Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

TIP TEMUDUGA UNIVERSITI AWAM SIRI 1

TIP TEMUDUGA UNIVERSITI AWAM SIRI 1





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahniah kepada anak-anak lepasan KMPh yang telah berjaya dipanggil menghadiri temuduga ke Universiti Awam. 

Di sini, saya cuba kongsikan beberapa tips temuduga. Dalam banyak cara, temuduga universiti benar-benar tidak berbeza daripada temuduga pekerjaan yang biasa di mana ianya:

  • Ia  bukan seperti kaedah sains sebenar yang tepat.
  • Semua penemuduga membuat pertimbangan berdasarkan APA YANG MEREKA LIHAT DAN APA YANG MEREKA DENGAR.  Bagi mereka, kelayakan akademik telah dipertimbangkan dan anda telah sebaik sahaja anda dipilih untuk ditemuduga.
  • TANGGAPAN PERTAMA adalah sangat penting. Anda perlu bersedia tentang perkara ini dalam fikiran apabila anda bersedia untuk temuduga universiti anda untuk memastikan anda melakukan apa yang anda boleh untuk mencipta imej atau impression yang betul di mata penemuduga.


Secara umumnya, di dalam satu-satu temuduga , lebih kurang sebanyak 90% daripada komunikasi dinyatakan secara bukan lisan, jadi anda perlu amat peka tentang kesan bahasa badan anda dan bagaimana untuk menggunakannya untuk member kelebihan kepada  anda.

Selain daripada itu, kajian-kajian tentang kursus, program dan institusi yang anda pohon adalah juga penting daripada segi pengetahuan untuk lebih yakin menjawab soalan-soalan berkaitan ketika temuduga.

Di galakkan juga membaca panduan-panduan untuk menghadapi temuduga daripada internet atau buku-buku dalam pasaran.



ADI, di sini  saya cuba disenaraikan  beberapa tip untuk bersedia dalam menjalani sesi temuduga dan panduan  tentang perkara-perkara  yang SEPATUTNYA dibuat dan yang TIDAK BOLEH dibuat ketika temuduga.

BUAT

KETIKA DATANG DAN PERSEDIAAN DI BILIK MENUNGGU



  • Sampai awal. Di cadangkan lebih kurang ½ jam lebih awal kerana kadang-kadang anda perlu mengisi borang-borang khas selain daripada menunggu giliran. Ia juga memberikan anda masa untuk menenangkan diri anda.
  • Pastikan anda telah buang air kecil,air besar atau tidak dalam keadaan dahaga atau lapar. Kesan-kesan biologi ini juga akan mengganggu anda terutamanya ketika anda masih gugup atau berdebar ketika dalam bilik temuduga selepas itu.
  • Pakai pakaian yang SESUAI DAN SELESA. Sila semak atau buat kajian tentang kod pakaian universiti  atau kolej berkenaan secara umum tetapi anda mesti memakai pakaian yang FORMAL. Saya akan ulas tentang pakaian formal dalam entri yang lain.


CARA ANDA BERPAKAIAN AMAT MEMPENGARUHI TANGGAPAN PERTAMA(FIRST IMPRESSION) PARA PENEMUDUGA.




Contoh pakaian-pakaian formal untuk temuduga bagi sektor kerajaan



  • Semua dokumen seperti sijil dan sebagainya mesti disusun dengan teratur dalam album atau folder yang sesuai.
  • Menggunakan briefcase yang bersaiz sederhana  dan ringkas akan membuatkan anda nampak lebih professional , teratur dan yakin. Pastikan anda tahu kedudukan setiap dokumen di dalambriefcase anda.
  • Mesti bawa pen kerana agak tidak elok jika anda meminta pinjam pen yang menunjukkan anda tidak bersedia.



KETIKA MEMASUKI BILIK TEMUDUGA
  • Ketuk pintu dan tunggu panggilan/diarahkan masuk. Sekiranya ada kakitangan yang membukakan pintu, ucapkan terima kasih.


KETIKA MELANGKAH MASUK DAN SEBELUM DUDUK

  • Sebaik sahaja masuk, dengan segera tengok kedudukan para penemuduga, pandang kearah mereka dan berikan salam atau ucapan selamat  dengan suara yang mereka boleh dengar.
  • Biasanya mereka akan mempersilakan anda untuk pergi ke kerusi untuk anda duduk. Minta izin  untuk duduk jika mereka tidak berkata-apa sambil berdiri memandang mereka.

KETIKA SEDANG DUDUK DAN DI TEMUDUGA

  • Setelah anda duduk, dengan perlahan dan teratur anda keluarkan folder dokumen/sijil anda dan dengan sopan anda bangun semula dan serahkannya kepada para penemuduga.Kadang-kadang mereka terus minta daripada anda tetapi anda mesti melakukannya dengan tenang, teratur dan sopan.


  • BAHASA - jika penemuduga memulakan sesi dengan bahasa Inggeris, seboleh-bolehnya anda dikehendaki menjawab atau berkomunikasi dengan bahasa yang sama.Yang penting anda boleh menjawab atau menerangkan sesuatu dengan tenang dan yakin kerana ia akan menutupi kelemahan anda dari segi tatabahasa dan sebagai. Sekiranya, tiada sebarang bahasa yang disarankan, saya cadangkan anda berkomunikasi dengan mana-mana bahasa yang anda selesa untuk mengelakkan penggunaan bahasa rojak. Untuk membuatkan anda lebih bersedia, latihan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga adalah amat-amat digalakkan untuk melancarkan pertuturan anda ketika temuduga sebenar.
  • Elakkan slang yang keterlaluan jika menggunakan Bahasa Inggeris jika tujuannya untuk menunjukkan anda lebih baik kerana ia mungkin menimbulkan pandangan yang agak pelik atau lucu dikalangan penemuduga melainkan ia memang semulajadi.

TIP-TIP UMUM YANG PENTING

  • KEDUDUKAN(POSITIONING) duduk anda. Berhati-hati dengan kedudukan anda, pastikan anda duduk tegak (condong ke hadapan sedikit membantu untuk mewujudkan satu gambaran kesungguhan).


  • SENYUM-ia adalah cara yang paling mudah untuk membuat kesan yang positif.
  • Tunjukan ketegasan dan keyakinan anda dengan bahasa(pergerakan) tangan yang sesuai.
  • Pastikan hubungan mata yang baik sepanjang temuduga. Ini menunjukkan anda berminat apa yang ditanya atau yang diperkatakan oleh penemuduga.
    • Mengekalkan ungkapan/gerakan minima  berminat - mengangguk dan membuat isyarat yang positif, sebagaimana yang sesuai. Jika sesuai atau ada kesempatan, anda boleh menyatakan persetujuan anda secara lisan.

    JANGAN
    • NAMPAK GELISAH  di tempat duduk anda, bermain dengan rambut anda atau barang kemas. Jangan “meletup”/membunyikan jari-jari  anda.
    • NAMPAK pemalas di kerusi anda dan melihat ke bawah atau ke atas tanpa memberikan perhatian
    • Melipat tangan anda di dada anda - ia akan membuat anda kelihatan dijaga dan tidak mesra
    • Memberi tumpuan kepada hanya seorang anggota panel temuduga - pastikan anda menangani semua penemuramah


  • Terlalu yakin sehingga menjengkelkan penemuduga. Kekal tenang, yakin dan sentiasa nampak dan berkomunikasi secara sopan sepanjang sesi.

KETIKA MENINGGALKAN PARA PENEMUDUGA

  • Senyum dan ucapkan terima kasih. Bangun dengan tertib dan boleh bersalaman jika keadaan sesuai. Jangan lupa minta secara sopan folder dokumen anda dan masukkan perlahan-lahan ke dalam briefcasedan melangkah keluar dengan  sopan.
Saya juga sedar  bahawa situasi temuduga  boleh menjadi agak  menekan tetapi disebabkan  kesilapan bahasa-bahasa badan dengan mudah ia boleh mengorbankan tumpuan dan ketenangan anda untuk  menjawab soalan-soalan dengan baik.

Seboleh mungkin, cuba untuk elakkan ini berlaku  kerana setiap soalan baru ditanya, anda boleh menggunakan  panduan ini dengan segera  untuk menangani semula bahasa badan anda - duduk sedikit lurus, memberi senyuman, untuk megekalkan hubungan mata dan hanya kemudian untuk menjawab setiap soalan seterusnya.

  • Ambil masa yang secukupnya untuk anda bertenang sebelum menjawab. Kadang-kadang penemuduga tidak menilai APA yang anda jawab tetapi BAGAIMANA anda menjawab. 
  • Kebiasaannya setiap penemuduga ada tugas masing-masing yang khusus yang akan memerhati, menilai dan  member setiap  prestasi anda semasa ditemuduga. BAHASA BADAN ialah satu daripadanya.
Seperti perkara-perkara atau kemahiran-kemahiran lain penggunaan bahasa badan yang baik adalah kemahiran yang boleh  dipelajari dan dengan mengamalkannya, ia  akan membuat ia lebih mudah.

Selain daripada itu, persediaan yang baik terlebih dahulu dan keyakinan tentang bagaimana ada dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya  harus memberi anda lebih sedikit ruang untuk memberi tumpuan kepada juga mewujudkan tanggapan yang yang meyakinkan  bukan lisan semasa temu duga anda.

SELAMAT BERSEDIA DAN BERJAYA!

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .