Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2013/02/09

Valentines Day Jom Remaja Muslim Usah Sambut

 Valentines Day Jom Remaja Muslim Usah Sambut





Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup adalah perlu dilaksanakan oIeh seluruh umat Islam, demi membuktikan ketulusan dan keyakinan kita kepada ajaran suci yang dibawa oIeh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Marilah kita hayati betapa Sayang Cinta dan rindu Nabi Muhammad SAW kepada kita, Umat Nabi Muhammad SAW yang hidup di akhir zaman sangat mendalam, saudaraku. Sila klik di artikel ini http://www.cikgukaunseling.com/2013/01/salam-maulidur-rasul-rindu-dan-cinta.html

 
Hari Kekasih juga digelar sebagai: “Valentine 's Day” yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. 

Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka. Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.



Kasih sayang keluarga perlu diperkukuhkan. Ibubapa memberi perhatian pendidikan agama dan perkembangan sosio emosi remaja, 
 keluarga harmoni, asas masyarakat sejahtera, negara sentosa.

 Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan lagi, di dalam Islam tidak ada hari tertentu untuk meraikan kekasih ataupun kasih sayang. Islam merupakan agama yang menitikberatkan kasih sayang, dan SETIAP DI DALAM ISLAM ADALAH HARI KASIH SAYANG.  

Akhbar Berita Harian, bertarikh 9 Februari 2013  melaporkan JAIS Nasihat Remaja Islam Tidak Rai Hari Kekasih. Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,  seperti yang telah dilaporkan oleh Akhbar Berita Harian,  bertarikh 14 Februari 2012, pula telah  berkata masyarakat Islam negara ini perlu mematuhi dan menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat daripada mufti yang melarang mereka membabitkan diri dalam sambutan perayaan itu. 

Imam Muda nasihat lupakan Hari Kekasih sebagaimana yang telah dilaporkan Berita Harian 13/2/2011. Menurut Imam Muda Asyraf, Sambutan dorong kelakuan tak bermoral.



Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih 14 Februari :
 
 
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
 
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
 
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
 
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.




INFO: Majlis Fatwa Kebangsaan

  • Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 memutuskan umat Islam dilarang membabitkan diri dalam meraikan Hari Kekasih.
  • Sambutan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.
  • Roh perayaan Hari Kekasih mempunyai unsur agama Kristian.
  • Amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

  • Sebarang cara sambutan Hari Kekasih termasuk hanya bertujuan untuk 'suka-suka' seperti memberi hadiah dan bunga kepada pasangan wajar dielakkan masyarakat Islam kerana perbuatan itu meniru budaya penganut agama lain yang menyambut hari berkenaan


    JAIS nasihat remaja tidak rai Hari Kekasih

     

     


    Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menasihati remaja beragama Islam supaya tidak meraikan Hari Kekasih, Khamis ini kerana ia boleh menjerumuskan mereka kepada gejala tidak bermoral.

    Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Marzuki Hussin (gambar), berkata pihak JAIS akan meningkatkan operasi serta serbuan pada malam sambutan berkenaan selain meningkatkan siri ceramah kesedaran di kalangan masyarakat.
    Tingkat operasi

    Selain itu, JAIS menyediakan khutbah Jumaat khas yang dibacakan khatib di seluruh negeri," Marzuki Hussin, Pengarah JAIS
    “Kita akan meningkatkan operasi pada hari berkenaan kerana tidak mahu golongan muda terbabit dalam kegiatan zina atau perbuatan menghampiri zina,” katanya selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di Masjid Negeri, di sini semalam.

    Ceramah dan seminar

    Marzuki berkata, pelbagai ceramah dan seminar turut diadakan pada malam hari kekasih itu dengan harapan dapat mendidik golongan muda supaya tidak terpengaruh dengan perayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam itu.

    “Selain itu, JAIS menyediakan khutbah Jumaat khas yang dibacakan khatib di seluruh negeri ini bagi mengingatkan orang Islam supaya tidak terpengaruh atau terjebak dengan budaya tidak sihat ini,” katanya.



    Sumber; Berita Harian, 

    JAIS nasihat remaja tidak rai Hari Kekasih




    Hormati fatwa tak sambut Hari Kekasih

    KUALA LUMPUR: Sebarang cara sambutan Hari Kekasih termasuk hanya bertujuan untuk 'suka-suka' seperti memberi hadiah dan bunga kepada pasangan wajar dielakkan masyarakat Islam kerana perbuatan itu meniru budaya penganut agama lain yang menyambut hari berkenaan.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata masyarakat Islam negara ini perlu mematuhi dan menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat daripada mufti yang melarang mereka membabitkan diri dalam sambutan perayaan itu.
    “Kita tidak boleh ukur sambutan ini kecil-kecilan atau besar-besaran atau untuk suka-suka kerana semuanya mampu mengundang kepada gejala maksiat.


    “Jika ada yang kata nak berikan bunga atau hadiah kepada pasangan sekali pun pada hari berkenaan, itu juga adalah tanda mereka menyambutnya. Mengapa tidak diberikan saja pada hari lain?, ” katanya kepada Berita Harian, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tanggapan sesetengah masyarakat Islam di negara ini bahawa perayaan Hari Kekasih boleh disambut secara ‘suka-suka’ dengan hanya memberikan bunga atau hadiah tanpa membabitkan sebarang keraian lain.

    Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 memutuskan umat Islam dilarang daripada membabitkan diri dalam meraikan Hari Kekasih kerana amalan itu tidak pernah dianjurkan Islam.

    Selain itu, roh perayaan itu mempunyai unsur agama Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

    INFO: Majlis Fatwa Kebangsaan
  • Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 memutuskan umat Islam dilarang membabitkan diri dalam meraikan Hari Kekasih.
  • Sambutan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.
  • Roh perayaan Hari Kekasih mempunyai unsur agama Kristian.
  • Amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.


  • Sumber; Berita Harian, Hormati fatwa tak sambut Hari Kekasih



    Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam




    Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

    Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. 
     
     
    Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.
     
     
    Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
     
     
    Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
     
     
     
    Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
     
     
    Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. 
     
     
    Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
     
     
    Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
     
     
    Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
     
     
    Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup.
     
     Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
     
     
    Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. 
     
     
    Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
     
     
    1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
    2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
    3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
    4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
    5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
     
     
     
    Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat.
     
     Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. 
     
     
    Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
     
     
    Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
     
     
    Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat.
     
     Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT. 
     
    Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39
     




    Imam Muda nasihat lupakan Hari Kekasih




    Juara program Imam Muda kelolaan Astro, Muhammad Asyraf Ridzuan, berkata walaupun agama Islam tidak menghalang umatnya menunjukkan elemen kasih sayang tetapi Islam menyekat kegiatan maksiat yang sering dikaitkan dengan sambutan Hari Kekasih.


    “Kita menghalang sambutan Hari Kekasih bukan kerana ia dari barat tetapi kerana menyalahi ajaran Islam.

    “Lagipun, kita boleh meraikan Hari Bapa dan Hari Ibu yang juga amalan dari masyarakat barat tetapi tidak menyalahi ajaran agama kita,” katanya yang menjadi panel jemputan program Bicarawara dan pelancaran ‘Kempen Awasi Jerat Hari Valentine’s,’ di sini, kelmarin.

    Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan disiarkan di saluran TV1 jam 11 malam, 18 Februari ini.

    Selain Asyraf, program itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu Pengarah Urusan Raudhatul Sakinah, Rosmawati Zainal dan wakil JAKIM, Mohamad Zarifi Mohamad Daud.
    Lebih 1,000 penonton menghadiri program itu yang terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi tempatan (IPT), pelajar sekolah menengah dan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

    Mengulas lanjut mengenai elemen kasih sayang yang ditampilkan dalam sambutan Hari Kekasih, Muhammad Asyraf berkata, kasih sayang antara dua jantina berbeza bukan hanya menggunakan janji manis tetapi perlu diikat dengan satu akad yang menyimpulkan ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi.

    “Perkahwinan bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia tetapi ia bermatlamat menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni.

    “Untuk menunjukkan kasih sayang sesama manusia, kita bukan menunggu pada hari berkenaan tetapi ia boleh disemai setiap hari seperti yang dianjurkan oleh Islam,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mahu lebih banyak program pendidikan diadakan bagi menyedarkan golongan muda mengenai percanggahan perbuatan menyambut Hari Kekasih dengan ajaran Islam.

    “Program berbentuk pendidikan adalah lebih sesuai berbanding penguatkuasaan undang-undang kerana ia mampu meningkatkan kefahaman dan memberi kesan lebih baik dari segi jangka panjang,” katanya.  


    2011/02/13 - 04:20:22 AM

    Share:

    0 comments:

    Welcome

    Welcome

    Halatuju Kerjaya

    kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

    My Blog List

    Pautan Pendidikan

    Pautan Pendidikan

    Antibuli

    Eduwebtv

    THESTAR

    NST

    MMAIL