Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Biasiswa dan Pinjaman Kemahiran. Show all posts
Showing posts with label Biasiswa dan Pinjaman Kemahiran. Show all posts

Program Automatif di NAZA College

Program Automatif di NAZA College




[PERHATIAN IBUBAPA YANG ANAK MEREKA BARU SAHAJA MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM BARU INI!] – TERCARI INSTITUSI PENGAJIAN MANA YANG SESUAI UNTUK ANAK ANDA BELAJAR??
.
Nak masuk universiti tapi result tak gempak? Xlepas nak masuk kolej? Ada tempat nak sambung belajar tapi jauh? Survey tempat lain tapi yuran tinggi melambung? Hostel ada tak disediakan? Peluang pekerjaan nampak samar-samar?
.
BERTENANG, jangan risau. Mungkin Naza Academy tempat yang anda cari untuk anak anda selama ni.
.
Kenapa Naza Academy??
.
✅ DIPLOMA DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN – Betul. Diploma Kemahiran Malaysia diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pengiktirafan ni amat digemari oleh industri untuk mencari pekerja berkemahiran. Tak perlu risau kerana diploma ni laku diseluruh negara.
.
✅ KERETA OVERSEA DIGUNAKAN SEMASA PEMBELAJARAN DALAM KELAS – Bukan calang2 kereta taw. Kereta KIA & Peugeot digunakan untuk anak anda yang up-to-date dengan teknologi terkini automotif. Anak anda dapat mempelajari skill2 yang jarang sekali dapat di Malaysia.
.
✅ PELUANG KERJAYA YANG MELUAS – Yess. Dengan jaringan syarikat yang meluas didalam kumpulan NAZA, peluang anak anda mendapat pekerjaan selepas tamat belajar adalah sangat tinggi.
.
✅ YURAN PENGAJIAN YANG BERPATUTUAN – Yuran pengajian di Naza Academy adalah pada kadar yang lebih rendah berbanding universiti swasta di peringkat diploma. Pelbagai kaedah pembayaran yuran disediakan untuk memudahkan ibubapa membuat pembayaran.
.
✅ HOSTEL YANG LENGAKP DENGAN KEMUDAHAN ASAS – Hostel berbentuk bilik penginapan seramai 6 orang sebilik yang dilengkapi dengan bilik mandi bagi setiap bilik penginapan. Juga disediakan kafe untuk para pelajar makan & minum, “coined laundry machine” untuk basuh baju, parkir kenderaan, WIFI, padang bola sepak, gelanggang badminton, gelanggang takraw dan juga kolam renang. Ya kolam renang, bukan semua tempat ada taw.
.
✅ PERCUMA PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL SEPANJANG PENGAJIAN – Belajar, belajar juga. Keselamatan & kesihatan pun diambil kira. Keselamatan anak anda diberi keutamaan agar proses pembelajaran disini berjalan dengan lancar.
.
✅ PERCUMA UNIFORM & PAKAIAN KESELAMATAN (PPE) – Betul. Baju bengkel & kasut keselamatan diberi secara percuma kepada semua pelajar. Termasuk juga sarung tangan & mask semasa berada dalam bengkel. Dengan adanya ini, keselamatan anak anda lebih terjamin semasa berada didalam kelas.
.
BERBALOI X HANTAR ANAK ANDA BELAJAR DISINI? Khas kepada ibubapa yang follow page ini, kami nak bagitahu yang kami tak tengok pun keputusan SPM anak anda. Janji anak anda lulus dan mempunyai sijil SPM sahaja. Senangkan?
.
APA LAGI SYARAT2 NAK MASUK KE NAZA ACADEMY?? Mudah sahaja nak masuk ke Naza Academy. Antaranya:
✔️ Berumur 17 hingga 25 tahun
✔️ Lelaki & perempuan
✔️ Boleh membaca, menulis & mengira
✔️ Tiada rekod jenayah & pengambilan dadah secara haram
✔️ Sihat tubuh badan
✔️ Minat dalam bidang automotif
Mudahkan?
.
Jadi, tunggu apa lagi? JOM DAFTAR anak anda belajar di Naza Academy. Permohonan secara online dibuka sehingga 15 April 2019. Sila klik pada link dibawah:
https://bit.ly/2HF5lu6
https://bit.ly/2HF5lu6
https://bit.ly/2HF5lu6
.
Untuk pertanyaan, sila tinggalkan komen anda di FB Naza Academy. Pihak kami akan menjawab pertanyaan anda secepat mungkin atau boleh menghubungi kami ditalian:
En Zed 📲 019-3471210
En Rabil 📲 04-4669540
Puan Mashitoh 📲 04-4669534
(Jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang – Isnin hingga Jumaat)
.
Bersama membantu belia membina masa depan yang lebih cerah.

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU 2018

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU 2018




Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU 2018

Buat anda yang amsih tercari-cari peluang biasiswa, apakata teruskan membaca entry blog ini. Adakah anda pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS?

 Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau memohon tawaran biasiswa. 

Untuk makluman anda, anda boleh membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2018 secara online. Jika anda berkelayakan, apa salahnya anda memohon tawaran biasiswa yang sedang dibuka ini kan?

Untuk sesi akademik 2018, Biasiswa Yayasan Bank Rakyat Yayasan Bank Rakyat Membuka permohonan  kepada 2 fasa.

Fasa pertama dari 2 April 2018 hingga 29 Jun 2018. Fasa ini,Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU terbuka kepada anda yang belajar di peringkat diploma, diploma vokasional dan sijil kemahiran.

Wah ini peluang menarik kepada anda yang menceburi bidang vokasional dan kemahiran, bukan?

PERMOHONAN BIASISWA FASA 2 nanti, Yayasan Bank Rakyat menawarkan Biasiswa kepada anda yang melanjutkan pengajian atau sedang belajar dalam peringkat Ijazah Pertama, Master dan PHD. Wah. Menarik, bukan?


PPBU ditawarkan kepada pendidikan peringkat tinggi dari Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah (PH.D) kepada rakyat Malaysia yang layak. 

Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan murid-murid yang cerah tetapi memerlukan pendidikan siswazah di Institusi Institusi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di negara ini secara sepenuh masa.



Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 


Bidang Pengajian 

Terbuka untuk semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

I. Perakaunan
II. Perbankan
III. Pengurusan perniagaan
IV. Sumber Manusia
V. Ekonomi
VI. Komunikasi Media
VII. Undang-undang
VIII. Sains Aktuari

* Doktor PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.


1. APPLICANT’S ELIGIBILITY

PPBU is offered to tertiary level education from Skills Certificate, Diploma, Bachelor’s Degree, Professional, Master’s Degree, and Doctorate (PH.D) to deserving Malaysian. Its aim is to aid the social and economic development of Malaysians by enabling bright but needy students to receive undergraduate education at local Public OR Private Higher Learning Institutions and Training Institutes in the country on a full-time basis.

PPBU is offered to applicants who have gained admission and are in their first year of study in Higher Learning Institutions and Training Institute recognized by the Ministry of Higher Education, the Private Education Department and the Malaysian Qualifications Agency (MQA) and the National Vocational Training Council (NVTC). PPBU provides educational assistance for undergraduate study in a wide spectrum of academic and practical subjects which in the opinion of members of the Board of Trustees of YBR are best oriented towards the social and economic development needs of country and the community.



PPBU FOR LOCAL UNIVERSITIES

You need to register to our portal in order to make application.



* Is open to the poor and underprivileged Malaysians regardless of race, religion & ethnicity.
* Qualified to a FULL-TIME STUDY at local Public OR Private Higher Education Institutions and Training Institute recognized by the Government of Malaysia.
* Only fields of studies which are recognized by the Public Services Department (JPA) / Malaysian Qualifications Agency (MQA) / Malaysian Vocational Training Council (NVTC) / Government Agencies (Malaysia) concerned and acknowledged by the Board of Trustees of YBR.

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2018 Online


Part inilah, ramai yang nak tahu kan?

So, apalagi. 

Untuk membuat permohonan Yayasan Bank Rakyat 2018 secara online menerusi pautan di http://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/ppbu.

Address:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur,
Malaysia

Email:
yayasan@bankrakyat.com.my


Jom Masuk Kemahiran Di KKTM JMII IKM

Jom Masuk Kemahiran Di KKTM JMII IKM



Lepasan SPM.  Ayuh. Gapai Impian anda di KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi  MARA),  MJII(Malaysia Japan Industrial Institute) dan IKM.


#mara
#Kktm
#ikm

#jmti

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KHAS UNTUK PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2017/2018

BIASISWA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KHAS UNTUK PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2017/2018




Khas kepada bakal pelajar diploma dan Ijazah yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di UMP, anda layak untuk memohon Biasiswa Universiti Malaysia Pahang.

untuk maklumat lanjut boleh layari portal MyGift UMP 
( http://mygift.ump.edu.my/index.php/ms/scholarship-2 )

Terima kasih kepada Syarikat , Industri dan dermawan yang sudi menyumbang ke tabung MyGift, kini hasil akan dipulangkan kepada masyarakat.

Sumber: MyGift UMP

Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Untuk TVET

Program Dermasiswa B40 JPA 2016 Untuk TVET



PROGRAM DERMASISWA B40 2016





PENGENALAN




Program Dermasiswa B40 merupakan program baharu JPA yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2016. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2015 daripada keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Sijil Profesional di Institusi Pengajian Tinggi yang dikenalpasti. 


Golongan B40 adalah terma yang digunapakai Kerajaan bagi kumpulan isi rumah di Malaysia yang berpendapatan 40% terendah.



Objektif Program ini adalah membantu pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 mengikuti pengajian dalam bidang TVET dan profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri. Sehubungan itu, penajaan akan menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional selaras dengan usaha Kerajaan membangunkan bakat yang mempunyai kemahiran tinggi bagi menampung keperluan pekerja mahir dalam pasaran kerja.



PENAJAAN




Penajaan pelajar di bawah Program ini adalah dalam bentuk biasiswa. Sebanyak 1,000 tempat diperuntukkan bagi menaja pelajar di bawah program berikut:


i.             Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam




Program Diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam merupakan penajaan kepada pelajar daripada keluarga dalam golongan B40 yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma.






PERMOHONAN


Permohonan akan dibuka secara atas talian di  http://esilaV2.jpa.gov.my mulai 23 MEI 2016 sehingga 30 MEI 2016. Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:



a)          Warganegara Malaysia,


b)          Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;


c)           Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015;



d)           Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;


e)                  Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana


f)            Jumlah pendapatan bulanan isi rumah ibu bapa/penjaga adalah RM6,540 ke bawah; dan

g)           Memenuhi syarat akademik yang ditetapkan (akan dimaklumkan semasa permohonan dibuka).

h)           Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah; dan



i)             Sekurang-kurangnya gred B dalam mana- mana empat subjek lain yang diambil. 

Boleh baca artikel berkaitan TEVT di klik di sini.

BIASISWA MOST TAIWAN SCHOLARSHIP 2016 MASTER AND Ph.D

BIASISWA MOST TAIWAN SCHOLARSHIP 2016 MASTER AND Ph.D




SARJANA (MASTER) & DOKTOR FALSAFAH (Ph.D)


YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM MOST TAIWAN SCHOLARSHIP 2016             

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Program MOST Taiwan Scholarship 2016 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph. D secara sepenuh masa. Biasiswa ini disediakan oleh Kementerian Sains dan Teknologi, Republik China (Taiwan) untuk rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph. D di Taiwan.  

3.         Pegawai-pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG), KPM yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph. D) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;
Telah mengisytiharkan harta;
Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014) atau (2013, 2014 & 2015);
Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman Pelajaran JPA;
Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pegajian yang diikuti; dan
Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.
4.         Pegawai-pegawai PBG yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my dan perlu mengisi borang-borang seperti berikut:

            (i)   Borang JPA(L)LDP 1B/96

(ii)  Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C); dan

(iii)  Application form for MOST Taiwan Scholarship.

Borang JPA(L)LDP 1A/96 – (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM, KPM.

5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:

Salinan Kad Pengenalan;
Salinan Surat Tawaran kemasukan ke institusi;
Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

Salinan pasport; dan

Salinan TOEFL/IELTS.

Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 29 Februari 2016 (Isnin) jam 5:00 petang kepada: 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,                                                                  

Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 4, Blok E12, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA.

6.         Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut::

            6.1       Encik Azmi Tepoli

                        Tel       : 03-8884 7947

                        Faks   : 03-8884 7925

                        E-mel  : azmi.tepoli@moe.gov.my  

            6.2       Encik Danial Abdillah bin Suhaimi

                        Tel       : 03-8884 7943

                        Faks   : 03-8884 7925

                        E-mel  : danial.suhaimi@moe.gov.my



7.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat jemputan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perhatian tuan/puan jua.

Sekian, terima kasih.


MUAT TURUN SURAT EDARAN JPA BERKENAAN MOST TAIWAN SCHOLARSHIP 2016 :
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004404.pdf

Permohonan Ke KPM/IKM/KKTM Sesi Julai 2015

Permohonan Ke KPM/IKM/KKTM Sesi Julai 2015


Permohonan Ke KPM/IKM/KKTM Mulai 3 Mac Hingga 16 April 2015



Permohonan Secara Online Mulai 03 MAC 2015.         
   

Berita baik bagi mereka yang ingin membuat permohonan IKM atau permohonan KKTM, juga kepada mereka yang berminat menyambung pengajian dalam bidang kemahiran, permohonan ke KKTM dan IKM telahpun dibuka.

Bidang kemahiran juga ialah bidang yang berharga kerana ia tidak bergantung harap kepada kekosongan pekerjaan malahan ia boleh berdiri sendiri dengan memberikan peluang kepada penuntutnya membuka perniagaan sendiri dan menjadi usahawan berpendapatan lumayan.

IKM ialah institute kemahiran MARA manakala KKTM ialah Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Kedua-dua institusi ini menyediakan peluang belajar kemahiran pada tahap berbeza berdasarkan kursus dan kelayakan masing-masing. Kedua-dua institusi ini adalah dibawah seliaan MARA dengan mengutamakan keberhasilan dalam penggunaan modal insan yang optimum dalam ekononomi

Biasiswa penuh kepada pelajar lepasan PT3 2014

Biasiswa penuh kepada pelajar lepasan PT3 2014 - Utusan Malaysia, 7 Januari 2015.







 SHAH ALAM 31 Mac - Dalam usaha membantu meringankan beban pelajar untuk membayar balik pinjaman pendidikan yang tinggi, kerajaan dengan kerjasama pihak industri memperkenalkan biasiswa bagi Skim Perantisan Mekatronik dan Elektrikal.


Permohonan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Julai 2013

Permohonan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Julai 2013 Sesi Januari 2014


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) bagi pengambilan Januari 2014.

Kelayakan Umum


  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
  • Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
  • Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
  • Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.

Pengajian IKB

Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF)

 Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) 

MAKLUMAT LENGKAP KOLEJ/INSTITUT OLEH FELDA 2013



  MAKLUMAT LENGKAP KOLEJ/INSTITUT OLEH PIHAK FELDA TAHUN 2013

Pembiayan pengajian dan kursus adalah berbentuk pinjaman . Bayaran kembali Pinjaman perlu di jelaskan oleh pelajar (peminjam) selepas 6 bulan menamatkan pangajian.

Berikut adalah adalah keterangan pinjaman mengikut kategori kursus yang di tawarkan oleh felda:-




1-kursus peringkat sijil.
    -kaedah penajaan bagi peringkat sijil di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk GERAN akan di berikan sebanyak RM 5,000.00 .sekiranya kos melebihi RM 5,000.00 bakinya adalah berbentuk pinjaman.

2-kursus peringkat diploma.
    -Kaedah pinjaman bagi peringkat diploma di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk pinjaman,boleh ubah tanpa faedah mengikut keputusan peperiksaan pelajar (CGPA)


PELUANG KEDUA LEPASAN PMR PENERAJU UNTUK KERJAYA KEMAHIRAN VOKASIONAL

PELUANG KEDUA LEPASAN PMR PENERAJU UNTUK KERJAYA KEMAHIRAN VOKASIONAL

PENERAJU BUKA RUANG UNTUK BAKAT BESAR TAPI TERCICIR

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Ketika ini puluhan ribu pelajar lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sedang
berdebar-debar menantikan surat tawaran ke Institusi pengajian Tinggi Awam
mahupun swasta. 

Bagi yang cemerlang keputusannya, tentulah tidak timbul sebarang kegusaran.
Namun, bagi yang cukup-cukup makan atau yang memang tidak bernasib baik
dalam bidang akademik, hasrat menyambung pelajaran mungkin dianggap sebagai
igauan semata-mata. 


Apatah lagi jika kemampuan kewangan keluarga agak terbatas. Bagaimana pula
jika ada yang seusia mereka benar-benar keciciran sekolah sejak tingkatan empat
lagi? 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata,
berdasarkan statistik yang diperolehnya, menunjukkan bahawa anak dalam
lingkungan umur 15-16 tahun yang menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan
lima adalah jauh lebih rendah daripada jumlah populasi umur itu. 


Daripada purata populasi 1.076 juta orang, hanya 832,000 sahaja yang
menyambung ke tingkatan empat dan lima. Bermakna lebih 244,000 orang tidak
menyambung ke tingkatan empat dan lima. 


"Kita pasti daripada jumlah 244,000 ini, ada yang menyambung pelajaran di
sekolah bukan kerajaan, akan tetapi kita juga pasti bahawa sebahagian besar
daripada jumlah ini adalah benar-benar tercicir dari sekolah," katanya. 


Informasi Program 1Belia 1Kemahiran Lepasan PMR Boleh Memohon

Informasi Program 1Belia 1Kemahiran

 Lepasan PMR Boleh Memohon

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar lepasan PMR, yang memperolehi pencapaian sederhana, dan tidak berminat meneruskan pengajian di Tingkatan 4, atau lepasan SPM yang berminat meningkatkan ilmu kemahiran diri demi memperbaiki taraf hidup anda, sebenarnya peluang anda meningkatkan kerjaya anda sangat luas di Malaysia ini. Alhamdulillah.

Selain melanjutkan pengajian di ILKA dan TEVT yang mana permohonan melalui UPU Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Latihan GiatMara,  anda boleh membuat pertimbangan melanjutkan pengajian dalam Program 1Belia 1Kemahiran.




SENARAI KURSUS / PENYEDIA LATIHAN / LOKASI

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .