Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan

Jom Kenali Kolej Vokasional,
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan

SMVDLM  telah 100% menjadi Kolej Vokasional Dato' Lela  Maharaja, Rembau.



 Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja 2013


Lencana Sekolah  

Sejarah Logo Sekolah Vokasional Pertanian-SMTDLM

Visi  Kolej
KVDLM menerajui aliran vokasional pertanian di Malaysia.
Misi Kolej
Bermuafakat melahirkan insan mapan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti.
Dasar Kualiti Kolej
Kami warga KVDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk membangunkan potensi pelajar.
Kolej ini merupakan salah sebuah dari 4 buah kolej vokasional KPM  yang
menawarkan diploma vokasional pertanian dengan pilihan  kursus kemahiran  pertanian seperti Hortikultur Hiasan , Lanskap, Pengurusan Perniagaan, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ruminan, Agroindustri Poultri, Akuakultur , Pemprosesan Hasil Pertanaian dan Mekanisasi Agro.. 

Sejarah Kolej
TRANSFORMASI 
SEKOLAH LANJUTAN KAMPUNG REMBAU
Sekolah lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini telah dibuka dengan   rasminya oleh Y.A.M Undang Luak Rembau pada 25hb. Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang  ditawarkan ialah akedemik , vokasional, pertanian dan sains.
   Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar.
   Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1hb. Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Kursus yang ditawarkan adalah Hotikultur Hiasan dan Landskap. Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar disekolah ini sehingga tahun 1990.
   Pada tahun 1999 sekolah ini telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Petanian, Rembau di bawah penstrukturan sekolah menengah vokasional dalam bidang pertanian.  . Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di bawah aliran teknikal yang mula ditawarkan pada tahun 1999. . Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian). Bermula pada tahun 2002, Pengajian Agroteknologi , ditawarkan.  

Pada tahun 2003 nama sekolah ini telah diubah sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato’ Lela Maharaja. Nama   undang Rembau ialah Dato’ Hj. Muhd Sharif Bin Hj. Othman.
Kursus lain seperti Pengajian Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal telah ditawarkan pada tahun 2003 berkenaan. Kursus Sijil Kemahiran Pertanian iaitu Pekerja Am Tanaman mula diperkenalkan pada tahun 2009.   
Tahun 2010 berlaku perubahan penawaran kursus vokasional akibat penukaran silibus mata pelajaran vokasional. Kursus yang ditawarkan ialah Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan, Teknolgi Tanaman dan Hortikultur Hiasan Dan Landskap, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Komputer.
   Transformasi pendidikan negara telah  merngubah sekolah aliran vokasional menjadi  kolej vokasional. Pada tahun 2012, SMTDLM telah berubah lagi menjadi perintis Kolej Vokasional Dato'Lela Maharaja Rembau dengan penawaran kursus Agroindustri Tanaman, Agroindusri Ruminan, Agroindustri Poultri, Mekanisasi Agro, Kursus Hortikultur Hiasan dan Kursus Landskap sahaja.
 dan  tahun 2013  nama sekolah  telah rasmi menjadi Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja Rembau, Negeri Sembilan.

SEGALA KEMYUSKILAN, PERTANYAAN SILA HUBUNGI:

 Kolej Vokasional Dato'Lela Maharaja 71300 Rembau

Telefon  :
06-6851218
Faks  06-6858178/06-6851831

  INFO TAMBAHAN:

 Kursus yang ditawarkan:

AGROINDUSTRI TANAMAN

AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN

AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI

HORTIKULTUR HIASAN

LANDSKAP

MEKANISASI AGRO

AKUAKULTUR

Maklumat Kursus Akuakultur

Berikut adalah ringkasan subjek/modul akan dipelajari bermula semester 1 sehingga semester 8.
Semester 1
Pengenalan Kepada Akuakultur
Asas Pemilihan Tapak
 
Asas Penyediaan Tempat Ternakan
Pengenalan Kepada Kawalan Kualiti Air

Semester 2
Asas Pengurusan Ternakan
Asas Penghasilan Makanan Hidup
Pengurusan Hasil Tuaian
Asas Penyelengaraan Ladang Ternakan

Semester 3
Pelaksanaan Pengurusan Induk
Pelaksanaan Aktiviti Pembiakan
Pelaksanaan Pengurusan Benih
Pengurusan Rega

Semester 4
Pemilihan Tapak
Kawalan Kualiti Air Dan Pengurusan Ternakan
Penyelenggaraan Ladang Ternakan
Lanjutan Laksana Fungsi Penyeliaan

Semester 5
Lanjutan Pemilihan Tapak
Lanjutan Kawalan Mutu Air
Lanjutan Pengurusan Ternakan
Lanjutan Penyelenggaraan Ladang Ternakan

Semester 6
Lanjutan Pengurusan Hasil Tuaian
Lanjutan Laksanakan Fungsi Pentadbiran
Lanjutan Laksana Fungsi Penyeliaan

Semester 7
Lanjutan Pengurusan Perancangan Dan Pembangunan Projek Akuakultur
Lanjutan Urus Sistem Bio Sekuriti
Lanjutan Pengurusan Sumber Air

Semester 8
Lanjutan Pengurusan Pengendalian Dan Pemasaran Hasil Tuaian Akuakultur
Lanjutan Pengurusan Mekanisasi Dan Automasi
Lanjutan Pengurusan Kewangan Ternakan Dan Ladang Ternakan
Lanjutan Urus Fungsi Pentadbiran Dan Sumber Manusia


PEMPROSESAN HASIL

Sumber:

Blog: http://smtdlm.blogspot.com/
http://panitiaakuakultur.blogspot.com/
http://agroindustritanamankvdlmr.blogspot.com/

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .