Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Paparan prestasi pelajar atas talian

Paparan prestasi pelajar atas talian

Paparan prestasi pelajar atas talian

Putrajaya: Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan sistem paparan prestasi persekolahan pelajar secara atas talian bagi memudahkan ibu bapa memantau perkembangan anak mereka. 
 


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata rancangan itu terkandung dalam elemen Sarana Ibu Bapa, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dijangka dilaksanakan dalam fasa kedua PPPM antara 2016 dan 2020. 


Melalui sistem itu, ibu bapa boleh mengetahui perkembangan akademik, kokurikulum dan sahsiah anak mereka pada setiap penggal persekolahan, sekali gus terbabit secara langsung dalam program pembangunan pelajar. 

Ibubapa pantau prestasi
 



Katanya, kaedah terbaru itu juga membolehkan ibu bapa menyertai guru untuk melihat dan memantau prestasi seseorang pelajar secara lebih menyeluruh berbanding hanya secara manual sama ada melalui SMS atau rekod akademik saja.

Ibu bapa hanya perlu memasukkan kod pelajar yang diberikan pihak sekolah di laman sesawang yang disediakan untuk mengakses rekod prestasi anak masing-masing, berbanding semakan rekod akademik (secara manual) pada masa sekarang.

Sistem ini bukan asing kerana ada beberapa sekolah sudah melaksanakannya, namun kementerian mahu ia diseragamkan sebagai urusan rasmi kementerian, katanya selepas menyampaikan Anugerah Anak Cemerlang Puspanita Kementerian Pelajaran, di sini, semalam. 



Pada majlis itu, Abd Ghafar menyampaikan anugerah kepada 121 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Sekolah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu.

Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Babitkan diri tanpa had

Abd Ghafar berkata, kementerian kini giat melaksanakan fasa pertama Sarana Ibu Bapa antara 2013 dan 2015 bagi membabitkan ibu bapa dalam kegiatan sekolah anak mereka tanpa hanya terhad kepada menghadiri majlis atau ketika dipanggil pihak sekolah.

"Kedudukan Malaysia dari segi pembabitan ibu bapa boleh dikira baik, tetapi ia boleh ditambah baik dengan kerjasama antara ibu bapa dan sekolah dalam aspek pembangunan akademik dan sahsiah pelajar.

Ini sudah dilaksanakan di banyak negara lain sehingga ke peringkat ibu bapa turut terbabit dalam menyediakan bahan pengajaran, katanya. 


Laporan Oleh: Oleh Zanariah Abd Mutalib, 2013/05/11
Sumber; klik di sini

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .