Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Ke KKTM Masjid Tanah Jun 2013 Secara Walk-in

Permohonan Ke KKTM Masjid Tanah Jun 2013 Secara Walk-in

Permohonan Ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah Sacara Terus Ke KKTM Sesi Jun 2013



Permohonan Terus Ke KKTM Masjid Tanah

Permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah, Melaka hadir terus (walk in) dengan membawa salinan keputusan SPM, salinan kad Pengenalan Pelajar dan Ibu Bapa serta salinan Surat Kelahiran Pelajar dan Ibu Bapa.

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah menawarkan kursus Diploma bagi sesi Jun – Dis 2013 seperti berikut:-
  1. Diploma Teknologi Pemprosesan Seramik 
  2. Diploma Teknologi Pemprosesan Plastik
  3. Diploma Teknologi Pemprosesan Polimer Komposit



Kelayakan

Am
  • Calon mestilah Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah bertaraf Bumiputera
  • Calon mestilah berumur antara 17 hingga 45 tahun
  • Calon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
  • Calon mestilah berbadan sihat dan tidak cacat anggota
Khusus
Calon mesti mempunyai kelayakan akademik yang telah ditetapkan seperti berikut:-
LULUS SPM/SPMV dengan sekurang – kurangnya tiga (3) kepujian dalam bidang berikut
  • Bahasa Melayu
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • Mana – mana satu (1) subjek dalam kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional
  • SERTA LULUS Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian
Tiga (3) tahun

Bayaran Yuran
Yuran pendaftaran

RM 450.00 (sekali sahaja)
Yuran keperluan lain semasa lapor diri
RM 350.00 (sekali sahaja)
Yuran pengajian
PERCUMA Sepanjang tempoh pengajian
(Ditanggung sepenuhnya oleh MARA dan elaun disediakan bagi yang berkelayakan)

SILA HUBUNGI:
* Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian 06-3851104 / 1107 atau tinggalkan pesanan anda di website KKTM Masjid Tanah Melaka di http://kktmmt.com/amptec1/vx/?p=223

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .