Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Wanita dan lelaki saling melengkapi

Wanita dan lelaki saling melengkapi

 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ketika ini, musim cuti sekolah telah pun berlalu dan bakal tiba tidak lama lagi. Antara perkara yang sinonim dengan cuti sekolah ialah majlis kenduri perkahwinan. Acapkali juga menerima kad jemputan kahwin yang tertulis dengan pelbagai madah..

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang,boleh mengambil Iktibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu belajar.

Untuk suami.. renungkanlah...Untuk suami.. renungkanlah...

...Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yg bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw?......

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin... Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

DAN

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.





Lirik nasyed

Kasihku Amanahku

Inteam :: Damba Kasih

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya



Kasih Kekasih



Inteam :: Kasih Kekesih


Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan


Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang,boleh mengambil Iktibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu belajar.

PANDANGAN PENULIS Bagaikan Aisyah di Hati Rasulullah, ZAMRI MOHAMAD

Kad undangan perkahwinan sewajarnya mengundang rasa gembira. Tetapi adakalanya ayat yang ditulis mengundang kesedihan. Ia mengundang kesedihan apabila ada petikan ayat seperti ini.

Usah dambakan isteri sehebat Khadijah
Jika diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak sehebat Fatimah

Kata-kata ini sudah menjadi warisan yang dibawa dari satu individu ke satu individu lain.

Diucapkan di hadapan orang ramai dalam ceramah dan bicara umum. Sudah dipanjangkan dalam laman-laman web berbahasa Melayu melewati sempadan negara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia. Diperingatkan dalam tazkirah dan usrah sebagai selingan nasihat.

Tetapi kata-kata ini sudah secara diam merendahkan estim diri kita mahu memiliki yang terbaik.

Bukankah impian mulia seorang insan yang mahukan kebaikan datang daripada doa yang baik. Tidak ada ibu yang menolak permintaan anak agar didoakan kebaikan dunia dan akhirat kemudian ditolak dengan kata-kata, ”Sesungguhnya anak ini tidak layak mendapat kebaikan kerana banyak kekurangan dalam dirinya.”

Jelas nabi Muhammad mendorong manusia apabila mencipta kerangka yang positif agar manusia punya harapan untuk memenuhi kebaikan. Dalam prinsipal hidup bertuhan yang positif, kita mengingati asas berikut.

Direkodkan oleh Muslim, Abu Hurairah melaporkan bahawa nabi Muhammad berkata,

"Aku (Allah) adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaku terhadapku.”
"Aku bersamanya ketika dia mengingati diriku.”
"Apabila dia mengingati diriku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriku.
"Apabila dia mengingatiku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.
"Apabila dia mendekatiku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.
"Apabila dia mendekatiku sehasta, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.
"Apabila dia datang kepadaku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.”


Betapa positifnya hidup bersangka baik kepada tuhan.

Perkembangan ilmu komunikasi interpersonal dan psikologi moden memudah cara usaha kita mendampingi kebaikan. Mencetuskan fenomena Aisyah dalam hidup berpasangan bermula melalui keinginan yang mendasar terus ke hati. Penuhi keinginan itu melalui langkah-langkah ilmu yang dijadikan pelengkap.

Tuhan menilai tidak pada hasil tetapi pada usaha kita menyempurnakan kebaikan. Dalam hal ini, adalah usaha kita menjadikan diri bagaikan Aishah dalam dunia cinta.

Tukar skrip kehidupan


Bermula dengan menukar skrip kegagalan kepada skrip kejayaan. Didapati pejaya menggunakan skrip kejayaan dan mempunyai estim diri tinggi dan positif. Mereka menukar skrip kegagalan menjadi skrip kejayaan seperti berikut.

Aku dambakan isteri sehebat Khadijah
Aku cuba mengikut akhlak semulia Rasulullah

Jika aku ingin isteri secantik Balqis
Aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman

Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf
kasih setulus Zulaikha aku usahakan

Aku mencari suami seteguh Ibrahim
Lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah

Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah

Bagaimana suara hati kita selepas menukar skrip gagal menjadi skrip positif?

Dalam kajian didapati satu ciri pejaya adalah mempunyai lokus internal. Iaitu menerima tanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Berlaku pembaikan dari masa ke semasa melalui rasa tanggungjawab.

Ia berbeza apabila dibandingkan mereka yang mempunyai lokus eksternal. Individu seperti ini akan menyalahkan orang lain sebagai punca kegagalan yang dihadapi.

Urus kuasa fitrah membina cinta

Siapa pun saudari, di mana saudari berdiri ketika ini dan ke mana saudari selepas ini, saudari berhak membina kebahagiaan, keabadian dan ketulusan cinta umpama Aisyah. Ia adalah permata yang menjadi pemanis dan penghias hayat anda.

Jika cinta itu adalah fitrah, maka cenderung saya berkata, fitrah itu diurus dengan enam perkara berikut.

F iaitu fikiran. Membersihkan minda dan berkembang menjelajahi dunia cinta
I iaitu inspirasi. Maksudnya mencari role model yang ideal dalam bercinta



T iaitu teknik. Pencinta tahu apakah teknik yang diaplikasikan dalam membina cinta.



R iaitu respons. Pencinta mengenal pasti maklum balas bagi pembaikan dan refleksi diri



A iaitu aplikasi. Pencinta belajar dan mengamalkan ilmu yang dipelajari



H iaitu hamba. Pencinta membina cinta sesama manusia dan menjadi hamba yang mencintai Allah.

Petikan dengan izin Bagaikan Aisyah di Hati Rasulullah terbitan PTS Millenia,sumber : KLIK SINI.


Artikel disiarkan pada 24.2.2011. Diulang siar sehingga 13.5.2013.

9 Comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum ummu..

Moga ummu sihat hendaknya..:)

Saya ambil kata-kata dari blog saya sendiri :

Lihat saja hingga detik ini, tak pernah Matahari berkata pada Bumi
“Kau berhutang budi padaku!”

Saksikanlah apa yang terjadi dengan cinta yang demikian:
Seluruh penjuru langit terang kerananya.

nurkass said...

assalamualaikum kak ummu..
moga sihat sejahtera hendaknya..
dan semoga saya dikurniakan bakal suami yg menyintai dan menyayangi saya ikhlas kerana allah swt..insyaAllah..

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

info yg memberi menafaat kpd saya

terima kasih
wassalam

ashra said...

sayu hati baca..thanks k.ummu.
k.ummu,izinkan saya amik artikel ni ye,,nak share dlm ratuhati..nanti saya link kan blog k.ummu.

ashra said...

opss.tak le copy lak -p

ummu said...

ok ashra..
silakan

ummu said...

waalaikumussalam atuk
terima kasih kembali untuk atuk

ummu said...

waalaikumussalam Nurr
amin terima kasih atas doamu
amin jua untukmu

Anonymous said...

syahdunya...

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .