Ustaz Rujhan Mohamed Razali
telah meninggal dunia Al Fatihah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya telah mendapat khabar berita dukacita pada Jumaat, 8 Mac 2013 semalam. Namun hanya pada petang ini baru sempat saya nukilkan di blog ini.
Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali telah kembali ke rahmatullah pada jam tengah hari Jumaat semalam. Mohon kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah untuknya. Al fatihah.
Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali seorang penceramah bebas berasal dari Jerantut, Pahang. Semasa di SMK Jengka 2, pernah GPK 1 SMK Jengka 2, Ustaz Abdul Rahim membuat kutipan derma untuk allahyarham yang sedang terlantar sakit ketika itu. Allahyarham kerap memberi ceramah di SMK Jengka 2.

















