Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Asteroid besar 2012 DA14 kian jauhi bumi

Asteroid besar 2012 DA14 kian jauhi bumi

  Asteroid 2012 DA14

Pelajar USM saksi asteroid

 

Choon Kiat (tiga dari kiri) menerangkan cara menggunakan teleskop berkeupayaan tinggi kepada sebahagian pelajar yang meminati bidang astronomi di balai cerap miliknya di Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.


Asteroid besar 2012 DA14 (klik di sini),  terbang menghampiri bumi lewat kelmarin dan kini menjauhi planet ini, kata ahli astronomi Russia.

Asteroid itu bersaiz bangunan 15 tingkat, sampai ke titik paling dekat ke bumi jam 11.25 malam Jumaat, mendekati planet pada jarak 27,700 kilometer, lebih rapat berbanding satelit komunikasi dan cuaca. 



Ketika ini ia boleh disaksikan di bahagian tenggara langit, dalam buruj Virgo, lapan darjah di atas ufuk, kata pakar kaji bintang Institut Matematik Gunaan Keldysh, Leonid Yelenin. 


Situasi itu berlaku kira-kira 16 jam selepas serpihan tahi bintang menyebabkan kira-kira 1,200 penduduk cedera di bandar Urals di Chelyabinsk, Russia klik di sini.



Untuk peminat Astronomi boleh juga lawati Falak Online di sini.





Tak dapat dilihat

Asteroid itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bercahaya paling terang dengan magnitud jelas kira-kira 7.0.

Seorang individu dengan penglihatan biasa dapat melihat objek cerah di langit pada magnitud 6.
Asteroid 2012 DA14, yang secara kasar bersaiz 50 meter dan seberat kira-kira 130,000 tan metrik, kali pertama dilihat sepasukan ahli astronomi Sepanyol di La Sagra Sky Survey.

Pengiraan mereka menunjukkan objek langit mungkin terbang hampir ke bumi pada 2013, dengan kemungkinan kecil pelanggaran.

Sementara itu di PASADENA, California, maklumat awal menunjukkan bahawa meteor di Chelyabinsk tidak dikaitkan dengan asteroid 2012 DA14, yang terbang menghampiri bumi kata Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) semalam. - Agensi

Pelajar USM saksi asteroid

Balik Pulau: Pelajar dari Kelab Astronomi Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sekolah Menengah Tinggi (SMT) Kuen Cheng, Kuala Lumpur berpeluang menyaksikan asteroid di Pulau Betong di sini, awal pagi semalam.

Asteroid berukuran lilit 50 meter itu disaksikan dari balai cerap milik ahli kaji bintang amatur dan pemilik syarikat Perseid Telescopes & Binoculars, Lim Choon Kiat. 


Berlaku selepas 15 tahun


Choon Kiat berkata, orang ramai dan pelajar yang menunggu sejak tengah malam dapat menyaksikan asteroid yang bergerak antara matahari dan bulan serta melalui ruang angkasa negara pada jam 3.30 pagi.

Fenomena ini berlaku selepas 15 tahun. Asteroid berada pada jarak 28,000 kilometer dari bumi dan selepas melalui ruang angkasa kita, asteroid akan menjauhi bumi semula dalam peredaran mengikut orbitnya.

Ia bergerak sangat pantas dan semua yang berjaya melihatnya begitu teruja kerana dapat melihat sendiri asteroid, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tak sangka dapat peluang 
 


Sementara itu, pelajar jurusan fizik USM, Emma Zulaiha Zulkilfli, 19, berkata dia tidak menyangka berpeluang menyaksikan asteroid yang melalui ruang angkasa negara.

Selama ini, saya hanya melihat di kaca televisyen dan kini saya berpeluang menyaksikannya sendiri dengan menyertai Kelab Astronomi USM. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan, katanya.

Sumber; Berita Minggu, Ahad, 17/2/2013
 




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .