Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Rahsia Pelajar Cemerlang UiTM 2013 Belajar Berkumpulan

Rahsia Pelajar Cemerlang UiTM 2013 Belajar Berkumpulan

Belajar berkumpulan rahsia tiga pelajar UiTM cemerlang

ABDUL RAZAK (kiri), Muhammad Asyraf (dua dari kiri) dan Ahmad Zahir (kanan) berkongsi kegembiraan bersama rakan mereka.
 
SHAH ALAM – Tiga sahabat karib berkongsi kegembiraan apabila mereka dipilih sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-78 di kampus universiti itu di sini semalam.



Kesemua graduan Diploma Perakaunan itu, Muhammad Asyraf Mohd. Saufi, Abdul Razak Mohammad Yusoff dan Ahmad Zahir Abu Bakar yang masing-masing berusia 20 tahun mendapat keputusan cemerlang hasil kaedah mengulang kaji secara berkumpulan.


Menurut Muhammad Asyraf, mereka kerap berbincang dan berkongsi pendapat bagi meningkatkan kefahaman dalam setiap subjek yang diambil pada setiap semester.
“Apabila membuat kerja dalam kumpulan ia mampu menjana pelbagai idea dan pengetahuan selain dapat mengelak rasa bosan,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen tersebut di sini.
Muhammad Asyraf mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.81, diikuti Abdul Razak (3.67) dan Ahmad Zahir (3.56).

Sumber; 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .