Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Susahkah OKU Membina Kerjaya Gemilang?

Susahkah OKU Membina Kerjaya Gemilang?


Acapkali menerima kata-kata ini, seorang OKU perlu menerima dengan positif.

"Sabarlah.Ini ujian awak...,"

Kata-kata lain;

"Setiap orang ada ujiannya masing-masing. Awak OKU, saya lagi teruk, suami kahwin lagi,"

Lainnya;

"Erm walaupun awak OKU begini awak untung suami tak kahwin dan tak menggatal dengan perempuan lain,"

Lagi..

"Awak ujiannya jadi OKU. Saya lagi teruk Sudahlah jauh dengan suami dan anak-anak, perlu berdikari sendiri,"

Lagi...

"Eh awak tak cuba nak usaha supaya tak jadi OKU ke?"

Lagi dan lagi dan lagi...macam -macam lagilah.

Dan ada juga yang melontarkan kata,

"Ini adalah akibat dari dosa-dosa awak. Maka awak dapat pembalasan sebegini di dunia ini lagi," tutur seorang ahli keluarga pesakit warga emas.

Dilontarkan kata-kata itu di hadapan seorang wanita berusia pertengahan 20-an yang juga pesakit di wad itu. Pesakit wanita itu yang sedang berusaha menolak kerusi rodanya menuju kepada rakan sewadnya di sebelah, terdiam seketika.

Dibetulkan tudung yang meliputi auratnya. Anak-anak rambut yang sedikit terjurai dek terjahan kunjungan keluarga pesakit di hadapannya membuatkannya kelam kelibut memasukkan anak-anak rambutnya.

Bilik wad yang memuatkan 4 orang pesakit dalam satu masa serta merta dirasakan berbahang walaupun sebelum itu air condition di lantai wad fisrt-class itu teramat dingin.

Terkedu seorang ustazah yang bertudung. Ustazah yang menjadi OKU penglihatan dan fizikal serentak itu kemudiannya berkata,

"Adakah dosa akak terlalu banyak sehingga Tuhan menjadikan akak sebegini rupa dik?"

Wanita berkerusi roda itu tidak mampu menjawab. Argh, menjadi orang yang menghidap penyakit pasti sahaja jiwanya menjadi amat sensitif. Namun, tujahan dan tuduhan serta kata-kata yang seakan hukuman itu membuatkan bukan setakat ustazah OKU penglihatan dan fizikal itu terkesima, bahkan sahaja wanita pertengah 20-an yang berkerusi itu juga.

"Kakak, Allah tidak pernah zalim kepada hamba-hambaNya, kak. Apa yang menimpa kita, adalah musibah dariNya. InshaAllah kalau kita redha, ianya akan menghapuskan dosa-dosa kita," tutur wanita pertengahan 20-1n itu. Dirapatkannya kerusi rodanya ke arah birai katil pesakit OKU penglihatan dan fizikal yang juga sedang hamil itu.

"Mari akak pegang tangan kamu, U,"dipautnya tangan wanita berkerusi roda itu. Digenggam erat jemari U, airmatanya mengalir deras,"Akak tak tahu lagi apakah dosa akak selama ini. Selama ini, akak dah cuba menjaga tatasusila akak. Menjauhi larangan Allah, mengikut apa yang diperintahNya. Namun, masih jua akak berhadapan dugaan ini. Apakah benar ini hukuman Allah atas dosa-dosa akak?"

"Kak Tie, Allah beri akak hilang penglihatan, Allah tarik nikmat berjalan Kak Tie dan saya, bukan bermakna Allah kejam, kak...kak, usahlah terkesan dengan kata-kata anak makcik depan tu. Dia hanya mengenali akak dan saya hanya pada petang ini, baru sebentar tadi sahaja. Biarlah dia dengan kata-katanya. Allah tahu diri hamaba-hambaNya, kak," pujuk U lagi.

Waktu-waktu seumpama ini, U lantas sedaya upaya membantu memberikan konsultasi dan perkongsian yang boleh membina seorang OKU yang lain, meski dirinya sendiri adalah OKU. U cuba memngaplikasikan kemahiran menolong bantu yang dimilikinya secara ilmiah itu ke dalam realiti kehidupan.

Ya, realiti kehidupan dan bukannya di alam fantasi dan omongan kosong.

U perhatikan seluruh wajah Kak Tie. Nyata wajahnya nampak depression dengan kenyataan yang dihamburkan oleh keluarga pesakit di hadapan katil mereka.

Bila bab pekerjaan...

Susahnya mencari rezeki halal, kan.

Susahnya untuk mendapat sesuap rezeki. Tidak meminta-minta.

Harga barang semakin meningkat. Kos sara hidup semakin tinggi.

Tuntutan kehidupan perlu dilalui...

Ketabahan perlu ditambah

Walau selalu rebah

....

"Oleh kerana keadaan anda sudah begini , awak tidak boleh melakukan kerja berat lagi,''

......

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .