Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Laluan Komuter Pelabuhan Klang-Batu Caves Alami Gangguan

 Laluan Komuter Pelabuhan Klang-Batu Caves Alami Gangguan 

Gambar Hiasan; Komuter KTM


Rajah The KTM Komuter Network

Kegelinciran: Laluan komuter alami gangguan 

 


KUALA LUMPUR — Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Batu Caves akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan hari ini disebabkan kegelinciran tren komuter di stesen Shah Alam lewat malam tadi.


Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini, perkhidmatan tren komuter bagi sektor itu akan beroperasi seperti biasa tetapi akan berlaku kelewatan sekitar lima minit.


Kenyataan itu melaporkan tren komuter yang terlibat dalam insiden itu adalah tanpa penumpang dan sedang dalam perjalanan ke depot Sentul bagi tujuan penyelanggaran.


KTMB memaklumkan bahawa kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.


Sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862 bagi maklumat lanjut.—BERNAMA

Sumber; Kosmo

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .