Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Borang Matrikulasi boleh dikemaskini bermula 4 Februari 2013 Isnin

Borang Matrikulasi boleh dikemaskini bermula 4 Februari 2013 Isnin



      (Entry ini telah disiarkan pada 1.12 pagi, 4/2/2013. Akan menjadi entry utama sehingga
               15 Februari 2013. Untuk entry terkini sila skrol blog ini ke bawah. Terima kasih)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar lepasan SPM 2012, khususnya bekas pelajar SMK Jengka Pusat 2, yang telah membuat permohonan ke Matrikulasi KPM untuk sesi 2013/2014, (sila rujuk artikel di sini), sila ambil perhatian bahawa Borang Matrikulasi boleh dikemaskini bermula 4 Februari 2013 Isnin.

Borang Matrikulasi boleh dikemaskini bermula 4 Februari 2013 Isnin

KUALA LUMPUR - Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka talian untuk mengemas kini borang permohonan bagi sesi 2013/2014 bermula 4 hingga 18 Febuari ini.



Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan melalui internet boleh berbuat demikian di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini atau melalui laman web kementerian di www.moe.gov.my.



Pemohon diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk tujuan mengemas kini manakala mereka yang menggunakan laman web kementerian perlu menggunakan ruangan e-PERKHIDMATAN berkala.


Keputusan ke program matrikulasi akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi di laman web kementerian.


Pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara online, namun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan.

Sebarang pertanyaan dan kemyuskilan, Pelajar boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, jika mempunyai sebarang pertanyaan. - Bernama

6 Comments:

Anonymous said...

hello...sya mahu tanya...apa lebih bagus utk student cina pilih?form 6 atau diploma?

Puan Ummi said...

hello anonymous
form 6/STPM ada kelebihannnya. Diploma pun begitu. Cuba U buat checklist kebaikan keburukan kedua-dua pilihan berkenaan untuk U nilaikan kembali.
dari costing, bagi saya, Form 6 agak murah dibandingkan iploma Programe.
bagi I, if U get diploma programme, apa salahnya U pergi rebut peluang yang ada.

Anonymous said...

hi cikgu kaunseling..lepasan diploma ada tajaan untuk belajar ke luar negara tak? saya merupakan lepasan spm 2010. boleh tak apply matriks untuk sesi 2014/2015 kerana permohonan tahun ini sy dah terlepas.

Puan Ummi said...

Anonymous said...

hi cikgu kaunseling..lepasan diploma ada tajaan untuk belajar ke luar negara tak? saya merupakan lepasan spm 2010. boleh tak apply matriks untuk sesi 2014/2015 kerana permohonan tahun ini sy dah terlepas.

March 17, 2013 at 3:05 AM
Hi anon;
utk matriks setahu saya kena mohon tahun semasa. jika tak, ia tak diproses sudah.

lepasan diploma ke luar negara, cuba U search di internet ya.

utk beberapa kolej tertentu, mmg ada disediakan dana utk pelajar kolejnya futher study (1st degree) di oversea.

Anonymous said...

nk tnya niee..

bila boleh start pndaftaran untuk sesi 2014/2015?

tq..

Anonymous said...

nk tnya niee..

bila boleh start pndaftaran untuk sesi 2014/2015?

tq..

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .