Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Become A Pilot at KIST Aviation Academy

Become A Pilot at KIST Aviation Academy





  Kumpulan pelatih Akademi Penerbangan KIST bersama pesawat di lokasi latihan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. 
Sumber gambar kredit kepada Utusan Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejehtera. Apa khabar para pelayar blog ini? Kepada para pelajar calon SPM 2013 khususnya di SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan dan lepasan sekolah yang masih terfikir-fikir tentang kerjaya anda, eloklah anda  membuat  renungan kembali dan muhasabah ATAU checklist matlamat hidup anda.

Ada pelajar saya yang bertanyakan cara menjadi juruterbang. Bagi yang berminat untuk menjadi juruterbang, dan mempunyai kelayakan apa kata kita baca entry ini iaitu berkaitan KISTAA. KISTAA ni akronim bagi KIST Aviation Academy, terletak di Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Oh iya entry entry saya berkaitan kemasukan ke IPTA atau ke IPTS di blog ini, adalah secara percuma dan tiada bayaran daripada mana-mana pihak. Penulisan di sini adalah sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan dalam menjalankan tugas hakiki saya di bidang pendidikan. Selain itu, blog ini sebagai medium pendidikan kerjaya saya bersama pelajar saya khasnya dan pelayar blog umumnya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

 

KIST AVIATION ACADEMY (KISTAA)
Sultan Mahmud International Airport
Kuala Terengganu
21300 Terengganu
Malaysia
Person In Charge:
Major Mohd Ibrahim bin Shikh Daud
RMAF (Rtd) KISTAA 
Administration Office
Lot 6739 Mukim Kuala Berang
Batu 23, Jalan Kuala Berang / Kuala Terengganu
21700 Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman
mohd_ibrahim@kist.edu.my
 +609-612 5284 (Office)
+609-612 5279 
+6019-918 5423  

Sumber lanjut sila klik website rasmi KISTAA Di sini 

Artikel lain sila klik Cara Memohon UniKL MIAT DI SINI

KISTAA lebar sayap operasi

KUALA TERENGGANU 13 Mac 2012 - Akademi Penerbangan KIST (KISTAA) yang menawarkan latihan bagi melahirkan juruterbang pesawat komersial akan melakukan pengambilan terbaharu 2012 mulai April ini.

Tahun ini KISTAA turut menyasarkan pengambilan pelajar dari luar negara bagi melebarkan sayap operasinya dengan mengorak langkah mengadakan perbincangan dengan pihak tertentu di Arab Saudi, Nigeria dan Korea Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zaidi Yusof memberitahu, tumpuan juga ke arah membolehkan pengambilan pelajar perintis dari Indonesia, Brunei, Iran, Pakistan dan Algeria.

''Sehubungan itu, kami dalam proses pelantikan ejen-ejen pemasaran di negara berkenaan.

''Kita menggunakan silibus yang diiktiraf oleh Eropah dan lesen yang boleh diterima penerbangan dunia," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berpengkalan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, KISTAA yang merupakan anak syarikat KIST Holdings mula beroperasi pada 2009 dengan mengambil kumpulan pertama seramai sembilan juruterbang kadet pada Januari 2010.

Ia disusuli dengan pengambilan 10 lagi pada April tahun sama dan mereka mengikuti latihan dalam tempoh 18 hingga 20 bulan.

''Dengan kadar yuran setimpal termasuk pakej makanan, penginapan dan pengangkutan, di samping pesawat baru dan jurulatih berpengalaman, KISTAA mampu menawarkan daya tarikan lebih baik," katanya.

Zaidi berkata, sejajar dengan jangkaan pertambahan bilangan pelajar, KISTAA yang kini menggunakan lima pesawat merancang untuk menambah enam lagi pesawat tahun ini dan keseluruhannya bakal mencecah 30 pesawat dalam tempoh lima tahun lagi.

Bagi memperkukuhkan peranannya, KISTAA mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) pada 22 Februari lalu.

''KISTAA merupakan satu-satunya pusat latihan penerbangan di negara ini yang diberi hak eksklusif bagi mengendalikan Peperiksaan Bahasa Inggeris Bagi Penerbangan (RELTA).

''Semua juruterbang diwajibkan lulus peperiksaan penguasaan bahasa Inggeris sebelum melayakkan mereka memperoleh atau menyambung lesen penerbangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya.

Katanya, KISTAA sedang digerakkan untuk muncul sebagai pusat sehenti bagi pelbagai kursus latihan perkhidmatan penerbangan termasuk, kejuruteraan penyelenggaraan pesawat, pengurusan trafik udara dan latihan pengurusan operasi penerbangan.

- Utusan

KISTAA sedia bantu pelatih

KUALA TERENGGANU 23 Ogos 2011 - – Akademi Penerbangan Kolej Islam Sains Teknologi (KISTAA) di sini, bersedia mengambil pelatih sebuah akademi penerbangan di Sarawak yang ditutup bagi membolehkan mereka meneruskan latihan.


Ketua Pegawai Eksekutif KISTAA, Zaidi Yusof berkata, pihaknya menyedari kepayahan yang mereka lalui setelah banyak mengeluarkan belanja.


Sehubungan itu katanya, jika mereka mahu menyambung latihan di sini, pihaknya bersedia berunding tentang yuran pembelajaran agar ia tidak membebankan.


“Kita memang bersimpati dengan nasib mereka kerana tidak dapat menghabiskan latihan penerbangan di akademi itu, jadi kita harap dengan tawaran ini mereka bersedia datang ke KISTAA.


“Rugi jika mereka hanya belajar separuh jalan sedangkan mereka sudah ada kemahiran dan asas sebagai pelatih penerbangan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim di hangar KISTAA di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dekat sini, baru-baru ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang nasib beberapa orang pelatih di sebuah akademi penerbangan di Sarawak yang terpaksa menamatkan latihan penerbangan kerana kekangan ekonomi yang dihadapi.


Zaidi berkata, kesemua pelatih yang ingin menyambung latihan mereka di KISTAA bagaimanapun perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam.


Tambahnya, mereka akan dinilai dengan tempoh jam latihan penerbangan yang telah dilakukan serta jumlah peperiksaan yang telah diambil di akademi tersebut.


“Jika di sini pelatih perlu mengikuti latihan 18 bulan dan akan membuat penerbangan sehingga 200 jam bagi mendapatkan lesen penerbangan.


“Kita harap mereka boleh datang ke sini dengan segera kerana sebaik sahaja mereka layak untuk meneruskan di akademi ini mereka boleh terus memulakan latihan kembali,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zaidi turut memaklumkan bahawa lima pelatih KISTAA daripada kumpulan pertama akan menamatkan latihan sebagai juruterbang September ini.

Jelasnya, sehingga kini 30 pelatih sedang menjalani kursus sebagai juruterbang di kolej berkenaan.

sUMBER; Utusan, 24/8/2011

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

1 Comments:

Anonymous said...

kalau saya ambil subject ekonomi , pengajian perdagangan , and geografi dlm stpm dapat tak apply pilot?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .