Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa

Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa

Sejarah Islam jururawat professional yang pertama adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami dari kaum Khazraj.

Beliau adalah seorang shahabiah. Dia dilahir di Yathrib [nama awal kota Madinah] dan termasuk di dalam golongan yang pertama dari kaum Ansar yang memeluk Islam.

Ayahnya seorang tabib (doktor), dan dia mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya.

Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa


Sebahagian jururawat bergandingan tangan semasa menyanyikan lagu jururawat sempena perasmian Hari Jururawat Peringkat Hospital Pakar Putra di Melaka, semalam. 
MELAKA 13 Mei - Golongan jururawat di negeri ini digesa untuk lebih dinamik dan tidak hanya kekal pada satu tahap, sebaliknya sentiasa melakukan penambahbaikan segala kekurangan dalam perkhidmatan bagi memenuhi jangkaan pesakit yang sentiasa meningkat seiring kemajuan negara.




Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, penambahbaikan secara berterusan adalah perlu dan merupakan cabaran yang harus dihadapi kerana kaedah perubatan masa kini semakin mencabar dari segi penggunaan teknologi dan ilmu pengetahuan.
Menurutnya, para jururawat perlu meletakkan daya dinamik pada tahap paling tinggi kerana jangkaan para pesakit yang juga pelanggan boleh berubah mengikut kehendak dan suasana. 


"Kita akan ketinggalan jauh ke belakang jika sentiasa bersikap pasif serta tidak minat untuk mengejar ilmu dan pengetahuan yang lebih mencabar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Hari Jururawat Peringkat Hospital Pakar Putra, di sini hari ini.(13 Mei 2013)

Yang hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Hospital Pakar Putra, Datuk Ramlah Abas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Radhuana Salleh.
Jelas Idris, perkhidmatan jururawat merupakan teras dan tulang belakang kepada perkhidmatan kesihatan kerana skop tugasan yang paling luas dalam organisasi.
"Jururawat adalah antara golongan barisan hadapan dalam memainkan peranan penting merealisasikan impian semua rakyat untuk mendapat penjagaan kesihatan yang optimum secara adil tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit serta di setiap pelosok negara," ujarnya.

Sumber; Utusan Malaysia, 14/5/2013







































0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .