Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

COMET ISON berhampiran matahari, menunjukkan tanda-tanda kehidupan

COMET ISON berhampiran matahari, menunjukkan tanda-tanda kehidupan

Comet ISON is on a “sungrazing” course for Earth’s nearest star. If it survives, it could become one of the most brilliant visible comets in modern history.

 

 Gambar kredit Damian Peach FB Astronomi Falak Online

Dugaan Kevin Chenais Terlampau Obesiti Terkandas

Dugaan Kevin Chenais Terlampau Obesiti Terkandas
Pemuda 'terlalu gemuk untuk terbang' dihalang naik keretapi pula

Sumber gambar : BBC News

LONDON: Seorang lelaki Perancis yang terkandas di Amerika Syarikat kerana dikatakan terlalu gemuk untuk menaiki kapal terbang akhirnya menaiki pesawat untuk ke Britain tetapi dihalang pula untuk menaiki keretapi balik ke negaranya.


Kevin Chenais, 22, yang beratnya 230 kilogram tiba di lapangan terbang di Heathrow bersama ibu bapanya pada Selasa selepas syarikat penerbangan Virgin Atlantic setuju menerbangkan mereka dari New York.



Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana

Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anak-anak...yang rajin menatap tulisan saya di sini dan kemudian kita berdiskusi kembali di sekolah, terima kasih saya ucapkan. Masa memang amat cemburu dnegan kita, kan. Masa mengenali anak-anak cuma dalam tempoh 9 bulan rasanya belum cukup untuk saya mengenali keseluruhan diri anak-anak. Namun, saya ucapkan ribuan terima kasih anak-anak sentiasa tidak jemu membuat temu janji dengan saya hingga ada yang merajuk hati. Maaf ya anak-anak. 



      Saya tidak dapat memuaskan hati semua anak-anak, tetapi saya cuba membantu secara umum. Anak-anak perlu utamakan proses P&P. Saya sedia bertemu anak-anak di luar waktu sekolah agar tidak mengganggu PNP anak-anak. Terima kasih ya anak-anak, kerana sentiasa membuatkan perkhidmatan kaunseling ini sentiasa HOT MARKET. 

PEREMPUAN ITU BUKAN AKU Aku Bukan Perempuan Itu

PEREMPUAN ITU BUKAN AKU
Aku Bukan Perempuan Itu 


Assalamualaikum dan selamat malam anak-anak pelajar dan sahabat sekalian, Dunia Cikgu Kaunseling Online malam ini ingin berkongsi article ini yang saya petik daripada laman i luv islam. Semoga ia amat-amat memberi kita pegajaran yang berguna. Dunia Cikgu Kaunseling Online rasa besar sungguh nilai seorang wanita itu sekiranya kita mampu menjaga diri kita seumpama ini. Hati Kita tidak mampu jika ia tidak di didik dan di latih. Ya Allah, kuatkan hati KAMI dan jangan pernah Kau ambil dari kami nikmat dan hidayah pinjaman-Mu ini.....

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL
Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Bapa Tinggalkan Anak Dicari

Bapa Tinggalkan Anak Dicari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara kes kauanseling yang GBK pernah kendalikan ialah perkongsian klien GBK yang sering kesedihan kerana ditinggalkan oleh ayahnya di perkarangan hospital bersama 2 adik-adik yang masih kecil setelah ibu kandung mereka meninggal dunia. Dia ditinggalkan ketika berusia 8 tahun, adik keduanya dlaam 6 tahun dan adik bongsunya 2 tahun. Dia masih ingat janji ayah untuk datang semula. 

Dia masih ingat ketika itu adiknya amsih menyusu botol dan apabila adiknya sudah kehausan apabila susu botol habis, adiknya menangis. keadaan ini menarik perhatian jururawat yang lalu di kaki lima perkarangan hospital. Lalu jururawat itu memujuk adiknya. Akhirnya mereka bertiga ditempatkan di sebuah rumah kebajikan setelah ayah kandung mereka tidak muncul lagi. Ketika saya buka lagu Rintihan Seorang Anak,

Lirik lagu Rintihan Seorang Anak, klik di sini

Bapa tinggalkan anak di pejabat JKM diburu




Mohd Mahir menunjukkan gambar kanak-kanak yang ditinggalkan seorang lelaki dipercayai bapanya (gambar bulat) di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Ipoh, semalam. - Foto Muhaizan Yahya

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ipoh Perak sedang mengesan seorang bapa yang dipercayai meninggalkan anak lelakinya berusia empat tahun di pejabat agensi itu di daerah Kinta, kelmarin.
Kanak-kanak terbabit yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar, mengecam ayahnya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pejabat JKM Daerah Kinta yang merakam ketika lelaki terbabit datang ke situ bersamanya. 


Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir, berkata sebaik mengesyaki lelaki terbabit meninggalkan anaknya di situ, pihaknya membuat aduan di Balai Polis Ipoh. 


Syair Bahaya Merokok Tok Kenali

Syair Bahaya Merokok Tok Kenali
Jejak Ulama Nusantara 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hujung minggu yang tenang. Mendung berarak kala Ramadhan telah menutup tirai Ramadhan 1434 Hijriah. Gerimis mengundang di gamitan Panggilan Haji. Andai masih ada kali di sini, pasti ku turuni jua kerana kali itu anugerah Ilahi. Namun kali yang ada di hadapan ini kian mengecil dan mungkin adakah ia suatu masa nanti.

Syawal masih berbaki beberapa hari lagi. Cuaca dingin mengigit tulang. Matahari bagaikan enggan menjengukkan diri. Di sebalik saki baki Banjaran Tulang belakang tanah semenanjung, mentari pagi mula menyinari bumi Tok Gajah ini. Cahayanya tetap bersinar menerangi alam. Tinggal sahaja ada yang tersesat di dalam sirnanya cahaya kala kabus masih memayungi bumi. 

Kawan, sejak 1511, ketika Kota Melaka diserang Portugis, perjuangan membebaskan Nusantara dari belenggu penjajah telah bermula. Kini, 31 Ogos 2013 kian menghampiri. Ia adalah tarikh keramat Malaysia merdeka dari cengkaman penjajah. Ayuh kawan, mari hayati pesanan dari seorang tokoh Ulama',  guru, pendidik, murabbi dan tokoh pembangun pemikiran umat Islam di Nusantara. Seorang yang dikenali dalam Sejarah Pendidikan Awal Tanahair sebelum kemerdekaan,  TOK KENALI atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad. Al Fatihah kita hadiahkan ke atas roh Allahyarham
Muhammad Yusuf bin Ahmad, klik di sinidan semua pejuang tanahair kita sejak jatuhnya Kota Melaka pada 1511 ke tangan penjajah barat, Tok Bahaman(kisahnya klik di sini)  .....


Di sini dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan oleh Tok Kenali iaitu:


Bahaya Merokok:


Perokok itu terhina, dungu,
 membazir dan keji, 
kerendahan bagi penagihnya, pasti,
 Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. 
Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.

Syair Bahaya Merokok Puisi yang didendangkan oleh Tok Kenali diwarisi daripada Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad Bin Ahmad Zain Mustafa aal-Fathani. Puisi ini terkenal kerana baitnya melucukan tetapi mempunyai maksud mendalam.

Mesir Berdarah Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir

Mesir Berdarah Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir

توثيقي مذبحة فض اعتصام رابعة

توثيقي مذبحة فض اعتصام رابعة 14/08/2013 

 توثيقي مذبحة فض اعتصام رابعة - Documentary Rabaa Massacre

Al fatihah kita hadiahkan kepada semua saudara SeIslam kita yang telah meninggal dunia...

Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak swasta yang menaja pelajar baharu untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir diminta supaya menangguh penghantaran pelajar berkenaan demi keselamatan mereka berikutan pergolakan yang semakin memuncak di negara itu.

Banyak jenazah masih belum dikenalpasti

KAHERAH 16 Ogos - Dua hari selepas pasukan keselamatan melancarkan operasi pembersihan ke atas dua buah kem utama penunjuk perasaan pro-bekas Presiden, Mohammed Mursi di sini dan menyebabkan beribu-ribu orang maut, penduduk bandar raya ini kini meratapi kematian mangsa.

Aku Seorang Perempuan

Aku Seorang Perempuan



Hanya kerana aku seorang perempuan …..
Rupa paras sering menjadi taruhan penglihatan
Pada mata lain yang sentiasa memandang
Hanya kerana aku seorang perempuan …
Kegembiraan aku sering dimainkan oleh orang sekeliling
Hanya kerana aku seorang perempuan….
Apa jua keburukan diri terus disuluhi
Berbanding kebaikan diri
Hanya kerana aku seorang perempuan ….
Air mata menjadi peneman diri waktu kesedihan mendatang
Tatkala hati disakiti bertubi tubi tak henti –henti
Hanya kerana seorang perempuan ….
Kebergantungan hidup sering dikaitkan dengan lelaki & family

Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini

Salam Aidil Fitri 1434 2013 Buat Pembaca Blog Ini







Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434Hijrah bersamaan 2013 Masihi diucapkan kepada semua pembaca blog cikgukaunseling.com.. Saya mohon maaf jika ada tersilap perkataan semasa saya mencoret perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman dan perkongsian perasaan saya sepanjang saya menulis dan membangunkan blog pendidikan di  http://www.cikgukaunseling.com/
 
Pagi ini, Pagi 27 Ramadhan 1434 Hijrah. Hujan renyai membasahi bumi seawal Azan Subuh berkumandang dari surau berdekatan. Terasa sayu dan hibanya hati pabila Ramadhan kian meninggalkan kita. Apakah tahun depan dapat ku bertemu lagi ramadhan?
 

Subhanallah pelajar tahfiz otaknya seperti hidup

Subhanallah pelajar tahfiz otaknya seperti hidup 


Al Fatihah untuk Allahyarham Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin di Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu yang meninggal dunia Jun lalu dalam kebakaran. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang dikasihi dan dicintai. AMin. Semoga kejadian ini menjadi ibrah buat kita.
Sekadar catatan tambahan, jom kita jenguk artikel blog ini yang lepas iaitu
 Kisah Siti hajar iktibar buat kita, sila klik di sini.

Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup


TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.



Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup

Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup


Allah Maha Kuasa...
Tidak Mengira Ruang dan Masa...
Makhluk Tiada Kuasa Apa-Apa...
Walau Di Mana Jua...
Allah Maha Penyayang Di Bulan Ramadhan.
Tiada siapa yang mampu melebihi sifat penyayangnya Allah.
Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya,
maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi sifat Maha Penyayangnya Allah.
Sifat penyayang Allah lebih hebat dari sifat kasih sayang ibu kepada anaknya.
Lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya.

 Hayati satu cerita.
Suatu ketika Siti Aisyah rha. menceritakan kepada Rasulullah saw sebuah peristiwa yang baru dilihatnya mengenai seorang ibu dengan dua anaknya yang sedang kelaparan. Seorang yang bersimpati memberikan tiga potong roti kepada keluarga tersebut. Si ibu memberikan seorang sekeping kepada anak-anaknya dan sekeping untuk dirinya yang juga lapar. Kerana kelaparan si anak dengan cepat menghabiskan roti masing-masing. Atas belah kasih sayang sebagai seorang ibu, dia tidak sampai hati memakan roti yang dihajatkan untuk dirinya, lalu roti yang sekeping itu dibelah dua dan diberikan kepada anak-anaknya. Si ibu sanggup kelaparan demi anak-anaknya. Setelah mendengar cerita Aisyah, Rasulullah saw bersabda: “Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu itu.”



BAYI berusia lapan bulan, Kio Bao bernasib baik kerana masih hidup selepas ditikam 90 kali oleh ibunya. 
Semoga anak kecil ini mendapat tempat perlindungan sewajarnya. 
 Sebarkan kasih sayang sesama manusia agar kita turut menerima kasih sayang dari-Nya!

Bayi gigit puting ibu ditikam 90 kali

WAHAI ANAK MUDA CANTIK ITU PENTING KAN TAPI

WAHAI ANAK MUDA CANTIK ITU PENTING KAN TAPI

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.
Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.



Fadhilat Anak Perempuan Dalam Islam

Fadhilat Anak Perempuan Dalam Islam





Dari Ibu kita Aisyah radiallahuanha,  Bonda berkata :


Seorang wanita datang ke rumahku bersama dua orang anak perempuannya meminta sesuatu. Sedangkan tidak ada sesuatu untuk diberi selain sebiji tamar. Maka aku berikan tamar itu kepadanya. Wanita itu membahagikan buah tamar itu kepada dua anaknya tanpa ia makan sedikit pun. Kemudian wanita itu bangun dan keluar. Maka Nabi pun masuk ke dalam rumah kami dan aku ceritakan kepadanya. Maka Nabi pun bersabda :

"Barangsiapa diuji sesuatu dengan anak-anak perempuan ini kemudian ia berlaku baik kepada mereka maka mereka itu akan menjadi penghalang baginya dari api neraka".



Lelaki Kasanova Facebook Menipu

Lelaki Kasanova Facebook Menipu

Lelaki kasanova didakwa tipu guna Facebook


Balik Pulau: Seorang lelaki kasanova yang menipu mangsa melalui laman sosial Facebook dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua tuduhan membabitkan penipuan, Disember tahun lalu.

Tertuduh, KK Prabharan, 45, dari Ipoh, Perak, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di depan majistret Muhammad Najib Ismail.


Asteroid besar 2012 DA14 kian jauhi bumi

Asteroid besar 2012 DA14 kian jauhi bumi

  Asteroid 2012 DA14

Pelajar USM saksi asteroid

 

Choon Kiat (tiga dari kiri) menerangkan cara menggunakan teleskop berkeupayaan tinggi kepada sebahagian pelajar yang meminati bidang astronomi di balai cerap miliknya di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.


Asteroid besar 2012 DA14 (klik di sini),  terbang menghampiri bumi lewat kelmarin dan kini menjauhi planet ini, kata ahli astronomi Russia.

Asteroid itu bersaiz bangunan 15 tingkat, sampai ke titik paling dekat ke bumi jam 11.25 malam Jumaat, mendekati planet pada jarak 27,700 kilometer, lebih rapat berbanding satelit komunikasi dan cuaca. 



Ketika ini ia boleh disaksikan di bahagian tenggara langit, dalam buruj Virgo, lapan darjah di atas ufuk, kata pakar kaji bintang Institut Matematik Gunaan Keldysh, Leonid Yelenin. 


Situasi itu berlaku kira-kira 16 jam selepas serpihan tahi bintang menyebabkan kira-kira 1,200 penduduk cedera di bandar Urals di Chelyabinsk, Russia klik di sini.



Untuk peminat Astronomi boleh juga lawati Falak Online di sini.



Hujan Meteor Rusia Cetus Letupan Meteor Terbesar Dalam 100 Tahun

Hujan Meteor Rusia Cetus Letupan Meteor Terbesar Dalam 100 Tahun
Letupan Meteor Rusia Lebih Besar Daripada Jangkaan,  kata NASA
Kekuatan Meteor Rusia Setara 20 Bom Hiroshima












Gambar: Turutan peristiwa Gambar Meteor Jatuh di Rusia
 Meteor yang jatuh ke tanah. Nyalaan api di langit selepas sekurang-kurangnya satu meteor jatuh ke bumi



Peta Chelyabinsk terletak dalam kawasan Russian Urals. 

Kesan Meteor Jatuh Di Rusia



Kilang turut rosak (Photo: Tumblr )

Video Saat Meteor Melintasi Ruang Angkasa Rusia dan meletup kemudiannya

Video 1

 

Video 2:



Video 3; Letupan Meteorit kedengaran



Hujan Meteor Rusia Letupan Meteor Terbesar Dalam 100 Tahun
Letupan Meteor Rusia Lebih Besar Daripada Jangkaan,  kata NASA



Gambar Video Asteroid 2012 DA14 Melintasi Bumi

Gambar Video Asteroid 2012 DA14 Melintasi Bumi


Rajah 1 : Asteroid 2012 DA14







Rajah 2: Beberapa ratus satelit mengorbit pada 22.300 km, 
 lebih tinggi daripada jalan asteroid, tetapi saintis mengatakan peluang ia jatuh ke bumi 1 adalah amat jauh. Walau bagaimanapun, pengendali satelit telah diberi amaran





Rajah 3: Peta animasi kawasan peta negara kawasan bumi yang dilalui  2012 DA14 asteroid antara pukul 18:00 dan 21:30 GMT. Asteroid akan dilihat dari kawasan hijau.  
Sumber Image: Geert Barentsen



Rajah 3: Carta pencari ini  menunjukkan kedudukan asteroid sepanjang tempoh penglihatan dari bumi. Masa diberikan adalah GMT / UT. 




 Close shave: An asteroid capable of destroying London has successfully skimmed past the Earth. This image, taken in Australia, shows the huge piece of space rock at it nears Earth. 
 Sumber; DailyMail


Asteroid 2012 DA14 telah  melintasi  sangat dekat dengan Bumi pada hari Jumaat, Feb 15. Menurut saintis ia bagaimanapun tidak menimbulkan risiko yang memberi kesan kepada planet kita. Fenomena  Asteroid 2012 DA14 melintasi  Bumi boleh dilihat dalam teleskop belakang rumah jika anda tahu bila dan di mana untuk melihat, tetapi akan menjadi satu cabaran astronomi, NASA berkata.

Asteroid 2012 DA14  ditemui pada tahun lepas adalah kira-kira separuh saiz padang bola sepak dan akan pendekatan dalam 17.200 km (27.680 kilometer) Bumi apabila ia melintasi rapat.
Update, Sabtu, Feb 16: Asteroid 2012 DA14 telah pun flyby Bumi dan kini diketuai dari planet kita untuk terus sepanjang orbitnya mengelilingi matahari.


 Bacaan Radar adalah cara terbaik untuk mendapatkan data bentuk dan putaran asteroid, Ia  kerana pemerhatian dari teleskop radio berganda boleh digabungkan untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas. Semasa Asteroid  2012 DA14 melintasi bumi, saintis menggunakan teleskop radio di California, New Mexico dan Puerto Rico untuk menghasilkan set baru imej radar.
Gambar pertama dari alat 230-kaki NASA (70 meter) di Goldstone, California.
Teleskop lain, dari seluruh dunia di beberapa tempat boleh dikongsi melalui Internet pada hari Jumaat. Makmal Pendorongan Jet NASA telah memperolehi gambar dari pelbagai teleskop melalui saluran video Ustream, klik di sini. 


 Berikut adalah pertemuan lain:
5 pm ET: Teleskop Maya Projek 2.0 membentangkan video live flyby asteroid dari teleskop di Itali, jika cuaca mengizinkan. Tapak Video: Projek Teleskop Maya Watch siaran, Virtual Telescope, Klik di sini.
6 pm ET: cuaca mengizinkan, Tanah Liat Pusat Cerap di Massachusetts stream real-time, video berdefinisi tinggi dari 6 pm ET sehingga 4 am ET Sabtu. Watch Clay Observatory Centre  Tanah Liat video Pusat pada Ustream.


9 pm ET: Kamera Angkasa Slooh merancang untuk membentangkan beberapa  tentang flyby asteroid, disertai dengan ulasan pakar. Imej dipancarkan ke HQ Slooh dari teleskop di Kepulauan Canary dan di Arizona.Lihat Gambar di sini Tonton Live streaming di Slooh Space di sini

PELAJAR NAKAL BERUBAH BAIK SETELAH HADIR MOTIVASI

PELAJAR NAKAL BERUBAH BAIK SETELAH HADIR MOTIVASI



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kata-kata ibu yang sangat penyabar ini,

Tiada petua mendidik anak melainkan banyak bersabar dengan karenah mereka.

“Kenakalan anak-anak adalah ujian Allah kepada kita, sebagai ibu bapa kita perlu banyak berdoa, insya-Allah anak-anak akan mendapat keberkatan,” katanya.

UBAH SIKAP MELALUI MOTIVASI





HARIFF (tengah) mencium ibunya sambil diperhatikan ayahnya.

KEHIDUPAN harian­nya di sekolah ba­nyak dihabiskan dengan melepak, ponteng sekolah, merempit atau membuli pelajar lain semata-mata untuk keseronokan atau ego.


Siapa tidak kenal Muhamad Hariff Ahamat. Sebut saja nama itu, murid dan guru dapat membayangkan wajah serta perangainya.


Sikap nakalnya di Sekolah Rendah St John (1), Kuala Lumpur semakin menjadi-jadi apabila abangnya dilantik ketua pengawas sekolah.

Hariff merasakan lebih mudah melakukan kesalahan di sekolah malah guru-guru pun tidak boleh berbuat apa-apa. Walaupun nakal, dia cemerlang di sekolah malah menjadi murid terbaik di tahun akhir di sekolah itu.



SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH

SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH



 
Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): “Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan. ”
 
Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: “Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya.”




Tip Motivasi Pagi Diri

Tip Motivasi Pagi Diri



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :



1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.




Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .