Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tips Temuduga MEdSI Guru

Tips Temuduga MEdSI Guru 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahun 2013 ni, semakan Ujian MEdSI Boleh disemak mulai 17 Mei 2013. Aura sambutan Hari Guru 2013 masih terasa bahangnya bagi yang berada di arena pendidikan ini. Entry ini agak panjang kerana saya cuba muatnaik beebrapa tip berguna temuduga MEdSI sebagai panduan individu yang berminat menceburi bidang pendidikan.

Di kesempatan ini saya memuatnaik Adab-adab menuntut Ilmu sebagai santapan rohani kita bagi menilai sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan guru-guru kita.


  Tarikh 16  Mei setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun. Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat sekolah. Pelajar-pelajar yang mengenang jasa guru akan memberi hadiah, bekas pelajar yang masih mengingati gurunya akan menghantar sms ucapan hari guru walau pun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan yang bergelar guru.
Sedar atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang Islam.
Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda Rasulullah saw
من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman.
( Imam Muslim )
Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;
قال إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له


Apabila meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. ( Hadith Riwayat Imam Muslim)
Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.

AURA SEORANG GURU

KECEMERLANGAN ilmu, menguasai kemahiran, berfikiran positif, minat yang mendalam dan berpersonaliti unggul - merupakan aura yang perlu ada pada seseorang guru dan harus dibawa ke dalam kelas masing-masing.
Aura keguruan itu juga lahir selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran supaya semua guru peka dan menghayati aspirasi negara serta melaksanakannya sebaik mungkin.
Cabaran guru sekarang bukan sahaja melahirkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan akademik tetapi membentuk akhlak dan etika pelajar.

Tips Temuduga MEdSI Guru 




Cara Berpakaian Hadir Temuduga (Bagi Lelaki)


Cara Berpakaian Hadir Temuduga MEdSI (Bagi Wanita)
Sebelum menghadiri temuduga , calon-calon perlu ketahui bagaimana markah penilaian diberikan dalam sessi temuduga tersebut.

Markah Penilaian


1. Sijil-sijil aktiviti
Penilaian markah diberikan berdasarkan jawatan yang anda sandang semasa di sekolah ataupun di university. 
Contohnya: Kelab Catur. Pengerusi : 5 markah, Timbalan Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. Ini adalah untuk menilai anda sebagai seorang yang aktif, yang berkepimpinan dan juga bersosial. Semakin aktif anda dalam aktiviti kokurikulum, semakin tinggi markah anda. Jangan lupa bawa sijil yang lengkap semasa sessi temuduga nanti.


2. Kesesuaian kursus perguruan yang dipohon
Lihat sijil anda, dan adakah ianya relevan dengan kursus yang dipohon. Dinasihatkan anda memohon kursus perguruan yang berkaitan dengan sijil anda. 
Contohnya, anda dalam bidang Perakaunan, tapi anda mohon kursus dalam bidang pendidikan jasmani. Ianya tak bersesuaian! Ramai calon gagal dalam temuduga disebabkan pemilihan kursus yang tidak sesuai ini.
Cara permarkahan:
- Sangat Sesuai : 50 Markah
- Kurang Sesuai : 20 Markah
- Tak sesuai Langsung : 0 Markah

Jadi, beringat semasa memohon di lain masa


3. Pengalaman Mengajar
Anda pernah memiliki pengalaman mengajar sebelum hadir temuduga? Jika ada, ianya sangat membantu. Mungkin anda pernah mengajar tuisyen? Mengajar sebagai guru ganti, guru sandaran? Nyatakan pengalaman anda..Pengalaman ini berguna semasa temuduga nanti.


4. Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi sangat penting dalam sessi temuduga. Yela kan, nak jadi cikgu kena la pandai bercakap. Tak pandai, anak murid tidur saja nanti.
Kemahiran berkomunikasi ini sangat diutamakan dalam sessi temuduga yang mana ianya melibatkan kejelasan suara, kefasihan bahasa yang digunakan, kelancaran pertuturan dan sebagainya. Jadi, bercakaplah dengan baik semasa temuduga nanti. Anggap diri anda seperti seorang guru yang sedang mengajar! 
Iaitu bercakap dengan lancar, jelas, dan mudah difahami. Jangan cakap saja lancar, tapi susah nak faham. Tips: Jangan bercakap dengan dialek negeri seperti dialek Klate, Ganu dll.
Permarkahannya
- Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
- Sebutan : 10 Markah
- Kelancaran : 10 Markah
- Kejelasan Suara : 10 Markah
- Penguasaaan Bahasa : 10 Markah

Itulah yang calon perlu ketahui sebelum menghadiri temuduga. Dah tahu, ianya membantu.


PENAMPILAN KETIKA TEMUDUGA

Pakaian:

Lelaki  berambut pendek dan kemas, bertali leher, kemeja lengan panjang,berseluar slackgelap, bertalipinggang kepala kecil, berstoking dan berkasut kulit/licin gelap (hitam)

Wanita bertudung ataupun rambut diikat rapi, berbaju kurung, berkasut dan berstoking.

NOTA:

Jika anda menghadiri temuduga bagi kursus Pendidikan Jasmani, anda perlu membawa pakaian sukan yang bersesuaian yang menutup aurat dan juga jangan lupa air minum.

Semasa sampai di pusat temuduga, calon perlu mendaftarkan kehadiran mereka pada pegawai yang bertugas. Anda diminta daftarkan kehadiran anda dan juga memberikan dokumen-dokumen yang diminta oleh pegawai bertugas. Jadi, berikannya. Tips saya, datang awal ke pusat temuduga untuk mencari lokasi bilik temuduga dan seterusnya menjadi orang terawal ditemuduga.

Penampilan

Ini satu soalan yang baik. Penampilan diri. Ya, First Impression ! Baiklah, saya akan cuba terangkan dari segi berpakaian, rambut, kasut, kehadiran dan tingkahlaku anda. Sebab pada hari temuduga, sudah tentu panel penemuduga akan memerhati anda dari A sampai Z.

  1. Mula-mula soal pakaian. Pakaian mesti SESUAI, KEMAS, BERSIH.
    • Macam mana kita kata pakaian sesuai ? Kalau nak mohon jawatan kerja  dalam pejabat, maka pakailah tali leher kalau calon lelaki. Kalau nak mohon jawatan pegawai, mestilah bertali leher, pakai kot atau blazer. Jangan pula mohon kerja nak jadi guru, datang temuduga pakai T-shirt yang ada logo Hard Rock Cafe. Kalau nak mohon kerja sebagai DJ kat pasaraya bolehlah berpakaian macam tu kan ! Kalau calon perempuan, pakailah baju kurung. Semua, tak kira Melayu, Cina atau India. Baju fesyen tak mau. Warna pula mestilah jangan terlalu garang. Warna yang gelap sangat pun, nanti nampak macam sudah berusia sangat.
    • Kemas. Macam mana kita kata kemas. Ada calon datang temuduga pakai baju baru. Baru beli pagi tadi. Bau kedai pun ada lagi. Keluarkan baju dari bungkusan terus pakai dan datang temuduga. Ada pula calon yang pakai baju lama. Dah setahun beli. Tapi baju ini diseterika licin. Yang mana agaknya lebih kemas? Saya pasti anda tahu jawapannya. Tetapi untuk pengetahuan semua, ada calon guru KPLI yang saya temuduga yang berpakaian sperti di atas. Bayangkanlah. Sudah ada ijazah sarjana muda. Nak minta jadi guru. Bila saya tanya kenapa baju macam tu, dia kata dia tak ada baju lengan panjang, jadi baru beli pagi tadi. Agak-agak anda semualah, saya pilih atau tidak calon ini? Anda pun tahulah apa jawapannya.
    • Bersih. Ini satu perkara lagi yang berkaitan baju baru dengan baju lama. Tak kira baru ke lama ke, pastikan bersih. Kecualilah anda kurang bernasib baik pada pagi tu.. sedang tunggu bas, bila bas sampai, tayar masuk lopak berair dan baju anda disiram air berlumpur. Kalau gitu cakapkan kepada penemuduga.
  2. Kedua, tentang hiasan wanita. Janganlah pakai aksesori macam nak pi rumah kenduri. Pakai yang sederhana. Bergincu dan berbedak pun sederhana dan warna tu sesuaikan dengan pakaian. Dan bagi lelaki tak payahlah pakai subang telinga, hidung, bercelak… jangan ketawa…kaum lelaki diharamkan berpakaian seperti wanita. jadi yang bersubang tu ketahuilah itu haram!
  3. Ketiga, kasut. Pakailah kasut kulit. Bagi calon perempuan, kasut bertutup. Elakkan kasut kanvas, kasut sukan atau selipar. Kalau tak mampu kasut kulit belilah kasut yang nampak macam kulit (kasut pvc).
  4. Keempat, rambut. Rambut mesti pendek bagi calon lelaki. Bersikat rapi. Jangan pulak pakai gel dan disikat berceracak ke atas macam iklan dalam tv. Bagi calon perempuan yang tak pakai tudung, janganlah dibiarkan rambut macam model iklan syampu kat tv pulak. Kemaskan.
  5. Kelima, kehadiran. Hadirkan diri anda 20 minit lebih awal dari masa temuduga. Jangan sampai ngam ngam dan tercungap-cungap keletihan sebab terpaksa berlari dari perhentian bas. Kalau anda sampai awal, bolehlah menenangkan diri dan memerhatikan arahan-arahan terakhir yang dipaparkan di luar bilik temuduga.
  6. Akhir sekali tingkahlaku anda. Jangan pulak bila dah sampai awal anda dok komen, perli-perli kawan yang datang lewat. Ke sana kemari macam ayam jaguh. Ingat ada orang memerhatikan anda. Duduk di kerusi yang disediakan dengan tertib dan tunggu nama anda di panggil. Dan bila tiba giliran anda dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gementar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin. Dan, sudah pasti jangan lupa dokumen-dokumen anda !!




Sessi Temuduga 
Dalam sessi temuduga individu ini, calon akan dinilai secara individu. Calon akan dipanggil seorang demi seorang ke dalam bilik temuduga. Anda akan berhadapan dengan 2 calon penemuduga yang akan menggasak anda dengan soalan-soalan killer.


Saya tak mahu kongsi panjang dalam sessi temuduga ini, tapi saya ingin kongsikan poin penting dalam sessi temuduga ini. Iaitu…soalan paling famous, paling mudah, tapi paling susah nak dijawab…


“ Mengapa Anda Ingin Menjadi Guru?”

Ya, itulah soalan killer yang ditanya oleh panel penemuduga. Ramai calon gagal dalam sessi ini kerana gagal memberikan jawapan yang sepatutnya. Jawapan sepatutnya untuk menjadi guru adalah dengan menunjukkan anda benar-benar meminati bidang perguruan, dan bukannya kerana terpaksa (susah cari kerja lain ataupun nak kerja mudah). 
Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda 100% ingin menjadi guru! Minat anda, kesungguhan anda untuk menjadi guru dapat dinilai oleh panel penemuduga dengan melihat mimic muka anda, cara bercakap, cara memberikan pandangan, gerak geri tubuh dan sebagainya. 
Jadi, ingat! Fokus pada soalan KILLER ini dan cuba jawab yang terbaik. Jawapan untuk soalan ini bergantung kepada diri anda sendiri. Anda tak perlu menghafal mana-mana jawapan. Luahkan suara dalaman anda! Kenapa ingin menjadi guru! Insyallah..



lagi TIP TEMUDUGA MEdSI GURU....

 Penumpuan Anda Ketika ditemuduga



1. Pendidikan

Nyatakan dengan ringkas tetapi padat dengan maklumat sejarah pendidikan anda, bersekolah di mana, subjek-subjek khusus yang diminati ketika bersekolah ( biar relevan dengan opsyen di ambil ), berikan sebab-sebab mengapa anda mengkhusus kepada pengajian-pengajian tersebut.

Usah sesekali menambah-nambah cerita, dan menyeleweng tanpa menyatakan dengan jelas pengalaman bekerja anda serta sumber-sumber rujukan anda.

Perkara pertama yang akan dilihat oleh penemuduga ialah sijil SPM, dan ijazah anda serta sijil-sijil lain yang berkaitan. Jadi, hafal keputusan-keputusan peperiksaan, jangan pula tersilap ketika penemuduga bertanyakan soalan :

Contohnya ;

Penemuduga : Baiklah, bolehkah anda berikan sebab kukuh mengapa anda memilih opsyen ini?

Calon : Ya, boleh. Buat pengetahuan encik/tuan, saya mempunyai latar belakang yang 
 
kukuh dalam matematik, saya memperolehi A1 ketika SPM.

Penemuduga : Pelik betul, nampaknya apa yang saya lihat di sijil anda, anda mendapat C3,

Elakkan daripada tersilap kerana banyak calon yang tersilap ketika memberitahu keputusan SPM, dan ini menjejaskan temuduga.

Minat dan bakat

Jika sekiranya anda ditanya mengapa anda mahu jadi guru, maka berikan jawapan : kerana minat

persoalannya, penemuduga akan sedaya upaya mengcungkil setiap jawapan yang diberi dan cuba menduga calon ( ini bergantung kepada penemuduga ), jika anda jawab minat, maka mungkin penemuduga akan bertanya lagi, apakah bukti sahih yang mengatakan kamu minat mengajar, buktikan kepada kami.. Ada calon yang pernah ditanya begini, dan beliau blank dan terus diam dan memandang ke bawah.. Sudah tentu ini memberikan bad impression kepada penemuduga...sebaliknya

Jawablah
Pada pandangan saya, minat terhadap sesuatu boleh dibentuk dan bakat boleh diasah, jika seseorang itu sudah jelas matlamat hidupnya dan betul-betul menyukai akan sesuatu, sudah tentu minat dan bakat itu akan lahir dengan sendirinya. Saya sudah menetapkan matlamat saya sejak ......, dan saya tidak mahu lepaskan lagi peluang ini. Saya sanggup belajar dan bermula dari bawah.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa ditemuduga.

  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
  7. Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.


TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA

  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas guru/majikan anda.
  19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan bidang yang dipohon.
  21. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  22. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

InsyaALLAH anda berjaya!!!::..
DI SINI PULA IALA PENGALAMAN SEBENAR CALON MEdSI yang berjaya dalam temuduga dan kini sudah berada di kampus UPSI. 
Beliau ialah Cik Nur Hidayah Razali. Terima kasih kita ucapkan kepada Cik Nur Hidayah Razali atas kesudian beliau berkongsi pengalaman ditemuduga selepas lulus MEdSI. Semoga beliau berjaya berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah sebaik tamat pengajian di UPSI. 

Berikut ialah catatan peribadi beliau;

so, bangun awal pagi.. bersiap semua, dari rumah kami jalan dalam jam 6.00 AM! singgah ambik awang depan rumah dia then teruskan perjalanan.. bila mula-mula tanya abah, abah kata abah hantarkan.. but,then.. abah kata bawa la kereta!hehehe...=p so, dah hantar abah ke pejabat.. kami teruskan perjalanan pergi UMS! bila yati fikir balik.. last time yati pergi sana.. cafeteria tak buka lagi.. lagipun, tempat kami ditemuduga jauh sedikit dari cafeteria.. takut tak sempat breakfast pulak! jalan pintas kami singgah Mc Donald Drive-Thru..hehe!

sampai sana dalam jam 7.00 AM padahal temuduga start 9.00 AM! kami antara orang-orang yang awal tau! betapa semangatnya ni!haha.. then, duduk di dalam.. makan breakfast.. tengok-tengok jam baru jam 8.00 AM! bila awang ke tandas.. dia tengok rupa-rupanya kaunter pendaftaran dah mula buka.. jadi, kami daftar la cepat.. and of course walaupun time tu dah ramai orang.. tapi, kami jugak muka-muka yang daftar awal!hehe..

then, lepas daftar kami diminta mengisi borang dalam menunggu and tunggu je lah sampai nama dipanggil! untuk batch temuduga yati.. yati dalam kalangan orang yang akhir-akhir jugak! nak menunggu tu punyalah.. asyik berdebar hati ni.. sampai terasa nak termuntah! lama sangat kan tunggu! then, angin tak habis-habis keluar dari badan! aduuuh la! sepanjang menunggu tu, yati rasa yati la orang paling busy betul! mana tak, pergi tandas je 3 kali sebab nervous punya pasal! jumpa abang mokhdas la lagi.. then, after awang dah lepas temuduga mintak tips lagi.. hahaha! harap tak ada lah yang annoying dengan yati time tu!heheee..

dalam menunggu tu best jugak sebenarnya! dapat buat kawan baru!hehe.. and yang buat yati terkejut and terasa diri mengecil macam Alice in Wonderland in bukannya apa.. tengok result semua orang yang keliling yati.. semua pointer tinggi-tinggi! 3.78.. 3.58.. 3.60.. 3.40.. Ya Allah! tinggi-tinggi result dorang ni! terasa macaaaaam.. faham-faham lah!haha.. then, dalam jam 11.20 AM yati dipanggil masuk dalam bilik temuduga tu..

alhamdulillah! akhirnya! so, ingat pesan mama and abang mokhdas.. masuk langkah kanan, baca selawat and baca doa apa-apa yang patut! masuk-masuk je, nak mengambil hati punya pasal.. terus je bagi salam and ucapan selamat pagi! belum sempat duduk dah dipanggil ke depan buat ujian buta warna sikit! and, mestilah yati lepas part tu!haha..

selesai ujian buta warna.. dah boleh duduk! okay, yati agak tenang jugaklah! semua gemuruh tadi hilang lepas masuk bilik temuduga tu!hehe.. oleh kerana jarak antara tempat duduk yati dengan penemuduga tu agak jauh, jadi yati kena kuatkan suara! so, yati harap suara yati sedang-sedang didengar la.. taklah terlalu lantang sampai orang rasa nak pakai headphone je bila dengar suara yati macam dengar suara Fran Fine!haha..

soalan pertama diajukan.. mereka mintak yati ceritakan serba sedikit latar belakang persekolahan yati! but,terlebih-lebih la pulak yati ni cerita!haha.. harap jugak mereka taklah rasa yang yati ni banyak cakap!T.T then, dah panjang lebar terangkan.. kena test cakap in english pulak! yati diminta ceritakan apa yang yati suka lakukan bila tengah free! so, yati secara jujurnya cakaplah suka layan internet! and of course sekali lagi yati telah menerangkan panjang lebar!haha.. then, yati diminta kaitkan dengan isu semasa yang yati tahu.. terus dalam otak ini yati teringat tentang satu isu je.. 'rusuhan baju merah di Thailand'!hahah..
tengah best je membebel ni, yati terlupa satu perkataan dalam english ni.. agak rarely jugaklah untuk remaja macam yati ni cakap perkataan tu.. tak payah dedahkan di sini.. buat malu je!haha.. terus yati terfikir, kalau yati diam lama-lama nanti jadi dah tak meyakinkan.. jadi, yati sebut je perkataan yang hampir sama!miahahaha.. tak tahulah apa yang mereka fikirkan waktu tu..huhu!T.T lepas tu, dia mintak yati kaitkan serba sedikit mengenai apa yang berlaku di Thailand dengan sejarah yang yati belajar.. waah! bukan main lagi menghentam ni.. actually, isi entah apa-apa pun!huhuh..

then, dia tanya yati..kenapa yati nak belajar di UPSI! kena bagi 5 sebab utama.. so, yati dah dapat clue dari soalan sebelumnya yang kena kaitkan dengan sejarah kan.. jadi, yati kaitkan la tentang kewujudan UPSI yang sebelum ini dikenali sebagai MPSI sebagai sekolah perguruan pertama di Tanah Melayu!feuh~ baru yati bagi 3 sebab, penemuduga tu tukar soalan dah! haha.. mungkin banyak sangat cakap kut!miahahah..=p

ada lagi dia tanya tentang jawatan yati di sekolah! nasib baik jugaklah jadi pengerusi PERTENA dulu! ada jugak point yati nak bawa kan!haha.. then,dia tanya apa aktiviti yang yati paling banggakan sekali.. yati pun, katalah dalam pengurusan orientasi tingkatan 6! and bla..bla..bla!haha..

ada juga soalan yang menduga yati.. dia tanya, oleh kerana setiap sekolah rendah yang yati pergi ada mama or abah, tak ke rasa bila yati dah belajar di UPSI akan terasa kehilangan! haih~ lagi sekali yati mengelentong di sana..heeheee!

dah selesai tu, yati tak perasan yang temuduga dah berakhir.. sambil yati ke depan ambil file yati..ada sedikit dialog antara kami..


Yati : "eh, dah selesai ke?"
Encik Bersongkok : "eh.. nak lagi ke?"
*kami semua gelak!*
Encik Tak Bersongkok : "nak masuk UPSI la ni kan?"
Yati : "ha'ah.. nak masuk sana!hehe.."
Puan English : "tapi, UMS kan lagi lawa la.."
*kami semua gelak lagi sekali!*


dah gelak-gelak semua.. yati cakap terima kasih and keluar la!hehe.. untuk panduan orang yang nak mengetahui pengalaman temuduga MEdSI ni.. soalan-soalan yang diajukan kepada yati..

  1.  Ujian buta warna
  2. Latar belakang persekolahan yati
  3. Isu semasa
  4. Aktiti di masa lapang! (in english)
  5. Kenapa ingin belajar di UPSI
  6. Jawatan yang disandang di sekolah
  7. Beberapa soalan yang menduga kita
tetapi, sebenarnya, lain penemuduga.. lain soalan and cara mereka.. macam ada kawan-kawan yati mereka diminta mengajar di depan penemuduga.. kadang-kadang yang tak berkaitan dengan bidang pilihan mereka! and, ditanya maksud sesuatu perkataan..hehehe! jadi, harap-harap.. apa yang yati bagi ni dapat bantu serba sedikit la mereka yang akan menjalani temuduga ni esok dan seterusnya!hehe..

okay! good luck! =)
Sila ke blog Cik Nur Hidayah di sini.




Kini Anda Mampu Menduduki Peperiksaan MEdSI Dan Mendaftar Ke Program DPLI Atau ISMP Dengan Mudah!

Peluang untuk anda menjadi guru akan tercapai dengan apa yang bakal saya tunjukkan sebentar lagi.
Adakah anda di antara berjuta rakyat Malaysia yang bercita-cita menjadi seorang guru tetapi masih belum berpeluang merealisasikannya? Teruskan bacaan anda supaya anda tidak menyesal kerana apa yang bakal dikongsikan akan membuatkan anda tersenyum lebar!




          Sila klik PANDUAN LENGKAP MEdSI di sini
 untuk tip dan panduan temuduga selanjutnya.




Salam sejahtera buat pembaca blog cikgukaunseling.com ini,

Kerjaya perguruan dikategorikan sebagai salah satu profesion yang tertua di dunia. Kini ianya telah memasuki satu dimensi baru.

Pada masa dahulu guru hanya dikenali sebagai penyampai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran dalam bidang tertentu. Kini guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan. Tanggung jawab guru diluaskan lagi sebagai pemudah cara pengetahuan dan harus mempunyai persediaan yang cukup untuk membentuk dan mewujudkan kondisi pelajaran dan pembelajaran secara cekap dan efektif.

Kerjaya dalam bidang perguruan ini mempunyai cabaran yang besar. Sebelum bergelar guru, banyak aspek yang perlu diberi perhatian, misalnya dari segi kelayakan akademik dan ujian kemasukan yang perlu dihadapinya iaitu ujian dan temuduga Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).

Kebanyakan guru berjaya melepasi ujian bertulis yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) namun ramai yang tidak berjaya melepasi ujian temuduga yang diadakan.


Apakah sebabnya kebanyakan calon-calon guru mengalami kegagalan dalam temuduga ini?

Baru-baru ini rakan saya, Cikgu Ikhwan ada membuat kajian berkaitan dengan masalah ini. Dalam kajian yang dijalankan, terdapat 15 kajian kes kegagalan calon KPLI, DPLI dan ISMP sepanjang temuduga pendidikan dijalankan. Andaboleh lihat di pautan ini 
Sila klik PANDUAN LENGKAP MEdSI di sini


Bagi sesiapa yang belum mengenali Cikgu Ikhwan, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di sebuah institusi kemahiran swasta yang berpengalaman di dalam bidang pendidikan. Beliau telah menghasilkan beberapa artikel pendidikan sebagai satu sumbangan di dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pendidikan.

Bukti kesungguhan beliau telah dibuktikan lagi dengan terbitnya sebuah panduan untuk calon guru DPLI yang bertajuk “Panduan DPLI : Tips Peperiksaan dan Temuduga MEdSI”.


Anda boleh dapatkannya secara di sini :
Sila klik PANDUAN LENGKAP MEdSI di sini

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .