Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Matrikulasi Teknikal Jengka Pahang Taklimat Halatuju Pelajar

Matrikulasi Teknikal Jengka Pahang Taklimat Halatuju Pelajar

7 OGOS  2011– Sebuah taklimat bertajuk 'Hala Tuju Pelajar' mengenai pusat pengajian selepas program matrikulasi telah diadakan di Dewan Ibnu Sina. Taklimat disampaikan oleh pensyarah jemputan, Prof .Madya Abdul Rani Othman, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Dalam taklimat tersebut, beliau mempelawa para pelajar menyambung pelajaran di sana setelah tamat matrikulasi dengan kelayakan CGPA sekurang-kurangnya 2.0 dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET). Antara program yang ditawarkan ialah bidang Elektrikal, Elektronik, Mekanikal, Pembuatan, Sains Komputer, Teknousahawan dan Pengurusan Teknologi.



Selain itu, beliau juga mengingatkan para pelajar tentang risiko menyambung pelajaran di IPTS kerana kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh IPTS tidak mendapat pengiktirafan. Beliau juga menekankan agar pelajar memeriksa terlebih dahulu kursus kejuruteraan yang ditawarkan sama ada dari IPTS atau IPTA mendapat pengiktirafan dari Engineering Acreditation Council (EAC).

Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Muhammad Hakim bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam.

MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK, http://www.kmtph.matrik.edu.my/


0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .