Dedikasi Video UBK SMK Arau untuk Cikgu Haji Izmi bin Haji Ismail, A.M.P., P.J.K., Mantan Pengarah Pendidikan JPN Perlis.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya menjemput rakan-rakan singgah ke youtube berikut ya:
Kenangan bersama Mantan Pengarah JPN Perlis dalam beberapa program di Perlis sepanjang tahun 2017( bermula dengan Program Bengkel Insan Cemerlang, Rakyat Terbilang Anjuran JPN Perlis bersama MAIPS Dan Yayasan Kebajikan Perlis) hingga ke tahun 2019
Video di atas merupakan sebahagian rakaman gambar dan video aktiviti UBK SMK Arau di dalam program JPN Perlis dan agensi kerajaan lain serta Badan kebajikan seperti Yayasan Kebajikan Perlis yang turut bersama menjayakan progran JPN Perlis.
Dedikasi Video UBK SMK Arau untuk Cikgu Haji Izmi bin Haji Ismail, A.M.P., P.J.K., Mantan Pengarah Pendidikan JPN Perlis.
CSR PRS SMK Arau kepada Murid SMK Syed Saffi November 2019
Simpan sini aktiviti CSR PRS SMK Arau ke SMK Syed Saffi, dari 10.20 pagi hingga 2.00 petang Khamis. 21/11/2019. Alhamdulillah sedikit sedutan program PRS SMK Arau untuk murid SMK Syed Saffi ialah perkongsian inovasi yang telah kami lakukan. Saya berhasrat semoga perkongsian kami menjadi inspirasi kepada anak-anak muda di Negeri Perlis ini, turut mengembangkan budaya cintakan inovasi dan rekacipta. Semoga murid dari sekolah lain di Negeri Perlis akan turut berminat menyertai inovasi. Contohnya. Pertandingan iIDEA Anjuran UITM Arau , pada Jun 2020 nanti. InshaAllah. Juga yang penting, agar murid kami menyintai kerjaya bidang STEM. Memandangkan, negara sangat memerlukan rakyat yang berkemahiran tinggi dalam mencapai 5.0 IR. Kemasukan dan pengambilan pelajar ke Universti Awam adalah lebih terbuka luas kepada murid sekolah yang mengambil aliran Sains. Peluang kerjaya juga adala lebih cerah kepada siswa yang mengambil jurusam Sains dan Teknologi. Nak upload banyak, tak lepas. Apapun. Terima kasih kepada pihak Pengurusan dan Pentadbiran SMK Arau yang mengizinkan saya membawa murid SMK Arau menabur khidmat sosial di SMK Syed Saffi,bersama dengan saya. Begitu juga. Terima kasih kepada PIBG SMK Arau yang telah menanggung perbelanjaan kos van pergi dan balik anak-anak murid kami dari SMK Arau ke SMK Syed Saffi dan sebaliknya. Semoga Allah SWT melimpahkan RahmahNya kepada semua pihak yang membantu perjalanan program ini agar berjalan lancar. Amin. 🌹Khamis. 21/11/2019. Alhamdulillah. Telah berlangsungnya, CSR PRS SMK Arau ke SMK Syed Saffi, Simpang Empat, Perlis.🤲💖 🌹Kami insan yang tidak sempurna. Tetapi kami ingin menyebarkan kebaikan kepada insan lain di sekeliling kami. Kami ingin agar kawan-kawan anak-anak kami dari sekolah lain, turut mendapat manfaat daripada projek inovasi kami. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Apabila saya menerima jemputan daripada SMK Syed Saffi, dan telah mendapat kelulusan daripada pentadbir sekolah saya, terus saya rencanakan program ini bersama PRS SMK Arau. Alhamdulillah. Terima kasih, SMK Syed Saffi sudi menjemput Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau dan PRS SMK Arau untuk bersama murid-murid SMK Syed Saffi. Melalui program sebegini, ia dapat membina soft skills anak-anak PRS SMK Arau kami. Semoga dengan ini, ia sebagai nilai tambah kepada mereka,saat mereka hendak memohon UPU dan juga pekerjaan. Program Alhamdulillah dapat berlangsung bermula pukul 11.00 pagi. Kami telah bertolak dari SMK Arau pada pukul 10.20 pagi dengan Van PIBG. Terima kasih, PIBG SMK Arau kerana telah menyokong program ini dengan meluluskan bajet agar anak-anak PRS ini dapat pergi ke SMK Syed Saffi dengan menggunakan kenderaan PIBG . Jika tiada kelulusan bajet PIBG, saya pun tak berani nak bawa anak-anak ini dengan Grab atau Mycar. Terima kasih juga kepada Puan Ju Juraidah Mat Jelani dan Puan Norashikin kerana sudi mengizinkan team Robotik Arau turut serta dalam program ini. Anak-anak SMK Syed Saffi juga turut menerima baik kunjungan kami. Tanpa dijangka, atas minat dan kesungguhan anak-anak SMK Syed Saffi, program berakhir lewat 30 minit dari yang dijangka. Kemudian, saat mahu pulang ke SMK Arau, saya terjumpa Abang Lan pula.😊 Makin segak Abang Lan sekarang di SMK Syed Saffi. Alhamdulillah kami semua selamat sampai di sekolah kami pada pukul 2.30 petang. Semoga Allah SWT menerima segala amal soleh solehah kita. Allahumma amin ya Allah. #prssmkarau #prs #pembimbingrakansebaya #sharingiscaring #caringisloving #inovasi #inovasiuntuksemua
TUNTUTAN dunia kerjaya memerlukan perhatian dan kesungguhan walaupun
adakalanya kita merungut tentang beban tugas, kekangan waktudan
persekitaran tempat bekerja.
Kita terpaksa bekerja kerana itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi menyara kehidupan dan keluarga.
Bagaimanapun, janganlah pula kita terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri.
Walaupun pekerjaan memberikan kita kebahagiaan, kajian-kajian yang
dibuat jelas menunjukkan bahawa pekerjaan juga 'menyumbangkan' pelbagai
jenis penyakit kepada manusia, baik bersifat psikologikal atau fizikal.
Tekanan kerja yang melampau misalnya, bukan sekadar menyebabkan
manusia terpaksa mengharungi kebimbangan, masalah tidur, penyakit
fizikal seperti serangan jantung dan darah tinggi, malah ada yang sampai
membawa ke tahap kematian.
Asia merupakan satu-satunya rantau yang memaksa manusia bekerja dengan sangat teruk.
Walaupun jumlah jam kerja ideal yang dicadangkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) hanyalah 40 jam seminggu, didapati secara
puratanya para pekerja di Asia bekerja lebih daripada 60 jam seminggu,
bahkan ada yang mencecah 90 jam seminggu.
Bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada pekerjaan mungkin
sesuatu yang janggal dalam budaya kita. Bagaimanapun, harus diingat
statistik menunjukkan pekerja di Asia sedang mengalami masalah serius.
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .