Istimewanya Ramadan, Peristiwa Nuzul Al Quran
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar Semua? Apa khabar pelajar-pelajar SMKJP2 dan pelajar-pelajar di Negeri Pahang darul Makmur yang bercuti pada hari ini, (cuti umum) sempena Nuzul Quran.
Semoga para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti ini untuk melakukan aktiviti berfaedah. Kepada pelajar Tingkatan 3 yang masih di dalam tempoh masa menduduki Peperiksaan Percubaan PMR Negeri Pahang, semoga menjadikan cuti sehari ini untuk aktiviti yang boleh membina minda, fizikal dan rohani serta emosi anda.
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana kita masih berpeluang berada di Ramadhan kali ini. Mungkin ada di antara kita, telah pergi dahulu. Salah seorang teman followers blog saya juga ada yang telah meninggal dunia, beberapa hari sebelum Ramdhan ini.
Hari ini tanggal 17 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011, adalah satu tarikh penting yang perlu diingati dan dihayati oleh seluruh umat Islam. 17 Ramadhan adalah sempena peristiwa nuzul al-Quran.
Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah (kegelapan) telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.
ALLAH memuliakan Ramadan melebihi bulan lain, dengan memilih suatu malam yang penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa yang paling sesuai diturunkan kitab suci al-Quran.
Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah (agama) Islam." (Surah Ali Imran, ayat 13).
“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama. Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.
Melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah.
Sungguh banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis Nabi bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman. Lebih-lebih lagi jika kita ingin mencapai darjat muttaqin, iaitu orang bertakwa.
Allah berfirman bermaksud: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa." - (Surah al-Baqarah, ayat 2)
Sungguh banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis Nabi bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman. Lebih-lebih lagi jika kita ingin mencapai darjat muttaqin, iaitu orang bertakwa.
Allah berfirman bermaksud: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa." - (Surah al-Baqarah, ayat 2)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam.
Al-Quran adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.
Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran harus dihayati umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.
Bahkan, ia dilihat asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW serta keyakinan Islam itu agama benar, satu-satunya agama yang diredai di sisi Allah.
Sekian, wassalam.
0 Comments:
Post a Comment