Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

PROGRAM DIPLOMA DAN KERJA DI UMW 2017

Lepasan SPM STPM STAM. Peluang belajar percuma di KKTM Kuantan dan jaminan kerja di UMW.Mohon segera. Kemasukan April 2017. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

BIASISWA YAYASAN SIME DARBY 2017

Biasiswa Yayasan Sime Darby 2017. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

KERJAYA PERGURUAN

Lepasan SPM Jom Mohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG KPM. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Tunas Potensi 2017

Lepasan SPM STPM Matrikulasi 2016. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Biasiswa USAS 2017

Biasiswa USAS 2017. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Biasiswa Jasmine Jiangshu 2017

Biasiswa Jasmine Jiangshu 2017. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Konvensyen Antarabangsa Kaunseling Berpekstif Islam

Konvensyen Antarabangsa Kaunseling Berpekstif Islam. Terbuka kepada semua yang bemrinat. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Contoh Soalan Temuduga Ke IPTA

Contoh Soalan Temuduga Ke IPTA. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Sistem e-MAS UPU

Sistem e-MAS UPU 2016. Semak Syarat Kemasukan ke IPTA ILKA. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Surat Cinta Suami

Surat Muhasabah Cinta Seorang Suami Kepada Isterinya. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2011/01/25

Susahkah OKU Membina Kerjaya Gemilang?

Susahkah OKU Membina Kerjaya Gemilang?


Acapkali menerima kata-kata ini, seorang OKU perlu menerima dengan positif.

"Sabarlah.Ini ujian awak...,"

Kata-kata lain;

"Setiap orang ada ujiannya masing-masing. Awak OKU, saya lagi teruk, suami kahwin lagi,"

Lainnya;

"Erm walaupun awak OKU begini awak untung suami tak kahwin dan tak menggatal dengan perempuan lain,"

Lagi..

"Awak ujiannya jadi OKU. Saya lagi teruk Sudahlah jauh dengan suami dan anak-anak, perlu berdikari sendiri,"

Lagi...

"Eh awak tak cuba nak usaha supaya tak jadi OKU ke?"

Lagi dan lagi dan lagi...macam -macam lagilah.

Dan ada juga yang melontarkan kata,

"Ini adalah akibat dari dosa-dosa awak. Maka awak dapat pembalasan sebegini di dunia ini lagi," tutur seorang ahli keluarga pesakit warga emas.

Dilontarkan kata-kata itu di hadapan seorang wanita berusia pertengahan 20-an yang juga pesakit di wad itu. Pesakit wanita itu yang sedang berusaha menolak kerusi rodanya menuju kepada rakan sewadnya di sebelah, terdiam seketika.

Dibetulkan tudung yang meliputi auratnya. Anak-anak rambut yang sedikit terjurai dek terjahan kunjungan keluarga pesakit di hadapannya membuatkannya kelam kelibut memasukkan anak-anak rambutnya.

Bilik wad yang memuatkan 4 orang pesakit dalam satu masa serta merta dirasakan berbahang walaupun sebelum itu air condition di lantai wad fisrt-class itu teramat dingin.

Terkedu seorang ustazah yang bertudung. Ustazah yang menjadi OKU penglihatan dan fizikal serentak itu kemudiannya berkata,

"Adakah dosa akak terlalu banyak sehingga Tuhan menjadikan akak sebegini rupa dik?"

Wanita berkerusi roda itu tidak mampu menjawab. Argh, menjadi orang yang menghidap penyakit pasti sahaja jiwanya menjadi amat sensitif. Namun, tujahan dan tuduhan serta kata-kata yang seakan hukuman itu membuatkan bukan setakat ustazah OKU penglihatan dan fizikal itu terkesima, bahkan sahaja wanita pertengah 20-an yang berkerusi itu juga.

"Kakak, Allah tidak pernah zalim kepada hamba-hambaNya, kak. Apa yang menimpa kita, adalah musibah dariNya. InshaAllah kalau kita redha, ianya akan menghapuskan dosa-dosa kita," tutur wanita pertengahan 20-1n itu. Dirapatkannya kerusi rodanya ke arah birai katil pesakit OKU penglihatan dan fizikal yang juga sedang hamil itu.

"Mari akak pegang tangan kamu, U,"dipautnya tangan wanita berkerusi roda itu. Digenggam erat jemari U, airmatanya mengalir deras,"Akak tak tahu lagi apakah dosa akak selama ini. Selama ini, akak dah cuba menjaga tatasusila akak. Menjauhi larangan Allah, mengikut apa yang diperintahNya. Namun, masih jua akak berhadapan dugaan ini. Apakah benar ini hukuman Allah atas dosa-dosa akak?"

"Kak Tie, Allah beri akak hilang penglihatan, Allah tarik nikmat berjalan Kak Tie dan saya, bukan bermakna Allah kejam, kak...kak, usahlah terkesan dengan kata-kata anak makcik depan tu. Dia hanya mengenali akak dan saya hanya pada petang ini, baru sebentar tadi sahaja. Biarlah dia dengan kata-katanya. Allah tahu diri hamaba-hambaNya, kak," pujuk U lagi.

Waktu-waktu seumpama ini, U lantas sedaya upaya membantu memberikan konsultasi dan perkongsian yang boleh membina seorang OKU yang lain, meski dirinya sendiri adalah OKU. U cuba memngaplikasikan kemahiran menolong bantu yang dimilikinya secara ilmiah itu ke dalam realiti kehidupan.

Ya, realiti kehidupan dan bukannya di alam fantasi dan omongan kosong.

U perhatikan seluruh wajah Kak Tie. Nyata wajahnya nampak depression dengan kenyataan yang dihamburkan oleh keluarga pesakit di hadapan katil mereka.

Bila bab pekerjaan...

Susahnya mencari rezeki halal, kan.

Susahnya untuk mendapat sesuap rezeki. Tidak meminta-minta.

Harga barang semakin meningkat. Kos sara hidup semakin tinggi.

Tuntutan kehidupan perlu dilalui...

Ketabahan perlu ditambah

Walau selalu rebah

....

"Oleh kerana keadaan anda sudah begini , awak tidak boleh melakukan kerja berat lagi,''

......
Share:

2011/01/24

Gotong-royong Pencegahan Denggi & Keceriaan Kelas SMKJP2

Gotong-royong Pencegahan Denggi & Keceriaan Kelas SMKJP2

Ustaz Asri sedang memberikan taklimat kepada
para pelajar dan guru.

Pada Hari Sabtu, 22 Januari 2011, SMK Jengka Pusat 2 telah mengadakan Program Gotong-royong Pencegahan Denggi dan Aktiviti Keceriaan Kelas. Pengungjung blog ini boleh mengunjungi blog PPD Maran, http://ppdmaran.blogspot.com/2011/01/program-gotong-royong-pencegahan-denggi.html untuk mendapat maklumat lanjut tentang program gotong-royong ini.

Para pentadbir sekolah dan semua guru SMKJP2 telah menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Program ini turut  disertai oleh  beberapa orang pelajar mewakili kelas masing-masing.

Pada pagi Sabtu lalu, bermula 7.30 pagi, para pelajar telah berkumpul di tapak perhimpunan. Encik Muhamad Asri Bin Musa, GPK Kokurikulum SMK Jengka Pusat 2 telah menyampaikan taklimat program dengan jelas.

Barisan para guru, sebahagian pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang hadir mendengar taklimat
di tapak perhimpunan sekolah.


Pembahagian kawasan gotong royong membersihkan kawasan sekolah dibahagikan mengikut blok-blok bangunan. Antaranya Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D. Setiap blok dibersihkan oleh para guru dan pelajar, mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

Setiap bilik kelas, bilik  unit serta bilik khas turut dibersihkan dan diceriakan.

Makanan seperti nasi dan kuih turut disediakan oleh Encik Abdul Latif B Mat Ali (GPK Hal Ehwal Murid) dengan dibantu oleh Busu, penyedia kantin sekolah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat menjayakan gotong royong ini. Alhamdulillah, atas rezeki tuhan ini.:)

Di Unit Kesihatan dan Rawatan, terdapat 4 orang pelajar lelaki yang membantu membersihkan, dan menceriakan Bilik Kesihatan SMKJP2. 3 orang dari kelas 4A, Seorang dari Kelas 4B. Terima kasih kepada Cik Nurhafizah atas bantuan beliau selaku Guru Tingkatan 4A.

                                                  Sedang mengemaskini poster kesihatan .


4 pelajar yang sedang berehat setelah keletihan membersihkan kawasan sekitar sekolah 
dan membantu Dunia Cikgu Kaunseling mengemas Bilik Kesihatan dan Rawatan SMKJP2. 
Ada yang mengelap habuk di cermin tingkap, membersihkan sawang, 
mem vacum bilik dan mengemaskini poster-poster kesihatan.

Bilik kesihatan yang mempunyai pecahan beberapa bilik, iaitu sebuah bilik untuk sickbay pelajar perempuan, sebuah bilik untuk sickbay pelajar lelaki, sebuah bilik Guru Kesihatan, Puan Aziah dan ruang utama selain sebuah bilik buku dan pamplet kesihatan.

Berikut ialah gambar-gambar kemudahan yang terdapat di bilik ini.

 Katil pelajar perempuan yang bercadar pink,  di bilik sakit pelajar perempuan.

Share:

Bantuan Kecemasan CPR Hanya Tekan Dada

Bantuan Kecemasan; Hanya Tekan Dada

Artikel ini dipetik dari harian Metro Ahad, 23 Januari 2011 untuk kemudahan Dunia Cikgu Kaunseling membuat rujukan. Ini memandangkan, ada sesetengah pelajar yang dihantar ke Bilik Rawatan dan Kesihatan, ada yang memerlukan bantuan awal kecemasan. 

Contohnya pelajar yang mengalami kesesakan nafas. Artikel ini sangat berfaedah kepada Dunia Cikgu Kaunseling dalam memberi bantuan awal kepada pelajar berkenaan. Sekian, terima kasih.



"TEKAN DADA...kaedah ini dapat memulihkan edaran darah yang masih mengandungi oksigen ke jantung dan otak."

“TEKAN kuat, 100 kali, sedalam dua inci.” Bagaikan masih terdengar-dengar suara lebih 300 peserta kelas bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang menyebut ayat ini berulang kali sebelum meletakkan tangan ke dada patung model latihan. Bermacam aksi peserta boleh dilihat ketika memberi bantuan kepada ‘pesakit’ yang terbaring di atas lantai di perkarangan Plaza Mont Kiara.

Ada yang meletakkan tangan terlalu tinggi, beralih ke kiri atau ke kanan di atas ‘buah dada’ patung (usah fikirkan yang bukan-bukan kerana semua patung leper dadanya) selepas kiraan ke-50. Tidak kurang juga yang menghela nafas lega apabila Pengarah Perubatan Pusat Pakar Global Doctors (Global Doctors), Dr Navindra Nageswaran menyebut angka 100.

Memberikan bantuan CPR memang boleh menyebabkan seseorang berasa penat, terutama jika dilakukan sendirian dalam keadaan cemas dan tertekan. Namun kaedah CPR baru yang diajar kakitangan perubatan Global Doctors itu sebenarnya adalah jauh lebih mudah berbanding kaedah CPR konvensional yang diperkenalkan 50 tahun lalu.

Ini kerana, berdasarkan garis panduan CPR yang dikemaskini tahun lalu, kita hanya perlu menekan dada pesakit dan tidak payah lagi memberi bantuan dari mulut ke mulut. Kajian setempat dan antarabangsa mendapati di kalangan yang tahu ini, 45 peratus doktor dan 80 peratus jururawat tidak bersedia melakukan CPR atas pelbagai sebab.




BEGINI... pelajar kejururawatan, Nurul Shazwani Ariffin (kanan) menunjukkan cara melakukan CPR kepada peserta sambil diperhatikan rakannya, Inba Johthi (kiri). 


Antaranya risau seandai melakukannya dengan cara salah, jijik untuk memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan kebimbangan paling tidak berasas ialah takut dijangkiti penyakit daripada pesakit, sedangkan mereka tahu pesakit akan menemui ajal jika tidak diberi bantuan.

Share:

2011/01/23

Analisis Ujian Minat Kerjaya Holland

Analisis Ujian Minat Kerjaya Holland



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ujian minat kerjaya Holland,adalah salah satu instrumen yang sering diguna pakai oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan Ujian Minat Kerjaya di kalangan pelajar mereka.

Bahkan, Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam pelbagai bidang yang mana bukan setakat Guru Bimbingan dan kaunseling menggunakan instrumen ini.

Teori Holland ini banyak  membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Sekiranya anda seorang ibubapa sudah tentu anda ingin  mengenali personaliti anak-anak anda.

Begitu juga sekiranya anda seorang guru, guru besar, pengetua dan ketua jabatan. Dengan mengenali Teori Kerjaya Holland ini, sedikit sebanyak anda dapat mengenali trait personaliti individu di bawah seliaan anda.

Berikut ialah contoh Ujian Kendiri Minat Kerjaya Teori Holland

Ujian Kendiri:
1. Tandakan aktiviti yang anda gemari atau  yang anda ingin cuba
2. Sila kira jawapan yang bertanda sahaja mengikut lajur ke bawah.
3. Tulis bilangan yang anda diperolehi di dalam ruang di bawahnya mengikut  turutan.
4. Setelah itu, ambiltiga jenis minat kerjaya yang anda mendapatmarkah  paling tinggi.
5. Sila rujuk tafsiran profil ujian.

R
□ Membaiki kereta/ fix a car
□ Guna alat elektrik/ use a power tools
□ Berlumba basikal/ race a bicycle
□  Memancing/ go fishing
□ Membaiki basikal/ repair a bicycle
□ Berkhemah / go camping
□ Membuat kerja logam/ do metalwork
□ Menanam pokok bunga/ plant flowers
□ Membuat kek/ bake a cake
□ Mengait baju/ knit a blouse
□ Memperbaiki perabot/ refinish furniture
□ Menunggang motosikal/ ride a motorcycle
□ Memasang alat stereo/ hook up a stereo
□ Mengecat bilik/ paint a room
□ Mengilat kereta/ polish a car
□ Membuat layang-layang/ make a kite
□ Menanam  sayuran/ grows vegetables
□ Menunggang kuda/ ride a horse
□Membaiki radio/ repair a radio
□ Memandu bas/ drive a bus
□ Membina rumah/ build a house
□ Menganyam bakul/ weave a basket
□ Memerangkap haiwan/ trap an  animal
□ Pertukangan kayu/ do woodwork
□ Memelihara haiwan/ care for animals

I
□ Menggunakan  mikroskop/ use a microscope
□ Membedah  katak/ dissect a frog
□ Mengkaji  planet/ study planets
□ Membaca artikel perubatan/ read  medical articles
□ Melawat muzium sains/ visit a science museum
□Menyelesaikan teka-teki/ solve puzzles
□ Mengkaji alam sekitar/ environmental research
□ Menganalisis masalah/ analyse problems
□ Mengkaji anggota badan manusia/ study human anatomy
□ Bermain catur/ play chess
□ Mengkaji budaya lain/ study other cultures
□ Mengumpul bahan mineral/ collect minerals
□ Menulis laporan makmal/ write a lab report
□ Membaca buku sains fiksyen/ read science fiction
□ Membuat eksperimen botani/ botany experiment
□ Mengkaji tenaga solar/ study solar energy
□ Menyelesaikan pengiraan/ solve calculation
□ Mengaturcara computer/ program a computer
□ Membuat projek sains/ do science projects
□ Mengkaji peta jalan/ read a road map
□ Menyelesaikan masalah matematik/ do math problems
□ Mendalami penyakit kanser/ learn about cancer
□ Membantu di makmal/ assist in a lab
□ Mengkaji pancaran laser/ study laser beams
□ Berbincang dengan saintis/ talk to a scientist
A
□Menyanyi di pentas/ Sing on a stage
□Mengambil gambar/ Take photos
□Mengunjungi pameran kesenian/ Visit art exhibits
□Menulis cerita/ Write stories
□Bermain alat muzik/ Play an instrument
□Mengumpul barang tembikar/ Collect pottery
□Mendeklamasikan sajak/ Read poetry
□Berlakon di TV/ Appear on TV
□Mereka pakaian/ Design clothes
□Menonton wayang/ See a movie
□Merakam video/ Shoot videos
□Membaca cerita fiksyen/ Read fiction
□Menggubah muzik/ Compose music
□Cara tersendiri/ Be different
□Menulis tentang perasaan/ Write about feelings
□Menari di atas  pentas/ Dance on astage
□Membuat tembikar/ Make pottery
□Menghias bilik/ Decorate a room
□Merekacipta perabot/ Design furniture
□Menulis lirik lagu/ Write songs
□Melukis/ Draw
□Menggubah bunga/ Arrange flowers
□Berlakon dalam drama/ Act in a drama
□Bekerja sendiri/ Self employes
□Mewarna gambar/ Paint a picture

S
□Mengadakan jamuan/ Give a party
□Membuat kerja amal/ Work for charity
□Menyertai persatuan social/Join a club
□Berjenaka/ Make people laugh
□Menyertai persatuan agama/ Help a religious group
□Menunjuk arah/ Give directions
□Bertemu kenalan baru / Meet new people
□Member pertolongan cemas/ Give first aid
□Menjaga pesakit/ Care for sick people
□Berbincang tentang perasaan/ Discuss feelings
□Menemuramah/ Interview people
□Mengetuai lawatan/ Lead a tour
□Menjadi kaunselor/ Be a counselor
□Membantu golongan kurang upaya/ □Help the handicapped
□Mengajar  rakan/ Teach a friend
□Menjadi sukarelawan hospital/ Be a hospital volunteer
□Menyelesaikan perbalahan/ Settle an argument
□Menyelasaikan perbalahan/ Solve problems
□Menjual tiket ‘funfair’/ Sell funfair tickets
□Menghadiri majlis tari-menari/ Go to a dance
□Member ucapan/ Make a speech
□Bercerita kepada kanak-kanak/ Read  to children
□Menjadi jurulatih pasukan/ Coach a team
□Membaca buku psikologi/ Read psychology books
□Membuat kerja kebaikan/ Do welfare work
E
□ Menjadi calon pilihanraya/ Stand for election
□ Membuat keputusan/ Make decisions
□ Membahaskan sesuatu isu/ Debate an issues
□ Berkempen/ Campaign for a candidate
□ Memujuk orang lain/ Persuade others
□ Melawat parlimen/ Visit parliament
□ Menjual barangan/ Sell things
□ Membaca majalah perniagaan/ Read business magazines
□ Menjadi kapten pasukan/ Be a team captain
□ Memperdagangkan barangan/ Trade things
□ Menjadi ketua kumpulan/ Lead a group
□ Menubuhkan kelab/ Start a club
□ Bertemu pengurus kelab/ Meet executives
□ Menyimpan wang/ Save money
□ Belajar undang-undang/ Study law
□ Membincangkan hal-hal politik/ Discuss politics
□ Mengkaji struktur kerajaan/ Study government
□ Menyelia/ Supervise others
□ Menjadi pengurus majalah/ Manage a magazine
□ Mengendalikan mesyuarat/ Organise a meeting
□ Mengimbangkan belanjawan/ Balance a budget
□ Bermain monopoli/ Play monopoly
□ Mengambil risiko/ Take a risk
□ Menubuhkan syarikat/ Start a compony
□ Memikul tanggungjawab/ Take charge
C
□ Mencuba resepi/ Follow a recipe
□ Menyusun atur / Put things in order □ Menguruskan jadual kerja/ Organise work schedule
□ Mengemas bilik/ Make your room neat
□ Membuat carta/ Fill in charts
□ Mengambil mesej telefon/ Take phone messages
□ Menepati masa/ Be on time
□ Merekodkan minit mesyuarat/ Record minutes
□ Mencari maklumat/ Look up information
□ Mengkategorikan sesuatu/ Categories things
□ Menyimpan diari/ Keep a diary
□ Menaip surat/ Type letters
□ Membuat tempahan/ Make reservations
□ Menyemak dokumen/ Read documents
□ Menyimpan rekod/ Keep a record
□ Mematuhi peraturan/ Follow rules
□ Bekerja dalam kumpulan/ Work in a group
□ Menggunakan komputer/ Use a computer
□ Menyimpan rekod terperinci/ Keep detailed records
□ Merancang belanjawan/ Plan a budget
□ Menjadi bendahari/ Be a treasurer
□ Mengatur bidang tugas/ Organise a work area
□ Menyertai kelab/Join a club
□ Memeriksa kesilapan/ Check mistakes
□ Mengumpul barang/ Collect things
JUMLAH

R :
I  :
A :
S :
E :
C :
1 :
2:
3:

JAWAPAN UNTUK ANDA:

REALISTIK
(Persawatan, Sains, Penghitungan, Kerja Luar)
Minat:
• Mempunyai kemahiran elektik atau mekanikal
• Kegiatan yang melibatkan manipulasi objek.
Alat-alat, mesin-mesin, binatang-binatang secara terang dan bersistem.
• Minat bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan
Ciri Personaliti:
Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak daripada aktiviti sosial.
Menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan masalah.
Menghargai perkara-perkara yang konkrit atau ciri-ciri peribadi yang terbukti kebenarannya seperti wang, kuasa dan status.
Mempunyai kecekapan dalam bidang sains dan matematik.
Kurang kebolehan dalam hubungan sosial.
Kerjaya: Mekanik, jurugegas jentera, juruelektrik, jurufoto, jurutaip,jurutera, juruukur am, pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik,ahli penternak ikan, juru kamera wayang gambar, juru teknikmakmal, akauntan, perangkawan, operator mesin, mekanik kapalterbang, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu, dll

INVESTIGATIF
(Sains)
Minat:
Suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis,menilai dana menyelesaikan masalah melalui
penyelidikan
Mepuyai kemahiran saintifik dana matematik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal
Kajian-kajian secara pemerhatian, perlembagaan, bersistem.
Kreatif mengenai fenomena-fenomena fizikal, biologi, dan budaya untuk memahami dan mengawal fenomena-fenomena tersebut.
Ciri Personaliti:
Sukakan suasana pekerjaan investigatif.
Suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, sistematik, dan penyelidikan berhubung dengan sains fizikal dan biologikal tetapi tidak suka aktiviti sosial, pemujukan, dan berulang-ulang.
Mempunyai tingkahlaku yang cenderung kepada kebolehan saintifik dan matematik, sebaliknya kurang kebolehan memujuk.
Kerjaya: Ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kajibintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, antropologis, ahli arkilogi, ahli geografi, ahli geofizik, ahli teknologi makanan, pakar pengajaran pandang dengar, aktuari, ahli fisiologi perubatan, doktor, guru sains, doktor haiwan, pakar makanan dll.

ARTISTIK
(Muzik, Seni, Sastera)
Minat:
Kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan melibatkan manipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa, dan kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan hasil seni.
Punya kebolehan artistic dan inovatif
Tidak selesa dengan kerja rutin atau berulang-ulang.
Menggunakan imaginasi dan kreativiti
Ciri Personaliti:
Sukakan suasana dan pekerjaan artistik (bebas, tidak bersistematik, dan kabur).
Melepaskan perasaan atau menyelesaikan masalahnya dengan cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun karyanya.
Tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni, muzik, drama dan penulisan.
Sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan perniagaan.
Sensitif kepada persekitaran.
Kerjaya: Pengarang, kartunis, pelukis papan iklan, penyanyi, dramatis,penerbit radio & TV, pencipta muzik, penulis lirik, pereka bentuknfesyen, guru seni halus, artis persolekan, konduktor orkestra,juruhebah muzik, penjual toko muzik, arkitek, juru gambar,pelukis batik, juru hias dalam, pelukis, penjual bunga, pemberita,penulis skrip, penggubah lagu, pelukis potret, wartawan,pelukis kartun, dll.

SOSIAL
(Khidmat Sosial, Daya Pujuk)
Minat:
Manipulasi orang lain dengan tujuan untuk memberitahu, melatih, mengembang, menyembuh, atau memberi ilham dan  membuat kebajikan.
Suka berinteraksi dan bekerja dengan manusia.
Ciri Personaliti:
Mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengaruhi orang lain seperti memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan. Sukakan kegiatan sosial.
Suka dirinya dilantik sebagai ketua.
Pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurang dalam bidang teknikal dan kerja tangan.
Suka mendapat perhatian.
Mengelak diri daripada aktiviti yang sistematik yang melibatkan benda, pekakas, atau mesin.
Mahir berkomunikasi
Matlamat utama ialah membuat kebajikan.
Kerjaya:  Guru, Kaunselor, ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan masyarakat, jururawat, diplomat, pustakawan, pengulas berita, pegawai personal, penasihat penanaman, Pegawai Perhubungan Industri, pemandu pelancong, Penasihat
Bimbingan Vokasional, pegawai kesihatan, pegawai polis, peguam, pendakwah, ahli politik, penjual insuran, pendakwa
raya dll.

ENTERPRISING
(Penghitungan, Daya Pujuk, Khidmat Sosial)
MINAT:
Manipulasi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi.
Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
Mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain.
CIRI PERSONALITI:
Suka kepada aktiviti yang boleh mendapat keuntungan.
Mempunyai kebolehan memimpin, interpersonal, dan memujuk tetapi kurang dalam perkara-perkara saintifik (lemah kecekapan sains).
Menerima dirinya sebagai agresif, popular, mempunyai keyakinan diri, sosial, dan ada kecekapan bercakap.
Ambil berat dalam soal-soal kekuasaan.
Mempunyai kemahiran dalam bidang penjualan.
Sukakan status dan kepimpinan.
KERJAYA: Peguamcara dan peguambela, pegawai pendakwaan, polis,tentera, jurujual, pengurus pengeluaran, pengurus kelab,penyelia penjualan, penganjur sukan, pegawai penilai,pengurus restoran, mandur estet, renjer hutan, pegawai pemasaran, perunding, akauntan, guru matematik, ahli audit,juru ukur, navigator terbang, ahli politik, penulis skrip iklan,
pegawai perhubungan, speculator, aktuaris, dll.

KONVENSIONAL
(Penghitungan)
Minat:
Kegiatan-kegiatan yang melibatkan manipulasi data secara terang, teratur, dan konsisten.
Suka bekerja dengan data dan nombor
Ciri Personaliti:
Suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha mempengaruhi data-data dengan sistematik.
Mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor, memberatkan kepada aspek-aspek perbualan ataupun topik-topik yang dirancang.
Tingkahlaku cenderung kepada bidang perkeranian, perniagaan dan komputer.
Lemah dalam kecekapan seni.
Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
Kerjaya: Pemeriksa akaun bank, perancang belanjawan, pegawaipenilai, operator komputer, pakar kawalan mutu, pegawai
perangkaan, pegawai cukai, juru trengkas mahkamah,kerani audit, juru analisa sistem, juruwang, guru matematik, juru ukur, penyusun komputer, penyimpan kira-kira, guruperdagangan, akauntan, jurujual insuran, dll.


Share:

2011/01/21

i-MAS-C-U Aplikasi

Sistem Semakan Kelayakan Akademik i-MAS-C-U



Jom Semak Kelayakan ke IPTA Melalui i-MAS-C-U

http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/

Susulan entry dunia Cikgu Kaunseling sebelum ini, Permohonan ke IPTA Lepasan SPM/ SETARAF Sesi 2011/2012, Fasa 2, klik sini, adalah diharapkan para pelajar telah memahami cara-cara memohon melalui online ini.

Sesiapa yang masih belum melaksanakan permohonan Fasa 2 atau membeli nombor pin dari BSN, para pelajar  boleh la cepat-cepat berbuat demikian ya.

Sebagai rujukan, untuk membolehkan para pelajar melaksanakan permohonan ke IPTA Fasa 2, sila ke laman web ini,
https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/index.html


Jika nak beli PIN UPU, sila ke Bank Simpanan Nasional, MyBSN Pin Purchase, klik sini.

Ok, bila dah ada  No Unik ID yang hanya boleh didapati dari BSN, cuba para pelajar menggunakan aplikasi i-MAS-C-U ini, websitenya; http://imascu.upu.mohe.gov.my/?l1=Semak%20Syarat

Bagi Dunia Cikgu Kaunseling, i-MAS-C-U ini, (wah namanya pun sudah menarik, kan), ia sangat membantu para pelajar membuat pemilihan pengajian yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang telah pelajar ambil semasa SPM 2010 dahulu.

Oh ya, apa yang menariknya aplikasi ini bukan setakat pemohon lepasan SPM yang boleh membuat semakan. Bahkan juga kepada pemohon lepasan STPM dan Matrikulasi boleh menyemak kelayakan akademik masing-masing sebelum memilih kursus yang sesuai dengan keputusan SPM dan STPM atau MUET masing-masing.

Pada pandangan Dunia Cikgu Kaunseling, dalam sistem I-MAS-C-U ini, apa yang menarik ialah pemohon boleh juga mengetahui kerjaya yang sesuai dengan minat dan keputusan peperiksaan SPM masing-masing.


Melalui sistem apliaksi ini, pelajar boleh menyemak kelayakan kursus yang sesuai mengikut IPTA yang diminati.  Sebagai contoh, pemohon boleh memasukkan keputusan SPM, kemudian memilih IPTA yang mereka ingin pergi. Samada UTM, UKM, USIM, UiTM, UIA, UM dan sebagainya.

Gambar di atas menunjukkan paparan website tersebut

Sekiranya anda merupakan seorang lepasan SPM 2010 atau tahun-tahun sebelumnya, apa yang perlu anda lakukan ialah layari laman web sistem I-MAS-C-U di alamat http://imascu.upu.mohe.gov.my/?l1=Semak%20Syarat dan apabila gambar seperti diatas telah dipaparkan di skrin komputer anda, halaman tersebut akan memaparkan borang yang perlu pelajar isikan.

Mengisi Borang

Baiklah pelajar. Sekarang halaman anda perlu isikan halaman tersebut  dengan maklumat peribadi seperti Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Negeri. Anda digalakkan untuk mengisi maklumat yang tepat kerana maklumat ini akan dicetak pada dokumen kelayakan akademik anda.


Seterusnya, akan ada 3 butang pilihan, iaitu SPM, STPM dan Matrikulasi KPM.

Jika anda seorang calon lepasan SPM, pilihlah SPM, tapi jika anda seorang calon lepasan Matrikulasi, sila pilih Matrikulasi KPM.

Baiklah, sekiranya anda telah memilih SPM, paparan seperti dalam rajah dibawah akan dipaparkan dan apa yang perlu lakukan kini adalah memasukkan keputusan SPM anda.



Kemudian, selepas anda memasukkan 10 keputusan peperiksaan anda, klik pada Seterusnya untuk membolehkan anda memilih IPTA.

Klik pada seterusnya untuk memilih IPTA dan membuat semakan akademik.


Sebaik sahaja butang Seterusnya diklik, komputer anda akan memuat turun dokumen fail PDF. Sila pastikan komputer anda mempunyai perisian pembaca PDF. Anda boleh memuat turun Adobe Reader atau Foxit Reader untuk membuka dokumen tersebut.

Baiklah, itu sahaja untuk pemohon kategori SPM. Untuk kategori STPM dan STPM pula, proses mengisi maklumat adalah hampir sama, cuma untuk STPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran STPM dan Keputusan STPM dan SPM. 

Manakala untuk Matrikulasi KPM, anda perlu memasukkan Keputusan MUET (Band), Aliran Matrikulasi, PNGK (CGPA) dan keputusan Matrikulasi dan SPM. 

Kepada para pelajar SMK Jengka Pusat 2, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang jika ada terdapat persoalan, boleh hubungi Cikgu di sekolah ya.
Sekian dahulu entry pada kali ini.
Share:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (472) Halatuju (347) selepas SPM (344) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (126) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (54) Institusi Kemahiran (52) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas STPM (43) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (40) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (25) Matrikulasi KPM (23) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Vokasional (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Sijil Kemahiran Malaysia (15) Kerjaya Akauntan (14) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) IKBN (11) Siswazah (11) Kerjaya Perajurit (10) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Automatif (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (8) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) KKTM (5) Kerjaya Jururawat (5) Kerjaya Kewangan (5) Kerjaya Pemprosesan Makanan (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) ILP (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Asasi IPTA (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya ICT (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Sijil (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Program Diploma (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL