Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Panduan Lulus MEdSI Satu Perkongsian

Panduan Lulus MEdSI Satu Perkongsian

 

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kerjaya perguruan dikategorikan sebagai salah satu profesion yang tertua di dunia. Kini ianya telah memasuki satu dimensi baru.

Pada masa dahulu guru hanya dikenali sebagai penyampai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran dalam bidang tertentu. Kini guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan. 

Tanggung jawab guru diluaskan lagi sebagai pemudah cara pengetahuan dan harus mempunyai persediaan yang cukup untuk membentuk dan mewujudkan kondisi pelajaran dan pembelajaran secara cekap dan efektif.

Kerjaya dalam bidang perguruan ini mempunyai cabaran yang besar. Sebelum bergelar guru, banyak aspek yang perlu diberi perhatian, misalnya dari segi kelayakan akademik dan ujian kemasukan yang perlu dihadapinya iaitu ujian dan temuduga Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).




Kebanyakan guru berjaya melepasi ujian bertulis yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) namun ramai yang tidak berjaya melepasi ujian temuduga yang diadakan.

APA ITU MEdSI

Apa itu MEdSI? 

Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).

Ujian MEdSI adalah satu ujian untuk menilai samada ada calon layak untuk mengikuti kursus perguruan.
Ujian ini adalah untuk memastikan calon yang memohon betul-betul berminat untuk mejadi guru dan mempunyai kebolehan untuk mengajar.


Semua calon yang memohon kemasukan program ijazah sarjana muda pendidikan di universiti awam mesti melalui dua peringkat tapisan, iaitu ujian Medsi dan temu duga mulai sesi akademi 2007/2008. 


 Syarat-syarat menduduki MEdSI 

Pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf yang layak, akan menghadiri ujian MEDSI.
Pemohon yang memenuhi Syarat AM dan Syarat Khas Program Pendidikan di IPTA sahaja yang akan dipanggil untuk menduduki Ujian MEdSI ini.


Komponen ujian MEdSI terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu :

  • PERSONALITI                 - (110 soalan)
  • MINAT KERJAYA            - (  60 soalan)
  • NILAI INTEGRITI           -  ( 70  soalan)
  • KECERDASAN EMOSI  -  ( 60  soalan)
                                      JUMLAH  - 300 SOALAN / JAM


TUJUAN UJIAN MEdSI:

4 komponen khusus MEdSI uji calon guru Menyaring calon yang memiliki ciri pendidik berkualiti.

Personaliti sesuai sebagai guru, termasuk perwatakan dan penampilan yang menepati keperluan profesion berkenaan.

Mengenal pasti calon yang benar-benar meminati bidang kerjaya berkenaan, bukan sekadar menyertainya sebagai pilihan terakhir kerana masalah pengangguran.

Nilai integriti yang merupakan antara aspek penting untuk menjadi guru berwibawa dan mampu menjana kecemerlangan pelajar.

PANDUAN LULUS UJIAN MEdSI

Bagi membantu anda lulus dalam ujian MEdSi, calon2 mesti set dalam minda dan diri calon bahawa calon adalah seorang guru. Hal ini kerana ujian MedSi ini diadakan untuk menyaring calon2 yang selari dengan perwatakan guru yang sebenar. 
Terutamanya dalam menjawab uijian yang berkaitan Personaliti dan sebagainya.
Dalam menjawab soalan yang dikemukan, calon2 juga mesti berfikir dan bertindak secara profesional sebagai seorang guru.

Kriteria seseorang guru adalah mesti memiliki skala sosial yg tinggi. Ini kerana, ia memerlukan dirinya berinteraksi dengan orang lain dan menghindari aktiviti serta situasi realistik yg memerlukan dirinya berinteraksi dgn benda dan data, mggunakan kcekapan sosial dalam menyelesiakan masalah di tempat kerja dan suasana lain, menganggap diri mereka sebagai individu yg suka menolong org lain, memahami org lain dan memiliki kebolehan mengajar. Namun begitu, tret ini kurang kebolehan dalam bidang mekanikal dan sainstifik dan memberikan nilai yang tinggi terhadap aktiviti bercorak sosial.


Selain itu, bagi soalan yang mahukan anda menyatakan tahap persetujuan sama ada :
  1.   Sangat Tidak Setuju
  2.    Tidak Setuju
  3.    Setuju
  4.    Sangat Setuju,
calon2 mesti menjawab sama ada  Sangat Tidak Setuju @ Sangat Setuju sahaja. Hal ini kerana, dalam ujian MEdSi, min tertinggi akan dikira dalam proses pengiraan markah ujian.

Calon2 juga mesti tahu, soalan yang diberikan terbahagi kepada soalan berbentuk positif dan berbentuk negatif. Dan  ketegasan dalam menjawab sesuatu soalan sangat diperlukan.

Contoh soalan:

Soalan Positif :
Guru sepatutnya tidak boleh bercinta dengan pelajar.- Sangat Setuju.

Soalan Negatif :
Sesekali guru boleh pulang awal- Sangat Tidak Setuju

 CONTOH-CONTOH UJIAN MEdSI


PERSONALITI


Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Dalam bahagian ini, calon perlu menjawab sebanyak 110 soalan.

MINAT KERJAYA



Setiap individu mempunyai minat yang subjektif terhadap kerjaya masing-masing. Faktor ini mempunyai pengaruh yang penting dalam menentukan kejayaan individu di dalam karier yang diceburi.

NILAI INTEGRITI



  Nilai integriti diertikan sebagai satu nilai murni yang boleh diukur dalam limitasi ilmu pengetahuan, sikap dan tingkah laku.
KECERDASAN EMOSI



 Emosi adalah kata serapan dari bahasa Inggeris, iaitu emotion. Dalam kamus, kata emotion digunakan untuk menggambarkan perasaan yang kuat akan sesuatu dan perasaan yang sangat menyenangkan atau sangat mengganggu.
Perbezaan Mtest, MEdSI, INSAK
 Mtest – untuk pemohon yang memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) di bawah Maktab Perguruan.

MEdSI – untuk pemohon yang memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan/Diploma Perguruan Lepasan Ijazah(DPLI) di IPTA


INSAK – untuk pemohon yang memohon KPLSPM di bawah Maktab Perguruan.


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, pemohon boleh menghubungi terus ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengurusan IPT, KPT di talian 03-88835801/5802, helpline: 03-88835848 atau hotline 03-88835858 FACEBOOK UPU : https://www.facebook.com/BPKP.JPT?fref=ts


Sebagai panduan bersama..Info diperoleh daripada Seminar Kerjaya Guru 
2011~

Kini Anda Mampu Menduduki Peperiksaan MEdSI Dan Mendaftar Ke Program DPLI Atau ISMP Dengan Mudah!

Peluang untuk anda menjadi guru akan tercapai dengan apa yang bakal saya tunjukkan sebentar lagi.
Adakah anda di antara berjuta rakyat Malaysia yang bercita-cita menjadi seorang guru tetapi masih belum berpeluang merealisasikannya? Teruskan bacaan anda supaya anda tidak menyesal kerana apa yang bakal dikongsikan akan membuatkan anda tersenyum lebar!




          Sila klik PANDUAN LENGKAP MEdSI di sini
 untuk tip dan panduan temuduga selanjutnya.




Salam sejahtera buat pembaca blog cikgukaunseling.com ini,

Kerjaya perguruan dikategorikan sebagai salah satu profesion yang tertua di dunia. Kini ianya telah memasuki satu dimensi baru.

Pada masa dahulu guru hanya dikenali sebagai penyampai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran dalam bidang tertentu. Kini guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan. Tanggung jawab guru diluaskan lagi sebagai pemudah cara pengetahuan dan harus mempunyai persediaan yang cukup untuk membentuk dan mewujudkan kondisi pelajaran dan pembelajaran secara cekap dan efektif.

Kerjaya dalam bidang perguruan ini mempunyai cabaran yang besar. Sebelum bergelar guru, banyak aspek yang perlu diberi perhatian, misalnya dari segi kelayakan akademik dan ujian kemasukan yang perlu dihadapinya iaitu ujian dan temuduga Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI).

Kebanyakan guru berjaya melepasi ujian bertulis yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) namun ramai yang tidak berjaya melepasi ujian temuduga yang diadakan.


Apakah sebabnya kebanyakan calon-calon guru mengalami kegagalan dalam temuduga ini?

Baru-baru ini rakan saya, Cikgu Ikhwan ada membuat kajian berkaitan dengan masalah ini. Dalam kajian yang dijalankan, terdapat 15 kajian kes kegagalan calon KPLI, DPLI dan ISMP sepanjang temuduga pendidikan dijalankan. Andaboleh lihat di pautan ini 
Sila klik PANDUAN LENGKAP MEdSI di sini


Bagi sesiapa yang belum mengenali Cikgu Ikhwan, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di sebuah institusi kemahiran swasta yang berpengalaman di dalam bidang pendidikan. Beliau telah menghasilkan beberapa artikel pendidikan sebagai satu sumbangan di dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pendidikan.

Bukti kesungguhan beliau telah dibuktikan lagi dengan terbitnya sebuah panduan untuk calon guru DPLI yang bertajuk “Panduan DPLI : Tips Peperiksaan dan Temuduga MEdSI”.


Anda boleh dapatkannya secara di sini :
Sila klik PANDUAN LENGKAP MEdSI di sini


Terima kasih diucapkan kepada blogger Syafiq di sini

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .