Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

5 produk kosmetik mengandungi racun berjadual

5 produk kosmetik mengandungi racun berjadual

Lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan lima produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual betamethasone dan merkuri.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian berkenaan, Datuk Eisah A.Rahman berkata produk tersebut ialah Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment (betamethasone), Natural 99 Night Cream, Natural 99 Day Cream, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial), kesemua mengandungi merkuri.

"Penggunaan betamethasone tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

"Merkuri pula tidak boleh digunakan dalam produk kosmetik kerana berisiko memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Eisah berkata syarikat yang bertanggungjawab menjual dan mengedarkan produk tersebut telah diarahkan menarik balik serta merta kesemua produk berkenaan daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik.


Sumber; Astro Awani di sini. Berita mula diterbitkan pada: Mei 16, 2013 10:15 (MYT) 


5 kosmetik mengandungi racun berjadual

Utusan Malaysia
Khamis, 16/05/2013

5 kosmetik mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR 15 Mei – Kementerian Kesihatan berjaya mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu betamethasone dan logam merkuri yang tidak dibenarkan dijual di Malaysia.

Antara produk tersebut ialah Cellnex Anti Sensitive Essence Treatment keluaran Europe Cosmeceutical Industries Sdn. Bhd. yang mengadungi betamethasone manakala Natural 99 Night Cream dan  Natural 99 Day Cream masing-masing keluaran Auraqu Enterprise dikesan terdapat logam merkuri.

Dua lagi produk keluaran SF Infinity Resources, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial) turut dikesan mengandungi racun berjadual merkuri.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasinya, Datuk Eisah A. Rahman berkata, betamethasone adalah jenis kortikosteroid yang biasanya digunakan dalam rawatan masalah kulit seperti ekzema, serborrhoeic dermatitis, psoriasis dan alahan kulit.
Jelasnya, penggunaan jangka panjang bahan ini tanpa pengawasan boleh mengakibatkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap masuk dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
“Produk kosmetik yang dicampur dengan logam merkuri bagi tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan pula adalah tidak dibenarkan kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang terdedah dengan bahan ini.
“Justeru, pengguna dinasihat untuk mengelak daripada mengguna dan membeli produk-produk yang mengandungi racun berjadual berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.










0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .