Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Guru meninggal dunia ketika sertai sukaneka Hari Guru

Al Fatihah Guru meninggal dunia ketika sertai sukaneka Hari Guru


Al fatihah dihadiahkan kepada Che Maznah Mad Isa, 56. Semoga allahyarhamah tenang di sana.

Salam takziah kepada ahli keluarga allahyarhamah, sahabat handai dan murid-murid allahyarhamah. 

 

Mari kita renungkan dan hayati Sabda Nabi Muhammad SAW berkaitan penuntut ilmu dan pengajar ilmu:



Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
"Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu". 
(HR Tabrani)



Rasulullah ditanya tentang kedudukan dua orang lelaki, seorang ahli ibadah dan seorang lagi ahli ilmu. Lantas Baginda s.a.w menjawab yang bermaksud :  

 
  " Kelebihan para ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
  "Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama."
 
Riwayat al-Tabrani, Kanz al-Ummal (28736), 145/10, Jami'al-Ahadith (14774)

Guru meninggal dunia ketika sertai sukaneka Hari Guru

 

ALOR SETAR 16 Mei 2013- Kemeriahan sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Pendang di sini bertukar suram apabila seorang guru wanita meninggal dunia akibat diserang penyakit jantung ketika menyertai acara sukaneka sekolah tersebut hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, Che Maznah Mad Isa, 56, yang sedang menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah berkenaan sempena sambutan Hari Guru tiba-tiba rebah.

Beliau yang merupakan guru Matematik dan sudah 32 tahun berkhidmat di sekolah itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah guru itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE
Sumber Utusan Melayu


Guru maut ketika sambutan Hari Guru
16 Mei 2013
ALOR SETAR - Seorang guru wanita meninggal dunia selepas mengalami serangan sakit jantung ketika menyertai sukaneka sempena sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Pendang hari ini.
  
Dalam kejadian 11 pagi, mangsa Che Maznah Mad Isa, 56, yang dikatakan menyertai permainan kerusi berirama di dewan sekolah, tiba-tiba rebah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
  
Suami mangsa, Sudarji Shatry, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian isterinya.
  
"Arwah sebelum ini tidak pernah mempunyai sebarang penyakit kritikal dan tidak pernah mengadu sakit," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
  
Che Maznah yang mengajar subjek Matematik, berkhidmat selama 32 tahun di sekolah itu dan disifatkan seorang guru yang tegas.
  
Arwah berasal dari Alor Setar, menetap di Kampung Banggol Petai Luar, Pendang dan mempunyai tiga orang anak.
  
Mayat mangsa dihantar ke HSB untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pendang.
- Bernama

Sumber; Sinar Harian.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .