Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Gotong-royong Pencegahan Denggi & Keceriaan Kelas SMKJP2

Gotong-royong Pencegahan Denggi & Keceriaan Kelas SMKJP2

Ustaz Asri sedang memberikan taklimat kepada
para pelajar dan guru.

Pada Hari Sabtu, 22 Januari 2011, SMK Jengka Pusat 2 telah mengadakan Program Gotong-royong Pencegahan Denggi dan Aktiviti Keceriaan Kelas. Pengungjung blog ini boleh mengunjungi blog PPD Maran, http://ppdmaran.blogspot.com/2011/01/program-gotong-royong-pencegahan-denggi.html untuk mendapat maklumat lanjut tentang program gotong-royong ini.

Para pentadbir sekolah dan semua guru SMKJP2 telah menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Program ini turut  disertai oleh  beberapa orang pelajar mewakili kelas masing-masing.

Pada pagi Sabtu lalu, bermula 7.30 pagi, para pelajar telah berkumpul di tapak perhimpunan. Encik Muhamad Asri Bin Musa, GPK Kokurikulum SMK Jengka Pusat 2 telah menyampaikan taklimat program dengan jelas.

Barisan para guru, sebahagian pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang hadir mendengar taklimat
di tapak perhimpunan sekolah.


Pembahagian kawasan gotong royong membersihkan kawasan sekolah dibahagikan mengikut blok-blok bangunan. Antaranya Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D. Setiap blok dibersihkan oleh para guru dan pelajar, mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

Setiap bilik kelas, bilik  unit serta bilik khas turut dibersihkan dan diceriakan.

Makanan seperti nasi dan kuih turut disediakan oleh Encik Abdul Latif B Mat Ali (GPK Hal Ehwal Murid) dengan dibantu oleh Busu, penyedia kantin sekolah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat menjayakan gotong royong ini. Alhamdulillah, atas rezeki tuhan ini.:)

Di Unit Kesihatan dan Rawatan, terdapat 4 orang pelajar lelaki yang membantu membersihkan, dan menceriakan Bilik Kesihatan SMKJP2. 3 orang dari kelas 4A, Seorang dari Kelas 4B. Terima kasih kepada Cik Nurhafizah atas bantuan beliau selaku Guru Tingkatan 4A.

                                                  Sedang mengemaskini poster kesihatan .


4 pelajar yang sedang berehat setelah keletihan membersihkan kawasan sekitar sekolah 
dan membantu Dunia Cikgu Kaunseling mengemas Bilik Kesihatan dan Rawatan SMKJP2. 
Ada yang mengelap habuk di cermin tingkap, membersihkan sawang, 
mem vacum bilik dan mengemaskini poster-poster kesihatan.

Bilik kesihatan yang mempunyai pecahan beberapa bilik, iaitu sebuah bilik untuk sickbay pelajar perempuan, sebuah bilik untuk sickbay pelajar lelaki, sebuah bilik Guru Kesihatan, Puan Aziah dan ruang utama selain sebuah bilik buku dan pamplet kesihatan.

Berikut ialah gambar-gambar kemudahan yang terdapat di bilik ini.

 Katil pelajar perempuan yang bercadar pink,  di bilik sakit pelajar perempuan.



 Katil untuk pelajar lelaki, di bilik sakit pelajar lelaki.

Bilik Guru Kesihatan, Puan Aziah.

Buku Rekod Penggunaan Bilik Kesihatan;
termasuk penggunaan sickbay, ubat-ubatan seperti ubat pencuci luka.

Poster kesihatan.



Poster Kesihatan Lagi.

Poster Kesihatan Suntikan HPV.

 Poster Sudut Bimbingan dan Kaunseling;
Poster Kemahiran Interpersonal, dan Poster Kerjaya.

Bilik Kesihatan di bahagian luar.

Peti Kecemasan yang tersedia di Bilik Kesihatan.

Ubat-ubatan yang ada di First Aid.




Penapis Air turut ada di bilik ini bagi memudahkan Dunia Cikgu Kaunseling
membantu pelajar yang sakit dan memerlukan air minuman.


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .