Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tabung Lot Iftar Ramadhan 1427 H Cakna Pelajar Asnaf KMPh

Kempen Tabung Lot Iftar Ramadhan 1427 H Cakna Pelajar Asnaf KMPh 2016





Assalamualaikum 

TABUNG LOT IFTAR MAHABBAH RAMADHAN 1437h CAKNA PELAJAR ASNAF KMPh 2016

SUMBANGAN IKHLAS UTK ANAK YATIM/OKU/KURANG BERKEMAMPUAN - PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2016

Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pensyarah dan staf KMPh khususnya dan masyarakat amnya yang prihatin untuk sama-sama membantu menderma.

Kepada alumni KMPh, program ini untuk kolej anak-anak juga, yang dulunya banyak memori telah terkenang dalam minda kita. Jom ajak kawan-kawan lain utk berikan sumbangan juga. Bole je kita beli phone mahal2, apa salahnya kita ikhlaskan hati dengan hanya mewakafkan RM50.

Jom kita berikan sumbangan. Semoga dengan sedikit pemberian yang kita berikan akan mendapat limpahan kasih sayang daripada Allah SWT.

Selain itu, program ini juga memberi pendekatan berkaitan aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah. Di samping itu, pensyarah dan staf juga dapat beramah mesra dengan pelajar-pelajar anak yatim KMPh dan berbuka puasa bersama mereka.

Anggaran pelajar :
300 orang
Kos Berbuka Puasa / Sumbangan:
RM500 x 26 hari Ramadhan = RM 13 000
Bilangan Lot ditawarkan :
260 lot 
Nilai 1 lot : RM 50

Objektif Program:

1⃣Menghayati erti kasih sayang & kekeluargaan
2⃣ Mensyukuri nikmat pemberian Allah & bersifat qanaah
3⃣ Mengenali & menghargai golongan yang kurang bernasib baik
4⃣ Menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.
5⃣ Memberi ruang & peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadhan
6⃣ Membuat kebajikan dengan berbuka puasa bersama di samping mengagihkan sumbangan kepada anak2 yatim.


YB Dato/tuan/puan/encik/cik yang berminat untuk menyumbangkan sumbangan lot bagi tujuan tersebut sila hubungi nama-nama di bawah;

UST ISMAIL BIN JUSOH

UST UBAIDILLAH BIN ABDUL LATIF

PN SONITA BINTI SUDIN

PN ASMA’ BINTI AHMAD

Semoga dengan sumbangan2 ini dapat kita memeriahkan lagi Majlis Iftar Mahabbah bersama dengan pelajar-pelajar KMPh yang kurang berkemampuan atau dirinya atau ibubapanya OKU dan juga pelajar anak yatim. 

Program ini memerlukan lagi sebanyak 240 lot belum terjual. JOM - segera kita bantu pelajar-pelajar KMPh yang memerlukan bantuan. Jom sama-sama kita merealisasikan program ini supaya berjalan dengan lancar.

*Wakil Alumni KMPh seperti di bawah;

Cik Sakinah 014 277 4785
En @ Cikgu Yusuf Sharif 013 900 5823
En Shamsul 019 929 4922 
En Afiq Aizat 011-2541 6627
En Saipul 014 514 1940
Dr Farahana 013 9939 025 (batch 2005/2006)
Cik @ Cikgu Farahana 010 514 0830

Sumbangan melalui bank in:

Surau Kolej Matrikulasi Pahang
BANK ISLAM
06019010057704

Sila emailkan maklumat dan butiran bank in anda untuk program lot iftar mahabbah ramadhan KMPh 2016 ke:

lotiftarkmph2016@gmail.com


SALAM RAMADHAN 1436 H 2015 MASIHI SELAMAT BERPUASA

SALAM RAMADHAN 1436 H 2015 MASIHI SELAMAT BERPUASA




Pengumuman Rasmi Permulaan Puasa 2015 Di Malaysia

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad sebentar tadi telah mengistiharkan tarikh mula puasa bagi tahun 2015 bersamaan 1436H jatuh pada Khamis 18 Jun 2015.


Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini

Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini







Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434Hijrah bersamaan 2013 Masihi diucapkan kepada semua pembaca blog cikgukaunseling.com.. Saya mohon maaf jika ada tersilap perkataan semasa saya mencoret perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman dan perkongsian perasaan saya sepanjang saya menulis dan membangunkan blog pendidikan di  http://www.cikgukaunseling.com/
 
Pagi ini, Pagi 27 Ramadhan 1434 Hijrah. Hujan renyai membasahi bumi seawal Azan Subuh berkumandang dari surau berdekatan. Terasa sayu dan hibanya hati pabila Ramadhan kian meninggalkan kita. Apakah tahun depan dapat ku bertemu lagi ramadhan?
 

Aliran Trafik Kuantan Diubah Julai 2013

Aliran Trafik Kuantan Diubah Julai 2013


                                                                   Bandar Kuantan Pahang


Perubahan trafik di bandar ini sejak 22 Julai yang lalu akan menjadi ujian paling getir hari ini (Jumaat). Ia memandangkan, sudah menjadi tradisi bandar Kuantan akan penuh sesak dengan kenderaan hari ini terutamanya selepas solat Jumaat. Ini kerana orang ramai dari Kemaman, Kerteh, Paka dan Terengganu Selatan akan turun untuk membeli-belah dan membuat urusan di sini. 


KUANTAN 24 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengalu-alukan maklum balas orang ramai berhubung perubahan trafik di daerah ini yang diubah daripada dua hala kepada sehala melibatkan beberapa jalan utama bagi mengurangkan kesesakan bermula kelmarin.
 
Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, apa yang diharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu orang ramai tampil memberi pandangan dan cadangan bagi memperkemaskan lagi perubahan aliran trafik yang dibuat.


Salam Nuzul Quran 2013 bersamaam 1434

Salam Jumaat dan Nuzul Quran 2013 bersamaam 1434


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah Pada pagi 17 Ramadan 2013 Masihi ini, umat Islam memperingati Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M.Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah). Bermula malam 17 ramadhan malam tadi,  sebaik azan Isyak dilaungkan di surau perumahan saya, hujan lebat membasahi bumi seketika. Subhanallah.

Di Malaysia, ada negeri-negeri yang menjadikan peristiwa Nuzul Quran ini sebagai satu cuti umum.  Tahun ini 17 Ramadhan 1434 Hijrah jatuh pada 26 Julai 2013, Hari Jumaat yang mulia. Subhanallah.

Peristiwa  Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat.

 Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. 


BUAH KELAPA BAKAR TEMERLOH

BUAH  KELAPA BAKAR TEMERLOH





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pokok kelapa dikenali sebagai pohon 1001 guna dalam masyarakat kita. Dulu masa sekolah rendah, saya masih ingat guru Bahasa Melayu menyuruh kami membuat karangan berkaitan kegunaan pokok kelapa ini. 

Oklah tentang gamba di atas saya ambil di Temerloh, Pahang. Temerloh yang dikenali sebagai Bandar Ikan Patin dan  Titik Tengah Semenanjung Malaysia. Banyak keistimewaan Bandar Temerloh. Bumi Tok Gajah ini sangat dekat dengan leluhur saya suatu ketika dahulu. 

Buah kelapa bakar ini ada di Temerloh. Gerai menjual buah kelapa bakar di Temerloh. Ia terletak di tepi jalan dari exit Tol LPT Temerloh Menghala ke Bandar Temerloh, berhampiran simpang ke Kampung Lubok Kawah. Air kelapanya rasa enak. Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa.


Berbeza dengan kesegaran kelapa muda, rasa hangat air kelapa bakar dipercayai mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan mengelakkan tubuh  masuk angin.


Raikan Ramadhan Puasa bantu kecemerlangan diri

Raikan Ramadhan Puasa bantu kecemerlangan diri

ALHAMDULILLAH, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadan al-Mubarak. Salam Ramadan dan selamat berpuasa saya ucapkan khusus buat semua Muslimin dan Muslimat khasnya buat penggemar ruangan Cermin Diri. 

Harapan saya, pembaca yang menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak sama-sama menjalani ibadah puasa pada hari ini. 

Puasa pada bulan Ramadan ini mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah menerusi ayat 183 surah al-Baqarah yang bermaksud:

 “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” 


Berdasarkan ayat ini, jelas sekali pensyariatan puasa bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan malah kecemerlangan diri kita sebagai hamba kepada-Nya.


Puasa Pesakit Diabetes Type 2 Kawal hipoglisemia

Puasa Pesakit Diabetes Type 2 

Kawal hipoglisemia semasa berpuasa


Artikel kesihatan ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap pelbagai masalah kesihatan tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien. 

Artikel ini sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan saya dalam memahami pengalaman kesakitan klien saya. Bagaimanapun klien biasanya selepas sesi kaunseling individu akan merujuk kepada pakar kesihatan terdekat.

Puasa Pesakit Diabetes Type 2 Kawal hipoglisemia semasa berpuasa

BAGI Rohimah Chewik, 57, dari Shah Alam, Selangor kedatangan bulan Ramadan dan Syawal setiap tahun antara detik-detik paling sibuk dalam rutinnya sebagai suri rumah.


Elak dehidrasi dengan air dan buah

Elak dehidrasi dengan air dan buah

Artikel kesihatan ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap pelbagai masalah kesihatan tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien. 


Mungkin kerana klien melihat secara fizikal saya yang berkerusi roda ketika  2011. Namun bagi saya, konsep teraputik dalam sesi kaunseling itulah yang menarik klien untuk lebih dekat dengan saya. 


Artikel ini sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan saya dalam memahami pengalaman kesakitan klien saya. Bagaimanapun klien biasanya selepas sesi kaunseling individu akan merujuk kepada pakar kesihatan terdekat.

Air dan buah elakkan dehidrasi



SEMUA sedia maklum bahawa saat menjelangnya Ramadan umat Islam wajib berpuasa bermula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Namun, puasa bukan alasan untuk menjadi tidak produktif, lemah, lesu, dan berwajah kusam. 


Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh. Apabila tubuh tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti memberikan sedikit kejutan kepada sistem tubuh.


Mula Puasa 1434 Umat Islam di Malaysia Rabu

Mula Puasa 1434 Umat Islam di Malaysia Rabu

  KUALA LUMPUR 8 Julai - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini.


Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2013M 1434H Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa 

Dan Imsak Tahun 2013M 1434H Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada semua pelayar Muslim blog ini, 
saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2013M/1434H Untuk Seluruh Negeri

Berikut adalah senarai Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh 
Malaysia Tahun 1434H/2013M
MELAKA

CARA NIAT PUASA RAMADHAN

CARA NIAT PUASA RAMADHAN




Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman Allah S.W.T: 
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ 
(Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah S.A.W: 
Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”
Lafaz niat puasa 


Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Blog Untuk Ibu Catatan di Bulan Rejab 1434

Blog Untuk Ibu Catatan di Bulan Rejab 1434


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini cuaca agak baik di sini. Entry 2 dalam 1 kali ini. 

Blog untuk ibuku:

http://memoirseorangguru.blogspot.com/

Semoga bekas anak-anak murid ibuku mendpaat manfaat dari kewujudan blog itu. Meskipun saya sudah lama tidak menolong ibu mengemaskini blog itu dek kesibukan saya, saya gembira dapat membantu ibu menjadi guru yang punya talian pendidikannya sendiri meski ibu termasuk warga usia emas.

Semoga Allah memberkati ibuku. Amin ya Rabbal Alamin.
Sedar tak sedar hari ini Bulan Rejab telah pun beberapa hari menguak tirainya. 

Marilah kita sama-sama membaca doa yang dititipkan dari lidah kekasih agung, yang telah lama pergi meninggalkan kita namun sang kekasih sebenarnya sangat rindukan kita, umatnya di akhir zaman, (sila klik di Salam Maulidur Rasul Rindu dan Cinta Rasululluah)

“Ya Allah
berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta pertemukanlah
kami dengan Ramadhan.”
(HR.Ahmad dan Ath-Thabrani)

Bulan Rejab adalah bulan istimewa. Bulan ini juga disebut oleh AL-Qur’an. Ianya adalah bulan untuk kita mengiatkan membajak, melatih nafsu dan berkorban bagi persediaan kita menghadapi bulan agung Ramadan dan Zulhijjah.



Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012

Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012 Bagi Sekolah Sesi Petang berdasarkan Pemberitahuan KPM di website rasmi KPM.

Lafaz Doa Puasa Ramadan

Lafaz Doa Puasa Ramadhan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah kita sudah sampai ke pertengahan Ramadhan. Sedikit renugan untuk Muslimin dan Muslimat yang melayari blog saya ini:


Mulut yang berpuasa bukan sekadar tidak makan atau minum serta tidak memasukkan sesuatu yang membatalkan puasa. Puasa juga menuntut kita menahan mulut daripada perkara-perkara yang akan menghilangkan pahalanya.

Selain merehatkan jasad dan anggota badan, Ramadan juga medan melatih akhlak mulia.

Imam Bukhari merekodkan hadis dari Nabi: 

Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.

Perintah menjaga pendengaran, penglihatan dan lidah atau ringkasnya menjaga adab dan akhlak tidak hanya khusus pada bulan Ramadan sahaja. 

Namun penekanan diberi pada bulan Ramadan ketika umat Islam berpuasa. Ini kerana orang-orang yang lapar berpuasa cenderung gagal mengawal emosi dan bertindak di luar kawalan. Sehingga lahir ungkapan ‘bangsa yang pemarah adalah bangsa yang rakyatnya lapar.’

Banyak pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia menyarankan untuk mengatasi amarah dengan makanan yang mengandung glukosa atau makanan peningkat suasana hati untuk mencegah rasa lapar. 

Salah satu makanan yang kaya dengan glukosa ialah makanan pilihan Nabi ketika berbuka puasa iaitu buah kurma.

Antara akhlak yang dituntut oleh Nabi ketika berpuasa termasuklah meninggalkan kata-kata dusta. Ia termasuk hal yang membatalkan pahala puasa.

Ini dijelaskan dalam hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya:  
Siapa yang puasanya tidak mencegah dari bercakap dusta dan melakukan kedustaan, maka Allah merasakan dia tidaklah perlu menahan makan dan minumnya (puasa).

Demikian juga meninggalkan hal yang tidak berfaedah dan sia-sia, Bukanlah puasa itu dengan semata-mata menahan diri dari makan dan minum, tetapi puasa itu ialah dengan menahan diri dari hal yang sia-sia dan perkataan yang keji. (Sahih Al-Jami As-Saghir) (riwayat Bukhari dan Muslim)

Lafaz niat puasa untuk harian.

 Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

 Sekian, wassalam.

Contest Aku Berpuisi, Muhasabah Ramadhan, Syukur Merdeka,

Ingin Sertai, Contest Aku Berpuisi,




Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Seni puisi tradisional merupakan salah satu khazanah bangsa yang sangat beharga. Seni yang indah ini disampaikan dalam gaya bahasa yang penuh maksud tersirat. Mungkin ramai yang kian melupakan warisan ini.

Bangsa Melayu juga kaya dengan kesusasteraannya. Lemah gemalai, liuk lintuk, barisan katanya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger, Mohamad Azhan kerana sudi menganjurkan pertandingan menulis puisi.

Contest Aku Berpuisi



Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka




Muhasabah Ramadhan,

Muhasabah Ramadhan, Syukur Ya Tuhan,

Bertemu kembali Bulan Ramadhan;

Bulan penuh keberkatan, penuh keistimewaan,

Diberi pahala, amalan dilipatgandakan.



Syukur Ramadhan, Syukur Alhamdulillah,

Usia kita masih dipanjangkan oleh Allah;

Untuk mengimarahkan Ramadhan dengan ibadah,

Solat wajib, puasa, dan solat sunat kerana Allah.



Hikmah ramadhan, hikmah berpuasa,

mengajar erti ketabahan, erti redha,

erti keimanan, menahan nafsu, lapar, dahaga;

erti kesusahan dan penderitaan, saudara seagama.



Di Bulan Ramadhan, Al Quran diturunkan,

Al Quran datang untuk memerdekakan;

Daripada perhambaan sesama makhluk yang diciptakan,

Kepada menjadi hamba Allah, Tuhan pencipta sekalian.





Muhasabah Ramadhan 1432 Hijrah ini,

Andainya Ini Ramadhan terkahir kali;

Layakkah diri ini,

Merebut singgahsana fiardausi Ilahi...


Syukur Merdeka,

54 Tahun Sudah,

Nikmat Merdeka Diraih;

Aman, bebas, maju tanah bertuah,

Terima kasih, ya Allah.



Merdeka ini, mahal harganya,

Airmata, darah, lelah telah tumpah;

Perjuangan pahlawan negara,

Membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah.



Merdekaku, menghalau penjajah kejam,


Merdeka kau, hisap dadah dan hidu gam;


Merdekaku, bangsaku, kuajar,


Merdekamu, kau belajar, kurang ajar.

Ayuh generasiku, ingatlah,

Tugas mengisi makna merdeka;

Itu lebih payah,

Dari perjuangan menuntut merdeka.



Demikian tadi, sedikit catatan saya untuk menyertai, Contest Aku Berpuisi anjuran http://www.mohamadazhan.com/2011/07/contest-aku-berpuisi-tarikh-akhir-16.html

Tag 3 orang kenalan blog :

Ashra, http://ashra-aulia.blogspot.com/

Linda, http://ibusumaiyah.blogspot.com/

Ros Putih, http://bungarosputih.blogspot.com/

Oleh kerana syarat penyertaan, kena tag 3 orang kenalan blog, saya men tag senarai blog di atas. Bagaimanapun, kepada semua yang berminat, sertailah contest penulisan puisi ini, seperti Kak Hanim, Aku Hiv Positif, Makcik Werdah dan Adik Chibi.
Tarikh Akhir penyertaan contest aku berpuisi ini ialah pada 16 Ogos 2011.


baca selanjutnya..



Ribuan terima kasih juga kepada para penaja hadiah pertandingan ini,  Warna dan Aku, klik sini.

Ribuan terima kasih kepada Saudara Miecyber, blog beliau di sini, juga penaja pertandingan, yang juga merupakan salah seorang follower teratak myraudhatulukhuwah ini.

Terima kasih juga kepada Kakak Zakie Purvit,  blog beliau http://zakiepurvit.blogspot.com/, di sini, kerna melalui blog beliau, di sini, saya mengetahui contest ini. Walaupun saya tidak di tag oleh beliau, sebagai salah seorang pecinta Sastera Melayu, saya akan sertai jua penulisan puisi ini.



Tajuk puisi myraudhatulukhuwah ialah, Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka.



Sempena bulan kemerdekaan ini, saya rasa, ada baiknya, saya sertakan sedikit beberapa puisi kesusasteraan Melayu, sebagai suatu catatan sejarah bangsa, yang akan diingati oleh generasi muda dan generasi akan datang.

Contoh Pantun Melayu Lama:


Dari Jawa ke Bangkahulu,



Membeli keris di Inderagiri;



Kawan ketawa ramai selalu,



Kawan menangis seorang diri.
...Pantun Nasib....







Pantai Lukut luas terbentang,



Teluknya penuh berbatu karang;



Ibarat melukut di tepi gantang,



Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Gambar salah satu tempat bersejarah di Melaka, sumber, klik sini.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan.


Tafsiran pantun, "Kalau roboh Kota Melaka", agak berbeza daripada kebiasaan persepsi cinta teruna dara, boleh lihat di sini.

PUISI GURINDAM

Gurindam di bawah adalah salah satu karya agung Raja Ali Haji. Kumpulan gurindam yang dikarang oleh Raja Ali Haji dari Riau.

Dinamakan Gurindam Dua Belas oleh karena berisi 12 pasal, antara lain tentang ibadah, kewajiban raja, kewajiban anak terhadap orang tua, tugas orang tua kepada anak, budi pekerti dan hidup bermasyarakat.

Gurindam pasal yang kesepuluh:


Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.



Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.



Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.



Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,


supaya kemaluan jangan menerpa.


Dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kafill.


Sedikit latar belakang Raja Ali Haji:



Raja Ali Haji hidup pada zaman Kerajaan Riau- Johor. Pada zaman kerajaan Riau-Johor pada zaman dulu memang ramai ulama pendatang di antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi.

Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu mengajar agama Islam, (Raja Ali bin Raja Ja’far juga ikut belajar kepada Raja Ali Haji).



- Sumber Sejarah ini adalah daripada Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Maklumat Lanjut, latar belakang  Raja Ali Haji, sila klik Kota Gurindam, di Pulau Penyengat, Riau, klik di sini, dan klik di sini.
selamat berbuka puasa nanti, ya teman-teman.

Sekian, terima kasih, wassalam.

Ramadhan, Kami Tunggu Kehadiranmu,

Ramadhan, Kami Tunggu Kehadiranmu

Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

Ramadhan merupakan bulan anugerah Allah SWT kepada manusia. Menjelang 1 Ramadhan yang bakal kita tempuhi tidak lama lagi, selaku umat Islam pastinya kedatangan bulan yang mulia ini merupakan bulan yang sangat dinanti-nantikan dengan penuh kegembiraan.

Bulan Ramadhan, ia bukannya berkenaan ibadah puasa semata-mata. Namun, ia berkaitan segala ibadah kurniaan Allah buat santapan rohani manusia.



Sepanjang Bulan Ramadan, samada selama  29 hari atau 30 hari, Ramadan cukup berbeza daripada bulan-bulan yang lain, daripada aspek pengisian waktu, sama ada waktu siangnya mahupun malamnya.

Contoh amalan soleh yang boleh kita lakukan pada bulan Ramadan ialah memperbanyakkan membaca Al Quran.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Bacalah al-Quran, kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)

Selain itu, amalan berdoa juga eloklah diamalkan. Dalam hal ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum tiba bulan Ramadan, Baginda sering berdoa.

Di antara doa Baginda itu ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dari Annas Radiallahuanhu maksudnya :

"Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan".







Sabda Baginda yang bermaksud:

“Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Selalu berdoa kepada Allah juga merupakan suatu amalan soleh. Allah berfirman:



Maksudnya:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Surah Al Baqarah, Ayat 186



Sebagaimana yang kita maklumi bulan Ramadan mempunyai beberapa kelebihan-kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri. Seperti mana hadis Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, dari Abi Hurairah Radiallahuanhu Baginda bersabda maksudnya :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu".



Di bulan Ramadan ini juga, segala pintu-pintu Syurga terbuka luas, semua pintu Neraka tertutup rapat, hal ini dijelaskan dalam hadis Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :




"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Ketika bulan Ramadan tiba, maka semua pintu-pintu Syurga dibuka, kesemua pintu Neraka akan tertutup, semua syaitan akan dibelenggu".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Sudah jelas kepada kita betapa pentingnya ibadat puasa itu dilakukan, lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan penuh keikhlasan, tawaduk dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan zikir, beristighfar, memperbanyakkan membaca Al-Qur'an, melakukan sembahyang-sembahyang sunat dan sebagainya.

Semoga dengan tibanya Ramadan pada tahun ini kita akan dapat melaksanakan setiap amal ibadat di sepanjang bulan yang mulia ini dengan lebih sempurna lagi, lalu mendapat keredhaan Allah. Amin Ya Rabbal'alamin.

Selamat Tinggal Ramadhan

Selamat Tinggal Ramadhan

Ramadhan bulan yang sinonim dengan kebaikan dan amal ibadat bakal meninggalkan kita. Apakah ramadhan akan datang, kita dapat bertemu lagi? sudahkah ramadhan kali ini telah benar-benar memebri didikan fizikal, rohani dan intelek kita? Sudahkah kita audit puasa kita?

Tentang bulan ramadan, terlalu banyak hadis tentangnya. Salah satu sabda Rasululluah SAW  yang bermaksud;

"Sungguh, telah datang padamu bulan yang penuh berkat, di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, di saat dibuka pintu syurga, ditutp pintu neraka dan dibelenggu syaitan dan di mana ada satu malam yang nilainya lebih berharga dari 1 000 bulan. Maka sesiapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sungguh tiadalah dia akan mendapatkan itu buat selama-lamanya".

(RIWAYAT AHMAD, NASAI DAN BAIHAQI)

Malah dalam suatu riwayat juga diceritakan, sebaik-baik sahaja masuk Bulan Rejab, Rasululluah SAW akan berdoa kepada Allah memohon agar diberkati sehingga bulan Syaaban dan dipanjangkan usia sehingga masuk bulan Ramadan.

Malah bulan ini juga sangat mulia. Ia dikaitkan sebagai bulan yang pada awalnya mengandungi rahmat, pada pertengahannya ada keampunan Allah dan pada akhir bulan, Allah akan lepaskan daripada azab api neraka.

HARI RAYA, KEMBALI KEPADA FITRAH



Aid bermaksud raya dan fitri adalah fitrah. Ia bermakna kita akan kembali kepada fitrah iaitu bersih dan suci, jika kita berpuasa dengan sebenar-benarnya mengikut sunnah Rasululluah SAW.

Hari raya adalah hari kemenangan. Kemenangan setelah kita berjaya mengharungi pelbagai rintangan sepanjang Ramadan. Manusia yang beriman diibaratkan telah melalui proses pembersihan diri sepanjang Ramadan. Oleh itu, pada sambutan Aid yang mulia ini, usahlah kita cemari kesucian itu dengan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dengan cara tidak baik, atau melihat benda-benda yang tidak senonoh atau mengabaikan budaya ziarah atau tidak melayani tetamu tang berziarah.

Selain Solat sunat aidilfitri, bermaaf-maafan dan bersedekah, Umat Islam juga digalakkan berpuasa enam yang diibaratkan seperti melengkapkan puasa setahun. Puasa sunat ini afdal dilakukan mulai 2 Syawal.

Memori Ramadan 1431

Permohonan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia




Di celah-celah kesibukan para pelajar tingkatang 5 menghadapi gerak gempur setelah tamatnya JUJ, para pelajar dari Tingkatan 5A dan 5B sibuk membuat permohonan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.


Bagi para pelajar 5A dan 5B yang belum membuat permohonan, sila bertemu dengan Cr Cikgu Bob, Cikgu Zila atau saya sendiri. Teliti dahulu program yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang kamu ambil sekarang sebelum submit borang e-permohonan kamu.

Entry berkaitan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM, sila klik sini.

Terima Kasih, Boss



Alhamdulillah, saya memperolehi hadiah daripada boss. Rasa gembira sangat kerana terasa dihargai. Terima kasih, boss. Begitu jua kawan-kawan sekerja memperolehi hadiah daripada boss kami. Saya juga mendapat hadiah birthday dari kelab kebajikan guru dan kakitangan sekolah. Terima kasih buat my boss dan kawan-kawan sekerja. Oleh sebab semasa program berlangsung saya tidak membawa handphone, mungkin hanya selepas raya barulah saya dapat mengupload gambar dengan kerjasama kawan-kawan.


Gambar dirakam sewaktu Program Ihya Ramadhan pada pagi Jumaat.

Tahniah juga diucapkan kepada pelajar yang memperoleh Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam Program Tadarus sepanjang Ihya Ramadan  lalu.

Salam Takziah

Ramadan 1431 Hijrah ini sudah tentu meninggalkan banyak memori di ingatan kita. samada peristiwa suka mahupun duka. Ramadan  ini juga meninggalkan kenangan pilu untuk rakan sekerja saya. Iaitu bekas pengetua sekolah tempat saya berada sekarang, klik sini, Allahyarhamah Pn Nishah bt Ismail telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalan raya di jalan baru Cameron Highlands - Sg. Koyan pada Rabu, 11 Ogos 2010.

Pada perhimpunan pagi Khamis, 12 Ogos, pihak sekolah telah mengadakan majlis tahlil ringkas dipimpin oleh Ustaz Syed Fazhar bersama seluruh pelajar SMKJP2 yang ada. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah yang telah banyak menabur jasa untuk anak bangsa. Alfatihah.

Berita lanjut tentang kemalangan tersebut, boleh diikuti di blog Saudara One Zaaba. Walaupun agak terlewat, saya memasukkan entry ini untuk link ke blog onezaaba supaya mudah untuk rakan-rakan saya melihat blog beliau.



Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin



Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan buat semua sahabat yang mengenali diri ini. Kepada para pelajar SMKJP2, berhati-hatilah di jalan raya pada musim perayaan ini. Samada ketika di kawasan Jengka ini sendiri mahupun yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Beraya-raya juga namun buku janganlah ditinggalkan terutama kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3.

Begitu juga buat semua teman-teman bloggers terutama folowers dan add teratak ini. Selamat hari raya AidilFitri 1431 Hijrah. Mohon maaf zahir batin kerana saya tidak dapat blogwalking ke blog kawan-kawan atas sebab tertentu. Ini kerana selalunya, saya cuma dapat membuat entry di blog sahaja.

Apapun, saya sangat menghargai sokongan teman-teman bloggers yang sudi menjadi followers teratak 'educational blog' saya yang sangat biasa ini. Sudilah kiranya teman-teman mengambil e-card raya daripada blog cikgubimbingan-kaunseling ini.

Sekian,wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .