Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Ke Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Julai 2013 Secara Online

Permohonan Ke Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Julai 2013 Secara Online







ATPIS - Agriculture Training Program Information System





 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini telah sisiarkan pada 24 April 2013 dan akan menjadi entry utama blog ini sehingga 31 Mei 2013.Kepada para lepasan SPM 2012 Dan lepasan SKM yang hendak naik tahap, Permohonan Ke Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) Julai 2013 Secara Online sedang dibuka sekarang.

Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) badan peneraju industri latihan pertanian negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuka permohonan kemasukan ke Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan, (sila klik di sini) bagi Sesi Julai 2013.

Pengambilan online ini diuruskan sendiri oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC). Permohonan secara online ini adalah secara percuma. Jadi kepada lepasan SPM 2012 khususnya lepasan SPM SMK Lepar Hilir dan SMK Jengka Pusat 2 yang mengambil jurusan MPV dan lepasan SPM SMK Jengka Pusat 2 Sains Pertanian, anda digalakkan memohon.

Bagi saya, peluang untuk para pelajar sekarang melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pengajian tinggi awam semakin meluas. Bahkan ada institusi tidak memerlukan anda membuat pinjaman pelajaran. Jadi Cepat ya. Bagi lepasan SPM yang berminat, boleh mohon sekarang. Tarikh tutup pada 31 Mei 2013.

 PENGINAPAN, ELAUN BULANAN, MAKAN MINUM 
DAN YURAN PENGAJIAN DIBIAYAI 
OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

Jadi, anda rebutlah peluang keemasan ini. 
 
Maaf walaupun sekarang saya bukan lagi di SMK Jengka Pusat 2 tetapi ada bekas pelajar saya yang mengikuti blog ini melalui mesej-mesej dan telefon. Oleh itu saya tuliskan jua nama SMKJP2 berkenaan.

Oh iya entry entry saya berkaitan kemasukan ke IPTA dan  ke IPTS di blog ini, adalah tiada bayaran daripada mana-mana pihak. Oleh itu sebarang pengiklanan samada di blog ini mestilah mendapat keizinan penulis blog cikgukaunseling.com. 

Penulisan di sini adalah sebagai kemudahan untuk saya dan pelajar-pelajar memilih halatuju kerjaya minat kerjaya pelajar berdasarkan personaliti dan keputusan peperiksaan yang mereka perolahi.
 
Pengambilan ke NATC turut dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU dan juga Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) bergantung kepada program latihan.

Apakah kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?


 
Mulai tahun 2008, syarat dan kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia adalah:

Syarat wajib bagi kemasukan untuk Tahap 1 ialah:

  • Warganegara Malaysia 
  • Sihat tubuh badan 
  • Bujang/belum berkahwin 
  • Minimum SPM dengan lulus Bahasa Melayu 
  • Berumur antara 20 hingga 23 tahun 

Program ini khusus memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat atau tidak minat meneruskan pengajian akademik masing-masing tetapi mempunyai komitmen/kesungguhan/kudrat untuk mengikuti latihan kemahiran (competency based training) dalam bidang pertanian.

 

Tempoh latihan bagi Tahap 1 ialah selama 6 bulan. Tujuan program latihan ini ialah untuk melatih calon menjadi pekerja mahir agar boleh memulakan sesuatu perusahaan atau menjadi usahawan, bukan untuk memohon kerja di jabatan/agensi kerajaan.  

BIDANG LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Sebanyak 7 kursus latihan kemahiran disediakan:
 
  1. Ternakan (Ruminan)
  2. Tanaman
  3. Akuakultur
  4. Teknologi Perikanan Tangkapan
  5. Pengedaran Makanan (Pemasaran)
  6. Pemprosesan Makanan
      7. Pemasaran Syarat kemasukan adalah sama untuk semua kursus yang memerlukan pemohon mesti mempunyai minima SPM. Perikanan Tangkapan (Pukat Jerut) menerima hanya kepada calon lelaki sahaja.
 
Bagaimanakah cara memohon untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?
 
Iklan mempelawa permohonan menyertai Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan ini akan disiarkan di akhbar-akhbar utama untuk pengambilan dua kali setahun, biasanya pada bulan Mac dan November. Kaedah permohonan telah dipermudahkan. 
Calon hanya perlu hadir sesi Ujian Kelayakan pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan. Jika calon berjaya melepasi Ujian Kelayakan, calon akan dikehendaki menjalankan program Suaikenal dan Kemampuan Teras. Jika terpilih, calon akan memulakan latihan di pusat-pusat bertauliah.


PENGINAPAN, MAKAN MINUM DAN YURAN PENGAJIAN DIBIAYAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

Prospek Kerjaya
 
Graduan Institut Pertanian boleh memilih untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang  pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

  •     Landskap
  •     Nurseri Tanaman
  •     Perladangan
  •     Perhotelan
  •     Rekreasi
  •     Pemprosesan
  •     Perusahaan Pertanian


Borang Permohonan Kemasukan Ke Pusat Bertauliah di Bawah MOA Sesi Julai 2013, SILA KLIK DI SINI



INSTITUT DI BAWAH PENGURUSAN JABATAN PERTANIAN MALAYSIA (DOA)
 

 INSTITUT  NO TEL/FAX  KEMUDAHAN
Institut Pertanian Serdang
Beg Berkunci 204, Pejabat Pos UPM, 43400 Serdang,
Selangor

 
 Tel: 03-8948 6204
         03-8938 6082

  • Dewan
  • Makmal komputer
  • Bilik kuliah
  • Pusat Sumber
  • Asrama Pelajar
Institut Pertanian Bumbong Lima,
Jabatan Pertanian,
13209 Kepala Batas,
Seberang Perai,
Pulau Pinang.

Tel: 04-575 1901
  • Bilik komputer
  • perpustakaan
  • Surau
  • Bilik muzik
  • Padang bola sepak/gimnasium/gelanggang bola tampar
     
Institut Pertanian Kuala Lipis,
Karung Berkunci No. 2,
27209 Kuala Lipis,
Pahang.
Tel: 09-312 1328

  • Bilik komputer
  • Perpustakaan
  • Padang bola sepak/gimnasium/gelanggang bola tampar
     
Institut Pertanian Titi Gantung,
Institut Pertanian Parit,
Kompleks Pertanian Titi Gantong,
32600 Bota,
Perak.

 
Tel: 05-376 5717
        05-376 1244
  • Dewan
  • Bilik kuliah berhawa dingin
  • Bilik komputer
  • Bilik mesyuarat
  • Perpustakaan
     
Institut Pertanian Air Hitam,
Peti Surat 101,
86100 Ayer Hitam,
Johor.
Tel: 07-758 1161
        07-758 2370
  • Dewan
  • Bilik kuliah berhawa dingin
  • Bilik komputer
  • Bilik mesyuarat
  • Perpustakaan
     
Institut Pertanian Timbang Menggaris,
Institut Pertanian Sabah,
Timbang Menggaris,
P.O Box 102,
89158 Kota Belud,
Sabah.
Tel: 088-976053
       088-976584
       088-976051
-
Institut Pertanian Semanggok,
Institut Pertanian Sarawak,
Semanggok, P.O Box 3023,
93900 Kuching,
Sarawak.
Tel: 082-611341
       082-611342

-



INSTITUT PERIKANAN DI BAWAH PENGURUSAN JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (DOF)

 INSTITUT  NO TEL/FAX  PENGKHUSUSAN
Institut Akuakultur Marin
Kampung Pulau Sayak,
08500 Kota Kuala Muda,
Kedah


 Tel: 04-437 4021
 fax: 04-437 4470
Latihan untuk nelayan, kakitangan & peserta antarabangsa
Institut Perikanan Malaysia (IPM)
Taman Perikanan Chendering, 21060 Chendering,
Terengganu

Tel: 09-617 8539
      09-617 2361

Fax: 09-617 2141

Latihan untuk nelayan, kakitangan & peserta antarabangsa
Institut Penyelidikan Perikanan (IPP)
Jalan Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang
Tel: 04-626 3925
       04-626 3926

Fax: 04-626 2210

Penyelidikan perikanan



INSTITUT DI BAWAH PENGURUSAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA (DVS)

 

  1. INSTITUT VETERINAR MALAYSIA (IVM)
     
Pengenalan

Ladang asal dibuka pada 1939 yang dikenali sebagai " Central Animal Husbandry Station" (CAHS) oleh Almarhum Tunku Abu Bakar (Kerabat Diraja Johor). Pada 1963, Pusat Latihan Veterinar (VTC) ditubuhkan bagi memenuhi keperluan program latihan Jabatan Veterinar di hadapan pejabat CAHS.

CAHS telah bergabung dengan VTC pada 1974 menjadi Institut Haiwan dan telah berpindah ke pejabat baru pada 1976. Pada April 2008, Institut Haiwan telah mengalami penjenamaan baru kepada Institut Veterinar Malaysia (IVM).

Sebagai Institut latihan utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, IVM bertanggungjawab menjalankan latihan bagi menjayakan dan menyokong usaha kerajaan membangunkan industri penternakan negara. Misi institut adalah untuk menyediakan kemudahan latihan berkualiti dan kepakaran dalam bidang kesihatan dan pengeluaran ternakan. Manakala, visi institut adalah untuk menjadi pusat latihan dan rujukan yang unggul dalam bidang industri ternakan.



Objektif


  • Menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan mahir di dalam pengeluaran dan kesihatan ternakan terutamanya di kalangan anggota jabatan dan usahawan.
  • Mengeluarkan baka dan produk ternakan yang berkualiti tinggi menerusi kaedah yang cekap dan berekonomi.
  • Menjalankan penyelidikan gunaan dan menghasilkan maklumat serta rujukan terkini dalam sains penternakan.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran kepada usahawan ternakan.



Fungsi
 

  • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan latihan teknikal veterinar dan teknologi penternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri), arnab serta kuda.
  • Melaksanakan kursus teknikal perkhidmatan veterinar, pra perkhidmatan, dan keusahawanan.
  • Menyediakan sumber untuk keperluan latihan.
  • Menjadi pusat rujukan, perundingan dan lain-lain yang berkaitan teknologi penternakan dan industri haiwan.
  • Mengadakan jalinan kerjasama bagi tujuan pengumpulan dan penyebaran maklumat berkaitan dengan teknologi veterinar dan industri haiwan.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Pengarah Institut Veterinar Malaysia
Km 13, Jalan Batu Pahat
Beg Berkunci 520
86009 Kluang
Johor

  1. INSTITUT TEKNOLOGI UNGGAS (ITU)
INSTITUT TEKNOLOGI UNGGAS (ITU)


Objektif
 

  • Mengeluarkan sumber manusia yang terlatih dan mahir di bidang ternakan unggas samada di kalangan anggota jabatan ataupun usahawan ternakan.
  • Mengeluarkan baka dan hasil ternakan unggas yang berkualiti dengan cekap dan berekonomi.
  • Menjalankan penyelidikan gunaan di bidang ternakan unggas dan mengeluarkan maklumat rujukan terkini.
  • Memberi khidmat perundingan dan kepakaran kepada usahawan ternakan unggas.
     


Fungsi
 

  • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan latihan teknologi dan penternakan unggas.
  • Melaksanakan kursus teknologi penternakan unggas dan keusahawanan.
  • Menyediakan sumber untuk keperluan latihan dan penyelidikan di bidang unggas.
  • Menjadi pusat rujukan, perundingan dan lain-lain yang berkaitan teknologi penternakan unggas dan industri haiwan.
  • Mengadakan jalinan kerjasama bagi tujuan pengumpulan dan penyebaran maklumat teknologi unggas.



Maklumat lanjut sila hubungi:

Pengarah Institut Teknologi Unggas
Km 3, Jalan Ramuan Cina Besar
78300 Masjid Tanah
Melaka

Tel : 06-3841321
Faks : 06-3841324



Sebarang pertanyaan berkenaan Kursus Sijil Pertanian di Institut Pertanian ini, bolehlah menghubungi:

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan ( NATC )
Aras 3 Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 Putrajaya
( u.p  : Puan Rohani bte Che Rose )


Tel  :  03-88701806
Faks :  03-88886908




Terima kasih kepada blogger Lela Maharaja, klik di sini atas brosur ini.

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

9 Comments:

sendiriDotNet said...

sangat berguna... nak join tapi x cukup syarat plak

Anonymous said...

Bile ye kputusan permohonan utk julai 2013 akn diumumkn?

Anonymous said...

mne link nk m0honnye???

Puan Ummi said...

sendirintnet
tq ya sudi ke blog saya

Puan Ummi said...

Link mohon ada di artikel saya di atas. sila baca dengan teliti pada perenggan BORANG PERMOHONAN KE MASUKAN KE PUSAT BERTAULIAH DI BAWAH MOA SESI JULAI 2013. [ermohonan tlelah ditutup

Anonymous said...

Kemasukkn 2014 ni xde ke ??

Unknown said...

Hi cikgu, saya ingin tnya ni, kalau memasuki ke majlis latihan kemahiran pertanian NATC, lepasan graduan, adakah mendapat kerja di dalam sektor awam?

Unknown said...

Hi cikgu, saya ingin tanya ni, tentang NATC pertanian, lepasan graduan, adakah dapat bekerja di dalam sektor awam?

Unknown said...

Hi, cikgu, saya ingin tanya ni, kemasukkan di NATC PERTANIAN, and lepasan graduan, adakah mendapat pekerja di dalam sektor awan?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .