Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Marsah Kolej Pengajian Islam Johor tawar 4 kursus baru tahun depan

Marsah Kolej Pengajian Islam Johor tawar 4 kursus baru tahun depan


JOHOR BAHRU 4 Sept. - Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) menawarkan empat kursus baru bagi pengajian diploma mulai tahun depan sebagai tambahan kepada empat kursus sedia ada.

Gambar di atas: 
JOHOR BAHRU 7 Feb. 2012 – Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Asia e-Universiti (AeU)
 bagi meningkatkan pendidikan Islam di negeri ini.
 Baca lanjut artikel berkenaan Lonjak Pendidikan Islam di Johor, di sini.


Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman  berkata, kursus terbabit adalah Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma Perbankan Islam, Diploma Kewangan Islam dan Diploma Dakwah.

"Kursus baru ini mempunyai nilai pasaran pekerjaan yang tinggi khususnya di Malaysia yang merupakan negara peneraju perbankan dan kewangan Islam.


"Pada permulaan, kira-kira 200 penuntut disasar untuk mengikuti empat kursus tersebut yang mengambil masa sehingga tiga tahun dengan yuran pengajian RM10,000 bagi tempoh tersebut," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh Majlis Agama Islam Negeri Johor, di sini baru-baru ini.

Zainal Abidin berkata, Marsah yang ditubuhkan sejak 1997 menawarkan Diploma Usuluddin, Diploma Pendidikan Islam, Diploma Syariah Islamiah dan Diploma Tahfiz al-Quran dengan keempat-empat kursus tersebut telah menerima surat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada Mei lalu.

Sijil perakuan akreditasi itu diterima beliau selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Marsah pada 4 Jun lalu daripada Ketua Eksekutif MQA, Datuk Syed Ahmad Hussein.

"Ini bermakna lulusan Marsah layak menjawat jawatan dalam kerajaan atau agensinya mahupun melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. Akreditasi ini merupakan pengiktirafan rasmi bahawa sijil, diploma dan ijazah yang akan dianugerahkan adalah selaras dengan piawaian MQA," katanya.

Beliau berkata, Marsah turut melangkah ke peringkat lebih tinggi dengan memeterai beberapa perjanjian persefahaman dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Asia e-Universiti (AeU), Jabatan Mufti Johor dan beberapa agensi lain bagi memberi peluang kepada penuntut dan kakitangannya melanjutkan pengajian khususnya dalam bidang Pengajian Islam.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .