Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Ke Mana Selepas PMR

Ke Mana Selepas PMR



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar, Peperiksaan PMR sebenarnya amat penting dalam kamus kehidupan anda sebagai seorang pelajar. Oleh itu, bersedialah dari sekarang agar masa yang ada dapat anda manfaatkan sebaiknya.

Sedarkah anda, betapa pentingnya PMR ini? Iya, PMR penting kerana  selepas PMR adalah detik  penting bagi menentukan halatuju anda pada masa hadapan.

Ini kerana ia menentukan bidang kerjaya yang akan anda ceburi pada masa hadapan bergantung kepada subjek yang anda ambil untuk sijil terbuka di tingkatan 4 dan 5.

Selepas mendapat keputusan PMR, Para pelajar hendaklah berbincang dengan ibubapa masing-masing tentang halatuju pelajar selepas PMR. Penentuan aliran selepas ini merupakan keputusan terpenting yang perlu dibuat kerana pelajar  akan meneruskan pembelajaran pelajar di Tingkatan 4 dan 5.

Samada dalam aliran Sains Tulen, Sastera, Vokasional mahupun Perdagangan. 

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Sijil SPM  sebagai tiket untuk anda melanjutkan pelajaran diperingkat Institusi Pengajian Tinggi.

Penentuan dan ketetapan pemilihan subjek adalah tertakluk kepada kenyataan dan pekeliling berikut:

CONTOH ALIRAN

Contoh pilihan mata pelajaran murid aliran sains dan murid aliran agama sains


Aliran Sains

1.     Bahasa Melayu
2.     Bahasa Inggeris
3.     Matematik
4.     Sejarah
5.     Pendidikan Moral
6.     Fizik
7.     Kimia
8.     Biologi
9.     Matematik Tambahan
10.     Prinsip Akaun


Mata pelajaran tambahan

1.    Bahasa Tamil
2.    Kesusasteraan Tamil

Aliran Agama Sains                

1.   Bahasa Melayu
2.    Bahasa Inggeris
3.    Matematik
4.    Sejarah
5.    Fizik
6.    Kimia
7.    Biologi
8.   Matematik Tambahan
9.   Pendidikan Quran dan Sunnah
10. Pendidikan Syariah Islamiah

    
Mata pelajaran tambahan


1.     Bahasa Arab


1. KE MANA ANDA SELEPAS PMR

a.SEKOLAH MENENGAH HARIAN
( Sekurang-kurangnya lulus mendapat 1D)

b.SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH

c.MAKTAB RENDAH SAINS MARA

d.SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH SWASTA YAYASAN SAAD

e.MAKTAB TENTERA DIRAJA
( Lulus dan mendapat 7A bagi pelajar lelaki dan 8A bagi pelajar perempuan serta aktif kokurikulum)


f.SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT

g.SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
(Lulus dan mendapat sekurang-kurangnya mendapat 3A)

h.SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL

(Lulus dan mendapat sekurang-kurangnya 3C)


i.BEKERJA
(mengikut kelulusan yang ada)
2. UMUR- 16 tahun ke atas
- Pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan atau pelajar sekolah swasta/calon persendirian

3. KELAYAKAN

- Sekurang-kurangnya lulus D satu mata pelajaran
- 7A bagi pelajar lelaki dan 8A bagi pelajar perempuan serta aktif menyerta kegiatan ko-kurikulum di sekolah.

-Sekurang-kurangnya LULUS 3A dalam mata pelajaran yang ditetapkan
-Sekurang-kurangnya LULUS 2C dalam mata pelajaran yang ditetapkan
-Mengikut pekerjaan yang ditawarkan


4. KELEBIHAN MEMILIH SEKOLAH BERASRAMA PENUH
4.1 Berpeluang mengikuti pelajaran dengan lebih selesa dengan jumlah pelajar 25 orang dalam satu kelas
4.2 Tinggal diasrama dengan bayaran yang paling minima
4.3 Kemudahan dewan belajar, ibadah, makan dan riadah disediakan.
4.4 Rawatan kesihatan 24 jam dan percuma
4.5 Waktu belajar yang sistematik dan tersusun
4.6 Pemberian wang saku kepada pelajar yang datang dari keluarga
kurang mampu.

5.0 RUMUSAN
5.1 Peluang memilih sekolah yang baik dan selesa adalah bergantung kepada kelayakan PMR yang anda miliki
5.2 Lebih cemerlang keputusan anda lebih banyak pilihan untuk anda
5.3 Peluang sentiasa terbuka kepada anda tepuk dada tanya selera, sekolah bagaimanakah yang anda idamkan

Artikel di bawah ini diambil dari Harian Metro DAN Utusan Malaysia

Kenal pasti minat, bakat

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

SEMUA orang mempunyai pekerjaan idaman tetapi tidak semua dapat mencapai cita-cita asal mereka. Kebanyakannya ingin menjadi doktor, jurutera, peguam, arkitek, guru, pensyarah atau penyanyi. Mungkin kerana pekerjaan ini antara yang paling popular.

Namun harus diingat, di dalam dunia ini banyak lagi pekerjaan lain tidak kurang menarik dan mampu menjadi sumber pendapatan.

Kita mesti membuka lebih banyak pilihan dan tidak kecewa jika terlepas peluang mencapai cita-cita asal. Mungkin peluang yang ada di depan mata boleh digunakan untuk dijadikan sumber pendapatan.

Sebelum itu, kita perlu mengenal pasti minat dan kecenderungan selain bakat. Jika seseorang itu jenis yang sayangkan kanak-kanak dan bercita-cita menjadi guru tetapi tidak berjaya, mungkin alternatif lain yang boleh dibuat dengan membuka taska atau tadika.

Dengan itu, secara tidak langsung cita-cita untuk berdampingan dengan kanak-kanak dan mendidik mereka dari awal untuk menjadi insan yang berguna tercapai.

Walau apapun bidang yang anda ingin ceburi, yang paling utama adalah minat mendalam terhadap apa yang anda lakukan. Dengan minat, pekerjaan dapat dilaksanakan dengan bersemangat dan lebih baik. Anda perlu ingat pekerjaan tidak seharusnya dibuat separuh jalan atau untuk dua tiga tahun tetapi mengambil masa yang panjang.

Minat yang mendalam membantu anda lebih maju dalam bidang dipilih selain tidak rasa kepenatan, terutama jika membuat keputusan untuk berniaga. Jangan buka taska jika anda tidak suka atau tidak tahan dengan kanak-kanak, hanya kerana ingin mengaut keuntungan. Bekerja bukan semata-mata untuk wang tetapi ia perlu membuat anda gembira.

Namun demikian, ada juga orang yang mempunyai minat yang berubah-ubah dan dipengaruhi persekitaran seperti pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja.

Apa yang penting anda perlu mengenal pasti minat dan sifat diri anda yang sesuai memajukan diri dalam kerjaya. Ini kerana manusia terbahagi kepada enam kelompok personaliti berbeza seperti realistik, bersikap menyelidik, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional.

Wartawan contohnya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas. Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.

Masa yang paling sesuai bagi memupuk minat dalam mencapai cita-cita adalah selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurus bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat.

Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan membantu anak untuk mencapai cita-cita atau pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan personaliti mereka dengan cara mengambil berat.

Antara yang harus ditekankan kepada anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima. Ini kerana remaja lazimnya mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.

Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan.

TIP Enam kelompok personaliti

Anda mesti membuka lebih banyak pilihan dan tidak kecewa jika terlepas peluang mencapai caita-cita awal. Mungkin peluang yang ada di depan mata boleh digunakan untuk dijadikan sumber pendapatan.

Kenal pasti minat dan kecenderungan selain bakat yang ada.

Walau apapun bidang yang anda ingin ceburi, yang paling utama adalah minat yang mendalam terhadap apa yang anda lakukan. Dengan minat, pekerjaan dapat dilaksanakan dengan bersemangat dan lebih baik. .

Minat yang mendalam akan membantu anda untuk lebih maju dalam bidang yang dipilih selain tidak terasa kepenatan atau bosan dengan apa yang anda laukan setiap hari.

Selain itu, kenal pasti sifat diri anda yang sesuai untuk memajukan diri dalam kerjaya. Ini kerana manusia terbahagi kepada enam kelompok persolanliti berbeza seperti realistik, bersikap menyelidik, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional.

Masa yang paling sesuai bagi memupuk minat dalam mencapai cita-cita adalah selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurus bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima. Ini kerana remaja lazimnya mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.

- Perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman. Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 tahun sangat penting kerana pada peringkat ini remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang.

Sumber: Harian Metro 24.11.2006

Hala Tuju Selepas PMR  
Oleh Suliati Asri 
 
ADA yang menangis gembira, ada yang sedih, meraung atau sekadar berdiam diri di sudut sunyi selepas menerima keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Khamis lalu. Mereka yang lulus cemerlang pasti sudah mencongak sekolah asrama penuh atau tingkatan empat aliran sains, sastera dan perdagangan.

Bagi yang gagal, adakah perlu mengulang semula atau mencari peluang lain yang berbentuk kemahiran atau teknikal? Ke arah mana hala tuju mereka selepas ini? Ketika inilah kebijaksanaan memilih penting kerana jika tersilap, ia akan memberi kesan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah peluang ke menara gading.

Jika minat untuk belajar masih membara, teruskan perjuangan ke tingkatan empat atau sekolah asrama penuh. Namun, jika semangat belajar tinggal nyawa-nyawa ikan, lebih baik memilih bidang lain yang ada kaitan dengan kemahiran atau teknikal.

Penolong Pengarah Unit Kaunseling, Sektor Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan, berkata ketika ini pelajar tiada masalah menentukan aliran atau sekolah yang diinginkan untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat. Beliau berkata, semua pelajar tahu untuk memilih kesesuaian aliran berdasarkan kecenderungan diri atau minat kerana kementerian sudah memberi panduan kepada mereka selepas selesai menempuhi peperiksaan PMR.

"Selepas peperiksaan PMR, pelajar digalakkan mengikuti kursus untuk mengetahui kecenderungan mereka sama ada akademik atau kemahiran.

"Selepas mendapat keputusan PMR, pelajar sudah tahu hala tuju mereka, tetapi sebarang pemilihan perlu mengambil kira keputusan yang diperoleh," katanya.

Kata Raja Mazlan, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa minat adalah sangat penting dalam membuat keputusan kerana jika berminat, pelajar mampu melakukan yang terbaik.

"Itu benar. Jika pelajar terbabit cenderung kepada kemahiran, dia sepatutnya mengambil bidang itu. Namun, ia juga bergantung kepada keputusan peperiksaan. Ini kerana untuk meneruskan pelajaran di sekolah teknik, ada subjek yang disyaratkan untuk lulus cemerlang, antaranya Kimia dan Fizik. Jika memenuhi syarat terbabit, peluang itu terbuka luas. Tapi jika sebaliknya, mereka perlu akur dan mengambil pilihan lain," katanya.

Apa yang penting, katanya, pelajar perlu berjumpa dan berbincang dengan guru kaunseling bagi mengelak membuat pilihan salah.

Mengulas mengenai keengganan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang mengambil aliran sains atau mana-mana aliran yang dipilih pihak sekolah berdasarkan keputusan mereka, menurut Raja Mazlan, pelajar boleh membuat pertukaran, tetapi mengikut kekosongan yang ada."Perkara ini memang banyak berlaku terutama pelajar Melayu yang takut mengambil aliran sains walaupun memperoleh keputusan cemerlang.

"Jika tiada kekosongan dan pelajar tetap enggan ke aliran sains, mereka perlu memohon bertukar ke sekolah lain yang menawarkan aliran sastera atau perdagangan," katanya.

Untuk mewujudkan kelas mengikut aliran yang dikehendaki, minimum dalam satu kelas itu adalah 15 pelajar.Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan jarang berlaku kerana sebaik saja pelajar memulakan sesi persekolahan, mereka sekali lagi perlu mengikuti sesi orentasi khas.

"Sepanjang orentasi ini, pelajar akan diperkenalkan dengan semua subjek dan aliran satu persatu supaya mereka boleh memilih mengikut kesesuaian, keputusan dan minat. Pihak sekolah akan menentukan kelas yang bersesuaian mengikut keputusan mereka. Tetapi mereka masih boleh memilih apa yang mereka mahu," katanya

Apabila pelajar sudah faham dengan semua subjek yang ada, mereka sekali lagi mengikuti sesi orentasi sebelum membuat keputusan.Ia dilakukan supaya mereka benar-benar faham dengan aliran yang bakal mereka ambil dan hala tuju masa depan.

"Justeru, dilema menentukan aliran atau sekolah untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat, sepatutnya tidak berlaku," katanya.

Menurutnya, dalam menentukan hala tuju pelajar, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi program Jom Masuk U untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar terutama tingkatan empat hala tuju selepas peperiksaan SPM.

"Mereka digalakkan mengunjungi pameran pendidikan yang diadakan. Ini membolehkan mereka merancang hala tuju dan pengkhususan yang sesuai dengan aliran yang mereka ambil," katanya

Mengenai keputusan PMR yang diumumkan Khamis lalu, beliau berkata bagi pelajar yang cemerlang, ini adalah permulaan ke arah masa depan lebih gemilang, tetapi jangan terlalu gembira kerana halangan seterusnya ialah SPM.

Sementara itu, keputusan PMR 2009 yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimudin Mohd Dom, meningkat apabila seramai 28,188 pelajar memperoleh A bagi semua mata pelajaran berbanding 26, 378 tahun lalu.Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Manakala jumlah calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008.Pada tahun ini, 87,936 pelajar melepasi tahap minimum A,B,C,D berbanding 88,565 tahun sebelumnya dan pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas.Untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat semua A. Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A. 


 

Anak Istimewa Kelas Mereka

Anak Istimewa:Kenangan Terindah;

Kelas Untuk Pelajar Bekeperluan Khas yang Indah




scan0003

scan0001
Gambar  pada Jun 2006

Anak-anak bekeperluan khas sangat dekat di hatiku.

kenangan -kenangan indah bersama mereka..

amat mahal harganya

Kekuatan semangat, kasih sayang dan perhatian mereka

buat guru-guru mereka amat tebal

walau di mana

apabila mereka bertemu bekas guru mereka

pasti tanpa segan silu

ditegurnya gurunya itu.

Jika tahu gurunya sakit

segera diambilnya minyak angin disapu ke tangan gurunya

meski yang sakit di tempat lain

namun telatah mereka membahagiakan..

meski kadang kala lelah dan sukar untuk memahami jiwa anak-anak ini


Semalam, seorang anak ini berpapasan dengan bekas gurunya

Lalu dia yang ingat-ingat lupa

Segera menuju ke kereta gurunya

Melihat nombor plat kereta gurunya

Digaru-garunya kepalanya yang tak gatal

Digenyeh-genyehnya matanya melihat kereta

kemudian pergi kepada bekas gurunya

yang sedia menunggunya dengan senyuman

lalu dia pun turut tersenyum

....oh ingat orang lain tadi....


p/s: sedih dengan kejadian yang menimpa adik Haresvarran.Perginya si kecil yang comel...di kaki seorang yang berjiwa kejam.

Memori Indah di TJ

Memori Indah di TJ

TJ
Terima kasih
atas memori indah
kerjasama dan bantu membantu

TJ
walaupun seketika
ada yang tak pernah bersua
banyak cerita
yang belum sempat di manuskrip

Namun
nilai persahabatan
nilai kejiranan
amat bermakna

semoga Allah berkati
bantuan kalian...

p/s; puisi ku ini TJ bermaksud Temerloh Jaya. Kenangan di SMK Temerloh Jaya...

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .