Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN GURU j-QAF DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH j-QAF AMBILAN TAHUN 2013

PERMOHONAN GURU j-QAF

DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF 

AMBILAN TAHUN 2013



PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF AMBILAN TAHUN 2013  

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.

NAMA PROGRAM: Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
MOD LATIHAN: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN
Berikut dilampirkan iklan permohonan bagi mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mode Latihan Berasaskan Sekolah (LPBS) Ambilan Tahun 2013.

 Muat Turun Fail PDF, 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat fizikal dan mental.
  3. Berumur tidak melebihi 35 tahun  pada 1 Januari  2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian  Islam  atau Pengajian  Bahasa  Arab  atau  al-Quran  atau bidang  yang  berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam  (IPTA)  atau Institusi  Pengajian Tinggi  Swasta    (IPTS)    tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
  5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

KEUTAMAAN

 

  1. Calon yang memiliki  Ijazah Sarjana  Muda dengan  PNGK 2.75  ke atas.
  2. Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
  3. Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
  4. Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon  yang bersedia  dilatih di  mana-mana  kampus  IPG, KPM dan  bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara. 

CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

  1. Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma  dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  2. Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC)  atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  3. Calon yang diisytihar bankrap.
  4. Calon yang  dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  5. Calon yang pernah  mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  6. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.


Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah (LPBS)

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN(DOWNLOAD IKLAN DISINI)


6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 Rabu Jam 9 Pagi. 
6.2
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 26 September 2012 Rabu dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar dalam borang e-permohonan.. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN  :   3 OKTOBER 2012 (RABU),  JAM : 11.59 MALAM

Pendaftaran

Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260
03-88841254
03-88841253
03-88841371
03-88841235

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

Maklumat
  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian j-QAF Ambilan Januari 2013 untuk mendapatkan maklumat terperinci.


     















    0 Comments:

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .