Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

PROGRAM DIPLOMA DAN KERJA DI UMW 2017

Lepasan SPM STPM STAM. Peluang belajar percuma di KKTM Kuantan dan jaminan kerja di UMW.Mohon segera. Kemasukan April 2017. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

BIASISWA YAYASAN SIME DARBY 2017

Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

KERJAYA PERGURUAN

Lepasan SPM Jom Mohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG KPM. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Tunas Potensi 2017

Lepasan SPM STPM Matrikulasi 2016. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Biasiswa USAS 2017

Biasiswa USAS 2017. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Biasiswa Jasmine Jiangshu 2017

Biasiswa Jasmine Jiangshu 2017. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Konvensyen Antarabangsa Kaunseling Berpekstif Islam

Konvensyen Antarabangsa Kaunseling Berpekstif Islam. Terbuka kepada semua yang bemrinat. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Contoh Soalan Temuduga Ke IPTA

Contoh Soalan Temuduga Ke IPTA. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Sistem e-MAS UPU

Sistem e-MAS UPU 2016. Semak Syarat Kemasukan ke IPTA ILKA. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Surat Cinta Suami

Surat Muhasabah Cinta Seorang Suami Kepada Isterinya. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2009/06/20

Permata ayah

gambar Encik Muhamamad Benny Iman Sinis


Membaca Berita harian Sabtu 20 Jun 2009,
saya tertarik pada sebuah artikel . Lalu saya muatkan di blog ini kisah Saudara Muhammad Benny Iman Sinis sebagai inspirasi diri ini. Semoga saya dapat menjadi ibu yang baik buat anak-anak tanpa menjadikan keadaan diri sebagai bebanan semua pihak tetapi momentum kembalikan kecemerlangan diri sendiri.

teringat pada kata-kata motivasi di sebuah tempat kerja saya suatu ketika dulu, "Saya tidak kalah apabila berada di bawah". Saya hanya kalah jika saya jatuh tergolek tapi tak nak bangun semula. Sekali jatuh, tak bangun itulah kekalahan. Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun; itu bukan kekalahan. Setiap orang pernah jatuh. hanya mereka yang bangun dan terus bangun pada setiap kali kejatuhan, akhirnya insyaAllah akan berjaya jua. Bila? Hanya Allah menentukan. Yang penting, saya , kena berusaha dan terus berusaha. Biar perit, sakit dan payah. Bangun dan cuba berdiri, kemudian berjalan ....insyaAllah pasti kapilari-kapilari darah pasti berjalan jua. opsss saya kaitkan dengan kapilari darah pula erk...

Hmm.. kalau lihat Sirah Nabi Muhammad Sallagu Alaihis salam, Bukankah Nabi Muhammad SAW diuji dengan ujian yang lagi berat? Dibaling dengan najis unta, dibaling dengan batu, ditohmah dan dicaci. Selalu menahan lapar dan dahaga. Namun cintanya Nabi Muhammad SAW pada umatnya amat mendalam. sehingga pada saat-saat akhir kehidupannya pun Nabi Muhammad SAW bersabda, "Ummati, Ummati, ummati". Sedangkan saya? Ada fikir tentang Nabi Muhammad SAW?

Nabi Ayub Alaihis Salam pun diuji dengan kesakitan dan bertahun2 sehingga kehilangan harta, anak2 dan isteri. Namun Keihklasannya dan kesabarannya tetap jitu pada Allah SWT. Nabi Zakaria dan isteri diuji Allah selama bertahun-tahun tidak dikurniakan zuriat. namun mereka tidak putus asa merayu pada Allah.

Syaidatina Fatimah Az Zahra dan ahli-ahli keluarga Baginda SAW yang lain pun diuji dgn ujian berat. Para sahabat as sabiqu nal awwalun diuji dengan pelbagai seksaan, tohmahan dan kesusahan hidup. namun kecintaan Kepada Allah dan Rasul mengatasi segalanya. Lalu, jika nak dibandingkan dengan saya nih, yang tiada apa2 sumbangan pun dan yang cuma sikit aje sekelumit kuman ujian dibanding mereka semua, seharusnya saya menjadi insan yang bersyukur atas kurniaan Allah SWT.

Saya dedikasikan kasih sayang dan doa buat suami yang tidak jemu memberi sokongan moral pada diri ini dan sudi menerima diri yang serba kekurangan ini seadanya meski dia berhak punya pilihan terbaik yang lain.

Berikut artikel permata Ayah:

Permata Ayah Oleh Fairuz Zaidan




ABAH, papa, daddy, bak atau fu-cin - apa saja panggilannya, esok adalah detik istimewa bagi lelaki bergelar bapa. Meraikan Hari Bapa, XY - Ikon Lelaki menyelami suka duka kehidupan bapa cacat penglihatan, Muhammad Benny Iman Sinis.




Tidak kupinta lahir ke dunia,
Tidak kuduga cacat begini,
Bukan kuminta kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.


Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa kupergi jua.





SAYU bait lagu 'Namun Ku Punya Hati' ini membelai jiwa, syahdu lagi hati melihat gelagat seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan di Taman Tasik Permaisuri, di pinggir ibu kota Kuala Lumpur, petang itu.

Dalam cuaca mendung, Muhammad Benny Iman Sinis leka melayan permata hatinya, Nur Shahira yang mencecah usia setahun sembilan bulan. Berbekalkan tongkat, Muhammad Benny Iman memeluk erat puteri kesayangannya tanpa sedikitpun menunjukkan rupa-rupanya ada kekurangan di sebalik tubuhnya itu.

Disahkan buta peringkat ketiga (B3) sepanjang hayat, lelaki berusia 30 tahun ini menempuhi kehidupan penuh semangat. Bagi Muhammad Benny Iman, kekurangan diri bukan penghalang menjadi ayah 'sempurna' kepada dua permata hati, Nur Shahira dan Nur Diana yang berusia sembilan bulan.
Bagi lelaki tabah ini, nasib yang menimpa dirinya adalah hikmah untuk menjadi insan mulia serta berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

"Biarpun saya buta, ia bukan penamat dan titik noktah dalam hidup. Saya bersyukur berpeluang mengecapi kehidupan 'sempurna' dan memiliki keluarga bahagia," katanya penuh bermakna.

Memimpin Nur Shahira sambil tangan kanan memegang tongkat, Muhammad Benny Iman gigih mencari laluan ke taman permainan demi puteri kesayangan.

Puas si kecil bermain gelungsur dan buaian dengan sesekali terdengar helai tawa manjanya, Nur Shahira mungkin tidak tahu ayahnya buta.




"Saya tidak pasti apa persepsi anak apabila menyedari ayah dan ibu buta. Menjelang tengah malam apabila Nur Shahira dan Nur Diana lena dibuai mimpi, hati saya mula terasa sayu.



"Jiwa kecil saya sedih mengenangkan saya tidak mampu menjadi ayah yang sempurna kepada mereka. Tetapi apabila difikirkan inilah ketentuan Allah, saya redha," katanya.


Istimewa sempena Hari Bapa, XY - Ikon Lelaki berkongsi cerita bersama ayah istimewa ini...

Boleh ceritakan serba sedikit mengenai diri anda?

Saya dilahirkan buta dan dikategorikan sebagai buta peringkat ketiga (B3). Ini kerana saya hanya mampu melihat pada jarak kurang dari tujuh meter.

Sehubungan itu, saya dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Saya perlu menggunakan tongkat bagi membantu saya berjalan. Namun, saya bersyukur kerana mampu membaca pada jarak dekat.

Bagaimana pula dengan isteri dan anak-anak?

Isteri saya, Raziha Abdul Wahab juga buta. Beliau dikategorikan buta peringkat kedua (B2) di mana beliau hanya mampu melihat pada jarak kurang tiga meter.

Isteri saya bertugas sebagai guru di Sekolah Buta Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, perkahwinan kami pada 2006, saya dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing disahkan normal.

Apa pekerjaan anda sekarang?

Selama lebih 10 tahun, saya bekerja di jabatan pentadbiran di Syarikat UTSB Management Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Sejak bila anda tidak boleh melihat?

Saya tidak boleh melihat sejak kecil. Selain saya, kakak juga mengalami nasib sama walaupun ibu dan ayah normal. Ketika dalam darjah satu, saya belajar di sekolah kebangsaan. Tetapi ketika itu, saya tidak boleh melihat apa-apa biarpun diletakkan di barisan depan dalam kelas. Disebabkan itu, saya berpindah ke sekolah buta di Kuching.

Seperkara, saya tidak terlalu bergantung kepada tulisan braille. Ini kerana saya boleh membaca biarpun pada jarak dekat.

Bagaimana anda menjalani kehidupan dalam kekurangan ciri fizikal ini terutama selepas menjadi ayah?

Bagi saya, tidaklah terlalu sukar. Ini kerana semua perkara sudah biasa dilakukan dari kecil. Cuma ketika mula-mula bergelar papa, saya agak kekok untuk menguruskan bayi kecil.

Ini kerana saya tidak dapat melihat apa yang berlaku atau reaksi pada diri anak. Namun, lama-kelamaan semua itu menjadi perkara biasa.

Boleh anda ceritakan cabaran menjadi insan istimewa dalam situasi persekitaran sekarang?

Tidak dinafikan dalam ramai yang bersimpati, ada juga yang masih memandang rendah golongan OKU. Bagi segelintir pihak, orang buta hanya boleh menjadi peminta sedekah dan golongan yang tidak mahu berusaha memperbaiki kehidupan.


Boleh anda jelaskan situasi di mana persepsi negatif masyarakat mengecewakan anda?

Ambil saja contoh ketika menaiki LRT. Orang buta seperti saya memang menjadikan pengangkutan awam itu sebagai pengangkutan alternatif. Sudahlah tidak memberi tempat duduk OKU kepada kami, apabila kita bertanya destinasi hentian seterusnya, ia langsung tidak diendahkan.

Mungkin ada yang tidak tahu ada beberapa kategori cacat penglihatan. Mata yang celik mungkin dikatakan berpura-pura buta... Sebab itulah agaknya mereka tidak mahu menjawab pertanyaan.

Kesedaran sivik nampaknya masih berkurangan di kalangan masyarakat. Insiden lain yang pernah anda hadapi?

Jika hendak dihuraikan satu persatu, banyak insiden mengecewakan saya. Saya pernah ditipu pemandu teksi, tidak dihiraukan penumpang pengangkutan awam hinggalah tidak diberi bantuan oleh kakitangan hospital.

Namun, siapalah saya untuk mempersoalkan semua ini. Ia terpulang kepada individu itu sendiri. Daripada insiden menunggu nombor giliran hinggalah bertanya pusat rawatan yang perlu dituju, saya terfikir sendiri apakah mereka tidak tahu bahawa saya buta. Tidakkah mereka tahu saya tidak mampu melihat angka dan cara menuju ke tempat rawatan?

Anda tentu kecewa diberi layanan sebegini terutama di kosmopolitan Kuala Lumpur?

Golongan OKU tidak diminta diberi layanan melampau atau berlebih-lebih. Cukuplah andai ada rasa prihatin dan ruang untuk memudahkan insan seperti kami.

Boleh anda kongsi perasaan pertama kali bergelar bapa?

Sukar untuk diterjemah perasaan itu. Ia sungguh berbeza daripada apa yang dilalui pada zaman bujang. Sebenarnya, sebelum kelahiran Nur Shahira, isteri saya hamil anak sulung tetapi malangnya tidak cukup bulan.

Sedih mengenangkan saat kehilangan anak sulung. Namun, kehadiran Nur Shahira mengubat kedukaan. Biarpun Nur Shahira lahir ketika berusia tujuh bulan dalam kandungan, saya bersyukur anak saya itu sihat dan sempurna.

Bagaimana anda mengurus anak-anak kerana masing-masing bekerja?

Saya bersyukur memiliki seorang pengasuh yang cukup prihatin. Beliau banyak membantu kerana kami tidak sempurna. Pengasuh anak saya juga mengambil berat dan memahami kekurangan diri saya dan isteri.

Boleh ceritakan rutin harian anda?

Saya dan isteri akan bangun seawal jam 5.30 pagi. Kami akan menghantar anak-anak kepada pengasuh seawal jam 6.15 pagi sebelum menaiki tren LRT Salak Selatan menuju ke Masjid Jamek.

Isteri saya kemudian pergi ke sekolahnya manakala saya bertukar tren menuju ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Saya tiba di pejabat awal dan menikmati sarapan pagi sebelum memulakan kerja di pejabat pada jam 9 pagi.

Kelazimannya, jika tidak bersenam atau berjogging di Taman KLCC pada sebelah petang, saya pulang ke rumah untuk bersama anak-anak. Sebelah malam dihabiskan bersama isteri dan anak-anak.

Nampaknya ada aktif bersukan. Apakah ini hobi anda?

Jika bercerita soal minat dan hobi, saya menggemari sukan permotoran. Tetapi apa daya, saya tidak mampu menyertai bidang ini. Ketika bujang, saya aktif dalam sukan olahraga. Malah, saya pernah mewakili Kuala Lumpur bagi sukan OKU bagi acara larian 100 meter dan 200 meter.

Saya juga pernah menyertai maraton sejauh 10 kilometer. Adalah menjadi impian saya untuk menyertai acara maraton sejauh 40 kilometer pada masa depan.

Bagi anda, apa agaknya ciri-ciri bapa ideal?

Pertama, bapa ideal perlulah beriman kepada Allah. Kedua, meletakkan anak-anak sebagai rakan yang mampu berkongsi suka dan duka. Ketiga, kasih dan sayang haruslah dipupuk sejak mereka kecil lagi.

Bagi saya, hubungan erat yang dipupuk sejak anak masih kecil menjamin kemesraan pada kemudian hari.

Bercerita mengenai Hari Bapa, siapa agaknya tokoh lelaki idola anda?

Idola saya, tidak lain tidak bukan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menjadi idola saya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya teringin bertemunya tetapi masih belum berkesempatan.

Anda merancang menyambut Hari Bapa bersama keluarga?

Belum merancang lagi... Lagipun anak-anak masih kecil dan tidak mengerti. Mungkin saya menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan anak-anak saja.

Semangat kental anda dilihat menutup semua kelemahan diri. Apa harapan anda untuk masa depan?

Tiada yang lebih menggembirakan daripada melihat anak-anak membesar menjadi masyarakat berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Sebolehnya, saya mahu melihat mereka berjaya dalam bidang akademik kerana tiada apa yang boleh mengubah nasib seseorang melainkan pendidikannya.






Share:

2009/06/12

Kerjaya Bidang Perubatan di Malaysia

Senarai Cabang Spesifik dalam Bidang Perubatan :-



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar perlulah mengambil berat akan peperiksaan PMR. Ini kerana, hala tuju masa depan kerjaya anda bergantung pada keputusan PMR yang anda duduki.

Jika anda berminat menceburi bidang perubatan, maka dari awal lagilah, anda mesti meletakkan cita-cita dan usaha yang maksima.

Di sini disertakan sedikit artikel berkaitan cabang kerjaya dalam bidang perubatan:
  1. Physiology (Fisiologi)
  2. Optometri/ Ophtalmology (Mata)
  3. Medical Microbiology & Immunology
  4. Radiography / Radiology (X-Ray)
  5. Medicine (Ubatan)
  6. Obstectrics & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan)
  7. Biomedical Science
  8. Paediatrics (Kanak-kanak)
  9. Pharmacy (Farmasi)
  10. Surgery (Pembedahan)
  11. Physiotherapy (Fisioterapi)
  12. Otorhinolaryngology
  13. Anaesthesiology (Bius)
  14. Environmental Health / Science (Kesihatan Alam Sekitar)
  15. Veterinar (Haiwan)
  16. Anatomy (Rangka)
  17. Orthopaedics (Tulang)
  18. Nursing Science (Sains Kejururawatan)
  19. Parasitology & Entomology (Parasit / Serangga)
  20. Pathology (Penyakit)
  21. Family Medicine (Perubatan Keluarga)
  22. Forensics (Forensik)
  23. Community Health (Kesihatan Komuniti)
  24. Dentistry (Pergigian)
  25. Oncology (Kanser)
  26. Hematology (Kajian Darah)
  27. Prostetics (Anggota  Badan Palsu)
  28. Health Assistant (Pembantu Kesihatan)
  29. Midwifery (Perbidanan)

Senarai Universiti.

IPTA.
  1. Universiti Teknologi MARA
  2. Universiti Sains Islam Malaysia
  3. Universiti Malaysia Sabah
  4. UNISZA
  5. Universiti Islam Antarabangsa
  6. Universiti Putra Malaysia
  7. Universiti Sains Malaysia
  8. Universiti Kebangsaan Malaysia
  9. Universiti Malaya
  10. Universiti Malaysia Sarawak
IPTS
  1. AIMST
  2. IMU
  3. MSU
  4. UCSI
  5. Perak Medical College
  6. Penang Medical College
  7. Melaka Manicipal Medical College
  8. Monash University
  9. Alliance College of Medical Science
  10. Cyberjaya University College of Medical Sciences 
Luar Negara

Arab Republic of Egypt
  1. Al-Azhar University
  2. University of Ain Shams
  3. University of Alexandria
  4. University of Cairo
  5. University of Mansoura
  6. University of Tanta
  7. University of Zagazig
 Australia
  1. Flinders University of South Australia
  2. Monash University
  3. University of Adelaide
  4. University of Melbourne
  5. University of New South Wales
  6. University of Newcastle, New South Wales
  7. University of Queensland
  8. University of Sydney
  9. University of Tasmania
  10. University of Western Australia
United Kingdom
  1. Queen's University of Belfast
  2. Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow
  3. Royal College of Physicians of Edinburg
  4. Royal College of Physicians of London
  5. Royal College of Surgeons of Edinburg
  6. Royal College of Surgeons of London
  7. Society of Apothecaries of London
  8. University of Aberdeen
  9. University of Birmingham
  10. University of Bristol
  11. University of Cambridge
  12. University of Dundee
  13. University of Durham
  14. University of Edinburgh
  15. University of Glasgow
  16. University of Leeds
  17. University of Leicester, School of Medicine
  18. University of Liverpool
  19. University of London
  20. University of Manchester
  21. University of Newcastle-upon-Tyne
  22. University of Nottingham
  23. University of Oxford
  24. University of Sheffield
  25. University of Southampton
  26. University of St. Andrews
  27. University of Wales
Russia
  1. Kursk State Medical University
  2. Moscow State Medical Academy
  3. Nizhny Novgorod State Medical Academy
  4. Russian State Medical University
  5. Volgograd State Medical Academy
Republic of Ireland
  1. National University of Ireland
  2. Royal College of Physicians of Ireland
  3. Royal College of Surgeons in Ireland
  4. University College Dublin
Secara detailnya, boleh rujuk artikel seterusnya.

Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul.

Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit.

Keterangan Tugas

Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;

Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;

Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau kecederaan yang telah didiagnosis;

Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu;

Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah dan rawatan ubat pencegahan;

Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan mempertingkatkan kesihatan umum;

Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain;

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Doktor Perubatan

Pakar Bedah

Pakar Questetik

Pakar Psikiatri

Pakar Oftamologi

Pakar Kardiologi

Obstetrision Dan Pakar Ginakologi

Pakar Neurologi

Ahli Farmasi

Doktor Haiwan

Doktor Pergigian



Ciri-Ciri Peribadi

Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka;

Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah;

Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan;

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;

Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan;

Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;

Berkemahiran berkomunikasi;

Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup; dan

Kemahiran dalam kebolehan pengurusan


Kelulusan

Ijazah dalam ilmu perubatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,884.30
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Elaun Kritikal RM 500.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,500.00


Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di seluruh negara.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.

Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.

Latihan dalam bidang perubatan boleh didapati dari Institut Pengajian Tinggi Sektor Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Sektor Swasta (IPTS).

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Universiti Putra Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa

Universiti Malaysia Sarawak


Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-

Sedaya College,

International Medical University (IMU)


Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf termasuk sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biology, Physics, Chemistry, Matematik sekurang-kurangnya 2 Prinsipal B dalam Biology, Chemistry dan Physics dalam STPM atau setaraf.
Doktor Pergigian

Doktor Pergigian menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk mengesan, mencegah dan merawat penyakit-penyakit pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk pada gigi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan serta memprekripsikan ubat dan melakukan tindakan pencegahan.

Keterangan Tugas

Memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut yang lain dengan menggunakan peralatan pergigian dan x-ray;

Membuat diagnosis, memberi nasihat mengenai pergigian dan memberi rawatan pergigian yang diperlukan;

Membersih, menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat;

Membuat inai dan korona buatan untuk menggantikan gigi;

Merekabentuk, membuat dan memasang gigi palsu penuh dan sebahagian, ortodontik dan alat pergigian lain serta menjalankan kerja pemasangan titian gigi;

Memberi rawatan pembedahan, perubatan dan rawatan lain bagi penyakit dan gangguan pergigian atau mulut tertentu;

Menganjurkan program umum bagi mengekalkan atau mempertingkatkan piawaian kesihatan mulut dan penjagaan kesihatan pergigian;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Doktor Pergigian

Pakar Pedodontik

Pakar Prostodontik

Pakar Periodontik

Pakar Ortodontik

Doktor Pergigian, Pembedahan Mulut


Ciri-Ciri Peribadi

Doktor pergigian memerlukan gabungan pengetahuan perubatan, kemahiran klinikal, kekuatan manual dan minat untuk bekerja dengan orang pelbagai usia dan latar belakang. Sebagai tambahan, mereka juga perlu :

Sihat tubuh badan;

Mempunyai ketangkasan manual dan visual;

Pintar;

Berkemahiran dalam menjalinkan hubungan perseorangan;

Sikap yang menyenangkan dan mententeramkan;

Minat dalam bidang fizik, kimia dan biologi;

Suka bergaul dengan orang.


Kelulusan

Ijazah dalam ilmu pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta diterima berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,739.10
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00


Prospek Kerjaya

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor perubatan dan pergigian Angkatan Tentera dan universiti-universiti.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik pergigian persendirian.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :

1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia


Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris. STPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan lulus penuh dalam Biologi, Kimia dan Fizik dan lulus penuh dalam salah satu daripada Ekonomi, Pengajian Perniaggan, Perakaunan, Matematik dan Komputer.
Doktor Haiwan

Doktor Haiwan terlatih dan berkelayakan secara perubatan. Mereka akan membuat diagnosis dan mempreskripsikan rawatan perubatan atau pembedahan bagi penyakit dan kecederaan haiwan. Mereka memberi nasihat kepada tuan punya haiwan, menghapuskan haiwan yang sakit atau tidak diperlukan, memberi imunisasi melawan virus am dan penyakit bakteria serta menjalankan pemeriksaan bedah siasat.

Keterangan Tugas

Menjalankan pemeriksaan dan membuat diagnosis terhadap penyakit atau kecederaan haiwan;

Melakukan rawatan pembedahan atau perubatan veterinar;

Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada haiwan;

Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta menginokulasi haiwan untuk mencegah penyakit;

Memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan;

Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat seluruhnya atau sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca daripada haiwan untuk dijadikan makanan manusia;

Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain berkaitan kesihatan haiwan;

Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian;

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

Pakar Veterinar

Pakar Bedah, Veterinar

Pakar Veterinar, Kesihatan Awam



Ciri-Ciri Peribadi

Minat pada binatang tanpa perasaan sentimental, geli atau takut;

Perwatakan yang menenangkan dan bertanggungjawab;

Kemahiran dalam perniagaan dan asas akaun;

Kesihatan fizikal, kekuatan dan stamina;

Bergantung pada diri sendiri dan bersedia bekerja pada waktu yang kurang menarik;

Tidak alah pada binatang atau burung;

Kecenderungan dalam bidang sains;

Kemahiran berkomunikasi dan berhubung dengan orang awam;

Daya pemerhatian dan pertimbangan yang kuat;

Mengambil-tahu tentang perkembangan dalam perubatan kedoktoran haiwan masa kini;

Mengambil tahu tentang perkembangan dalam perubatan veterinar masa kini.


Kelulusan

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu Perubatan Veterinar atau dalam bidang Sains Veterinar yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,709.40
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00


Prospek Kerjaya

Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara perbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.

Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai pegawai haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :

Universiti Putra Malaysia

Di luar negara contohnya United Kingdom pemegang ijazah veterinar boleh menjadi ahli Royal College of Veterinary Surgeons dan seterusnya menjadi Doktor Haiwan.

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dan kepujian dalam Kimia, lulus STPM dengan sekurang-kurangnnya Gred E dalam Biologi.
Ahli Farmasi

Ahli Farmasi terlibat dalam pembancuhan dan pembekalan ubat-ubatan mengikut priskripsi doktor atau formula yang tertentu. Mereka menggunakan konsep dan teori farmaseutikal dalam penyediaan serta pendispensan ubat-ubatan dan dadah serta menjalankan penyelidikan mengenai pengeluaran, penyimpanan, kawalan kualiti dan pengedaran dadah dan bekalan yang berkaitan

Keterangan Tugas

Menyediakan atau mencegah penyediaan ubat-ubatan mengikut preskripsi pengamal perubatan, pergigian dan veterinar atau formula yang ditentukan;

Menyemak preskripsi untuk menentukan dos yang dicadangkan tidak melebihi hadnya dan arahan difahami oleh pesakit serta memberi nasihat mengenai kemungkinan ketidaksesuaian dan kontraindikasi dadah;

Mendispens ubat-ubatan dan dadah di hospital atau menjualnya di farmasi;

Menyimpan fail preskripsi dan merekod keluaran narkotik, racun dan dadah yang membentuk tabiat;

Menasihati pesakit mengenai padanan generik dan kos terendah bagi dadah;

Mengadakan piawaian bagi dadah yang digunakan dalam farmaseutikal;

Menguji dadah untuk menentukan identity, ketulenan, kekuatan dan keselamatannya;

Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau mempertingkatkan produk farmaseutikal, kosmetik dan kimia yang berkaitan;

Menentukan pembungkusan yang paling sesuai bagi bahan perubatan untuk mengelak daripada kerosakan serta memudahkan penyimpanan dan pengedaran;

Menjual dadah yang tidak dipreskripsi, bekalan bilik pesakit, kelengkapan dandanan diri, kosmetik dan barangan komersial yang lain;

Menyediakan dokumen dan laporan saintitik;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Ahli Farmasi

Ahli Farmasi, Perindustrian

Ahli Farmasi, Runcit

Ahli Farmasi, Hospital



Ciri-Ciri Peribadi

Minat berkhidmat kepada orang ramai;

Keupayaan bekerja dalam satu pasukan;

Daya mengenalpasti maklumat;

Darjah integriti yang tinggi;

Peka dalam menjalankan tugas;

Berdikari;

Kemahiran dalam membuat keputusan; dan

Standard etika yang tinggi


Kelulusan

Ijazah dalam bidang farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1,521.30
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM 5,000.00


Prospek Kerjaya

Di sektor awam ahli farmasi terdapat di jabatan-jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan seperti di hospital-hospital dan dispensari. Pekerjaan ini juga terdapat di institut pengajian tinggi seperti universiti-universiti dan hospital pengajian. Mereka yang tekun dan mempunyai pengalaman berpeluang dinaikkan ke pangkat yang lebih tinggi.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di industri-industri farmasi yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran atau penjualan ubat-ubatan di hospital swasta

Latihan

Intitusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

1. Universiti Malaya

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Universiti Sains Malaysia



Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan STPM atau setaraf sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan 2 subjek lain, atau Gred E dan Gred R dalam 2 subject lain (lulus dalam Biologi dan Kimia pada peringkat STPM).
Doktor Sakit Puan

Keterangan Tugas

Menentukan jenis penyakita dan merawat kesakitan pada bahagian anggota kelamin permpuan.

Memeriksa badan dan menentukan jenis penyakit yang dihidapi.

Melakukan ujian rawatan kecil dengan pemeriksaan histopathologikal.

Memberi rawatan penyakit atau melakukan pembedahan.



Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Doktor Sakit Puan

Prihatin terhadap manusia, tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka.

Mempunyai sifat belas kasihan, berakal, bertenaga, sabah dan tabah.

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis.

Mempunyai emosi yang stabil, dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktu kecemasan.

Berkemahiran berkomunikasi.

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya.


Kelulusan Yang Diperlukan

Ijazah doktor perubatan (MBBS) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM1884.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00
Elaun Kritikal RM 550.00


Prospek Kerjaya

Peluan pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik sama ada di sektor awam ataupun swasta. Mereka boleh membuka klinik sendiri setelah berkhidmat dengan kerajaan atau hospital swasta. Di sektor awam mereka boleh meningkat ke peringkat JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Mereka juga boleh menjadi pakar perunding.

Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-

1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. Universiti Islam Antarabangsa
6. Universiti Malaysia Sarawak


Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:

Sedaya College, International Medical Universiti

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik atau

Sekurang-kurangnya mendapat 2 prinsipal B dlm mata pelajaran biologi, kimia fizik dalam STPM atau yang setaraf.
Kerjaya Di Bidang Kejururawatan

Bidang kejururawatan tergolong di dalam bidang perubatan. Bidang ini menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit, cedera dan orang lain yang memerlukan penjagaan yang seumpamanya dan menangani kes kecemasan sewaktu ketiadaan doktor. Pekerjaan yang tergolong di bidang kejururawatan seperti berikut:
1. Jururawat
2. Jururawat khusus
3. Jururawat perindustrian
Keterangan Tugas
Membantu doktor perubatan dalam tugas memberi ubat, menggunakan pembalut pembedahan dan memberi jenis rawatan lain di bawah arahan doktor perubatan.
Membantu memberi rawatan pertolongan cemas seaktu kecemasan.
Membantu menyediakan rawatan fizikal dan psikiatri kepada pesakit mental.
Menyediakan penjagaan kejururawatan, rawatan dan nasihat kepada pesakit.
Menyediakan penjagaan kejururawatan kepada pesakit di rumah mereka.
Menyediakan perkhidmatan penjagaan dan nasihat kejururawatan kepada masyarakat atau di tempat kerja.
Ciri-Ciri Peribadi
Suka berkawan
Lemah lembut
Suka menolong
Sukakan kegiatan fizikal
Pandai mewujudkan hubungan antara individu
Sukakan suasana dan pekerjaan sosial
Kelulusan
Diploma Kejururawatan
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM830.00
ETP RM
EKA RM
Sektor Swasta : Gaji Permulaan RM1400.00 - 2230.00


Peluang Pekerjaan Dan Prospek
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat di hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan sama ada di sektor awam dan swasta. Mereka boleh dipertimbangkan ke jawatan Ketua Jururawat, Penyelia jururawat dan matron.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Sekolah Jururawat Yang Dikendalikan Oleh Kementerian Kesihatan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Tun Tan Cheng Lock College Of Nursing, Assunta Hospital
Syarat-Syarat Kemasukan
Sekurang-kurangnya mendapat kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Inggeris, Matematik dan satu mata pelajaran Sains di peringkat SPM.

Ahli Psikologi

Ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkenaan dengan kelakuan manusia. Ia merupakan suatu sains dan menggunakan pengetahuan berkenaan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.
Keterangan Tugas
Merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal dan sifat yang lain seperti kecerdasan, kebolehan bakat, potensi dan sebagainya, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat;
Menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan kelakuan individu;
Mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan memberikan perkhidmatan susulan;
Mengekalkan hubungan yang perlu seperti dengan ahli keluarga, pihak berkuasa pendidikan atau majikan serta mencadangkan penyelesaian dan pengendalian yang munasabah terhadap sesuatu masalah;
Mengkaji faktor psikologi dalan diagnosis, rawatan serta pencegahan penyakit mental dan gangguan emosi atau personaliti serta berbincang dengan professional yang berkaitan;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Ahli Psikologi, Klinikal
Ahli Psikologi, Pendidikan
Ahli Psikologi, Pekerjaan

Ciri-Ciri Peribadi
Terdapat ruang dalam bidang tersebut untuk mereka yang memiliki ciri-ciri peribadi dan kemahiran yang pelbagai. Seorang yang suka pada konsep-konsep dan penyelesaian matematik boleh menceburi cabang psikometrik. Sebaliknya, mereka yang peka terhadap hubungan perseorangan mungkin terdorong untuk bekerja secara langsung dengan klien yang menghadapi masalah emosi. Sekiranya anda menggabungkan kemahiran pertimbangan dan pemerhatian dengan minat yang mendalam terhadap kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi pembangunan mungkin terbuka untuk anda. Walaupun terdapat banyak pilihan, ahli psikologi mesti memiliki ciri-ciri berikut:
Minat terhadap orang dan kelakuan mereka.
Stabil secara emosi dan matang
Kemahiran berkomunikasi yang baik
Sedia bekerja secara berkumpulan
Kefahaman mengenai pengkaedahan saintifik dan statistik
Menghormati kerahsiaan klien
Menyukai keagamaan, berdikari, kebebasan dan pembuatan keputusan
Berfikir secara kreatif dan mampu menyelesaikan masalah
Tahap kepintaran yang tinggi
Tajam dan pemerhatian dan berkaedah
Rasa ingin tahu dan adil
Peka dan prihatin
Kesabaran dan kecekalan
Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam : Gaji Permulaan RM 1419.00
ETP RM 165.00
EKA RM 170.00

Sektor Swasta : Gaji Permulaan Sektor Swasta mengikut keadaan pasaran kerja semasa


Prospek Kerjaya
Di Sektor Awam ahli psikoligi boleh berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia, Pensyarah-pensyarah di universiti-universiti sebagai pakar pemulihan, Penyelidik, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam.


Di Sektor Swasta ahli psikologi boleh bekerja di bidang pentadbiran dan pengurusan, perniagan dan perusahaan, pemasaran dan perhubungan awam, perjawatan, perkhidmatan kesihatan. Peluang dalam bidang psikologi di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah akan menjanjikan masa depan yang cerah, mereka boleh menubuhkan pusat penjagaan kesihatan mental, perunding pembangunan sumber manusia dan peluang mungkin bertambah apabila ahli psikologi mempertingkatkan kajian tentang kesan kemajuan teknologi di masa akan datang terhadap manusia.

Latihan
Institut Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Adalah:

Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaysia Sabah

Syarat-Syarat Kemasukan

Sekurang-kurangnya Gred D dalam kertas Am di peringkat STPM dan kepujian dalam matematik atau sains peringkat SPM.

Olahan semula dari: http://laluandoktor.blogspot.com/p/senarai-ipta-ipts.html
Share:

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (464) Halatuju (337) selepas SPM (337) kerjaya (271) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (125) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (69) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (59) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Institusi Kemahiran (52) Kerjaya Pendidikan (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (37) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Selepas UPSR (31) Kerjaya Kejuruteraan (30) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Kolej Matrikulasi Premier (21) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Kerjaya Vokasional (14) Kolej Matrikulasi Teknikal (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) Haluan Kerja Pendidikan (5) IKM (5) ILJTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) KKTM (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya ICT (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List