Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Jalur Gemilang, berkibar di Maran

Jalur Gemilang, berkibar di Maran

 Jalur Gemilang, berkibar di pagar, Masjid di Maran.

Jalur Gemilang, di hadapan, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Maran.

Jalur Gemilang, di hadapan, Bangunan Wisma Gunasama Maran.
 Jalur Gemilang, di kawasan letak kereta, SK Jengka Pusat 2.


 Jalur Gemilang, di kawasan Dataran Ilmu, SMK Jengka Pusat 2.

Definisi ICT

 Definisi ICT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Apa khabar dengan puasa kita? Hari ini, kita sudah memasuki hari ke 23 Ramadhan. Fasa 10 terakhir Ramadhan, sedang kita lewati.

SEDAR tidak sedar, kini kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan, ada baiknya jika kita renungkan kembali, apakah kita pasti bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan selama ini telah diterima oleh Allah? 

Apakah kita masih melakukan perkara-perkara yang mencacatkan pahala puasa? Apakah puasa kita layak diberi ganjaran pahala oleh Allah?  Atau kita hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa sebarang pahala?. 

Sesungguhnya hanya diri kita sendiri yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita lakukan. Ini kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya. 

Kali ini,saya ingin berkongsi info mengenai maksud ICT daripada pemahaman saya. Zaman ini, maklumat adalah cukup penting.ICT dan maklumat, ibarat isi dan kuku, bagai aur dan tebing. kedua-dua entiti ini saling bertaut, membentuk jaringan kemajuan teknologi.

Definisi ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.

DEFINISI MAKLUMAT

Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripoada Brown (1997)m "Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved and manipulated and functionally it is something that alters a person's cognitive organisation" . 

Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.


DEFINISI KOMUNIKASI

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people's iunderstanding and knowledge. Information and communication are, therefor, inextricably linked (Brown 1997). daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information).

Manakala teknologi komunikasi (ICT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit, telegraf, modem dan sebagainya.

Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele' yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.


Skop Pengertian Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat merupakan  sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.

Open Source di Malaysia juga semakin berkembang baik.



Open Source dalam Pendidikan di Malaysia

 Dewasa ini, Open Source di Malaysia juga semakin berkembang baik. Artikel, Apakah Open Source, ada di sertakan di blog ini di sini, http://www.cikgukaunseling.com/2011_06_01_archive.html 

Bahkan, Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri, menganjurkan Pertandingan  Open Office Bersempena HPST ( HARI PERISIAN SUMBER TERBUKA) KPM 2011, KPM bersama MAMPU telah menganjurkan pertandingan OpenOffice.org di peringkat kebangsaan yang akan dibuka penyertaannya kepada semua sekolah di Malaysia.

Usaha ini diadakan bagi memperkenal dan memperluaskan lagi penggunaan OSS dan seterusnya menggalakkan persaingan di peringkat nasional dalam penggunaan perisian OpenOffice.org di sekolah-sekolah di Malaysia. Info lanjut sila klik http://apps.moe.gov.my/oss/

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.

a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Fenomena Alam, Gambar Sinkhole

Fenomena Alam, 9 Sinkhole di Dunia

Alam tidak pernah berhenti untuk memukau kita dengan fenomena alam seperti dijelaskan lubang di dalam tanah ini. Kewujudan lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering dianggap fenomena luar biasa.

PASTI ramai di kalangan pengguna Internet telah mengetahui tentang   gambar-gambar pelik dan ngeri tentang kejadian lubang gergasi di atas muka bumi.

Untuk entry kali ini, jom check out foto-foto  nyata ini dan deskripsi 9 lokasi dari lubang dunia yang paling terkenal. (Courtesy of National Geographic)


Rajah di atas, mengatakan punca lubang dalam terbentuk. Namun, bagaimana pula lubang dalam yang terbentuk di laut, misalnya? Sebagai seorang Muslim, ini semua adalah tandatanda kebesaran Allah SWT.

Alam ini Allah jadikan seluas-luasnya untuk mengajak manusia berfikir dan mengetahui kebesaran-Nya. Planet bumi di mana manusia hidup dilimpahkan rahmat dan nikmat yang amat banyak. Setiap kejadian yang Allah ciptakan terkandung hikmah yang amat luar biasa sifatnya.

Gambar 1, Lisbon, Portugal , 2003


Gambar 2, The sinkhole Guatemala, Jun 2010







Menakjudkan, kawah besar yang terbentuk akibat Rbut Tropika Agatha. REUTERS

Gambar 3, Sinkhole di Winter Park, Florida


Gambar 4, Sinkhole di Murbei, Florida

Gambar 5, Sinkhole di The Blue Hole, Negara Belize

 IMPAK meteor yang 'melubangkan' dasar samudera di Laut Caribbean ini 
diiktiraf tapak warisan UNESCO.

Gambar 6, Sinkhole di  Bekas Lombong Bijih Timah, Oklahoma


Gambar 7, Sinkhole di Sungai Gletsier di Icelands.


Gambar 8, Sinkhole di Ik-Kil Cenote,


Berhampiran Tapak Sejarah Tamadun Maya, Mexico


Gambar 9, Sinkhole di Neversink Pit, Alabama


Sedikit Informasi;

Gambar 1:


 Sebuah bus terperosok di sinkhole atau dikenali sebagai lubang besar yang terbuka di jalan-jalan di Lisbon, Portugal, pada tahun 2003.


Gambar 2:

Selepas hujan lebat  Agatha mungkin menjadi punca sebuah  lubang  besar di Guatemala pada hari Minggu 30 Jun 2010, terlihat di atas beberapa hari sesudahnya. Dalam istilah teori geologi,  terjadinya jurang  ketika air mengikis batuan dasar yang kokoh, mengukir sebuah rongga bawah tanah yang kemudian dapat runtuh.

The sinkhole Guatemala, Istilah yang sesuai dalam arti luas untuk memberikan gambaran kepada setiap permukaan tanah yang merosot secara tiba tiba. Pastinya batuan dasar yang solid, banyak di Guatemala dan  terletak di atas lapisan longgar berongga serak batu apung vulkanik yang tebalnya ratusan kaki.

Gambar 5, Great Blue Hole
Digelar sebagai Great Blue Hole, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Air membentuk kaviti

Menurut pensyarah geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Che Abdul Aziz Ali, fenomena itu juga pernah berlaku di Malaysia tetapi tidak ketara saiznya.

“Seperti lubang berbentuk kawah bulat yang ditemui di Pulau Langkawi, ia dipercayai adalah tinggalan impak meteor suatu masa dahulu. Tenaga dan sudut hentaman itu menentukan jenis dan bentuk lubang yang terhasil pada muka bumi,” terangnya.

Selain meteor, kemungkinan kes penenggelaman mengejut pada kawasan tertentu juga disumbangkan punca-punca seperti penurunan mendadak paras air bawah tanah akibat kemarau, aktiviti perlombongan, kebocoran sistem pengairan, dan tekanan beban di permukaan.

Air, menurut Abdul Aziz, menjadi penyebab utama jika mengulas tentang proses kaviti yang membentuk rongga dalam batu kapur.

Pembentukan Gua Mulu, Sarawak dan Batu Caves, Selangor adalah contoh terbaik tentang penyusutan atau perubahan formasi batu kapur yang disebabkan oleh aliran air di bukit batu kapur.

Kalau bukan kerana kaviti yang membentuk gua, permukaan atas batu kapur boleh mengalami penenggelaman lalu membentuk lubang yang besar. Itulah misteri alam yang manusia sendiri tidak tahu bila akan terjadi.

“Air hujan adakalanya mengandungi asid yang memiliki keupayaan menghakis batu dari semasa ke semasa. Untuk jangka masa panjang, perubahan struktur akan berlaku,” ujarnya yang turut memberitahu bahawa 40 peratus daripada muka bumi Kuala Lumpur terbentuk di atas batu kapur.

The Sinkhole di Alabama
Such areas are marked by sinking streams, subterranean drainage, large springs, caves—and, of course, sinkholes.


Istimewanya Ramadan, Peristiwa Nuzul Al Quran

Istimewanya Ramadan, Peristiwa Nuzul Al Quran



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar Semua? Apa khabar pelajar-pelajar SMKJP2 dan pelajar-pelajar di Negeri Pahang darul Makmur yang bercuti pada hari ini, (cuti umum) sempena Nuzul Quran.

Semoga para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti ini untuk melakukan aktiviti berfaedah. Kepada pelajar Tingkatan 3 yang masih di dalam tempoh masa menduduki Peperiksaan Percubaan PMR Negeri Pahang, semoga menjadikan cuti sehari ini untuk aktiviti yang boleh membina minda, fizikal dan rohani serta emosi anda.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana kita masih berpeluang berada di Ramadhan kali ini. Mungkin ada di antara kita, telah pergi dahulu. Salah seorang teman followers blog saya juga ada yang telah meninggal dunia, beberapa hari sebelum Ramdhan ini.

Hari ini tanggal 17 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011, adalah satu tarikh penting yang perlu diingati dan dihayati oleh seluruh umat Islam.  17 Ramadhan adalah  sempena peristiwa nuzul al-Quran. 

Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah (kegelapan) telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.

ALLAH memuliakan Ramadan melebihi bulan lain, dengan memilih suatu malam yang penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa yang paling sesuai diturunkan kitab suci al-Quran.

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah (agama) Islam." (Surah Ali Imran, ayat 13).

“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

 
Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama. Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.


Melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah.

Sungguh banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis Nabi bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman. Lebih-lebih lagi jika kita ingin mencapai darjat muttaqin, iaitu orang bertakwa.

Allah berfirman bermaksud: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa." - (Surah al-Baqarah, ayat 2)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam.

Al-Quran adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.

Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran harus dihayati umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.

Bahkan, ia dilihat asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW serta keyakinan Islam itu agama benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah.

Sekian, wassalam.

Soalan Percubaan PMR Negeri Melaka 2011

Soalan Percubaan PMR Negeri Melaka 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry ini, dimuatnaik di sini sebagai kemudahan kepada keluarga saya dan semua pelayar blog cikgu kaunseling ini untuk membuat rujukan.Sekian, terima kasih.

Melaka Trial PMR 2011

Untuk Mata pelajaran, sila dowload di link di bawah, format PDF:

1) BM K1, trial PMR, Melaka 2011, klik di sini.
2) BM K2, trial PMR,  Melaka 2011, klik di sini.
3) BI K1, Trial PMR,  Melaka  2011, klik di sini.
4) BI K2, Trial PMR,  Melaka 2011, klik di sini.
5) Sains Kertas 1, Percubaan PMR, Negeri Melaka 2011, klik di sini.
6) Sains Kertas 2,  Percubaan PMR,  Negeri Melaka 2011, klik di sini.
7) Matematik Kertas 1, PMR Trial, Melaka 2011, klik di sini.
8) Matematik Kertas 2, PMR Trial, Melaka 2011, klik di sini.
9) Sejarah, PMR Trial, Melaka 2011, klik di sini.
10) Geografi, PMR Trial, Melaka 2011, klik di sini.

NILAI POSITIF DALAM KARANGAN BM SPM 2010

NILAI POSITIF DALAM KARANGAN BM SPM 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alfatihah kita hadiahkan kepada Allahyarham 

Artikel entry ini, saya memuat naik kupasan tentang Nilai Positif Dalam Soalan Karangan Bahasa Melayu 2010. Kupaasan tentang Soalan BM Julai 2010 dan Soalan BM November 2010.

Pada tahun 2010, LPM mengeluarkan soalan yang hampir kesemuanya berbentuk positif seperti cadangan, langkah, kebaikan, peranan dan sebagainya. Tiada unsur negatif seperti kesan buruk, masalah, mala petaka, kerumitan dan sebagainya digunakan dalam soalan.

Memetik ulasan Cikgu Abd Razak Bin Hassan, bahawa penerapan unsur positif akan menghasilkan lebih banyak pelajar yang berfikiran positif yang bakal melahirkan pemikir untuk menyelesaikan suatu isu pada masa hadapan. 
Saya secara peribadi juga bersetuju dengan pandangan ini. Ini adalah kerana, penerapan unsur positif akan membina individu yang lebih positif dalam menghadapi apa jua bentuk kesusahan, dugaan dan ujian dalam kehidupan seharian pelajar. 
Nilai posotif umpama ilmu tebat diri individu dalam menghadapi cabaran hidup masa depan. Begitulah kuatnya kuasa minda positif, dalam membuat transformasi diri individu, keluarga, dan masyarakat amnya. 

Pada entry ini, ulasan berkaitan SOALAN BM JULAI 2010, Soalan BM November 2010 dan BM Julai 2011, yang kesemuanya menekankan unsur dan nilai positif dalam membina karangan. Mari kita lihat:

Soalan BM Julai 2010

1. Anda telah menyertai satu pasukan sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam. Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas tersebut.

2. Amalan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir setiap ahli keluarga semakin popular dalam kalangan masyarakat. Huraikan kepentingan-kepentingan meraikan hari-hari istimewa tersebut.


3.  Isu kenaikan harga barang keperluan hanan perlu ditangani kerana kenaikan itu menimbulkan pelbagai kesan terhadap rakyat di negara ini. Tulis sebuah rencana yang bertajuk `Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang'.

4.  Semua pemimpin negara di dunia wajar menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui hubungan baik pemimpin-pemimpin negara di dunia.
5.   Jika ilmu dikaji teliti, di sungai cabaran tersedia titi. Ilmu dituntut dengan tabah, yakin diri bertambah-tambah.
Petikan gurindam di atas menggambarkan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan.Bincangkan kelebihan orang yang menguasai pelbagai ilmu.

Soalan BM Nov 2010 :

1. Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin.

2.  Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.


Situasi seperti yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.

3.  Negaraku

Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara.

Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik tersebut.

4. Penyakit berjangkit seperti selesema burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak telah menjadi isu global.
Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut.

5. Peribahasa 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ membawa maksud bahawa jika ada azam dan usaha, pasti ada kejayaan. Tulis  sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Sumber ulasan bentuk soalan peperiksaan ini, cikgukaunseling petik daripada Blog Cikgu Abd Razak, di sini. Artikel ini disalin di sini sebagai kemudahan para pelajar membuat ulangkaji. Sekian, wassalam.

Lafaz Doa Puasa Ramadan

Lafaz Doa Puasa Ramadhan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah kita sudah sampai ke pertengahan Ramadhan. Sedikit renugan untuk Muslimin dan Muslimat yang melayari blog saya ini:


Mulut yang berpuasa bukan sekadar tidak makan atau minum serta tidak memasukkan sesuatu yang membatalkan puasa. Puasa juga menuntut kita menahan mulut daripada perkara-perkara yang akan menghilangkan pahalanya.

Selain merehatkan jasad dan anggota badan, Ramadan juga medan melatih akhlak mulia.

Imam Bukhari merekodkan hadis dari Nabi: 

Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.

Perintah menjaga pendengaran, penglihatan dan lidah atau ringkasnya menjaga adab dan akhlak tidak hanya khusus pada bulan Ramadan sahaja. 

Namun penekanan diberi pada bulan Ramadan ketika umat Islam berpuasa. Ini kerana orang-orang yang lapar berpuasa cenderung gagal mengawal emosi dan bertindak di luar kawalan. Sehingga lahir ungkapan ‘bangsa yang pemarah adalah bangsa yang rakyatnya lapar.’

Banyak pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia menyarankan untuk mengatasi amarah dengan makanan yang mengandung glukosa atau makanan peningkat suasana hati untuk mencegah rasa lapar. 

Salah satu makanan yang kaya dengan glukosa ialah makanan pilihan Nabi ketika berbuka puasa iaitu buah kurma.

Antara akhlak yang dituntut oleh Nabi ketika berpuasa termasuklah meninggalkan kata-kata dusta. Ia termasuk hal yang membatalkan pahala puasa.

Ini dijelaskan dalam hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya:  
Siapa yang puasanya tidak mencegah dari bercakap dusta dan melakukan kedustaan, maka Allah merasakan dia tidaklah perlu menahan makan dan minumnya (puasa).

Demikian juga meninggalkan hal yang tidak berfaedah dan sia-sia, Bukanlah puasa itu dengan semata-mata menahan diri dari makan dan minum, tetapi puasa itu ialah dengan menahan diri dari hal yang sia-sia dan perkataan yang keji. (Sahih Al-Jami As-Saghir) (riwayat Bukhari dan Muslim)

Lafaz niat puasa untuk harian.

 Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

 Sekian, wassalam.

Apabila web di suspend

Apabila web di suspend



Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Apa bila web di suspend, saya mendapat maklum balas daripada rakan-rakan yang bertanyakan mengapa tak boleh masuk ke web saya tersebut.

Web blog berasaskan wordpress self hosting tersebut, sebenarnya telah 3 kali mengalami masalah seumpama ini. 2 kali semasa bersama sebuah syarikat hosting A, sekitar tahun 2008 dan tahun 2009.

Ketika berlaku masalah blog suspend, dan ketika meminta kerjasama daripada syarikat A, kerjasama sukar diberikan walaupun kami telah berurusan dengannya sejak tahun 2005/06. Hantar email hari ini, 2 atau 3 hari baru dibalas.

Kesan Kepada Page Rank

Sedangkan setiap kali website dan web blog di suspendkan, akan memberi impak negatif kepada kedudukan PR BLOG di search engine. Sudah tentulah ini suatu perkara yang tidak menyeronokkan.
 
Kemudian, saya pindahkan operasi wordpress self hosting tersebut kepada syarikat hosting B. Syukur alhamdulillah, syarikat B sangat cemerlang dalam services after sell. Syarikat B telah banyak kali berusaha membantu agak web wordpress elf hosting saya tersebut berjalan lancar.

LINUX
Syukurlah kerna web tersebut dibeli menggunakan tapak LINUX. Banyak keistimwaan menggunakan LINUX ini. Untuk sebuah web blog berasaskan pendidikan, yang mana isi penyampaiannya lebih bersifat formal dan tiada kisah peribadi saya, walaupun ada permintaan daripada pelayar blog untk mengetahui siapa saya.

SKOP LONG LEARNING WEB 

Perkara yang lebih penting ialah mesej pendidikan secara long learning, seperto memberi khidmat kaunseling kepada insan yang memerlukan seperti pesakit kronik, khidmat konsultasi percuma tentang hala tuju pelajar selepas PMR dan SPM,  konsultasi percuma kepada isteri yang bersuamikan penagih dadah tegar, kes-kes dan isu-isu suami isteri seperti poligami dan tiada nafkah, membantu insan-insan berorientasi seks songsang, dan membantu insan-insan yang sedang dilanda krisis agar ter  motivasi.

Alhamdulillah, adalah suatu yang menggembirakan apabila ia mendapat maklum balas positif daripada para pengunjung. Selain ia kerap dikunjungi dan sering mendapat tempat pertama hingga ke tiga pada page pertama carian google. 

Kesan Apabila Hits meningkat

Namun disebabkan hits pengunjung semakin bertambah dari sehari ke blog tersebut,  ia menyebabkan gangguan kepada bandwith kepada web lain yang berada di dalam shared hosting.

Saya sendiri gagal mengemaskini dan log in ke blog tersebut jika pada hari tersebut wordpress selfhosting saya mempunyai 4 ribu hits/ 4 ribu visitors dalam sehari.

Suatu hal yang positifnya Syarikat B ialah, sedia memaklumkan kepada pelanggan sebelum web di suspend. Web yang berada di rangakaian tersebut adalah yang berasaskan WORDPRESS SELF HOSTING dan JOOMLA.

Walaupun sedih web telah di SUSPEND kan, dan tidak pasti bilakah wujudnya kembali web pendidikan saya yang lebih bersifat long learning tersebut akan muncul kembali, namun saya bersyukur Syarikat B bertanggungjawab memaklumkan masalah server tersebut.

Hikmah dari peristiwa ini ialah, apabila sesebuah web blog kita semakin mendapat tempat pada carian di Search Engine  di internet samada BING, Yahoo , Google dan lain-lain, kita perlulah bertindak segera bagi menangani bandwith yang semakin 'miskin' itu.

Oh ya. Kebetulan ada Promosi Ramadan kepada yang berminat mempunyai web hosting sendiri (wordpress self hosting dan lain-lain).

Ramadhan and Hari Raya Promotions, for Bigger space, bandwidth and no limit features!

Apa Istimewanya Menggunakan Web self hosting?

Apa Istimewanya Menggunakan Web Hosting sendiri? Bukankah kena bayar sewa tapak hosting lagi? bukankah blogspot sudah mencukupi dan percuma sahaja? Ini antara pertanyaan beberapa kenalan saya.

Jawapannya, ialah satisfaction, kepuasan. selain dapat mempelajari pembangunan sesebuah website, dan mengenali asam garam dunia internet, Apa salahnya sebagai seorang pendidik yang rindukan dunia pendidikan, menjadikan plan yang sama yang diusahakan oleh rakan-rakan Internet Marketer, Saya pula membangunkan sebuah portal pendidikan long learning demi kebaikan semua.

Suatu perkara yang menarik apabila kita menggunakan web hosting, engine carian lebih mudah menemui keywords web tersebut. Jadi,  saya tidak perlu menjelajah dari satu blog ke satu blog untuk memperomosi dan memberitahu blog lain akan kewujudan blog kita. 

Memang tidak dinafikan sebagai blogger yang baik, perlu kerap meninggalkan sapaan di blog rakan-rakan yang lain. Namun orang macam saya ni, terus terang saya katakan, saya tidak mampu berblog walking ke blog lain. Nak menghadap Komputer lama-lama, rasanya kesihatan tulang belakang tidak mengizinkan. 

Sekian, wassalam.

Dua Hujan Meteor Malam 14 Ramadhan Ini

Dua Hujan Meteor Malam 14 Ramadhan  Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan segala isinya. Yang menciptakan segala sesuatu dengan kadar dan ukuran masing-masing.

Kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan percubaan PMR, semoga anda sudah ebrsedia daripada aspek rohani, jasmani, mental dan jiwa yang kental. Di malam ramadan yang mulia ini, eloklah anda bermunajat kepada Allah, emmohon doa, agar anda berjaya dengan ceemrlang dalam peperiksaan PMR dan kehidupan anda seterusnya, dan segala doa-doa yang baik.

Sebagai salah seorang pecinta ilmu dan meminati astronomi, err, pengkagum Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama negara kita, walaupun saya tak dapat nak jadi angkasawan negara, he he, tapi  saya kira elok saya catatkan di sini penemuan National Geografi Indonesia berkenaan Fenomena Hujan meteor yang dijangka berlaku malam ni.

Menariknya, dijangka, berlaku 2 jenis hujan meteor di langit luas itu. Gambaran seperti di bawah ini.


Fenomena Hujan Meteor 

Tips mengamati hujan meteor

  • Cari tempat yang lapang dan tidak terhalang untuk melihat langit
  • Cari tempat yang cukup gelap terhindar dari silau dan pancaran cahaya
  • Meteor akan terlihat dengan mata kasar kita, tak perlu alat khusus (teropong). Teropong justru akan mempersempit area sudut pandang.
  • Adaptasikan mata paling sedikit 45 menit untuk membiasakan penglihatan pada kondisi gelap.
  • Siapkan baju pelindung dari kesan buruk cuaca (angin/dingin).
  • Bawa kerusi/sandaran untuk bisa menopang badan melihat ke atas dalam waktu lama.
  • Gunakan lotion anti nyamuk.
  • Bawa teman untuk mengamati.
  • Rakam atau foto dengan kamera.
Bagi yang ingin menyaksikan keagungan ciptaan Allah ini, bersiap-siap untuk bangun malam ya… Sambil menunggu waktu sahur, baca Al Quran dan persiapkan diri pergi keluar. 

Kalau sesiapa ada ter ambil gambar fenomena tersebut, bagitahulah saya ya. Bolehlah saya tengok sekali, ye...:)

Oklah nak tau lanjut sila klik kat sini, Dua Hujan Meteor di Malam Bulan Ramadhan 1432 Ini, di sini.

Sekian wassalam

Cinta facebook vs Cinta realiti

Cinta facebook vs Cinta realiti

Assalamualaikum adan selamat sejahtera.  Dunia teknologi maklumat semakin berkembang. Namun, seharusnya, sebagai pengguna, kita perlu bijak, menggunakan teknologi ini. Khususnya kepada para remaja di luar sana. Seandainya, anda ter jatuh cinta dengan teman sosial anda di facebook, anda perlu bijak menangani perasaan dan emosi anda.

Memang tidak dinafikan, ada yang bertemu jodoh melalui laman sosial. Bagaimanapun, mutakhir ini, pelbagai perkara tidak enak kedengaran berlaku, disebabkan kenalan facebook.

Adakah apabila saya menulis tajuk ini, bermakna saya menyokong anda untuk bercinta, sedangkan anda masih di bangku sekolah, misalnya?

Saya tidak menyokong. Cuma, dewasa ini, cinta yang dibina melalui perkenalan di medium internet, dikatakan telah hilang kemurnian cinta itu sendiri. 

Ibarat kata, cinta itu bak cinta palsu sahaja. Namun ada juga dikatakan, melalui laman sosial, hubungan cinta bersama pasangan semasa yang ada sekarang ini, suami isteri, boleh terlerai.

Mungkin anda berminat membaca entry ini;

Susulan mangsa kasanova di facebook, klik sini.

Sebahagian petikan pesanan:

Ketua JSJK Kedah Superintendan Nasbah Jusoh, berkata pengguna internet perlu lebih peka dengan taktik jenayah siber kerana perbuatan mendedahkan butiran peribadi kepada orang asing selain mempercayai kekasih siber hanya akan menjerat diri sendiri

"Kita mengesan kes jenayah siber termasuk hubungan cinta menerusi Facebook semakin serius di negeri ini, termasuk menggunakan gambar gadis cantik yang dipaparkan pada profil pemegang akaun untuk menjerat lelaki kemaruk cinta dengan tujuan untuk mendapatkan wang.

"Apa yang peliknya dalam kebanyakan kes, mangsa sanggup menghabiskan wang untuk menawan hati kekasih siber mereka walaupun percintaan mereka hanya di alam maya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Info lanjut sila klik, Percayakah Anda Dengan Cinta Siber? di sini.
Keburukan berfacebook

Kesimpulannya, buruk baik sesuatu teknologi itu, kita sebagai manusia, makhluk yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah, smeoga kita bijak menilai baik buruk sesuatu teknologi itu.


Di bawah ini, saya muatnaik satu contoh keburukan facebook dan tip Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook 

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai
specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun,
tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.

Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri)
TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. 

Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

Langkah Keselamatan Ketika Melayari Inernet, Khususnya ber face book

Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook ini dengan selamat ialah menerusi konfigurasi keselamatan dan privasi yang baik pada akaun Facebook tersebut.

Apabila kita mencapai laman web sosial Facebook menerusi Internet sama ada menerusi teknologi berwayar atau pun tidak berwayar, sambungan terhadap laman web tersebut tidak dienkrip.

Ini bermaksud, sesiapa sahaja yang berupaya berada di kawasan sambungan tersebut akan boleh memperolehi apa sahaja maklumat atau data yang melalui sambungan itu secara jelas termasuk login dan kata laluan.

Bagi mengatasi masalah sambungan yang tidak dienkrip ini, pihak Facebook telah menyediakan fungsi keselamatan untuk kita mengenkrip sambungan capaian ke laman web Facebook menerusi Internet.

Dengan ini, sesiapa pun boleh atau berupaya mendapatkan data-data atau
atau maklumat yang bergerak melalui sambungan tersebut tetapi data-data dan maklumat tersebut tidak dalam bentuk yang nyata. Data atau maklumat tersebut akan disembunyikan dalam bentuk yang rahsia.

Penceroboh atau penggodam perlu meemecahkan kod terhadap proses enkripsi yang dibuat terhadap data atau maklumat itu untuk mendapatkannya.

Dalam Facebook, anda perlu pergi ke ruangan konfigurasinya. Seterusnya memilih fungsi Account Security dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https). Simpan konfigurasi yang telah anda buat dengan mengklik pada butang Save.

Hasil daripada konfigurasi tersebut, melayari laman web Facebook menerusi Internet akan dienkrip seperti mana melayari laman-laman perbankan Internet yang menggunakan protokol keselamatan rangkaian https. 

Selain daripada itu, pastikan juga konfigurasi untuk fungsi Privacy bagi akaun Facebook adalah baik. Pastikan dan tentukan mana maklumat yang perlu dikongsi oleh siapa sahaja dalam akaun Facebook anda. Pihak Facebook ada menyediakan cadangan konfigurasi Privacy dalam perkongsian maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat rakan, gambar dan lain-lain.

Anda boleh tentukan sama ada anda mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja, rakan sahaja, rakan kepada rakan sahaja atau menerima cadangan pihak Facebook.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan konfigurasi tersebut, boleh memilih pilihan Custom. Di sini, anda boleh membuat konfigurasi sendiri untuk perkongsian maklumat dan boleh menetapkan hanya untuk tatapan atau capaian diri sendiri.

Konfigurasi pada bahagian Privacy ini penting bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggung jawab memanipulasikan maklumat yang dikongsikan atau dijadikan panduan untuk melakukan penggodaman atau pencerobohan terhadap akaun Facebook seseorang.

Sekiranya ada mana-mana akaun rakan Facebook yang disangsikan tujuannya, bolehlah kita blok akaun tersebut dalam fungsi Block Users.

Selain daripada itu, berhati-hatilah dengan e-mel palsu yang meminta maklumat dan kata laluan bagi akaun Facebook anda.

Ia merupakan satu penipuan yang sepatutnya kita sedar akan perkara tersebut dengan menyemak kembali sambungan URL yang disediakan, e-mel tersebut dihantar secara tiba-tiba tanpa ada keperluan atau anda memintanya, semak penghantar e-mel tersebut dan lain-lain.

Ia merupakan satu teknik penggodaman yang sangat mudah tanpa perlu melakukan perkara-perkara teknikal kerana pemilik akaun Facebook sendiri yang memberi maklumat-maklumat penting tersebut. Layari Internet dan laman web Facebook anda dengan selamat dan berhati-hati.

Sumber: Langkah Keselamatan Berfacebook, Utusan Malaysia,
Pencerobohan Facebook.

Matrikulasi Teknikal Jengka Pahang Taklimat Halatuju Pelajar

Matrikulasi Teknikal Jengka Pahang Taklimat Halatuju Pelajar

7 OGOS  2011– Sebuah taklimat bertajuk 'Hala Tuju Pelajar' mengenai pusat pengajian selepas program matrikulasi telah diadakan di Dewan Ibnu Sina. Taklimat disampaikan oleh pensyarah jemputan, Prof .Madya Abdul Rani Othman, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Dalam taklimat tersebut, beliau mempelawa para pelajar menyambung pelajaran di sana setelah tamat matrikulasi dengan kelayakan CGPA sekurang-kurangnya 2.0 dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET). Antara program yang ditawarkan ialah bidang Elektrikal, Elektronik, Mekanikal, Pembuatan, Sains Komputer, Teknousahawan dan Pengurusan Teknologi.

Hari Kebangsaan Malaysia ke 54

Tema Hari Kebangsaan ke 54,



“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”


Link Gambar: sila klik  Jabatan Negara Muzium Malaysia, http://www.jmm.gov.my/ms/sambutan-hari-kemerdekaan-hari-malaysia-2011, di sini.

Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-54 tahun 2011 nieh akan diadakan pada 16hb 9 serentak dengan Hari Malaysia menggantikan 31hb 8 dimana hari tu atau bulan tu kita umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa

Pemenang Termuda Pertandingan Educational Blog Berusia 15 Tahun

Pemenang Termuda Pertandingan Educational Blog Berusia 15 Tahun

National Educational Blogging Summit  2011,
 

Guru SMKJP2 Pemenang Pertandingan National Educational Blogging,



Senarai pemenang Pertandingan National Educational Blogging 2011, National Educational Blogging Summit UPSI 2011:

KATEGORI SEKOLAH

TEMPAT PERTAMA

Laman Pengajian Am

Abd Malek Selamat

650921-10-XXXX
http://pa900.blogspot.com/ 
(Guru Tingkatan 6)



TEMPAT KEDUA

Cg Narzuki Online - Blog Prinsip Perakaunan SPM
http://cgnarzuki.com/ 
(Blog Cikgu Narzuki memang banyak informasi)

Mohd Narzuki Bin Yaacob

691010-03-XXXX

TEMPAT KETIGA

ICTL Is Fun
http://ictlisfun.blogspot.com/
(Blog berbahasa Inggeris ini dibangunkan oleh seorang 
guru wanita yang bertugas di Sabah)

Norhaizan Binti Abd Kadir

780927-03-XXXX

KATEGORI IPT


TEMPAT PERTAMA

Tesl Malaysia
(Pensyarah UNIMAS)
http://www.teslmalaysia.com/

Encik Chuah Kee Man

831013-03-XXXX

Kepada para pelajar yang berminat menjadi guru mahupun pensyarah Bahasa Inggeris, elok benar melayari website ini. Semasa bertemu dengan Encik Chuah, yang berasal dari Kelantan. Walaupun followers beliau sudah berjumlah lebih 11 ribu orang,  Beliau sangat peramah dan sedia berkongsi ilmu.



TEMPAT KEDUA

HBMT 2103: Teaching Matematics In Year Two
(Pensyarah OUM)
http://oumhbmt2103.blogspot.com/

Japaruddin Bin Mohamad @ Lamat

810418-13-XXXX



TEMPAT KETIGA

SPSS Suka Penyelidikan Suka Statistik
( Pensyarah UPSI)
http://drotspss.blogspot.com/

Othman Talib

630708-05-XXXX


KATEGORI TERBUKA

TEMPAT PERTAMA
Dimenangi Oleh Guru SMK Jengka Pusat 2, Maran, Pahang

Asma' Bt Ahmad

Jurnal Kehidupan


780102-01-XXXX
Alhamdulillahirabbilalamin  

TEMPAT KEDUA

Fun + Mental = Fundamental
http://norazharishak.blogspot.com/ 
(Blog Encik Nor Azhar ini memang menarik, ada fakta sains dan pemikiran mental)

Nor Azhar Ishak

721108-14-XXXX



TEMPAT KETIGA
(Bloggers berusia 15 tahun ini, berasal dari Perak, tersiar beritanya di Astro.
Adik Tamilpandiyan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar. Website sekolah beliau,

http://www.smksisi.com)

Science Facts

Tamilpandiyan A/L K Balachandran

960119-08-XXXX

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Apa khabar pelajar-pelajar SMKJP2 yang mengetahui kewujudan blog saya ini? Apa khabar, bekas pelajar-pelajar SMKJP2? Apa khabar yang mengikuti perkembangan blog Cikgu Kaunseling. com?

Alhamdulillah, saya semalam telah selamat pergi dan balik dari Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Alhamdulillah, suami saya turut menemani dan sudi bersama-sama saya untuk kami hadir ke Majlis National Educational Blogging Summit 2011 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Saya hadir ke majlis tersebut, kerana untuk mengambil hadiah dan sijil penghargaan daripada penganjur program Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2011. Alhamdulillah, salah satu blog yang saya kendalikan, blog berbentuk pendidikan, agak semi-formal, telah mendapat perhatian pihak barisan panel hakim yang terdiri daripada pihak Jaring Communications Sdn Bhd, dan beberapa panel lagi.







Saya percaya, pendidikan secara maya, semakin berkembang. Kewujudan dan penggunaan jaringan media sosial dan web blog yang semakin bercambah di internet, menyemarakkan lagi penggunaan ICT di kalangan rakyat Malaysia. 

 Johan setiap kategori menerima sebuah iPAD Apple.
Saya juga menerima sebuah iPAD, :).
Informasi lanjut tentang iPAD dalam dunia pendidikan, 

Sebagai guru, saya ingin menyahut cabaran dunia ICT ini, dengan bersama-sama menyediakan web blog berbentuk pendidikan samada berasaskan blogspot mahupun wordpress selfhosting. Namun secara peribadi, sebagai seorang pengguna dan pengendali web blog, apa yang saya dapati bahawa, blog berasaskan wordpress self hosting (web blog berbayar) adalah lebih mudah dijumpai cariannya di pakcik google. Nampaknya, google sangat mesra SEO kepada blog berasaskan wordpress self hosting. 

Cuba kawan-kawan perhatikan data statistik pengunjung blog wordpress Jurnal Kehidupan saya:


 Alhamdulillah, dalam sehari, pengunjung Blog wordpress saya itu berjumlah sekurangnya 1 200 hits. Ada kalanya, dalam seminggu, ada beberapa hari hits/ visitor blog berkenaan melebihi 3 ribu hits hingga 4 ribu hits. Namun, hits tersebut juga adalah kerna, kesudian followers blog saya tersebut yang sudi add url blog saya ke blog mereka. 

Bagaimanapun, saya meminta maaf kepada rakan-rakan followers. Saya sangat jarang meninggalkan komen di blog rakan followers, memandangkan masa sangat cemburu dengan saya. Selain capaian internet yang low, saya tidak boleh menghadap PC terlalu lama. Selalunya selepas saya publish sesuatu artikel, saya akan tutup akaun blog saya dan melakukan tugas hakiki saya. Ini kerna saya berblog untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berkualiti. Kita berblog, bukanlah bermakna sentiasa menghadap komputer, jika di rumah.

Ada yang bertanya, adakah benar, saya yang membuat blog-blog ini? Iya, benar, saya yang membuat termasuk mengubahsuai themes dan layout serta mengendalikannya. Kenapa, tak percaya ke? :) . Walaupun suami saya dalam bidang ICT, namun, suami saya sangat sibuk dengan tugas dan tanggungjawab hakikinya untuk membuat dan mengemaskini blog

InshaAllah, rakan-rakan di luar sana, yang tidak mempunyai blog, dan bukan latar belakang ICT, InsyaAllah boleh membuat blog. Blog berasaskan blogspot, mudah difahami dibandingkan dengan wordpress self hosting, drupal apatah lagi JOOMLA. Dengan 3 langkah mudah, inshaallah anda sudah memiliki blog anda sendiri.

Yang penting, dalam dunia ICT ini, kita kena berani, try and error.

Ada juga yang bertanya, bilakah saya berblog? Alhamdulillah, suami saya mengizinkan saya berblog. Selalunya saya menggunakan masa di sekolah, daripada saya menangisi takdir diri berada dalam perjawatan pool, lebih baik saya membuat sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada insan lain, di luar sana.


SEKALUNG PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada UPSI, JARING Communications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, Extreme Networks, Technitium Sdn Bhd,, NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd dan semua penaja program ini. Terima kasih atas sumbangan hadiah, sijil dan goodies yang diberikan.


Tidak lupa, terima kasih kepada pihak SMK Jengka Pusat 2 yang menyediakan kemudahan cpaaian wi fi di sekolah. Namun demikian, selalunya saya menggunakan broadband saya jika capaian low.

Selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. Sekian, wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .