Biasiswa FELDA / FGV Lepasan SPM 2021
Tawaran Biasiswa FELDA / FGV Bagi Lepasan SPM 2021
FELDA mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM 2021 yang layak untuk memohon ke Program Global Digital Leadership (GDL) bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University ambilan sesi 2022.
- Tawaran Tajaan Peringkat Foundation & Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
- Elaun Sara Hidup sepanjang pengajian
- Kemudahan penginapan
- Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme (IEP)
- Neuro Linguistic Programming (NLP)
Syarat Permohonan
- Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021
- Anak Peneroka / Generasi Baharu FELDA / Anak petugas FELDA & Kumpulan FELDA
- Lepasan SPM Tahun 2021
- Kualiti kepimpinan yang kuat, keupayaan berpasukan yang tinggi, cemerlang dalam kedua-dua aktiviti ko-kurikulum dan sukan
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
Untuk permohonan, sila imbas Kod QR atau pautan seperti di bawah:
Untuk permohonan, sila imbas Kod QR atau pautan seperti di bawah:
a) Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA, sila klik link ini.
PERMOHONAN KE PROGRAM GLOBAL DIGITAL LEADERSHIP (GDL), IJAZAH SARJANA MUDA TAJAAN PENUH BIASISWA FELDA/FGV
FELDA mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM 2021 yang layak untuk memohon ke Program Global Digital Leadership (GDL) bagi melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University ambilan sesi 2022.
Syarat Permohonan
• Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021
• Anak Peneroka/Generasi Baharu FELDA
• Lepasan SPM Tahun 2021
• Berumur 18 Tahun (2022)
• Sihat Tubuh Badan
• Bujang
Borang ini mengandungi empat (4) Bahagian
• Bahagian A : Maklumat Pemohon (Pelajar)
• Bahagian B : Maklumat Peribadi Waris
• Bahagian C : Maklumat FELDA Wilayah & Rancangan
• Bahagian D : Maklumat Pendidikan
Permohonan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR
Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
b) Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA, sila klik di sini.
Tarikh Tutup Permohonan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 JUN 2022 | RABU
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
- Norhana : Bahagian Latihan Yayasan FELDA) : 016-491 0711
- Shahrul : (Bahagian Pendidikan dan Sukan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA) : 013 – 260 1304
Rujuk poster di atas atau scan QR code yang tertera pada poster.
By Puan Ummi Tuesday, December 03, 2013
Anda ada Masalah? Tanya Di Sini, FELDA, Halatuju, kaunseling kerjaya, Kolej FELDA, Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga, selepas SPM, Skim Latihan Kemahiran FELDA, Yayasan FELDA
PERMOHONAN KEMAHIRAN KOLEJ YAYASAN FELDA
PENGAMBILAN BARU PELAJAR KOLEJ YAYASAN FELDA
Sesi pengambilan pelajar-pelajar baru Kolej Yayasan Felda telah
ditawarkan oleh semua kolej anjuran Yayasan Felda.Tawaran masih dibuka kepada Anak-anak atau Cucu Peneroka dan Anak
Kakitangan Felda yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang
kemahiran.
KURSUS YANG DIANJURKAN SEPERTI INTENSIF BAHASA
INGGERIS, BIDANG KOMPUTER, KULINARI, BAKERI, PEMBUAT PAKAIAN,PENDANDAN
RAMBUT, PENGURUSAN PEJABAT DLL LAGI... segala kos ditanggung oleh FELDA.. Terbuka kepada Warga Felda dan luar Felda..
Yayasan Felda mengendalikan kursus dan latihan kemahiran di empat buah Kolej Yayasan Felda (KYF):
i) Kampus Kelana Jaya, Selangor
ii) Kampus Mempaga, Pahang
iii) Kampus Trolak, Perak
iv) Kampus Raja Alias, Negeri Sembilan
14 jenis kursus disediakan untuk pelajar
lepasan SPM. Pelajar yang menamatkan kursus akan menerima Sijil
Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia.
Latihan Kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS)
Jabatan Kemahiran Malaysia.
Bagi kursus Asas Penjagaan Kesihatan,
Pembuat Pakaian Wanita, Pembuat Pakaian Lelaki, Pendandan Rambut serta
Intensif Bahasa Inggeris, tenaga pengajar dilantik oleh Yayasan Felda.
Yayasan Felda juga melantik Felda Prodata Systems Sdn Bhd bagi
mengendalikan kursus dalam bidang berkaitan komputer manakala kursus
berkaitan penyediaan makanan dan perhotelan pula dijalankan oleh Felda
D’Saji Sdn Bhd.
Semua pelajar yang mengikuti kursus di Yayasan Felda pada masa ini diberikan kemudahan penginapan dan makanan secara percuma.
Entry saya sebelum ini, Kursus Kemahiran Kolej Yayasan FELDA, Klik di sini
Kolej Yayasan Felda Mempaga, sila klik di sini.
OBJEKTIF SERTA PENGENALAN RINGKAS TENTANG KOLEJ YAYASAN FELDA
Senarai Kursus
SENARAI KAMPUS KOLEJ YAYASAN FELDA DAN KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN :-
KOLEJ YAYASAN FELDA, KAMPUS KELANA JAYA
No. 4, Jalan Perbandaran SS6 Kelana Jaya
47310 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Te l : 03-7803 7272/7804 6523 Faks : 03-7804 4679
KURSUS YANG DITAWARKAN :-
- Intensif Bahasa Inggeris
- Asas Penjagaan Kesihatan
- Artis Multimedia Animator Tahap 2
- Intensif Bahasa Inggeris
- Asas Penjagaan Kesihatan
- Artis Multimedia – Animasi
- eMedia (Tahap 1, 2 & 3)
KOLEJ YAYASAN FELDA, KAMPUS TROLAK
Feldajaya Utara Trolak
Jalan Meranti
35600 Sungkai, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-438 9253 Faks : 05-438 9214
KURSUS YANG DITAWARKAN :-
- Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2
- Juruteknik Sistem Komputer Tahap 3
KOLEJ YAYASAN FELDA, KAMPUS RAJA ALIAS
Feldajaya Selatan Raja Alias
72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-458 2981 Faks : 06-458 2986
KURSUS YANG DITAWARKAN :-
- Pembuat Pakaian Lelaki Tahap 1 & 2
- Pembuat Pakaian Wanita Tahap 1 & 2
- Pendandan Rambut Tahap 1 & 2
KOLEJ YAYASAN FELDA, KAMPUS MEMPAGA
Feldajaya Timur Mempaga
28600 Karak, Pahang Darul Makmur
Tel : 09- 223 1596 Faks : 09-223 2596
KURSUS YANG DITAWARKAN :-
- Kulinari (Tahap 1, 2 & 3)
- Pramusaji (Tahap 1, 2 & 3)
- Pastri (Tahap 1 & 2) 6 bulan
- Pembantu Atendan Bilik (Tahap 1 & 2)
- Pembantu Kaunter Hadapan (Tahap 2)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
a) Keutamaan kepada Warga FELDA
b) Warganegara Malaysia berumur 18 - 25 tahun
c) Sekurang-kurangnya lulus SPM
d) Belum Berkahwin
e) Sihat Tubuh Badan dan tiada rekod jenayah
Borang Permohonan:
SESIAPA BERMINAT BOLEHLAH ISI BORANG NI YER...
CARA PERMOHONAN :
Sekiranya berminat boleh menghubungi Ibu Pejabat Yayasan
Felda ditalian 03-2693 4224 (Bahagian Latihan & Pendidikan) atau
pihak Kolej untuk mendapatkan keterangan lanjut
Borang permohonan boleh dimuat turut dari laman web http://www.yayasanfelda.net.my/ Permohonan boleh dimajukan terus secara faks atau pos kepada alamat kolej yang berkaitan.
Untuk makluman, website Yayasan Felda sudah boleh dilayari di http://www.yayasanfelda.net.my/.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Yayasan Felda di talian 03-26934224.
Belia Felda perlu tingkat ilmu, kemahiran
LABIS 17 April - Golongan belia, terutamanya di tanah rancangan Felda
diingatkan supaya meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim berkata,
mereka sebagai aset dan benteng negara pada masa depan seharusnya
merebut setiap peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran yang ditawarkan
di kolej komuniti, Pusat Giat Mara dan pusat latihan belia di kawasan
masing- masing.
"Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sehingga 25 peratus daripada
belanjawan negara dalam bidang pendidikan dan rakyat harus memanfaatkan
segala yang disediakan sebaik mungkin.
"Bidang kemahiran diberikan tumpuan khusus oleh kerajaan dan pelbagai
kemudahan yang disediakan seperti Pusat Giat Mara, Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN) dan Kolej Komuniti diwujudkan untuk memberi peluang
kepada rakyat termasuk belia menimba ilmu dan kemahiran," katanya.
Kursus Kemahiran
Anjuran
Kolej Yayasan Felda Untuk Lepasan SPM
Kolej Yayasan Felda
Dengan
segala hormatnya dimaklumkan Yayasan Felda ingin mempelawa anak-anak, cucu-cucu peneroka dan anak
kakitangan Felda atau bukan warga FELDA untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di
Kolej Yayasan Felda
Terbuka kepada individu berusia 18 - 25 tahun,
sekurang-kurangnya lulus SPM, belum berkahwin, sihat tubuh badan dan tiada
rekod jenayah.
Terdapat 4 buah kampus Kolej Yayasan Felda iaitu:
Kolej Yayasan Felda Kelana
Jaya,
Kolej Yayasan Felda Trolak, Perak.
Kolej Yayasan Felda Mempaga dan
Kolej Yayasan Felda Raja Alias, Negeri Sembilan.
Kolej Yayasan Felda menawarkan 14 jenis kursus kemahiran
iaitu:
Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF)
MAKLUMAT LENGKAP KOLEJ/INSTITUT OLEH FELDA 2013
MAKLUMAT LENGKAP KOLEJ/INSTITUT OLEH PIHAK FELDA TAHUN 2013
Pembiayan pengajian dan kursus adalah berbentuk pinjaman . Bayaran kembali
Pinjaman perlu di jelaskan oleh pelajar (peminjam) selepas 6 bulan menamatkan
pangajian.
Berikut adalah adalah keterangan pinjaman mengikut kategori kursus yang di
tawarkan oleh felda:-
1-kursus peringkat sijil.
-kaedah penajaan bagi peringkat sijil
di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk GERAN akan di
berikan sebanyak RM 5,000.00 .sekiranya kos melebihi RM 5,000.00 bakinya adalah
berbentuk pinjaman.
2-kursus peringkat diploma.
-Kaedah pinjaman bagi peringkat
diploma di bawah skim latihan kemahiran FELDA (SLKF) adalah berbentuk
pinjaman,boleh ubah tanpa faedah mengikut keputusan peperiksaan pelajar (CGPA)
By Puan Ummi Friday, August 23, 2013
Halatuju, IPTS, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pembersihan, Kerjaya Pemprosesan Makanan, Kolej FELDA, Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga, selepas SPM, Yayasan FELDA
Halatuju Selepas SPM
Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga
Pelajar Kursus Kulinari
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selain bekerjasama dengan kolej-kolej dan institut-institut pengajian
yang di iktiraf, FELDA juga telah membina kolej-kolej Yayasan FELDA mereka
sendiri bagi membolehkan warga generasi FELDA meneruskan Pendidikan ke
tahap Tertinggi dan tidak ketingalan dari Arus Pendidikan Global dan
Glokal. Entry ini saya memuatkan tentang Kolej Yayasan FELDA Mempaga, Karak, Pahang.
PENGENALAN
Penubuhan
Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah
(Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras
dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan
sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi
masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula
beroperasi pada tahun 1999.
Permohonan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA Yayasan FELDA
Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak peneroka FELDA, khususnya para mahasiswa anak-anak peneroka FELDA dari SMK Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2 dan sekitarnya, rebutlah peluang ini sebaik-baiknya. Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA bagaimanapun terbuka kepada pelajar-pelajar
warganegara Malaysia.
BANTUAN PENGAJIAN TINGGI KEPADA
PELAJAR-PELAJAR IPTA
Yayasan Felda menawarkan bantuan
kewangan dalam bentuk biasiswa, geran pelajaran dan dermasiswa kepada
pelajar-pelajar warganegara Malaysia
yang mengikuti bidang pengajian sepenuh masa.
Yayasan Felda menawarkan Skim Bantuan Pelajaran Tinggi IPTA.
Kelayakan & Syarat Memohon
1. Warganegara Malaysia dan telah diterima belajar sepenuh masa di
IPTA dalam negara dan tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan
daripada mana-mana agensi atau institusi kewangan.
BIDANG PENGAJIAN
KURSUS PERINGKAT SIJIL ANJURAN YAYASAN FELDA 2011
KURSUS UNTUK KEMASUKAN SESI JAN - JUN 2011
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
PUSAT LATIHAN TROLAK (PLT), SUNGKAI, PERAK - 1)Sijil pembantu Juruteknik Sistem Komputer. 2) Sijil Juruteknik Sistem Komputer.
INSTITUT TEKNOLOGI UTAMA (ITU) - 1) Sijil Multimedia
KOLEJ INTEGRASI ILMU (KINI) MEMPAGA, PAHANG ( lelaki dan perempuan ) 1) Sijil Kulinari, 2) Sijil Pastri. 3) Sijil Prmusaji. 4) Sijil Pembantu Attendan Bilik.
KOLEJ INTEGARSI ILMU (KINI) RAJA ALIAS, NEGERI SEMBILAN ( perempuan sahaja ) 1) Sijil Jahitan Pakaian Wanita, 2) Sijil Jahitan Pakaian Lelaki, 3) Sijil Dandanan Rambut (Muda)
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN - Pemohon
seorang anak peneroka, anak kakitangan felda, cucu peneroka, cucu yang
tinggal bersama peneroka mendapat pengesahan daripada pengurus
rancangan, Belum Berkahwin dan Berumur antara 18-25 tahun.
PENCAPAIAN AKADEMIK - Lepasan SPM tahun 2005 - 2009 dan lulus Bahasa Melayu.
CARA MEMOHON
- Menggunakan borang permohonan melalui seistem informasi latihan
kemahiran generasi baru FELDA (SILK) atau melalui lawan web felda www.felda.net.my
Calon
dikehendaki key-in sendiri permohonan sama ada dalam SILK bagi pelajar
dalam rancangan manakala web bagi pelajar yang berada di luar rancangan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 30 November 2010 (Rabu)
TARIKH PENDAFTARAN KURSUS - JAN/JUN
TEMPOH KURSUS - 6 BULAN
SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN OLEH IBU PEJABAT FELDA KUALA LUMPUR.
SEMUA BORANG YANG TELAH DIISI DALAM LAMAN WEB FELDA HENDAKLAH DI E-MAILKAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI BERIKUT : - Nurzila.ag@felda.net.my , operasi@felda.net.my dan Karim.mk@felda.net.my
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .