MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 2015
Di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre
Kuantan, Pahang Darul Makmur
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 2015
‘Merealisasi Transformasi: Memperkasa Inovasi, Menjulang Produktiviti”
pada 24-26 November 2015
di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre,
Kuantan, Pahang Darul Makmur
"... kreativiti dan inovasi harus dibudayakan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Kini, pengguna dan rakyat meletakkan ekspektasi yang tinggi terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh perkhidmatan awam.."
By Puan Ummi Saturday, August 17, 2013
ADTEC, Halatuju, ILKA, Institut Latihan Kemahiran Awam, IPTA, kerjaya, Kerjaya Aliran Sains, Kerjaya Penyelidik, Rekacipta, Sains dan Inovasi, UMP, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, USM, UTHM
ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013
Sebagai pecinta ilmu dan inovasi, walaupun saya tidak terlibat dalam invovasi berkenaan, saya memuatnaik 4 artikel berkaitan Pemenang Pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) iaitu USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013, UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013, Penyelidik UTHM cemerlang di ITEX’ 2013 dan ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013).
ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013
USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013
DR. OMAR Osman (kiri) bermesra dengan pemenang-pemenang pingat emas pada
pameran ITEX 2013 di ibu negara pada 9 - 11 Mei lalu. USM mencapai
kejayaan cemerlang dalam ITEX 2013 dengan memenangi 13 pingat emas dan 2
pingat perak. - BERNAMA
PROF. Hanafi Ismail (kiri) dan pembantu penyelidik, Indrajit Rathnayake menunjukkan produk yang direka iaitu r-RubFoam-A Novel Solution for Global Oil Spills
yang memenangi anugerah khas diiktiraf oleh negara Korea dan pingat
emas pada pameran ITEX 2013 yang berlangsung di ibu negara pada 9 - 11
Mei lalu. - BERNAMA
UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013
ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013)
Kolej ADTEC Kulim, Kedah buat kali keduanya
memperoleh pingat emas dan Russian Award dalam pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013), baru-baru
ini.
MRSM Alor Gajah Raih Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa
Raih emas pertandingan inovasi antarabangsa
Pelajar MRSM Alor Gajah bersama guru pengiring meraikan kejayaan
menerima pingat emas dalam Pertandingan Pencipta Muda Antarabangsa
Kelapan 2012 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.Utusan Malaysia.
PENYERTAAN sulung
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Alor Gajah dalam
pertandingan antarabangsa berjaya meraih
pingat emas untuk
memartabatkan
inovasi generasi muda
Malaysia dalam bidang
sains dan
teknologi.
Guru maktab itu,
Mohamad Rizal Mukhtar berkata, dua
projek penyelidikan iaitu
D.I.Y. Fire Retardant Paint dan
Recyling Tyre
berjaya meyakinkan juri mengenai
ciptaan, inovasi serta
reka cipta
untuk dianugerahkan pingat emas di
Pertandingan 8th International
Exhibition for Young Inventors (IEYI) 2012 di Bangkok, Thailand
baru-baru ini.
"Berkat kesungguhan dan kreativiti, juri dari pelbagai negara
termasuk pensyarah berpengalaman dari Jepun berasa kagum dengan
penyelidikan serta persembahan pelajar kami," katanya dalam satu
kenyataan baru-baru ini.
SUMBER; UTUSAN MALAYSIA
SMK Agama Tun Ahmad Shah Juara Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Kebangsaan
Tuah cipta roket air botol minuman 1.5 liter
SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Ahmad Shah dari Kota Kinabalu, Sabah muncul juara tahun ini.
KETEPATAN sasaran roket juga dinilai dalam pertandingan.
KELEWATAN untuk mendaftar pada masa yang ditetapkan mungkin boleh
menyebabkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Ahmad Shah dari
Kota Kinabalu, Sabah tersingkir daripada Pertandingan Teknologi
Pelancaran Roket Kebangsaan (PTPR) 2012 yang berlangsung minggu lalu.
Namun, walaupun menjadi peserta terakhir yang mendaftar, mereka
berjaya mengungguli program tahunan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) yang
sudah pun memasuki tempoh sedekad penganjurannya.
Ibarat kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada
siapa yang tahu, begitulah yang boleh digambarkan terhadap kejayaan yang
dicapai wakil dari negeri di bawah bayu itu.
Salah seorang peserta, Suhardi Hablee, 16, mengakui kemenangan
tersebut merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai buat mereka.
“Pasukan kami lewat sampai untuk mendaftar disebabkan beberapa
masalah teknikal. Malah, ketika melancarkan model roket air yang telah
dicipta, kami tidak sempat memakai baju rasmi pertandingan.
“Sebaliknya, kami yang tiba di sini dengan lengkap berbaju Melayu
terus menuju ke padang kerana nama pasukan telah dipanggil untuk
mempamerkan hasil ciptaan kami. Tetapi, Alhamdulillah, hasilnya amat
membanggakan,” jelas Suhardi ketika ditemui Kosmo! selepas tamat
pertandingan.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .