Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN KE INSTITUT KRAF NEGARA 2013/2014 SEDANG DIBUKA

PERMOHONAN KE INSTITUT KRAF NEGARA 2013/2014 SEDANG DIBUKA






Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
 Artikel ini telah disiarkan pada 17/3/2013, akan menjadi post pertama sehingga 30 April 2013 bagi kemudahan para lepasan SPM membuat rujukan.

 Institut Kraf Negara menyediakan 3 perkhidmatan baru untuk kemudahan para pemohon secara online dan tiada wang proses untuk memohon.

* Senarai program
* Permohonan on-line
* Semak permohonan

Permohonan ini tidak melalui UPU.

Temui Institut Kraf Negara di Karnival Jom Masuk U Kuantan SASICC. 


Jom Jumpa IKN di :

Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2013
bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang pada 16 & 17 Mac 2013
Saya tak sempat mengambil gambar booth IKN di Jom Masuk U 2013 dek keletihan nak round semua booth yang ada di situ. Tetapi memang menarik booth IKN.

Kepada pelajar yang berminat kepaada seni, elok jika mengambil peluang melanjutkan pengajian ke IKN ini, sebuah institusi awam.
Kepada calon SPM 2012 yang bakal menerima keputusan SPM pada Khamis ini mungkin boleh memikirkan untuk melanjutkan pengajian di IKN.

Tarikh penting berkenaan permohonan on-line:


Tempoh permohonan:
18/1/2013 - 15/5/2013


Mula semakan:
28/5/2013


Akhir terima tawaran:
19/6/2013


Senarai Program Yang Ditawarkan Bagi Sesi (I) Tahun Akademik 2013/2014

Institut ini memberi penekanan kepada kemahiran pembuatan kraf 70% dan 30% dalam akademik. Para pelajar akan mengikuti latihan industri dalam jurusan tertentu.

Konsep pendidikan secara 'hands-on' ini akan dapat memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri kraf.



Selain itu, kemahiran seni reka, aplikasi teknologi pengeluaran, teknologi maklumat (ICT), sejarah seni kraf, keusahawanan juga diajar kepada para pelajar.

Berikut adalah senarai program pengajian yang ditawarkan mengikut jurusan seni kraf:

Program Pengajian Seni Kraf Yang Ditawarkan

 Jurusan Seni Kraf Batik
DK 100 - Diploma Seni Kraf Batik (Sepenuh Masa)
SK 100 - Sijil Seni Kraf Batik (Sepenuh Masa)




 Jurusan Seni Kraf Kayu 

DK 102 - Diploma Seni Kraf Kayu (Sepenuh Masa)
SK 102 - Sijil Seni Kraf Kayu (Sepenuh Masa)

 Jurusan Seni Kraf Logam

DK 103 - Diploma Seni Kraf Logam (Sepenuh Masa)
SK 103 - Sijil Seni Kraf Logam (Sepenuh Masa)


Jurusan Seni Kraf Rotan & Buluh


DK 105 - Diploma Seni Kraf Rotan (Sepenuh Masa)
SK 105 - Sijil Seni Kraf Rotan (Sepenuh Masa)

Jurusan Seni Kraf Seramik

DK 104 - Diploma Seni Kraf Seramik (Sepenuh Masa)
SK 104 - Sijil Seni Kraf Seramik (Sepenuh Masa)


Jurusan Seni Kraf Tenunan


DK 101 - Diploma Seni Kraf Tenunan (Sepenuh Masa)
SK 101 - Sijil Seni Kraf Tenunan (Sepenuh Masa)  


CARA MEMOHON IKN:
Borang Permohonan On-Line
* Borang permohonan kemasukan on-line bagi sesi (I) Tahun Akademik 2013/2014. Pemohon yang ingin mengikuti program yang ditawarkan boleh membuat permohonan secara on-line dengan mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di laman ini.
* Tempoh permohonan adalah dari 18 Januari 2013 hingga 15 Mei 2013.


Klik butang Hantar sekiranya kesemua maklumat telah lengkap diisi. Slip permohonan yang mengandungi butiran permohon akan dipaparkan. Pastikan calon mencetak slip permohonan tersebut. Calon perlu menyimpan nombor rujukan yang diberi bagi proses semakan status permohonan.



KLIK DI SINI UNTUK MEMOHON

 
Semakan Keputusan Permohonan
* Paparan status keputusan permohonan kemasukan program secara on-line bagi sesi (I) Tahun Akademik 2013/2014. Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonan dengan menggunakan nombor K/P dan nombor rujukan yang telah diberi.
* Bermula dari tarikh 28 Mei 2013, semakan keputusan permohonan anda boleh dilakukan.
* Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 19 Jun 2013.


MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

 Bagi pemohon yang ingin mengemaskini maklumat permohonan, sila hubungi En. Mohamad Arif Mustafa / Pn. Faridah Sabar, di Unit Hal Ehwal Pelajar di talian 03-60915322. 


Website: http://www.ikn.gov.my

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .