Fenomena Alam, 9 Sinkhole di Dunia
Alam tidak pernah berhenti untuk memukau kita dengan fenomena alam seperti dijelaskan lubang di dalam tanah ini. Kewujudan lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering dianggap fenomena luar biasa.
PASTI ramai di kalangan pengguna Internet telah mengetahui tentang gambar-gambar pelik dan ngeri tentang kejadian lubang gergasi di atas muka bumi.
Untuk entry kali ini, jom check out foto-foto nyata ini dan deskripsi 9 lokasi dari lubang dunia yang paling terkenal. (Courtesy of National Geographic)
Rajah di atas, mengatakan punca lubang dalam terbentuk. Namun, bagaimana pula lubang dalam yang terbentuk di laut, misalnya? Sebagai seorang Muslim, ini semua adalah tandatanda kebesaran Allah SWT.
Alam ini Allah jadikan seluas-luasnya untuk mengajak manusia berfikir dan mengetahui kebesaran-Nya. Planet bumi di mana manusia hidup dilimpahkan rahmat dan nikmat yang amat banyak. Setiap kejadian yang Allah ciptakan terkandung hikmah yang amat luar biasa sifatnya.
Gambar 1, Lisbon, Portugal , 2003
Gambar 2, The sinkhole Guatemala, Jun 2010
Menakjudkan, kawah besar yang terbentuk akibat Rbut Tropika Agatha. REUTERS
Gambar 3, Sinkhole di Winter Park, Florida
Gambar 4, Sinkhole di Murbei, Florida
Gambar 5, Sinkhole di The Blue Hole, Negara Belize
IMPAK meteor yang 'melubangkan' dasar samudera di Laut Caribbean ini
diiktiraf tapak warisan UNESCO.
Gambar 6, Sinkhole di Bekas Lombong Bijih Timah, Oklahoma
Gambar 7, Sinkhole di Sungai Gletsier di Icelands.
Gambar 8, Sinkhole di Ik-Kil Cenote,
Berhampiran Tapak Sejarah Tamadun Maya, Mexico
Gambar 9, Sinkhole di Neversink Pit, Alabama
Sedikit Informasi;
Gambar 1:
Sebuah bus terperosok di sinkhole atau dikenali sebagai lubang besar yang terbuka di jalan-jalan di Lisbon, Portugal, pada tahun 2003.
Gambar 2:
Selepas hujan lebat Agatha mungkin menjadi punca sebuah lubang besar di Guatemala pada hari Minggu 30 Jun 2010, terlihat di atas beberapa hari sesudahnya. Dalam istilah teori geologi, terjadinya jurang ketika air mengikis batuan dasar yang kokoh, mengukir sebuah rongga bawah tanah yang kemudian dapat runtuh.
The sinkhole Guatemala, Istilah yang sesuai dalam arti luas untuk memberikan gambaran kepada setiap permukaan tanah yang merosot secara tiba tiba. Pastinya batuan dasar yang solid, banyak di Guatemala dan terletak di atas lapisan longgar berongga serak batu apung vulkanik yang tebalnya ratusan kaki.
Gambar 5, Great Blue Hole
Digelar sebagai Great Blue Hole, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Air membentuk kaviti
Menurut pensyarah geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Che Abdul Aziz Ali, fenomena itu juga pernah berlaku di Malaysia tetapi tidak ketara saiznya.
“Seperti lubang berbentuk kawah bulat yang ditemui di Pulau Langkawi, ia dipercayai adalah tinggalan impak meteor suatu masa dahulu. Tenaga dan sudut hentaman itu menentukan jenis dan bentuk lubang yang terhasil pada muka bumi,” terangnya.
Selain meteor, kemungkinan kes penenggelaman mengejut pada kawasan tertentu juga disumbangkan punca-punca seperti penurunan mendadak paras air bawah tanah akibat kemarau, aktiviti perlombongan, kebocoran sistem pengairan, dan tekanan beban di permukaan.
Air, menurut Abdul Aziz, menjadi penyebab utama jika mengulas tentang proses kaviti yang membentuk rongga dalam batu kapur.
Pembentukan Gua Mulu, Sarawak dan Batu Caves, Selangor adalah contoh terbaik tentang penyusutan atau perubahan formasi batu kapur yang disebabkan oleh aliran air di bukit batu kapur.
Kalau bukan kerana kaviti yang membentuk gua, permukaan atas batu kapur boleh mengalami penenggelaman lalu membentuk lubang yang besar. Itulah misteri alam yang manusia sendiri tidak tahu bila akan terjadi.
“Air hujan adakalanya mengandungi asid yang memiliki keupayaan menghakis batu dari semasa ke semasa. Untuk jangka masa panjang, perubahan struktur akan berlaku,” ujarnya yang turut memberitahu bahawa 40 peratus daripada muka bumi Kuala Lumpur terbentuk di atas batu kapur.
The Sinkhole di Alabama
Such areas are marked by sinking streams, subterranean drainage, large springs, caves—and, of course, sinkholes.
0 Comments:
Post a Comment