata anggaplah ini bukan tempoh makan gaji tetapi peluang keemasan untuk memberi jasa kepada rakyat dan negara.

Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum menangguhkan persidangan berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan perjalanan dewan dan ia boleh dipertingkatkan lagi sekiranya beberapa insiden yang Anggota Parlimen sendiri maklum tidak berlaku.

"Berdasarkan pandangan kita bersama, saya menaruh harapan yang menggunung tinggi supaya pada masa akan datang kita akan dapat memperbaiki kelemahan. Kalau ada jarum yang patah jangan simpan dalam peti, kalau ada silap dan salah marilah sama-sama kita perbaiki," katanya.

Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Gawai dan Kaamatan terutamanya kepada Anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Tiga Rang Undang-undang diluluskan pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang bermula 28 April lepas dan tamat hari ini.

Sidang dewan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.


BERNAMA:29 Mei 2008
Share:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (479) Halatuju (354) selepas SPM (347) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (128) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (55) Institusi Kemahiran (53) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Halatuju Selepas STPM (44) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (27) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Kerjaya Vokasional (16) Sijil Kemahiran Malaysia (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Akauntan (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) IKBN (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (9) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Kewangan (6) Kerjaya Pemprosesan Makanan (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) Asasi IPTA (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya ICT (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) Program Sijil (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Diploma (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL