Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

KERJAYA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

KERJAYA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dahulu sewaktu bergelar mahasiswa, saya sering mendengar senior-senior saya yang berada di sebuah kampus bertaraf international di Lembah Klang, bercerita akan kerjaya PTD. Ramai senior-senior berkenaan lulus temuduga PTD peringkat pertama (penulisan) seterusnya lulus pula di INTAN.

Kemudian apabila saya melanjutkan pengajian di sebuah IPTA tempatan dalam bidang pendidikan, saya tidak dengar lagi kisah rakan atau senior yang mahu menjadi PTD melainkan Kaunselor di HEP yang sangat menggalakkan saya memohon PTD setelah tamat pengajian.

 Cuma dek kerana kecintaan saya terhadap pendidikan, saya memilih tidak memohon PTD seperti mana rakan-rakan senior saya di sebuah IPTA. Kini setelah menjadi Kaunselor Pelajar, kerjaya PTD ini adalah antara kerjaya yang saya dedahkan kepada pelajar-pelajar saya.

Sebelum cerita panjang, tahukan anda apakah itu PTD? Pejabat Tanah Daerah? Pusat Tanam Duku? Pak Tam Duda?? Sudah pastinya jawapan itu semua melencong dari matlamat tajuknya. Okaylah mungkin ramai tahu dan tak kurang yang ‘blur’..

 PTD merupakan singkatan bagi Pegawai Tadbir Diplomatik. Ia merupakan antara jawatan yang mampu memberikan peluang yang besar kepada penjawat awam untuk menaiki tangga ke kedudukan tinggi dalam organisasi kerajaan..


Mungkin juga ramai dari anda yang masih kurang arif tentang kerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. . Mungkin ada yang ingatkan bahawa kerja PTD ni adalah berkenaan dengan urusan luar negara seperti duta dan sebagainya.



Sebenarnya jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan yang berfungsi sebagai ketua atau perancang dalam sesuatu jabatan.

 Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41



Pengurusan dan Profesional



Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam

 Jadual Gaji:


Peringkat Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
P1
P2
P3
RM2,252.80
RM2,361.29
RM2,474.51
RM5,556.62
RM5,877.24
RM6,209.12
RM225.00




Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,252.80 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.




Perhatian:


Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre' di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre' itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

 Deskripsi Tugas:


Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.


Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

 Bagaimanapun setiap sesuatu  pekerjaan ada kelebihan dan keburukan. Bersama-sama ini saya kongsi sedikit sebanyak kelebihan dan keburukan mengejar jawatan ini.

Kelebihan Kerjaya PTD:

1. Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat.. Dalam tempoh 5 tahun anda mungkin berjaya melangkaui 3 peringkat gred kerajaan. Ini memang cepat berbanding dengan skim jawatan lain.

2. Anda akan lebih berpengaruh. Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali..

3. Gaji masyuk.. Huhuhuhuhu.. Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)..

4. Berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). Bergantung pada prestasi dan nasib.

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang menyebabkan si Zool tidak lagi berminat untuk menduduki peperiksaan ini.. Antaranya

1. PTD akan menghadapi situasi berpindah terutamanya bagi kenaikan pangkat. Kadangkala hanya 2-3 tahun lepas tu pegi ke jabatan lain. Walaupun saya ni bujang namun sukar rasanya berhadapan dengan situasi tersebut..

2. Suka atau tidak, kadangkala terdapat situasi gangguan dari politikus.. Terutamanya kalau anda PTD di bahagian yang agak berisiko.. Bahaya woo..

3. Sentiasa kena keje lebih. Tiada kerja lebih masa (OT). Disebabkan PTD merupakan pegawai elit, waktu kerja tak tentu masa.. Biasa rasanya kalau malam-malam dipanggil meeting oleh pihak atasan..

4. Lagi-lagi mesyuarat.. HUhuhuhuhu.. Sebagai ketua sesuatu jabatan memang PTD akan selalu menghadiri mesyuarat.. Samada kena puji, hentam, kutuk dan sebagainya.. Kena bersedialah..

5. Ketrampilan diri yang menarik. PTD adalah suatu jawatan elit jadi kenalah berpakaian kemas.. Tak boleh pakai kasut murah-murah ni..
Hm.. rasanya cukuplah setakat ini tentang sedikit perihal mengenai PTD. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai PTD ni cubalah tanya mereka sendiri di jabatan-jabatan kerajaan..
Sekian..

Sumber: http://ligakampung.com/blog/best-ke-jadi-ptd/


SYARAT-SYARAT KHUSUS UNTUK MENJADI PTD:

 
syarat-syarat khusus yang membolehkan anda mendapat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini. Tujuan syarat khusus ini dibuat adalah untuk membezakan mereka yang benar-benar layak untuk mengisi jawatan PTD atau pun tidak. Sekiranya anda serius dalam memohon jawatan PTD ini, anda seharusnya tahu apa yang bakal anda lalui selepas sahaja anda mengisi borang jawatan PTD di laman web SPA.


 
Baiklah, sekarang kita akan membincangkan tentang syarat khusus PTD ini. Antara syarat khususnya adalah anda diwajibkan lulus dalam peperiksaan kemasukan PTD yang akan dibuat sehari suntuk. Peperiksaan ini akan dijalankan di suatu tempat yang bakal pihak SPA tentukan kelak. Kebiasaannya, peperiksaan in bermula dari pukul 9 pagi – 5 petang. 


 Peperiksaan ini merangkumi 5 bahagian dan setiap bahagian akan menguji pengetahuan anda dalam bidang yang berbaza. Di bawah adalah penerangan secara ringkas dari apa yang saya cerita di atas:

  1. Bahagian A: Pengetahuan AM (berkaitan Malaysia)
  2. Bahagian B: Menyelesaikan Masalah (Matematik)
  3. Bahagian C: Pemahaman (BM dan BI)
  4. Bahagian D: Karangan BM
  5. Bahagian E: Karangan BI
Kebiasaannya, selepas peperiksaan PTD ini, lebih dari separuh calon akan tersingkir dan yang selebihnya akan dipanggil untuk saringan peringkat kedua iaitu PrePAC.


Pada peringkat kedua (PrePAC) ini, anda akan diuji tentang ketahanan fizikal, pengucapan awam, kemahiran berkomunikasi dan berdiplomasi. Setiap gerak geri anda akan dinilai oleh penilai tanpa anda sedari. Kebiasaannya, tempat yang dipilih adalah berdekatan dengan alamat yang telah anda tulis semasa pendaftaran di laman web SPA dahulu.


Sekiranya anda lulus pada peringkat PrePAC, anda akan dipanggil untuk ke peringkat terakhir iaitu peringkat temuduga. Pada peringkat ini, soalan yang akan ditanya kadangkala mencabar minda anda dan kadangkala hanya sacara santai. 

Anda harus bersedia dari segi mental. Penumuduga pula adalah dari orang kenamaan. Kebiasaannya mereka mempunyai title Dato’ atau pun Tan Sri. Ingat jangan tersalah panggil title penemuduga kerana perbuatan itu bakal menjejaskan peluang anda untuk terpilih.

SOALAN LAZIM;




Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam kerajaan?

Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) atau melalui laman Jobsmalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my .




2. Bagaimana ingin mendapatkan Identity Number (ID) bagi mengisi Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)?

Pemohon boleh mendapatkan Identity Number (ID) di daftar akaun baru dan boleh merujuk manual panduan daftar akaun baru di tetingkap (Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)).


3. Bagaimana saya ingin mengemaskini pendaftaran saya?

Setelah calon berjaya mempunyai ID selepas proses pendaftaran, pemohon termasuklah dari kategori Pegawai Sedang Berkhidmat/Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.



4. Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya?

Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan 'Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Pemohon yang memiliki ijazah dibenarkan memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM.





5. Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan?

Mulai tahun 2009, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar seperti yang biasa dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum ini sebanyak 2 kali setahun. Walau bagaimanapun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menyiarkan iklan sepanjang masa di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Oleh itu, para pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Selain itu, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.




6. Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia?

Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.




7. Mengapa sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan?

Sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan disebabkan kegagalan calon mengisi borang dengan tepat mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ini penting kerana urusan pendaftaran kini dibuat secara berkomputer sepenuhnya. Walau bagaimanapun, permohonan calon yang berstatus KIV akan mengambil masa 3 hari untuk didaftarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.




8. Mengapa saya perlu memperbaharui pendaftaran?

Setiap pendaftaran perlu diperbaharui dengan menggunakan ID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh setahun. Ini membolehkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Selain itu, ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh lima tahun. Bagi pemohon Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan ID terlebih dahulu di Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).


MAKLUMAT LANJUT SILA KE WEBSITE SPA YA


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .