Kadet UPNM
2013/08/31
Halatuju Selepas SPM Cara Menjadi Pegawai Kadet UPNM
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Asasi IPTA, biasiswa dan pinjaman pelajaran, Halatuju, IPTA, kaunseling kerjaya, Kerja Kerajaan, Kerjaya Perajurit, selepas SPM, UPNM
No comments:

Halatuju Selepas SPM Cara Menjadi Pegawai Kadet UPNM
Kadet UPNM
Pengambilan telah ditutup pada 5 Feb 2013. Tiada pengambilan terkini bagi kategori Pegawai Kadet UPNM.
BAGAIMANA saya boleh mengetahui sesi pengambilan akan datang ?
Maklumat sesi pengambilan akan disiarkan melalui cara berikut:Petua Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi Peperiksaan
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013keibubapaan, Kemahiran Menghadapi Tekanan, Pelajar cemerlang, peperiksaan, Tip Menjelang Peperiksaan
No comments:

Petua Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi Peperiksaan
Memandangkan kita semakin menuju ke penghujung Tahun 2013. Peperiksaan juga semakin hampir. Peperiksaan Percubaan SPM Pahang telah BERMULA pada 29 Ogos 2013 lalu. Peperiksaan PMR Percubaan sudah pun melabuhkan tirainya. Peperiksaan PMR 2013 akan bermula pada 2 Oktober 2013. Manakala Peperiksaan SPM akan bermula pada 6 November 2013 dengan Kertas BM sebagai kertas peperiksaan pertama yang bakal calon SPM 2013 duduki.
Selain para guru yang semakin sibuk mengadakan kelas tambahan dan latih tubi soalan bentuk peperiksaan sebenar kepada para pelajarnya, para ibu bapa juga digalakkan membuat langkah persediaan bagi anak-anak menghadapi peperiksaan.
1) Doa, fikir, cakap dan yakin anak akan berjaya.
2) Membentuk suasana yang tenang di rumah
3) Pengorbanan ahli keluarga dengan membantu, menemaninya sewaktu belajar dan menutup TV
4) Menyediakan getaran positif untuknya di rumah dengan mengelakkan gaduh, marah & rajuk.
Memandangkan kita semakin menuju ke penghujung Tahun 2013. Peperiksaan juga semakin hampir. Peperiksaan Percubaan SPM Pahang telah BERMULA pada 29 Ogos 2013 lalu. Peperiksaan PMR Percubaan sudah pun melabuhkan tirainya. Peperiksaan PMR 2013 akan bermula pada 2 Oktober 2013. Manakala Peperiksaan SPM akan bermula pada 6 November 2013 dengan Kertas BM sebagai kertas peperiksaan pertama yang bakal calon SPM 2013 duduki.
Selain para guru yang semakin sibuk mengadakan kelas tambahan dan latih tubi soalan bentuk peperiksaan sebenar kepada para pelajarnya, para ibu bapa juga digalakkan membuat langkah persediaan bagi anak-anak menghadapi peperiksaan.
Pada saat-saat akhir ini, apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha dan
selebihnya berdoa agar dia mampu memberikan yang terbaik. Petua untuk membantu anak
menghadapi peperiksaan yang antara lainnya:-
2) Membentuk suasana yang tenang di rumah
3) Pengorbanan ahli keluarga dengan membantu, menemaninya sewaktu belajar dan menutup TV
4) Menyediakan getaran positif untuknya di rumah dengan mengelakkan gaduh, marah & rajuk.
Senarai Institut Kemahiran MARA
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Autisme, Halatuju, IKM, Institusi Kemahiran MARA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, sejarah, Sejarah Pendidikan, selepas SPM
No comments:

Senarai Institut Kemahiran MARA
Sejarah Institusi
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA, di sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka ( Lokasi tersebut dijadikan Kolej Profesional MARA ). Ia merupakan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada bulan Oktober 1968.
PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2014 DIBUKA
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Aliran Sains, PT3, Selepas UPSR
No comments:

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2014 DIBUKA
PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2014
PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2014
SELEPAS UPSR PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN , KELAS KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS TAHUN 2014
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, Sekolah Berasrama Penuh, Selepas UPSR, UPSR
No comments:

SELEPAS UPSR PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN , KELAS KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS TAHUN 2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para ibu bapa dan guru Tahun 6, Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan dan Kelas Rancangan Khas Tahun 2014, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 01 September 2013 (Ahad) sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).
Bapa Tinggalkan Anak Dicari
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013anak kecil, jiwa anak, JKM, kaunseling peribadi, keibubapaan, Kisah Masyarakat, Pengalaman Cikgu Kaunseling, prihatin, renungan
No comments:

Bapa Tinggalkan Anak Dicari
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara kes kauanseling yang GBK pernah kendalikan ialah perkongsian klien GBK yang sering kesedihan kerana ditinggalkan oleh ayahnya di perkarangan hospital bersama 2 adik-adik yang masih kecil setelah ibu kandung mereka meninggal dunia. Dia ditinggalkan ketika berusia 8 tahun, adik keduanya dlaam 6 tahun dan adik bongsunya 2 tahun. Dia masih ingat janji ayah untuk datang semula.
Dia masih ingat ketika itu adiknya amsih menyusu botol dan apabila adiknya sudah kehausan apabila susu botol habis, adiknya menangis. keadaan ini menarik perhatian jururawat yang lalu di kaki lima perkarangan hospital. Lalu jururawat itu memujuk adiknya. Akhirnya mereka bertiga ditempatkan di sebuah rumah kebajikan setelah ayah kandung mereka tidak muncul lagi. Ketika saya buka lagu Rintihan Seorang Anak,
Lirik lagu Rintihan Seorang Anak, klik di sini
Bapa tinggalkan anak di pejabat JKM diburu
Mohd Mahir menunjukkan gambar kanak-kanak yang ditinggalkan seorang lelaki dipercayai bapanya (gambar bulat) di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Ipoh, semalam. - Foto Muhaizan Yahya
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ipoh Perak sedang mengesan seorang bapa yang dipercayai meninggalkan anak lelakinya berusia empat tahun di pejabat agensi itu di daerah Kinta, kelmarin.
Kanak-kanak terbabit yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar, mengecam ayahnya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pejabat JKM Daerah Kinta yang merakam ketika lelaki terbabit datang ke situ bersamanya.
Krisis Mesir MARA nilai universiti 3 negara untuk pelajar Malaysia
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013MARA, Pelajar Malaysia di Luar Negara, Program Ijazah Luar Negara, Universiti Luar Negara
No comments:

Krisis Mesir MARA nilai universiti 3 negara untuk pelajar Malaysia
MARA akan menilai beberapa universiti di Indonesia,
India dan Jordan bagi menempatkan pelajar tajaannya yang terjejas akibat
konflik politik di Mesir.
Tiga negara itu menjadi pilihan MARA selain institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan memandangkan pergolakan di Mesir dijangka berlarutan.
Tiga negara itu menjadi pilihan MARA selain institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan memandangkan pergolakan di Mesir dijangka berlarutan.
Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Aliran Agama dan Pendidikan Islam, Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya perguruan, Pahang, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang, Selepas UPSR
No comments:

Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang
" Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~"
Petikan doa di blog SMA Ikhsan Kuantan.
Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang
" Ya ALLAH, berikanlah kesabaran, kesungguhan dan kerajinan kepada guru-guru kami mendidik kami. Jadikanlah kami anak yang soleh, baik pekerti, berhati lembut, baik budi bicara, rajin dan cerdas akal fikiran. Peliharalah kami dalam cahaya keimanan-MU ya ALLAH. Sesungguhnya hanya Engkau pemakbul segala doa. Amiin~"
Petikan doa di blog SMA Ikhsan Kuantan.
Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang
PERMOHONAN KE SMKA, SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN DAN KELAS ALIRAN AGAMA TAHUN 2014
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Aliran Agama dan Pendidikan Islam, Halatuju, kaunseling kerjaya, sekolah, Sekolah Menengah Agama, Selepas UPSR, SMKA
1 comment:

PERMOHONAN KE SMKA, SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN DAN KELAS ALIRAN AGAMA TAHUN 2014
PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN DAN KELAS ALIRAN AGAMA TAHUN 2014
Senarai Sekolah Rancangan Khas Pahang
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Halatuju, JPN Pahang, kaunseling kerjaya, Pahang, Sekolah Kelas Rancangan Khas, Sekolah KRK, Sekolah Rancangan Khas Pahang, Selepas UPSR
No comments:

Senarai Sekolah Rancangan Khas Pahang
Berikut adalah senarai 22 buah Sekolah-sekolah Rancangan Khas Negeri Pahang:SENARAI SEKOLAH KRK NEGERI JOHOR
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Halatuju, JOHOR, kaunseling kerjaya, kerjaya, sekolah, Sekolah Kelas Rancangan Khas, Sekolah KRK, Selepas UPSR
No comments:

SENARAI SEKOLAH KRK NEGERI JOHOR
BATU PAHATJOHOR BAHRU
KLUANG
KOTA TINGGI
KULAIJAYA
LEDANG
MERSING
MUAR
PASIR GUDANG
PONTIAN
SEGAMAT
SEKOLAH-SEKOLAH KRK - KLUANG
PERMOHONAN MURID KHAS KE TINGKATAN 1 DAN 4 2014.
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Kategori OKU, OKU, OKU Pendengaran, OKU Penglihatan, Orang Kurang Upaya, Pautan Orang Kurang Upaya
No comments:

PERMOHONAN MURID KHAS KE
TINGKATAN 1 DAN 4 2014.
PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS KE
TINGKATAN 1 DAN 4 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014.
APLIKASI PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS KE TINGKATAN 1 DAN 4 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2014.
SEMAKAN PENEMPATAN GURU SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 2 SEPTEMBER 2013
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Aplikasi Untuk Guru, civil servant, dunia pendidikan, Kerja Kerajaan, kerjaya perguruan
No comments:

SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 2 SEPTEMBER 2013
SEMAKAN PENEMPATAN GURU SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 2 SEPTEMBER 2013
UNTUK GURU PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)
By Puan UmmiSaturday, August 31, 2013Aplikasi Untuk Guru, Dasar Awam, dunia pendidikan, kerjaya perguruan
No comments:

APLIKASI SOKONGAN PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2013
UNTUK GURU PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)
2013/08/30
Permohonan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Julai 2013
By Puan UmmiFriday, August 30, 2013Biasiswa dan Pinjaman Kemahiran, Halatuju Selepas PT3, Institut Kemahiran Baitulmal, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, prihatin, selepas PMR, selepas SPM, Selepas UPSR
No comments:

Permohonan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Julai 2013 Sesi Januari 2014
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah
mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan, untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bagi pengambilan Januari 2014.
Kelayakan Umum
- Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
- Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
- Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
- Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
- Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
- Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
- Terbuka kepada lelaki dan wanita.
- Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.
Pengajian IKB
FELDA Global Ventures raih RM527.99j sebelum zakat, cukai
FELDA Global Ventures raih RM527.99j sebelum zakat, cukai
FGV raih RM527.99j sebelum zakat, cukai
2013/08/27
Permohonan Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS
By Puan UmmiTuesday, August 27, 2013Cara-cara Menjadi Seorang Guru, dunia pendidikan, Guru KEMAS, Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerjaya Pendidikan, kerjaya perguruan, selepas SPM
No comments:

Permohonan Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS
Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2013
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus
Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS Tahun 2013
1. SYARAT DAN KELAYAKAN
1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
1.2 Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
PERMOHONAN JADI TENTERA PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 50
By Puan UmmiTuesday, August 27, 2013Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Perajurit, selepas SPM, Sijil Kemahiran Malaysia, SKM
No comments:

PERMOHONAN KERJAYA TENTERA
PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 50
IKLAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TUDM SIRI 50
Minat dan semangat warganegara Malaysia untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-Lain Anggota (LLP) adalah amat dialu-alukan bagi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara. Sehubungan dengan itu, TUDM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk hadir di lokasi-lokasi berikut bersama dokumen yang diperlukan bagi menjalani Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM.
Temuduga di Temerloh, Pahang pada Rabu 4 September 2013 ini.
KELAYAKAN AKADEMIK
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris.
Atau
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris diperingkat SPM.
LAIN-LAIN KELAYAKAN
Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1S Peta Minda Mencari Isi Penting
By Puan UmmiTuesday, August 27, 2013about me, Cara Buat Nota, dunia pendidikan, Pengalaman Cikgu Kaunseling, peta minda, SMK Lepar Hilir
No comments:

Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1S Peta Minda Mencari Isi Penting
Aktiviti Tingkatan 1S dalam Kelas Bahasa Melayu
Aktiviti Tingkatan 1S dalam Kelas Bahasa Melayu
Gaya persembahan kunmpulan pertama dalam membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.
Perbincangan Kumpulan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara aspek dalam Bahasa Melayu ialah penulisan karangan. Namun, kebanyakan
pelajar mempunyai masalah untuk menulis karangan. Mereka
sukar untuk mencari dan juga mengembangkan idea semasa menulis karangan.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid semasa menulis karangan
ialah
- Kekurangan idea
- Kosa kata terhad
- Isi berulang
Oleh itu, guru berperanan untuk merangsang minda murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan. Guru berperanan untuk merangsang minda murid dan membolehkan mereka mengintepretasikan mesej yang ingin disampaikan agar pembelajaran berlangsung
dengan berkesan. Guru
boleh menggunakan PETA MINDA bagi membolehkan murid mengembangkan isi
untuk menghasilkan karangan mereka dengan baik.
Cara Memohon Tentera Udara Diraja Malaysia
By Puan UmmiTuesday, August 27, 2013Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerja Kerajaan, Kerjaya Perajurit, Kuantan, Pahang, selepas SPM
2 comments:

Cara Memohon Tentera Udara Diraja Malaysia
Gambar dua orang anggota tentera semasa di Hari Terbuka ATM 2013 Kuantan Pahang. Maaf nama mereka berdua saya dah terlupa. Jika mereka berdua ada terbaca artikel ni, sila tinggalkan komen ya. Terima kasih kerna mereka berdua ini sudi membenarkan gambar mereka dirakamkan dan dimuatnaik di blog ini.
Pada hari berkenaan memang panas terik tapi ramainya orang pergi ke sini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ramai pelajar saya bertanya cara hendak menjadi anggota tentera. Jadi entry ini saya catatakan di blog ini bagi memudahkan para pelajar saya membuat rujukan online di blog saya.
Bagi calon SPM 2013, Peperiksaan percubaan SPM akan diadakan bermula Khamis ini. Semoga anak-anak pelajar telah membuat persiapan mental dan lain-lain dnegan selengkapnya.
Cara Memohon Tentera Udara Diraja Malaysia
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan
minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara,
bangsa dan agama. Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat di dalam
TUDM sebagai anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TUDM, berikut adalah syarat
dan kriteria yang diperlukan:
SYARAT LANTIKAN
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun
- Lulus latihan asas ketenteraan
2013/08/25
Al Fatihah Anggota MALBATT maut di Lubnan trak jatuh gaung
By Puan UmmiSunday, August 25, 2013Al Fatihah, Jerantut, Kerjaya Perajurit, Kisah Masyarakat, Malaysia, MALBATT, Pahang, prihatin
No comments:

Al Fatihah Anggota MALBATT maut di Lubnan trak jatuh gaung
Kenderaan yang dinaiki pasukan MALBATT 5 yang
terbabit dalam kemalangan di Bandar Houla, Lubnan petang kelmarin.
Kenderaan perisai condor yang ditunda turut terjatuh ke dalam gaung.
Allahyarham Sarjan Rosdi merupakan anggota pasukan Batalion Malaysia 5 (MALBATT 5) berasal dari Jerantut, Pahang. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu, Aliza Ariffin serta tiga orang anak berusia 8, 6 dan 3 tahun.
Allahyarham menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil), maut apabila kenderaan kembalik yang dinaiki hilang kawalan dan terhumban lima belas meter ke dalam cerun.
Nahas berlaku apabila kenderaan kembalik yang dinaiki Allahyarham selaku ketua kenderaan bersama dua yang lain, terbalik ketika menunda kenderaan perisai Condor di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran Bandar Houla. Allahyarham Rosdi yang juga Ketua Kenderaan terbunuh di tempat kejadian.
Manakala Nur Syahied, diterbangkan ke Hospital St George, Beirut, selepas cedera parah pada bahagian paru-paru. Mohamad Aizuwan pula dikejarkan ke Hospital Tibnin, untuk rawatan lanjutInsiden itu turut menyebabkan dua lagi cedera ialah pemandu Lans Koperal Nur Syahied Taib dan pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, kedua-duanya berusia 26 tahun.
Al Fatihah kita hadiahkan ke atas roh Allahyarham Rosdi, semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman. Mari kita doakan semoga dua orang lagi anggota MALBATT yang cedera parah agar segera sembuh. Amin. Salam ketabahan dan slaam takziah buat seluruh ahli keluarga wira negara ini.
Anggota MALBATT maut trak jatuh gaung
Permohonan ke Politeknik Sesi Disember 2013
By Puan UmmiSunday, August 25, 2013Halatuju, ILKA, IPT, IPTA, kaunseling kerjaya, kerjaya, politeknik, Politeknik Premier, selepas SPM
No comments:

Permohonan ke Politeknik Sesi Disember 2013
Permohonan Kemasukan ke Program Pra-Diploma, Diploma dan
Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Disember 2013
Calon lepasan SPM / Setaraf, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Matrikulasi, Diploma Politeknik, Sijil Institut Kemahiran PERDA / Institut Pertanian Malaysia dipelawa untuk memohon ke Program Pra-Diploma, Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Disember 2013 secara Online
Majlis Perpisahan Encik Ramly Kenangan Bersama Mantan GPK Koko
By Puan UmmiSunday, August 25, 2013catatan pemilik blog, catatanku, Dedikasi, Pengalaman Cikgu Kaunseling, SMK Lepar Hilir, Ucapan
No comments:

Kenangan Bersama Mantan GPK Koko Majlis Perpisahan Encik Ramly
Majlis Perpisahan Encik RamlyKenangan Bersama Mantan GPK Koko
Pertemuan berlaku
Di penjuru matamu
Yang ungu lalu membiru
Pertemuan berlalu
Di penjuru dadaku
Yang sayu lalu terharu.
Tiap pertemuan pasti ada
perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.
Dalam setiap perjalanan kita
merantai kisah
suka duka
tangis tawa
2013/08/23
Kursus Kemahiran Kolej Yayasan Felda Lepasan SPM
By Puan UmmiFriday, August 23, 2013FELDA, Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kolej FELDA, selepas SPM, Yayasan FELDA
4 comments:

Kursus Kemahiran
Anjuran
Kolej Yayasan Felda Untuk Lepasan SPM
Kolej Yayasan Felda
Dengan segala hormatnya dimaklumkan Yayasan Felda ingin mempelawa anak-anak, cucu-cucu peneroka dan anak kakitangan Felda atau bukan warga FELDA untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di Kolej Yayasan Felda
Terbuka kepada individu berusia 18 - 25 tahun, sekurang-kurangnya lulus SPM, belum berkahwin, sihat tubuh badan dan tiada rekod jenayah.
Terdapat 4 buah kampus Kolej Yayasan Felda iaitu:
Kolej Yayasan Felda Kelana
Jaya,
Kolej Yayasan Felda Trolak, Perak.
Kolej Yayasan Felda Mempaga dan
Kolej Yayasan Felda Raja Alias, Negeri Sembilan.
Kolej Yayasan Felda menawarkan 14 jenis kursus kemahiran
iaitu:
Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF)
By Puan UmmiFriday, August 23, 2013Biasiswa dan Pinjaman Kemahiran, FELDA, Institusi Kemahiran, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kolej FELDA, Skim Latihan Kemahiran FELDA, Yayasan FELDA
No comments:

Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF)
MAKLUMAT LENGKAP KOLEJ/INSTITUT OLEH FELDA 2013
MAKLUMAT LENGKAP KOLEJ/INSTITUT OLEH PIHAK FELDA TAHUN 2013
Pembiayan pengajian dan kursus adalah berbentuk pinjaman . Bayaran kembali Pinjaman perlu di jelaskan oleh pelajar (peminjam) selepas 6 bulan menamatkan pangajian.
Berikut adalah adalah keterangan pinjaman mengikut kategori kursus yang di tawarkan oleh felda:-
1-kursus peringkat sijil.
-kaedah penajaan bagi peringkat sijil di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk GERAN akan di berikan sebanyak RM 5,000.00 .sekiranya kos melebihi RM 5,000.00 bakinya adalah berbentuk pinjaman.
2-kursus peringkat diploma.
-Kaedah pinjaman bagi peringkat diploma di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk pinjaman,boleh ubah tanpa faedah mengikut keputusan peperiksaan pelajar (CGPA)
Halatuju Selepas SPM Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga
By Puan UmmiFriday, August 23, 2013Halatuju, IPTS, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pembersihan, Kerjaya Pemprosesan Makanan, Kolej FELDA, Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga, selepas SPM, Yayasan FELDA
No comments:

Halatuju Selepas SPM
Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga
Pelajar Kursus Kulinari
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selain bekerjasama dengan kolej-kolej dan institut-institut pengajian
yang di iktiraf, FELDA juga telah membina kolej-kolej Yayasan FELDA mereka
sendiri bagi membolehkan warga generasi FELDA meneruskan Pendidikan ke
tahap Tertinggi dan tidak ketingalan dari Arus Pendidikan Global dan
Glokal. Entry ini saya memuatkan tentang Kolej Yayasan FELDA Mempaga, Karak, Pahang.
PENGENALAN
Penubuhan Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999.2013/08/19
Permohonan Ke Pra Diploma Politeknik Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) Disember 2013
By Puan UmmiMonday, August 19, 2013Halatuju, ILKA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Aliran Sains, MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA, Minat Kerjaya, politeknik, Politeknik Premier, selepas SPM
No comments:

Permohonan Ke Pra Diploma Politeknik Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) Disember 2013
Permohonan Kemasukan ke Program Pra Diploma Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) disember 2013
(Artikel adalah secara auto publish yang saya telah susun pada Ahad, 18/8/2013. Oleh itu sebarang pertanyaan online tidak saya daat jawab waktu ketika artikel ini disiarkan kerana saya sedang bertugas. Tq)
Tujuan Pelaksanaan Program
Menyediakan laluan sambung pelajar, khas bagi lepasan SPM yang tidah memenuhi syarat minimum kemasukan politeknik terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah. Keluarga atau isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.
Jabatan Pengajian Politeknik membuka peluang ini kepada pelajar-pelajar berbangsa India di seluruh Negara untuk mengambil peluang yang ada ini dengan memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik di dalam membina masa depan yang cemerlang dan gemilang. Program selama 6 bulan ini terbahagi kepada kepada 2 iaitu Pra Sains dan Pra Perdagangan.
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM
PERMOHONAN PINJAMAN IJAZAH PERTAMA DI INDONESIA , MESIR & JORDAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2013 / 2014
By Puan UmmiMonday, August 19, 2013Aliran Agama dan Pendidikan Islam, biasiswa dan pinjaman pelajaran, Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerjaya Aliran Sains, Pelajar cemerlang, Timur Tengah, Yayasan YAKIN
No comments:

PERMOHONAN PINJAMAN IJAZAH PERTAMA DI INDONESIA , MESIR & JORDAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2013 / 2014
PERMOHONAN TAWARAN PINJAMAN ( IJAZAH PERTAMA) KEPADA PELAJAR YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI INDONESIA , MESIR & JORDAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2013 / 2014
YAYASAN KELANTAN DARULNAIM ( YAKIN ) adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1981 hasil dari percantuman dan pemansuhan dua buah badan berkanun terdahulu iaitu Yayasan Kelantan dan Kumpulan Wang Amanah Kebajikan Darulnaim
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia rakyat Negeri Kelantan Darulnaim. Permohonan tawaran pinjaman untuk mengikuti kursus bagi peringkat Ijazah Pertama DI Mesir, Jordan dan Indonesia dibuka pada 18 OGOS 2013.
Permohonan tawaran
pinjaman untuk mengikuti kursus bagi peringkat Ijazah Pertama Sesi 2013 /
2014
Permohonan Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2013
By Puan UmmiMonday, August 19, 2013Halatuju, ILKA, Institut Latihan Kemahiran Awam, Kategori OKU, kaunseling kerjaya, Kerjaya OKU, OKU, OKU Pendengaran, politeknik, selepas SPM
No comments:

Permohonan Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2013
Permohonan ke Politeknik Pelajar Berkeperluan Khas Sesi Disember 2013
Permohonan dibuka kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) lepasan tingkatan lima daripada Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.Pesakit Kanser Menghadapi Hakikat Kesakitan
By Puan UmmiMonday, August 19, 2013Kesihatan, kesihatan kanser, Kesihatan Psikologi, Pendidikan Kesihatan, Pengalaman Pesakit
No comments:

Pesakit Kanser Menghadapi Hakikat Kesakitan
Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup walaupun setelah kita mati...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di dalam kehidupan ini, setiap insan akan diuji, samada dengan ujian kesenangan mahupun kesusahan. Saya telah menemui beberapa insan di dunia ini yang tabah dan cekal hati meskipun menghidap kanser.
Kehidupan perlu diteruskan. Kematian adalah suatu kepastian, samada disebabkan dengan penyakit, kemalangan, kebuluran atau peperangan atau apa sahaja. Kerana kita makhluk ciptaan Tuhan, kita tetap akan mati. Cuma bagi mereka yang diuji dengan kesakitan samada kesakitan disebabkan kanser, dan lain-lain penyakit yang biasanya dikatakan tiada harapan untuk hidup lama, sekurang-kurangnya kita telah dapat bersedia untuk menghadapi kematian apabila doktor memberitahu tentang status kesihatan kita. InshaAllah, Allah datangkan ujian kepada kita hamba ciptaanNya sebab Allah sayangkan kita. Biasanya manusia bila diuji dengan kesusahan dia akan lebih ingatkan Tuhan....
Apapun yang berlaku, kehidupan perlu diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, teruskan berbakti buat insan sejagat, biar sekecil zarah, bila dibuat kerana Tuhan InshaAllah ada pahala di sisi Tuhan buat bekalan insan ke alam baqa'...
Di bawah ini adalah artikel Kesihatan yang saya petik Daripada Akhbar Berita Minggu
Bisikan Maut Pesakit Kanser
Sukar terima hakikat, bayang kematian dorong pesakit kanser bunuh diriKereta Proton Suprima S Dilancarkan
By Puan UmmiMonday, August 19, 2013Kereta Nasional, Malaysia, Proton, Sains dan Inovasi
No comments:

Kereta Proton Suprima S Dilancarkan
BAHAGIAN belakang Proton Suprima S.
Kereta model terbaharu keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton), Suprima S, yang dilancarkan semalam adalah model hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa Turbo 1.6 liter. Sebagaimana yang diketahui, Proton Holdings Bhd pada Sabtu 17 Ogos 2013 telah melancarkan model
terbaru versi hatchback Proton Suprima S ini.
Kereta Suprima S model hatchback mampu milik pertama bagi generasi baru, untuk pasaran tempatan dan global. Proton Suprima S yang dilengkapi pelbagai ciri teknologi dan keselamatan terkini, turut menerima anugerah lima bintang dalam program Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) selepas dinilai menerusi tiga ujian perlanggaran iaitu meliputi bahagian depan dan sisi oleh pakar bebas di makmal khas di Australia.
DR. MAHATHIR (kanan) bersama Mohd. Khamil (tengah) dan
Lukman bergambar bersama kereta Proton Suprima S pada majlis
pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.
2013/08/18
TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
By Puan UmmiSunday, August 18, 2013Bidang Perkhidmatan UBK, bimbingan dan kaunseling, kaedah belajar, kemahiran belajar, Motivasi, peperiksaan, Petua, Tip Menjelang Peperiksaan, tips, Tugas Hakiki
No comments:

TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 Negeri Pahang, anda telah pun selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada Ramadhan lalu.
Kepada calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari. Selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti.
Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR. Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih ada.
Bagi calon SPM peperiksaan percubaan SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini. Di sini saya kongsikan Tip Belajar Untuk Peperiksaan.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 Negeri Pahang, anda telah pun selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada Ramadhan lalu.
Kepada calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari. Selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti.
Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR. Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih ada.
Bagi calon SPM peperiksaan percubaan SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini. Di sini saya kongsikan Tip Belajar Untuk Peperiksaan.
BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
Syair Bahaya Merokok Tok Kenali
By Puan UmmiSunday, August 18, 2013anti rokok, DOA, Kisah Masyarakat, kisah motivasi, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS, Pendidikan Sejarah, puisi, renungan, sejarah, Sejarah Islam, Sejarah Malaysia, tokoh
No comments:

Syair Bahaya Merokok Tok Kenali
Jejak Ulama Nusantara
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hujung minggu yang tenang. Mendung berarak kala Ramadhan telah menutup tirai Ramadhan 1434 Hijriah. Gerimis mengundang di gamitan Panggilan Haji. Andai masih ada kali di sini, pasti ku turuni jua kerana kali itu anugerah Ilahi. Namun kali yang ada di hadapan ini kian mengecil dan mungkin adakah ia suatu masa nanti.
Syawal masih berbaki beberapa hari lagi. Cuaca dingin mengigit tulang. Matahari bagaikan enggan menjengukkan diri. Di sebalik saki baki Banjaran Tulang belakang tanah semenanjung, mentari pagi mula menyinari bumi Tok Gajah ini. Cahayanya tetap bersinar menerangi alam. Tinggal sahaja ada yang tersesat di dalam sirnanya cahaya kala kabus masih memayungi bumi.
Kawan, sejak 1511, ketika Kota Melaka diserang Portugis, perjuangan membebaskan Nusantara dari belenggu penjajah telah bermula. Kini, 31 Ogos 2013 kian menghampiri. Ia adalah tarikh keramat Malaysia merdeka dari cengkaman penjajah. Ayuh kawan, mari hayati pesanan dari seorang
tokoh Ulama', guru, pendidik, murabbi dan tokoh pembangun pemikiran umat Islam di Nusantara. Seorang yang dikenali dalam Sejarah Pendidikan Awal Tanahair sebelum kemerdekaan, TOK KENALI atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad. Al Fatihah kita hadiahkan ke atas roh Allahyarham
Muhammad Yusuf bin Ahmad, klik di sinidan semua pejuang tanahair kita sejak jatuhnya Kota Melaka pada 1511 ke tangan penjajah barat, Tok Bahaman(kisahnya klik di sini) .....
Muhammad Yusuf bin Ahmad, klik di sinidan semua pejuang tanahair kita sejak jatuhnya Kota Melaka pada 1511 ke tangan penjajah barat, Tok Bahaman(kisahnya klik di sini) .....
Di sini dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan oleh Tok Kenali iaitu:
Bahaya Merokok:
Perokok itu terhina, dungu,
membazir
dan keji,
kerendahan bagi penagihnya, pasti,
Darinya menguap kentut yang
busuk dan diluati.
Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana
peribadi.
Syair Bahaya Merokok Puisi yang didendangkan oleh Tok Kenali diwarisi daripada Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad Bin Ahmad Zain Mustafa aal-Fathani. Puisi ini terkenal kerana baitnya melucukan tetapi mempunyai maksud mendalam.
Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
By Puan UmmiSunday, August 18, 2013Kisah Masyarakat, kisah motivasi, Pendidikan Sejarah, personaliti, sejarah, Sejarah Islam, Sejarah Malaysia, tokoh
No comments:

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Blog ini cuba memaparkan sejarah tokoh awal tanahair berdasarkan namanya ada disebut dari silibus Mata Pelajaran Sejarah. Misalnya, Tok Kenali.
Di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 2, Topiknya ialah Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Di dalam Sub Topik Bab 2, kita dapati akhbar, majalah dan novel sebagai penggerak kesedaran kebangsaan. Saya hendak sentuh di sini berkaitan Majalah Pengasuh.
Berdasarkan Buku Teks Tingkatan 5. MAJALAH Pengasuh , Pengarangnya:Dato’ Nik Mohamad :
Di sini mari kita kenali pengasas Majalah Pengasuh, Tok Kenali selaku pendorong dan pengasas majalah Pengasuh yang diterbitkan bagi pertama kalinya pada tahun 1918.
Di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 2, Topiknya ialah Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Di dalam Sub Topik Bab 2, kita dapati akhbar, majalah dan novel sebagai penggerak kesedaran kebangsaan. Saya hendak sentuh di sini berkaitan Majalah Pengasuh.
Berdasarkan Buku Teks Tingkatan 5. MAJALAH Pengasuh , Pengarangnya:Dato’ Nik Mohamad :
ANTARA ISU YANG DIPERJUANGKAN MAJALAH PENGASUH
•Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
•Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
•Memperluas ilmu dalam semua bidang
•Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
•Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk
•Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
•Memperluas ilmu dalam semua bidang
•Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
•Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk
Di sini mari kita kenali pengasas Majalah Pengasuh, Tok Kenali selaku pendorong dan pengasas majalah Pengasuh yang diterbitkan bagi pertama kalinya pada tahun 1918.
Pertama kali saya membaca namanya dalam Buku teks Sejarah semasa Tingkatan 4 dulu, saya cuba mencari artikel berkaitan beliau di perpustakaan sekolah.
Laura Lelaki Tertua Dunia Dari Bolivia Berusia 123 Tahun
Laura Lelaki Tertua Dunia Dari Bolivia Berusia 123 Tahun
Carmelo Flores Laura, yang Aymara asli, bercakap dalam satu temu bual di luar rumahnya di Kampung Frasquia, Bolivia, Selasa 13 Ogos, 2013. Jika Bolivia s rekod awam adalah betul, Flores adalah hidup orang tertua yang pernah didokumenkan. Mereka mengatakan dia berpaling 123 sebulan yang lalu. Untuk apakah lembu dan sheepherder berhutang panjang umur beliau? ? Saya berjalan banyak, yang s semua. Saya keluar dengan haiwan,? katanya. (AP Photo / Juan Karita)
Lake Titicaca, where Flores lives. credit Getty Images
Carmelo Flores Laura Lelaki Tertua Dunia Dari Bolivia
Seorang lelaki berumur 123, dikatakan menjadi orang tertua yang pernah direkodkan, telah didapati tinggal di sebuah pondok kotoran tingkat di Bolivia.
Penternak buta huruf Carmelo Flores Laura masih dalam kesihatan yang baik, walaupun semua gigi beliau telah pergi, dan tidak perlu tongkat atau cermin mata.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SELEPAS RAYA
By Puan UmmiSunday, August 18, 2013berita sekolah, Cuti Sekolah, dunia pendidikan, peperiksaan, sekolah, Ucapan
No comments:

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SELEPAS RAYA
Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru-guru yang dedikasi,
pelajar-pelajar dan juga kepada semua ibu bapa yang prihatin memilih
pendidikan terbaik buat anak-anak untuk kejayaan dunia dan akhirat.
Setelah kita bercuti selama dua minggu sempena Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya Aidilfitri, maka pada Isnin esok 19 Ogos 2013, semua warga pendidik dan anak-anak didik SMK Lepar Hilir akan kembali ke sekolah. Justeru itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan selamat kembali belajar kepada semua pelajar. Semoga semua warga SMK Lepar Hilir selamat kembali ke sekolah semula pada hari Isnin 19 Ogos 2013.
Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga sekolah.
Kepada semua pelajar, sesungguhnya belajar adalah tugas anda dan tanggungjawab anda. Sekiranya tugas guru mengajar, tugas ibu bapa anda mencari nafkah (bekerja), maka tugas anda hanyalah belajar.
PERMOHONAN KE UiTM AMBILAN DISEMBER 2013/2014
By Puan UmmiSunday, August 18, 2013bimbingan kerjaya, Halatuju, IPTA, kaunseling kerjaya, MARA, selepas SPM, UiTM, Universiti
No comments:

PERMOHONAN KE UiTM AMBILAN DISEMBER 2013/2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada Lepasan SPM 2012 DAN setaraf, yang belum lagi melanjutkan pengajian ke mana-mana IPTA, Dimaklumkan permohonan ke UITM Ambilan Disember 2013 sedang dibuka.
Khususnya kepada lepasan SPM SMK Lepar Hilir, SMK Jengka Pusat 2, SMK Jengka 2, rebutlah peluang ini segera.
(Artikel ini telah disiarkan pada 14 Julai 2013 dan akan menjadi entry utama blog ini sehingga 15 OGOS 2013 bagi memudahkan pelajar saya membuat rujukan)
PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM DIPLOMA/ASASI UNDANG-UNDANG/SARJANA
MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA SESI AKADEMIK 2 2013/2014 TELAH MULA DIBUKA MULAI 01 JULAI 2013 (ISNIN) PADA JAM 10.00 PAGI.
PANDUAN PERMOHONAN
2013/08/17
Mesir Berdarah Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir
By Puan UmmiSaturday, August 17, 2013Berita Dunia, Kisah Masyarakat, prihatin, renungan
No comments:
