Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Sejarah SITC (SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE)

Sejarah SITC (SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE)

 Foto 1 : Bangunan Suluh Budiman
Sumber; Muzium Pendidikan Nasional


 Foto 2 :  Gambar Bangunan Surau SITC yang juga dipanggil Surau Pak Aris suatu masa dahulu dan Gambar Panggung Wayang/ Gimnasium SITC.
Sumber; Muzium Pendidikan Nasional

 

Foto 3: Gambar Ramai Murid-murid Tua Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) 1933-1950
Bersama Penguasa Pelajaran Brunei pada tahun 1960.


Sultan Idris Training College, aerial view (c.1920).
 (Source: Arkib Negara Malaysia) 

Pelajar-pelajar SITC segak berbaju Melayu sedang menuju ke 
Masjid Tanjong Malim untuk menunaikan Solat Jumaat
Sumber: Facebook Alumni Suluh Budiman


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan salah sebuah daripada institut pengajian tinggi awam mempunyai kenangan manis dalam lipatan sejarah pendidikan negara ini. 

Secara kronologinya, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. 

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.



Penubuhan SITC

Sultan Idris Training College adalah merupakan antara pusat pengajian yang tertua di Negara kita Malaysia. Pembukaan ini telah dinyatakan dalam hasil laporan R.O Winstedt yang menjadi Penolong Pengarah Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu 1916.


 Laporan ini dibuat setelah beliau membuat lawatan ke Jawa dan Filipina dalam mengkaji sistem pelajaran negara tersebut. Berikutan itu beliau telah bercadang menubuhkan maktab pada tahun 1917. Beliau juga telah menyuarakan cadangan ini dan pada 10 Mei 1917. 


 


Persidangan residen-residen telah meluluskan cadangan tersebut. Dalam tahun yang sama 26 Mei 1917 rancangan tersebut diperkenalkan kepada Sultan Abdul Jalil, Perak bagi mendapatkan persetujuannya. Beliau mengumumkan mengenai pelajaran Melayu telah dicadangkan untuk mendirikan sebuah maktab pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Sultan Idris. 

Idea Penubuhan
 
Penubuhan SITC diilhamkan oleh R.O. Winstedt yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menerusi laporannya yang disiarkan dalam tahun 1917. 
 
Antara lain, beliau mencadangkan agar sebuah maktab perguruan pusat didirikan di Perak bagi memperluaskan skop pendidikan di negara ini. Beliau menyarankan bahawa tapak tempat berdirinya maktab tersebut mestilah mempunyai tanah yang subur, untuk menampung keperluan kurikulum yang menggariskan aspek pertanian sebagai penumpuan akademik.

Pemilihan Tanjung Malim
 
Tanjung Malim terletak di selatan negeri Perak, berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur.
 
Tanjung Malim dilihat sebagai satu-satunya tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang dihasratkan oleh Winstedt.
 
 Ini kerana Tanjung Malim terletak di tengah-tengah, berdekatan jalan keretapi, sungai dan pekan serta kesuburan tanah di kawasan tersebut. Pada 26 Mei 1917, Tanjung Malim secara rasmi dipilih sebagai tempat pembinaan maktab.

Prasarana Awal
Pada awal penubuhannya kampus SITC ini terdapat beberapa buah bangunan sahaja, iaitu bangunan induk (Bangunan Suluh Budiman), dewan makan, asrama, bangunan gimnasium (panggung wayang), surau, rumah pengetua dan enam buah rumah guru.

Pembelajaran Awal
 
Kumpulan penuntutnya yang pertama berjumlah 120 orang (semuanya lelaki) dengan tenaga pengajar awal seramai empat orang guru Inggeris dan tujuh orang guru Melayu. Pelajar-pelajar datang dari Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pengetua pertama SITC ialah Tuan O. T. Dussek, bekas pengetua Maktab Guru Melaka. 
 
Perkembangan SITC
Nama maktab ini di ambil bersempena dengan nama Almarhum Sultan Idris Murshidul A’zam Shah (1849-1916). Ini adalah kerana beliau merupakan Sultan yang mengambil berat tentang pelajaran anak Melayu. Sebagai penghormatan kepada Sultan Idris, R.O Winstedt telah mencadangkan nama Sultan Idris bagi mengaitkan maktab ini dengan beliau. 
 
Bangunan Suluh Budiman
Bangunan Suluh Budiman merupakan bangunan induk yang telah memulakan kerja pembinaannya pada tahun 1919 dan telah siap sepenuhnya pada Jun 1922. Ia menjadi mercu tanda maktab terunggul di Tanah Melayu pada waktu itu yang dirasmikan pembukaannya pada 29 November 1922 oleh W.G Maxwell iaitu Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu. Reka bentuk bangunannya adalah berunsurkan seni bina Belanda ala Gothic zaman pertengahan (1130-1500). Antara fungsi ruang bangunan ini ialah bilik kuliah dan pejabat pentadbiran .
 
 
Organisasi
Pengetua Pertama SITC (1922-1936) ialah O.T. Dussek atau nama sebenarnya ialah Oman Theodore Dussek yang merupakan peminat dan pengkaji bahasa Melayu yang banyak memberi sumbangan bagi menghasilkan buku dan makalah bahasa Melayu dalam bentuk karya asal dan terjemahan. Beliaulah antara yang merangka penubuhan Pejabat Karang-Mengarang di SITC. Manakala Pengetua Melayu Pertama SITC ialah Datuk Zainal Abidin Bin Ali. Guru Besar Pertama SITC (1922-1939) ialah Mohd. Hashim Talib yang merupakan tokoh pendidik dan penulis yang banyak menyumbang karya kepada perkembangnan pendidikan di Tanah Melayu pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua.
 
 
SITC memasuki era baru
Berakhirnya era SITC

Setelah sekian lama SITC berjaya mengharungi liku-liku pahit getir, ia bertukar nama kepada Maktab Peguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1957. 

Setelah SITC dengan rasminya berubah nama kepada MPSI selepas merdeka, kurikulum yang digunakannya juga bertukar menyamai kurikulum yang terdapat di maktab-maktab dan pusat latihan perguruan yang lain. Kemasukan guru-guru pelatih ke MPSI tidak lagi tertakluk kepada kuota negeri-negeri di seluruh Negara seperti amalan sebelumnya.

 Syarat dan kelayakan masuk ke MPSI tidak lagi dengan berdasarkan Sijil Darjah Enam, tetapi calon-calon mestilah memiliki sijil Lower Certificate of Education (LCE).

SUMBER; Muzium Pendidikan Nasional

Boleh lihat catatan Cikgu Indahrasa, Alumni Ibu Kandung Suluh Budiman, Menziarahi Tanjong Malim.



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .