Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Samsung ATIV Smart PC Samsung Malaysia Electronics Bersama Celcom Axiata Berhad

Peranti Samsung ATIV Smart PC Samsung Malaysia Electronics Bersama Celcom Axiata Berhad

Komputer pintar Samsung ATIV







Samsung sedia dikenali dengan jenama Galaxy untuk peranti Android mereka, dan hari ini mereka menyelarikan penggunaan nama jenama untuk keluarga peranti Windows, dimana kini Samsung mengambil penggunaan jenama ATIV untuk komputer Windows mereka.

Sebelum ini, Samsung menggunakan jenama “Series” untuk komputer Windows, manakala ATIV hanya digunakan pada telefon pintar Windows Phone. Semestinya dengan menyelarikan penggunaan nama, ia akan memudahkan pemasaran mereka, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna mengetahui apakah sistem operasi disebalik sesuatu peranti.

Pada masa yang sama, penggunaan jenama ATIV juga mungkin memberi penjenamaan yang lebih kukuh dan menarik untuk komputer Windows mereka, berbanding “Series” yang digunakan sebelum ini.


 

MENAWARKAN jaringan 3G serta peranti Samsung ATIV Smart PC sebagai teknologi terbaru, kerjasama di antara Celcom Axiata Berhad dan Samsung Malaysia Electronics bakal memberikan pelbagai kelebihan kepada pengguna.

Mula dilancarkan sejak Januari lalu, produk Samsung ATIV Smart PC ditawarkan bersama pakej 3G menerusi pengedar terpilih dan juga di stor Blue Cube seluruh negara.

Gabungan bersama peranti komputer riba yang juga sebuah tablet menjadikan pakej tersebut amat sukar untuk ditolak.

Tambahan pula, jaringan 3G yang ditawarkan oleh Celcom merupakan pengendali jaringan data yang terbaik di negara ini.


Komputer riba yang menggunakan platform Windows 8 serta pelan Celcom First Data ditawarkan pada kadar harga cuma RM1758 bergantung kepada pelan dan juga tempoh komitmen yang diambil.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin, pihaknya amat berbangga menjalinkan usaha sama bersama Samsung serta tawaran Samsung ATIV Smart PC.

“Peranti ini merupakan peneman yang terbaik bersama jaringan kami yang memiliki kelajuan yang tinggi, sebaran yang lebih luas, serta jaringan mobiliti yang lebih stabil untuk kegunaan pengguna.

‘‘Kerjasama ini juga mampu mengukuh serta mengembangkan pilihan rangkaian peranti selular agar pelanggan kami mampu memilih peranti yang terbaik bersesuaian dengan kehendak mereka," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Samsung ATIV Smart PC memiliki pelbagai kelebihan yang menarik antaranya menggunakan pemproses Intel Atom, slot USB, slot kad microSD, slot micro HDMI dan juga soket fon kepala.

Bagaimanapun kelebihan Samsung ATIV Smart PC yang boleh ditukar daripada komputer riba kepada tablet juga menjadikannya mudah untuk disesuaikan sama ada untuk tujuan kerja dan juga santai. 

Kelebihan skrin sesentuh lima jari serta jangka hayat bateri yang lebih lama (sehingga 13.5 jam), kamera depan dan belakang, kelebihan teknologi Samsung S Pen dan S Note menjadikan peranti ini amat menarik untuk dimiliki.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web celcom di www.celcom.com.my atau laman web Samsung di www.samsung.com/my.

 Petikan daripada Harian Metro pada 2012:


Samsung lancar ATIV Smart PC, AIO baru


KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (Samsung), pemain utama global dalam digital media dan teknologi penumpuan mencipta revolusi baru untuk konsumer apabila memperkenalkan komputer peribadi (PC) pintarnya, Samsung ATIV Smart PC dan Samsung ATIV Smart PC Pro.
Kedua-dua barisan terbaru PC pintar Samsung itu direka khas bagi meningkatkan produktiviti dan mobiliti selain memberi pengalaman berbeza kepada pengguna.Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, produk terbaru keluaran syarikat itu akan memberi kelainan kepada pasaran di negara ini sekali gus memenuhi keperluan gaya hidup konsumer pada masa ini.

“Siri Samsung ATIV Smart PC adalah inovasi dinamik daripada rakan kongsi kami iaitu Microsoft yang meliputi kajian mendalam mengenai apa yang diperlukan oleh pengguna.

“Kami juga percaya ini adalah alat yang menjanjikan kelebihan prestasi mobiliti serta membawa peningkatan produktiviti kepada pengguna secara konsisten dan pantas,” katanya pada majlis pelancaran PC pintar Samsung di Kuala Lumpur, hari ini.

Model baru terbabit didatangkan dengan ciri ditambah baik iaitu mempunyai skrin pelbagai sentuh, Windows 8 OS, paparan penuh HD LCD 11.6-inci dan Pemproses Intel.

Lebih menarik, paparannya boleh diasing daripada papan kekunci dan digunakan sebagai tablet.

Harga Samsung ATIV Smart PC bermula dari RM2,499 dan manakala harga Samsung ATIV Smart PC Pro bermula dari RM3,599 dan boleh didapati di semua pengedar rasmi Samsung di seluruh negara.

Kwon berkata, selain Samsung ATIV Smart PC dan Samsung ATIV Smart PC Pro pihaknya turut menampilkan produk baru Samsung All-In-One (AIO) PC Siri 7 yang menjanjikan ciri inovatif dan kebolehan memproses luar biasa.

“Samsung AIO adalah kejuruteraan ketukangan terbaik Samsung yang direka dengan gaya tersendiri selain mempunyai skrin sentuh serta beberapa pakej prestasi terbaik dalam Windows 8 OS serta mampu melakukan pelbagai tugasan,” katanya.

 sumber; di sini

 

 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .