Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/02/09

Tanjung Malim Bandar Proton Pesat membangun

  Tanjung Malim Bandar Proton Pesat membangun


Stesen Keretapi Tanjung Malim suatu ketika dahulu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Apabila disebut Tanjung Malim, jika ditanya pada generasi warga emas, terutama warga pendidik, kebanyakan mereka amat berbangga menyebut Oh Tanjung Malim yang ada SITC tu ya? Kamu tahu tak SITC tu sabuah institusi pendidikan yang hebat pada zaman kami?
Pesan pensyarah kami juga, warga SITC, perlu saling bantu membantu kerana warga SITC adalah Anak Ibu Kandung Suluh Budiman.
 
Begitulah antara kisah-kisah lisan naratif yang saya dengar. 

Jika dahulu ada seorang lelaki tua dari Negeri Sembilan bernama Pak Aris bersama basikal dan kamera besarnya akan bercerita tentang SITC, MPSI, IPSI dan hingga ke era UPSI. 

Tanjung Malim yang terletak di lembah berhampiran sungai, sayup memandang keindahan langit dan bumi bersatu, berlatar belakangkan tulang belakang Semenanjung Malaysia sarat dengan momen sejarah. 
Di entry ini, sila klik readmore, saya ada muat naik sejarah SITC-MPSI-IPSI-UPSI.

 Kini Tanjung Malim semakin pesat membangun bersama cadangan pembangunan Tanjung Malim Sebagai Hab Automatif nasional.
 
Perak, Proton bangunkan Tanjung Malim sebagai hab automotif nasional

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan membangunkan semula kawasan Tanjung Malim sebagai hab industri automotif nasional di bawah perancangan gagasan Perak Amanjaya yang akan memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan negeri dalam tempoh lima tahun.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri kini menggerakkan semula inisiatif itu, yang sebelum ini hampir tidak berjaya, menerusi beberapa siri mesyuarat dan pertemuan bersama-sama pengurusan Proton.







"Saya telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat khas dengan pihak pengurusan Proton dan hasil beberapa siri perbincangan, Proton telah membuat keputusan menggerakkan semula Tanjung Malim," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan Ceramah Eksekutif kepada kira-kira 3,000 penjawat awam negeri Perak di sini hari  ini.

Dengan itu, katanya kawasan Shah Alam yang sekarang ini menjadi pusat Proton akan beralih ke Proton City, Tanjung Malim secara berperingkat-peringkat.

Proton City dibuka pada Ogos 2004 dan kini mengeluar tiga model Proton iaitu Persona, Gen2 dan Preve.

Kilang itu terletak di atas kawasan seluas 517.12 hektar dan lima kali lebih besar daripada kilang Proton Shah Alam yang berkapasiti mengeluarkan 150,000 kereta setahun.

Zambry berkata, ia merupakan satu berita baik kepada Perak yang telah merancang menjadikan kawasan selatan negeri itu sebagai pusat pembangunan terkini dan ia akan mengalami pembangunan  pesat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagaimana pun, katanya beliau tidak dapat memperincikan pelan pembangunan itu namun berdasarkan perancangan kerajaan negeri, Tanjung Malim akan memenuhi pembangunan Lembah Klang seperti yang berlaku di kawasan Seremban, Negeri Sembilan pada masa sekarang.

Mengenai cadangan untuk menempatkan syarikat pemasang automotif yang lain di Tanjung Malim, beliau berkata tanah berkenaan adalah milik Proton.

"Oleh kerana tanah di kawasan itu adalah kepunyaan Proton, kemungkinan Proton akan bekerjasama dengan sebuah syarikat besar pembuat kereta. Saya tidak boleh memberitahu tapi ia adalah untuk makluman anda. Selain itu, kita juga merancang membawa industri berkaitan seperti vendor-vendor ke Tanjung Malim," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti dengan positif mengenai permintaan Proton supaya mengenal pasti kawasan yang lebih luas di sekitar Tanjung Malim bagi membawa industri hiliran sektor automotif ke kawasan itu.

Proton Holdings Bhd, anak syarikat DRB-Hicom Bhd, akan melabur RM1 bilion hingga RM2 bilion di bawah pelan penyusunan semulanya bagi Proton City di Tanjung Malim, Perak,  dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

Pengerusi Eksekutif Proton Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata pelaburan berkenaan, yang termasuk program pembangunan dan peningkatan bagi bandar itu, merupakan kerjasama dengan kerajaan negeri Perak


Sumber .- Bernama

Perak, PROTON bangun semula Tanjung Malim



Ipoh: Kerajaan negeri Perak dan PROTON Holdings Bhd akan membangunkan semula kawasan Tanjung Malim sebagai hab industri automotif nasional.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata langkah itu adalah di bawah perancangan gagasan Perak Amanjaya yang akan memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan negeri dalam tempoh lima tahun. 



Katanya, kerajaan negeri kini menggerakkan semula inisiatif itu, yang sebelum ini hampir tidak berjaya, menerusi beberapa siri mesyuarat dan pertemuan bersama-sama pengurusan Proton Holdings Bhd.


"Saya sudah mengadakan pertemuan dan mesyuarat khas dengan pihak pengurusan PROTON Holdings. Hasil beberapa siri perbincangan, PROTON Holdings memutuskan untuk menggerakkan semula Tanjung Malim," katanya kepada media selepas majlis perhimpunan dan Ceramah Eksekutif kepada kira-kira 3,000 penjawat awam negeri Perak di sini semalam.

Susulan itu, katanya, kawasan Shah Alam yang kini menjadi pusat operasi pengeluar kereta nasional itu, akan beralih ke Proton City, Tanjung Malim secara berperingkat.

Proton City yang dibuka pada Ogos 2004 dan kini mengeluar tiga model Proton iaitu Persona, Gen2 dan Preve.

Kilang itu terletak di atas kawasan seluas 517.12 hektar dan lima kali lebih luar berbanding kilang Proton Shah Alam yang berkeupayaan mengeluarkan 150,000 unit kereta setahun.
Zambry berkata, ia adalah berita baik kepada Perak yang merancang menjadikan kawasan selatan negeri itu sebagai pusat pembangunan terkini dan ia akan mengalami pembangunan pesat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak dapat memperincikan pelan pembangunan itu namun berdasarkan perancangan kerajaan negeri, Tanjung Malim akan memenuhi pembangunan Lembah Klang seperti yang berlaku di kawasan Seremban, Negeri Sembilan kini.

Mengenai cadangan untuk menempatkan syarikat pemasang automotif yang lain di Tanjung Malim, beliau berkata tanah berkenaan adalah milik PROTON Holdings. 


Sumber: Berita Harian,2013/01/08 - 06:16:08 AM


Cadangan penghuni 'ketakutan' untuk Proton City

APABILA DRB Hicom Bhd. mengumumkan suntikan RM1 bilion bagi 'menghidupkan semula' Proton City, bermacam andaian telah dibuat, termasuk mengimpikan Proton City bertukar wajah sebagai Dresden atau Stuttgart, dua Bandar automotif di Jerman.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengesahkan bahawa DRB Hicom bersetuju menjadikan kawasan seluas 4,000 ekar di Tanjung Malim itu sebagai pusat industri automotif.
Akan tetapi, apa yang menyedihkan penghuni Proton City sendiri, terutama sekali 28 keluarga di Parcel 19E kini hidup dalam ketakutan.
Kebanyakan penduduk di Parcel tersebut adalah pemilik rumah di situ.
Setakat bulan September tahun ini saja, terdapat lebih dari enam pecah rumah yang dilaporkan dan kerugian beribu-ribu ringgit. Ini adalah satu jumlah peratusan yang tinggi.
Proton City yang sebelum ini selama lebih lima tahun dianggap penghuninya sebagai sebuah kawasan selamat, kini mulai terancam.
Dalam perancangan Proton City sebagai bandar masa depan yang serba moden dari segi infrastruktur dan kecanggihan teknologi terkini, beberapa kemudahan tidak dimasukkan dan ini termasuk pembinaan balai polis daerah Tanjong Malim.
Penghuni Proton City telah membelanjakan wang dan menyumbang tenaga untuk menjadi kawasan itu lebih selamat - mengambil pengawal keselamatan mengawal di kawasan serta rondaan oleh penghuni Parcel 19E.
Akan tetapi, rompakan masih berlaku. Dalam salah sebuah rompakan, mangsa bergegas pergi ke Pondok Polis Proton City pada jam 10.30 malam. Namun, mereka diminta membuat laporan di Balai Polis Behrang Stesen, lebih kurang 11 kilometer dari tempat itu.
Soalnya, apakah fungsi Pondok Polis Proton City yang terletak kurang tiga minit dari Parcel 19E?
Kawasan Proton City kian berkembang dengan pembinaan beratus-ratus rumah lagi, serta kompleks rumah kedai dan ruang perniagaan di hadapan kampus baru Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Jika Proton City tidak selamat, apakah yang akan berlaku kepada penghuninya? Apakah ini akan menggagalkan perancangan sebagai 'Bandar Automotif' yang kononnya serba lengkap?
Dalam perancangan, tidak ada balai polis serta tiada peruntukan tambahan kewujudan kawalan polis. Proton City juga tidak termasuk sebagai bandar selamat di bawah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Saya tidak faham, jika Proton City diimpikan menjadi seperti Bandar-bandar automotif yang disebutkan atau sekurang-kurangnya Cyberjaya satu hari nanti, saya kira lokasi ini wajar dilengkapkan dengan berpuluh-puluh (kamera litar tertutup (CCTV).
Perancangan ini tidak dimasukkan dalam Proton City, apatah sebuah muzium automobil negara.
Saya berharap pihak DRB-Hicom, Proton City Development Bhd., pihak polis daerah Tanjong Malim, wakil rakyat dan Menteri Besar Perak mengambil berat dalam hal ini.
Sekurang-kurangnya, pihak berwajib dapat memasang CCTV pada tempat-tempat strategik serta menyumbang kepada pembinaan pagar mengelilingi Parcel 19E.
Bagi memudahkan siasatan, satu lagi cadangan ialah pihak berwajib mempunyai senarai daftar para pekerja asing di kilang-kilang vendor Proton yang terletak berdekatan. Senarai daftar itu dapat menapis mereka yang berada di negara in tanpa dokumen sah, sekali gus mempercepat siasatan kes-kes rompak dan kecurian di kawasan tersebut.
Saya juga minta pihak polis, dan lain-lain pihak berwajib lebih positif dalam masalah kami.
Dalam keadaan yang sedang berlaku di Proton City, saya meminta Menteri Besar Perak dan wakil rakyat turun padang bertemu penduduk supaya satu jalan penyelesaian jangka panjang dapat diputuskan.
Jika Zambry mengumumkan tentang satu pasukan khas untuk melawat beberapa bandar automotif terbesar di luar negara seperti Jerman, mengapa tidak ada pasukan khas melawat Proton City dan bertemu dengan penghuninya?
Lagi pun, saya tidak yakin jika 'pasukan khas' itu dapat menterjemahkan apa yang ada di Stuttgart dan Dresden.
Dengan itu. cadangan saya adalah seperti berikut.
n Pemberian subsidi untuk membina pagar mengelilingi Parcel 19E.
n Pemaju membina pondok kawalan yang lengkap di jalan utama masuk menuju ke kawasan perumahan Proton City.
n Pemaju dan pihak berwajib memasang CCTV di tempat-tempat strategik di seluruh kawasan perumahan Proton City.
n Pihak polis dan imigresen melakukan penapisan ke atas pekerja asing di Proton City, dan dengan sendirinya mengenal pasti mereka yang tidak ada dokumen. Cap jari diambil.
n Satu daftar pekerja asing di kawasan itu perlu wujud bagi memudahkan penyiasatan.
n Meletakkan Kotak Biru pengawalan polis pada rumah-rumah di kawasan strategik.
n Menambah jumlah anggota polis melakukan rondaan.

Sumber:
© Utusan Melayu (M) Bhd


Sejarah SITC-MPSI-IPSI-UPSI
Sultan Idris Training College
Penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah warisan drpd Sultan Idris Training College (SITC) for Malay Teachers. Penubuhan SITC diilhamkan oleh R. O. Winstedt yg pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri²  Selat & Negeri² Melayu Bersekutu menerusi laporannya yg disiarkan dlm tahun 1917. Antara lain beliau mencadangkan agar sebuah maktab perguruan didirikan di Perak bagi memperluaskan skop pendidikan di negara ini.


SITC dirasmikan pd 29 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri² Melayu Bersekutu. Nama Sultan Idris adalah diambil sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yg ke-28 yg memerintah negeri Perak antara 1889-1916. Cadangan nama ini diperkenankan oleh Sultan Abdul Jalil Shah pd 26 Mei 1917. 

Berikutan itu, satu tapak seluas 63 ekar telah dibeli di Tanjong Malim dgn harga RM49,000.00. Kerja² pembinaannya bermula pd Ogos 1919. Penekanan infrastruktur maktab tersebut telah diberikan oleh pihak berkuasa dgn membabitkan orang perseorangan & syarikat² swasta Eropah. Pendawaian sistem elektrik & bekalan air telah dilakukan dgn teliti & dikemaskini bagi memastikan bekalan elektrik & air tidak terputus.
Turut menyaksikan upacara penuh gilang-gemilang tersebut ialah orang kenamaan Melayu & beberapa orang Pegawai Residen Eropah dari semua Negeri² Selat & Negeri² Melayu Bersekutu. SITC didirikan di satu kawasan lembah yg subur di atas tanah seluas 64 hektar di kaki Banjaran Titiwangsa. 

Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina Belanda ala Gothic zaman pertengahan. Kumpulan penuntut yg pertama berjumlah 120 orang (semuanya lelaki) berasal dari Negeri² Selat & Negeri² Melayu Bersekutu dgn tenaga pengajar seramai 14 orang. Pada tahun 19212, Pengetua pertama telah memulakan tugas di SITC iaitu O. T. Dussek yg berasal dari England.

Penubuhan SITC dianggap sebagai suatu cetusan era yg menyemarakkan alam pemikiran & pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri² Selat, Sir Wolffe dlm ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa hari tersebut menandakan hari bersejarah bagi orang² Melayu krn ia merupakan titik tolak dlm perkembangan pendidikan vernakular Melayu. 

Menurutnya lagi, orang² Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar, serta penghargaan yg tidak ada tolak bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak² Melayu. Katanya lagi, biarpun pelajaran Inggeris penting bagi mencapai hasrat utk memperolehi kedudukan yg tinggi dlm masyarakat, namun pendidikan dlm bahasa Melayu merupakan tapak pertama dlm mengenali erti hidup yg sebenar.

Maktab Perguruan Sultan Idris
Sir Wolffe juga menyarankan agar pelajar² patut mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm bidang pertanian, anyaman, latihan jasmani, perkebunan & Bahasa Melayu sendiri. Saranan beliau merupakan garis kasar pembentukan kurikulum SITC di peringkat awal penubuhannya. Dlm tahun² berikutnya hingga tahun 1957, SITC telah menerima penuntut ² dari seluruh pelusuk Tanah Melayu, Brunei, British Borneo & Singapura. 

Kurikulumnya tertumpu kpd pengetahuan asas keguruan di samping kraftangan & pertanian. Sejak ditubuhkan, SITC terus unggul berbakti kpd bangsa & negara. Ia disifatkan ‘universiti’ yg unggul bagi melatih guru² Melayu. Pada tahun 1959, bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak, SITC ditukarkan namanya kpd Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yg khusus utk melatih guru² sekolah rendah.

Institut Perguruan Sultan Idris
Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila mula menerima 140 orang penuntut perempuan. Kecemerlangan MPSI terus unggul apabila pd 21 Februari 1987, ia dinaikkan taraf menjadi institut & dikenali dgn nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Mulai tahun 1987, Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) diperkenalkan. Setahun kemudian iaitu dlm tahun 1988, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula dimulakan di IPSI.

Dlm tahun 1993, Kursus Kembar dgn Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah diadakan dlm bidang Bahasa Melayu & Pendidikan Jasmani. Status quo ini berterusan hingga tahun 1993 apabila sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu iaitu sesebuah maktab perguruan melatih guru² utk sekolah rendah & menengah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kini institusi ini dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti bagi memenuhi hasrat kerajaan memberi peluang pendidikan yg lebih tinggi kpd rakyat khususnya utk melahirkan golongan pendidik yg berwibawa serta mampu menghadapi cabaran di alaf baru. 

Ia selaras dgn usaha memenuhi keperluan peningkatan pembinaan sumber tenaga manusia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan & sahsiah mulia dlm bidang² sains, teknologi, bahasa, kesenian, kesusasteraan & kebudayaan dgn penekanan khusus kpd unsur pendidikan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 & Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. UPSI mula beroperasi pd 2 Mei 1997 dgn pelajarnya seramai 350 orang yg terdiri drpd berbagai etnik. Dgn berbekalkan tenaga pengajar seramai 29 orang & 6 orang kakitangan pentadbiran, UPSI terus membangun. Kini jumlah pelajarnya terus meningkat dari masa ke semasa & terus berkembang serta mampu bersaing dgn mana² Institusi Pengajian Tinggi Awam yg lain.

Wah sangat indah sejarah penubuhan UPSI dgn keunikan bangunan yang ada di sini.

Sumber; http://mujahidahwana.blogspot.com/2011/04/sitcmpsiipsiupsi.html
Share:

0 comments:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL