Permohonan Jawatan Arkitek, Jurutera Awam, Penolong Pegawai Senibina, Penolong Jurutera Awam KPM Secara Kontrak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar yang masih belajar di sekolah, samada di Tingkatan1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 apatah lagi di Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2013 ini, entry ini anda boleh jadikan sebagai garis panduan apakah syarat dan lriteria yang diperlukan untuk menceburi kerjaya arkitek, Jurutera Awam, Penolong Pegawai Senibina, Penolong Jurutera Awam. Kepada pelayar internet yang melayari blog ini, semoga entry ini membantu anda. Sekian terima kasih.
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK BAHAGIAN DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK BAHAGIAN
DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-
By Puan Ummi Tuesday, September 10, 2013
Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerjaya Akauntan, Kerjaya Keusahawanan, Kolej Matrikulasi Premier, Minat Kerjaya, selepas SPM, UDM, UiTM, UKM, UM, UPNM, UUM
HALATUJU SELEPAS SPM KERJAYA AKAUNTAN
Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera anak-anak.
Ramai anak-anak yang datang membuat sesi kaunseling dengan saya bertanyakan kan tentang halatuju kerjaya Akauntan. Saya yakin pasti ramai di luar sana yang ingin
mengetahui serba sedikit tentang kerjaya sebagai akauntan.
Pada kali ini
kita akan mengupas apakah peranan sebagai akauntan, gaji, dan
kelayakkan untuk memohon. Salah satu laluan selepas SPM ialah dengan melanjutkan pengajian ke Kolej Matrikulasi KPM.
Oh ya kepada anak-anak 5S dan 5M hopefully sangat u alls mengisi borang permohonan ke Matrikulasi KPM as soon as possible even sekarang ni SPM Trial sedang berjalan. OK. Selamat Membaca.
Skop Kerjaya Akauntan
- Akauntan merancang, mengatur, dan
mentadbir sistem perakaunan bagi pertubuhan, syarikat serta individu.
Sesetengah pekerjaan yang dikelaskan di sini memeriksa dan menganalisis
rekod perakaunan dan kewangan bagi pertubuhan, syarikat serta individu
untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur yang
ditetapkan.
Anggaran Gaji
By Puan Ummi Monday, August 19, 2013
Halatuju, ILKA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Aliran Sains, MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA, Minat Kerjaya, politeknik, Politeknik Premier, selepas SPM
Permohonan Ke Pra Diploma Politeknik Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) Disember 2013
Permohonan Kemasukan ke Program Pra Diploma Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) disember 2013
(Artikel adalah secara auto publish yang saya telah susun pada Ahad, 18/8/2013. Oleh itu sebarang pertanyaan online tidak saya daat jawab waktu ketika artikel ini disiarkan kerana saya sedang bertugas. Tq)
Tujuan Pelaksanaan Program
Menyediakan laluan sambung pelajar, khas bagi lepasan SPM yang tidah
memenuhi syarat minimum kemasukan politeknik terutamanya bagi golongan
berpendapatan rendah. Keluarga atau isi rumah berpendapatan kurang
daripada RM3000 sebulan.
Jabatan Pengajian Politeknik membuka
peluang ini kepada pelajar-pelajar berbangsa India di seluruh Negara untuk
mengambil peluang yang ada ini dengan memohon untuk melanjutkan pelajaran ke
Politeknik di dalam membina masa depan yang cemerlang dan gemilang. Program
selama 6 bulan ini terbahagi kepada kepada 2 iaitu Pra Sains dan Pra
Perdagangan.
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM
By Puan Ummi Monday, May 20, 2013
Halatuju, Halatuju selepas PMR, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pertanian, Kolej Vokasional, KPM, Minat Kerjaya, PMR, sejarah, Sejarah Pendidikan, selepas PMR, Vokasional
Jom Kenali Kolej Vokasional,
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan
SMVDLM telah 100% menjadi Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau.
Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja 2013
Sejarah Logo Sekolah Vokasional Pertanian-SMTDLM
Visi Kolej
KVDLM menerajui aliran vokasional pertanian di Malaysia.
Misi Kolej
Bermuafakat melahirkan insan mapan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti.
Dasar Kualiti Kolej
Kami warga KVDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk membangunkan potensi pelajar.
Kolej ini merupakan salah sebuah dari 4 buah kolej vokasional KPM yang
menawarkan diploma vokasional pertanian dengan pilihan kursus kemahiran
pertanian seperti Hortikultur Hiasan , Lanskap, Pengurusan Perniagaan, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ruminan, Agroindustri Poultri, Akuakultur , Pemprosesan Hasil Pertanaian dan Mekanisasi Agro..
By Puan Ummi Saturday, May 18, 2013
Halatuju, Halatuju Selepas STPM, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Pendidikan, kerjaya perguruan, Minat Kerjaya, Panduan Temuduga, Selepas Matrikulasi, selepas STPM, TIP TEMUDUGA
Tips Temuduga MEdSI Guru
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahun 2013 ni, semakan Ujian MEdSI Boleh disemak mulai 17 Mei 2013. Aura sambutan Hari Guru 2013 masih terasa bahangnya bagi yang berada di arena pendidikan ini. Entry ini agak panjang kerana saya cuba muatnaik beebrapa tip berguna temuduga MEdSI sebagai panduan individu yang berminat menceburi bidang pendidikan.
Di kesempatan ini saya memuatnaik Adab-adab menuntut Ilmu sebagai santapan rohani kita bagi menilai sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan guru-guru kita.

Tarikh 16 Mei
setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun.
Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke
peringkat sekolah. Pelajar-pelajar yang mengenang jasa guru akan memberi
hadiah, bekas pelajar yang masih mengingati gurunya akan menghantar sms
ucapan hari guru walau pun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan
yang bergelar guru.
Sedar
atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas
yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk
membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru
murid-muridnya ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah
Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik
kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal
soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam.
Warga guru sebenarnya menyambung
dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw
من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
Sesiapa di kalangan kamu yang
melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan.
Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu
maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.
( Imam Muslim )
Kerjaya ini juga akan dapat saham
akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh
pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;
قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
Apabila meninggal dunia seseorang
maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu
yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. ( Hadith Riwayat Imam Muslim)
Semua yang disebut di atas akan
diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk mencari reda Allah.
Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya
tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar
semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan
macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.
AURA SEORANG GURU
KECEMERLANGAN
ilmu, menguasai kemahiran, berfikiran positif, minat yang mendalam dan
berpersonaliti unggul - merupakan aura yang perlu ada pada seseorang
guru dan harus dibawa ke dalam kelas masing-masing.
Aura keguruan itu
juga lahir selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran supaya semua guru
peka dan menghayati aspirasi negara serta melaksanakannya sebaik
mungkin.
Cabaran guru sekarang bukan sahaja melahirkan pelajar yang
mempunyai kecemerlangan akademik tetapi membentuk akhlak dan etika
pelajar.
Tips Temuduga MEdSI Guru
Cara Berpakaian Hadir Temuduga (Bagi Lelaki)
Cara Berpakaian Hadir Temuduga MEdSI (Bagi Wanita)
Sebelum menghadiri temuduga , calon-calon perlu ketahui bagaimana markah penilaian diberikan dalam sessi temuduga tersebut.
Markah Penilaian
By Puan Ummi Saturday, May 18, 2013
kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Pendidikan, kerjaya perguruan, MEdSI, Minat Kerjaya, Panduan Temuduga, Selepas Matrikulasi, selepas STPM, TIP TEMUDUGA
Temuduga MEdSI Penilaian Utama Sesi Temuduga
Pengenalan Diri
1. Calon mampu menarik perhatian penemuduga
2. Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja
3. Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan
Penerangan Diri
By Cikgu Ma Sunday, May 12, 2013
FELDA, Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Minat Kerjaya, Perodua, selepas SPM, Sijil Kemahiran Malaysia, Skim Latihan Teknikal Automotif, SKM
Skim Latihan Teknikal Automotif Generasi Baharu FELDA & PYTP 2013
Sijil Kemahiran Percuma Anjuran FELDA dan PERODUA
Berita
baik untuk generasi baharu Felda yang meminati bidang automotif! Khususnya bekas pelajar saya yang merupakan anak-anak FELDA. (Felda Lepar Hilir, Felda Wilayah Jengka, Felda Keratong)
Peluang baik untuk anak-anak peneroka FELDA melalui usahasama FELDA dan Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) mereka ingin menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1-3 dalam bidang Automotif.
Mohonlah untuk SKIM LATIHAN TEKNIKAL AUTOMOTIF GENERASI FELDA 2013.
Jawatan Kosong Executive ICT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT di peringkat SPM, Keerjaya Eksekutif ICT adalah antara kerjaya yang boleh anda ceburi. tetapi untuk menjadi Eksekutif ICT, anda memerlukan sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang berkaitan.
UKM Technology Sdn Bhd
UKM Technology Sdn Bhd is the technology transfer company of
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) entrusted to commercialise R&D
outputs and Intellectual Properties of the National University. We are
currently strategising our corporate base and business outreach.
Therefore, we are looking for suitable candidates with entrepreneurial
ambition and managerial capabilities to join our commercialisation team.
Executive - ICT Selangor - Bangi
Responsibilities:
|
By Puan Ummi Wednesday, February 13, 2013
Bidang Perkhidmatan UBK, civil servant, Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerja Kerajaan, kerjaya, kerjaya separa perubatan, Minat Kerjaya, selepas SPM
Kerja Kosong SPA Kerjaya Separa Perubatan Februari 2013
Peluang Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Malaysia

Gambar Hiasan:
Pembantu Perubatan dan Staf Nurse sedang merawat pesakit.
Gambar Hiasan:
Pelajar SMKJP2 2011 sedang menerima suntikan pelalian
daripada jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia yang datang ke sekolah
KERJAYA SEPARA PERUBATAN DI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mencari individu yang
berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi
sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam.
Latihan Separa Perubatan antara Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia untuk lepasan SPM yang sedang dibuka sehingga 17 Februari 2013 ini.
Kepada bekas pelajar saya rebutlah peluang dan ruang ini. Kepada calon SPM 2013 yang bercita-cita menceburi bidang separa perubatan, belajarlah dengan tekun agar cita-cita anda tercapai.
Mari kita lihat keistimewaan, latihan bertaraf diploma dan sijil yang ditawarkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Latihan Bertaraf Diploma
By Puan Ummi Saturday, February 09, 2013
civil servant, general knowledge, GLC, Halatuju, kerjaya, Kerjaya Kewangan, Minat Kerjaya, MNRB, pengetahuan am, PNB
PNB sokong usaha kerajaan galakkan kewangan Islam
Permodalan Nasional Berhad melalui MNRB Holdings Bhd ada menawarkan Biasiswa dalam pelbagai jurusaan khususnya dalam bidang kewangan. Jasi bagi para pelajar calon SPM 2013, STUDY SMART DAN STUDY HARD DARI dari sekarang ya. Nak tau syarat dan kriteria boleh diterima biasiswa MNRB, salah sebuah anak syarikat PNB,
MNRB SCHOLARSHIP FUND 2013 BIASISWA MNRB 2013, klik di sini ya.
PNB sokong usaha kerajaan galakkan kewangan Islam
KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) merupakan penyokong kuat
kepada usaha kerajaan menggalakkan kewangan Islam dengan syarikat
penerima pelaburan di bawah kumpulan itu menjadi peserta utama dalam
industri.
Presiden merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah Che
Othman berkata syarikat penerima pelaburan kumpulan ketika ini
menguasai bahagian pasaran dengan lebih 30 peratus dalam perbankan Islam
dan lebih 80 peratus bagi perniagaan takaful.
By Puan Ummi Monday, January 07, 2013
Dunia GBK, Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerja Kerajaan, kerjaya, Kerjaya Kesihatan, Kesihatan, Minat Kerjaya, selepas SPM
Cara Menjadi Jururawat Selepas SPM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pelbagai Kerjaya di Malaysia ditawarkan seiring dengan pembangunan ekonomi yang rancak. Apabila tamat saja belajar di sekolah, ramai pelajar mula
tercari-cari bidang kerjaya yang sesuai untuk mereka.
Jika anda salah
seorang yang sedang menghadapi dilema memilih kerjaya, apa kata anda
mempertimbangkan kerjaya jururawat sebagai pekerjaan anda?
Jururawat membangunkan dan melaksanakan pelan penjagaan dan
bekerjasama dengan pesakit, keluarga pesakit, dan lain-lain professional
penjagaan kesihatan. Jururawat membantu menyelaraskan penjagaan pesakit
yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan seperti
terapi fizikal, pengamal perubatan, pekerja sosial, dan pakar diet.
Jururawat sering bertindak sebagai peguam bela pesakit. Itu sebahagian
dari tugas umum seorang jururawat.
Para pembaca blog cikgukaunseling yang dihormati. Marilah kita insafi setiap permulaan pekerjaan
atau perbuatan yang kita lakukan, biarlah segalanya kerana ALLAH. Samada sebagai petani moden, peladang jaya, nelayan, doktor, polis, tentera, guru, peniaga, usahawan, juruterbang dan sebagainya.
Maka,
begitu jua sebelum memasuki alam pembelajaran bidang kejururawatan, ikhlaskan hati
semata mata kerana ALLAH SWT.
Dalam kitab karangan yang bernama Matan Arbain, Imam Nawawi meletakkan hadis berkaitan niat sebagai yang pertama iaitu:
'Dari
Amirul Mukminin Umar Al Khatab R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah
SAW bersabda:- Bahawasanya amalan amalan itu adalah (bergantung) kepada
niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang
diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya,
maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan RasulNya. Dan barangsiapa yang
berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang
perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa
yang ia berhijrah kerananya.'
Sebelum
memulakan langkah pertama, sematkan di dalam diri bahawa pemilihan
bidang ini semata mata kerana ALLAH, dan galakan kedua orang tua sebagai
asbabnya.
By Puan Ummi Saturday, December 29, 2012
Halatuju, Institusi Kemahiran, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kolej Vokasional, Minat Kerjaya, sekolah, selepas PMR, Vokasional
Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional
2013
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
2013 dibuka mulai 24 September 2012, untuk calon PMR 2012.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
Permohonan
ke MRSM Bagi Tingkatan 4 pada Tahun 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para calon PMR 2012 yang berminat melanjutkan pelajaran ke MRSM pada 2013, anda boleh mula memohon MRSM bermula 1 Oktober 2012 nanti.
Pada entry ini, dimuatkan artikel berkaitan permohonan
dan syarat kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 4 pada Tahun 2013. Majlis
Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2012 warganegara Malaysia
yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2013.
PERMOHONAN
-
Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
-
Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 di website http://www.mara.gov.my/
-
Pemohon mestilah mengisi semua
maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta
memastikan borang tersebut dihantar secara online.
-
Pemohon juga perlu membuat
cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain
yang berkaitan ke alamat di bawah:
-
Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013,
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu
Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
Syarat Kelayakan Ke MRSM Tingkatan 4 Secara Online 2013
-
Pelajar Bumiputera tingkatan
tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan
tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di
Semenanjung Malaysia.
-
Pelajar yang sedang menuntut di
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
(SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan
ditawarkan ke MRSM.
-
Pemohon hendaklah lulus
Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan
memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
Cara Memohon MRSM Tingkatan 4 2013 Secara Online
PERMOHONAN GURU j-QAF
DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
AMBILAN TAHUN 2013
PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam
untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan
Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.
NAMA PROGRAM:
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
MOD LATIHAN:
Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
TEMPOH PENGAJIAN
: 18 BULAN
Berikut dilampirkan iklan permohonan bagi
mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
Mode Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013.
Muat Turun Fail PDF,
SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN ASAS
Calon-calon
hendaklah:
- Warganegara
Malaysia.
- Sihat fizikal
dan mental.
- Berumur tidak
melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
- Memiliki
sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam
atau Pengajian Bahasa
Arab atau al-Quran
atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada
Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
- Memiliki
kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal
Bahasa Melayu di peringkat STPM.
KEUTAMAAN
Bahan Persembahan Power Point Bidang Kerjaya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel di bawah ini untuk kemudahan para guru khususnya Guru Bimbingan dan Kaunseling. Terima kasih kepada Puan Zaidah Binti Hamidon atas perkongsian beliau. Saya perpanjangkan sahaja hasil usaha beliau di blog ini. Sumber rujukan sila baca lanjut artikel ini. Sekian terima kasih.
Bahan persembahan power point.
MUAT TURUN INVENTORI KAUNSELING
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Atas permintaan pelayar internet yang meminta bahan Iventori Kaunseling, Alhamdulillah di sini saya link kan bahan Inventori Kaunseling. Jika para pelayar ada bahan Inventori Kaunseling yang terbau terutamanya berkaitan kerjaya, sangat saya hargai jika ingin berkongsi di blog ini.
Email saya di cikgukaunseling4all ( @ ) gmail. com. Sekian, terima kasih.
Nota: sila klik readmore entry ini untuk dobnload.
INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK
Sidek’s Occupational Value Inventory
INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK
Deskripsi Pekerjaan INPS
INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK
Deskripsi Pekerjaan INPS
Borang Jawapan Bahagian A
Nama :
|
|
Jantina :
|
|
Umur :
|
|
Pendidikan :
|
|
Pekerjaan :
|
|
No. K.P. :
|
|
Tarikh :
|
|
BAHAGIAN A : DESKRIPSI PEKERJAAN
Tandakan
keutamaan pekerjaan anda dengan menghitamkan sepenuhnya bulatan yang
sesuai menggunakan pensel 2B berpandukan kekunci jawapan berikut;
17,000 lagi jurutera diperlukan negara
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kerjaya sebagai jurutera sering sinonim dengan mencanai idea inovasi dan kreatif. Suatu kerjaya yang praktikal, adalah suatu ungkapan kolektif dalam minda jurutera.
Merekabentuk, mencipta, menambah nilai, memproses, dan membina, semuanya
dalam citra filosofis kejuruteraan. Komposisi penyelesaian masalahnya
mengambil kira faktor konkrit, selamat dan ekonomi.
Boleh lihat artikel di blog ini , Kerjaya Sebagai Jurutera, di sini.
Ke Mana Selepas PMR, KLIK DI SINI.
Sekian, wassalam.
Negara perlukan 17,000 lagi jurutera
Johor Bahru: Seramai 17,000 jurutera diperlukan bagi mengimbangi
nisbah keperluan Malaysia sebagai negara membangun sebelum mencapai
status maju pada 2020, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu
Mansor.
Negara kini, katanya, hanya mempunyai 65,000 jurutera dan jumlah
itu tidak mencukupi bagi mengimbangi nisbah negara membangun iaitu
seorang jurutera kepada 350 penduduk.
Masih kurang jurutera
“Berdasarkan kajian
Lembaga Jurutera, Malaysia sebagai negara
membangun memerlukan sekurang-kurangnya 82,000 jurutera profesional,
tapi kita masih kekurangan lagi 17,000 pakar terbabit. Untuk mencapai
status negara maju, nisbahnya 1:100 seperti dicapai Korea dan Jepun,”
katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri
Jamuan Hari Raya Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini
semalam. Hadir sama Timbalan Naib Canselor UTM (Penyelidikan dan
Inovasi), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim.
Permohonan Program Sijil Harta Tanah INSPEN Lepasan SPM
(Artikel ini telah disiarkan pada 7 Septmber 2012 dan akan menjadi entry awal hingga 5pm 13/9/2012)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita gembira kepada lepasan SPM 2011, yang berminat menceburi bidang Penilaian Harta Tanah, anda dipelawa memohon melanjutkan pengajian ke INSPEN.
Bagi saya, peluang untuk para pelajar sekarang melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pengajian tinggi awam semakin meluas. Jadi Cepat ya. Bagi lepasan SPM yang berminat, boleh mohon sekarang. Tarikh tutup pada 19 September 2012.
Oh iya entry entry saya berkaitan kemasukan ke IPTA atau ke IPTS di blog ini, adalah secara percuma dan tiada bayaran daripada mana-mana pihak. Penulisan di sini adalah sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan dalam bidang pendidikan sebenarnya.
Jadi, para lepasan SPM yang belum mendapat tawaran ke mana-mana IPT, apakata anda mohon INSPEN?
Berminat dengan Pendidikan Harta Tanah? Inilah peluangnya. INSTITUT PENILAIAN NEGARA, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia (INSPEN), menawarkan kursus di peringkat sijil, terbuka kepada Lepasan SPM, iaitu;
• Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
• Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
SPHT adalah program pertama seumpamanya yang dijalankan di Malaysia.
Kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan
bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .