Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

JOM RAWAT ANAK HYPERAKTIF

JOM RAWAT ANAK HYPERAKTIF



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hyperaktif atau kata lain Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)  suatu ciri yang perlu difahami oleh ibu bapa. Jika di Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengiktiraf anak-anak atau individu yang mempunyai ciri Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) sebagai individu yang mempunyai masalah pembelajaran lalu boleh mendaftar sebagai pemegang Kad OKU JKM.

Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).


Sebenarnya banyak keistimewaan bila daftar OKU dengan JKM. macam-macam. jadi, Daftarlah ye. Contohnya ibu bapa yanga da anak OKU, anak tu dapat elaun bulanan JKM.  SUAMI yang JAGA ISTERI OKU, pun dapat keistimewaanya. Erm nak tengok apa keistimewaan bila daftar OKU sila baca post ini, Faedah,  kemudahan, Keistimewaan Daftar OKU klik di sini.

 Cara hendak mendaftar diri sendiri, atau anak sendiri, atau anda insan yang prihatin nak daftarkan jiran dan sebagainya, sila jempout ke entry saya sebelum ini, Cara mendaftar Kad OKU dan nak mohon Kad OKU, di sini.

Sebenarnya banyak kaedah merawat ank hyperaktif ini. Ada secara moden. Ada yang guna kaedah hemeopathy dan pengawalan pemakanan. Contoh pemakanan yang bagus untuk membantu mengawal kadar ke hyper aktifan anak ialah dengan mengambil minuman Smart Coco atau juga Coklat Minda Imtiyaaz. InshaAllah dengan bantuan dan izin Allah kadar ke hyperaktifan dapat dikurangkan.

JOM RAWAT ANAK HYPERAKTIF 

 MEMAHAMI sifat anak sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat, penting bagi membantu ibu bapa mengendalikan mereka dengan baik. 


Istilah yang kebiasaannya digunakan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat ialah hiperaktif. 




Namun, kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibu bapa masih boleh dikawal dan mematuhi disiplin sekiranya proses dan cara berkenaan dilakukan dengan betul.
Tetapi keadaan itu menjadi lebih sulit dan tidak terkawal bagi ibu bapa apabila keadaan lasak terbabit menjadi tidak terkawal. 



 

Malah, anak tidak mendengar kata, asyik dengan aktiviti, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di tadika, klinik, kedai atau taman permainan) serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti memerlukan pemerhatian sewajarnya.


Terdapat dua jenis masalah kanak-kanak yang memiliki masalah kurang tumpuan sebegini iaitu (ADD) iaitu masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD)
serta sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD).

Menurut Pakar Kanak-kanak Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Khairul Zaman Omar, kanak-kanak hiperaktif tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya pada sesuatu perkara malah tingkah laku mereka tidak seiring dengan perkembangan
usia.

Hiperaktif tidak normal ini berlaku khususnya daripada segi budaya, contohnya kanak-kanak tempatan dibenarkan menjerit-jerit di hadapan individu lain sedangkan kanak-kanak dari negara luar tidak dibenarkan berbuat sebegitu.

“Tidak dinafikan hiperaktif memang normal di kalangan kanak-kanak tetapi harus diingatkan sekiranya kelakuan ditunjukkan tidak normal, ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.

“Sebagai contoh hiperaktif normal berlaku apabila kanak-kanak menunjukkan rasa gembira mereka berjumpa seseorang seperti doktor namun, jika sebaliknya berlaku ia memerlukan pemerhatian khusus daripada ibu bapa,” katanya.

Dr Khairul berkata, masalah hiperaktif ini juga berlaku apabila kanak-kanak itu aktif tetapi secara bersendirian serta aktif tetapi tiada tindak balas mata dengan individu yang menegurnya dan banyak lagi yang berkaitan dengan tingkah laku abnormal.


Ciri-ciri kanak-kanak yang menghadapi ADHD ialah:


 
Kekurangan daya tumpuan

Kanak-kanak yang mengalaminya mudah beralih tumpuan daripada satu perbuatan
kepada perbuatan lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengan mereka. Mereka juga tergolong dalam kumpulan kanak-kanak yang lemah daya tumpuan.

Mereka akan menghabiskan tugasan dilakukan tetapi tidak boleh duduk bermain terlalu lama seperti kanak-kanak lain.


Mengikut dorongan hati

Kanak-kanak yang mengalaminya tidak pernah merancang tindakan malah akan terus melakukannya serta cepat berubah melakukan sesuatu yang lain dalam sekelip mata.

Malah, ibu bapa serta guru agak sukar mengawal mereka kerana tidak mengikut arahan diberikan.


Berkelakuan terlalu aktif

Kanak-kanak ini suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan sangat aktif.

Justeru, mengenal pasti dan rawatan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif memerlukan penilaian daripada seorang pakar berpengalaman iaitu
pakar psikiatri kanak-kanak.

Dr Khairul berkata, di Lembah Klang terdapat tiga klinik pakar psikiatri kanak-kanak yang merawat masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak iaitu Klinik Mekar, Hospital Selayang; Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kebiasaannya ibu bapa bimbang apabila diminta untuk berjumpa pakar psikiatri kerana risau anak mereka akan dilabel sebagai individu mengalami masalah psikiatri.

“Tanggapan ini perlu dibuang daripada minda ibu bapa. Rawatan psikiatri bukan hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada masalah mental kerana bidang terbabit amat luas.

“Seharusnya ia perlu dikesan lebih awal bagi membantu kanak-kanak berkenaan mendapatkan rawatan diperlukan dan bukannya menunggu hingga ia menjadi lebih memudaratkan,” katanya.

Keadaan ini disebabkan terdapat beberapa punca lain menyebabkan keresahan dan tingkah laku tidak dapat menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara.

“Proses penilaian kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi.

“Selain itu, ibu bapa perlu mendapatkan penerangan jelas mengenai keadaan dialami anak dan strategi rawatan boleh digunakan kerana mereka paling hampir
dan penting dalam proses pemulihan yang dilalui anak nanti,” katanya.

Malah, tiada ujian mudah boleh dilakukan untuk mengenal pasti tahap hiperaktif yang dilalui anak kerana setiap diagnosis dibuat dengan melihat corak serta tingkah laku kanak-kanak berkenaan.

Selain itu, pemerhatian dan laporan mengenai tingkah laku mereka juga diperoleh daripada ibu bapa dan guru.

Anak hiperaktif memerlukan perhatian lebih daripada orang tersayang dan sebaik-baiknya tunjukkan ibu bapa sentiasa bersedia apabila diperlukan.

“Ibu bapa yang menghadapi masalah unik ini seharusnya sentiasa mendampingi dan seterusnya memahami jiwa serta keperluan anak bukan sebaliknya.

“Apabila anak menunjukkan tingkah laku tidak normal, berikan nasihat agar mereka tidak mengulanginya dan sekiranya berbuat baik, berikan sedikit pujian sebagai galakan untuk terus mengamalkan amalan terbabit,” katanya.


SUMBER; HARIAN METRO




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .