Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

MRSM Alor Gajah Raih Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

MRSM Alor Gajah Raih Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

 Raih emas pertandingan inovasi antarabangsa


Pelajar MRSM Alor Gajah bersama guru pengiring meraikan kejayaan menerima pingat emas dalam Pertandingan Pencipta Muda Antarabangsa Kelapan 2012 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.Utusan Malaysia.


PENYERTAAN sulung Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah dalam pertandingan antarabangsa berjaya meraih pingat emas untuk memartabatkan inovasi generasi muda Malaysia dalam bidang sains dan teknologi.

Guru maktab itu, Mohamad Rizal Mukhtar berkata, dua projek penyelidikan iaitu D.I.Y. Fire Retardant Paint dan Recyling Tyre berjaya meyakinkan juri mengenai ciptaan, inovasi serta reka cipta untuk dianugerahkan pingat emas di Pertandingan 8th International Exhibition for Young Inventors (IEYI) 2012 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

"Berkat kesungguhan dan kreativiti, juri dari pelbagai negara termasuk pensyarah berpengalaman dari Jepun berasa kagum dengan penyelidikan serta persembahan pelajar kami," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA



Pasukan MRSM Alor Gajah diwakili oleh Mohd Hafizuddin Ya'akop, Nuraziidah Amirruddin, Abdul Aiman Akmal Rahmat dan Noraza Hanafiah yang dibahagikan kepada dua pasukan.

Pertandingan selama empat hari itu melibatkan 206 produk rekaan serta ciptaan terkini oleh pelajar-pelajar muda dari pelbagai negara seperti Jepun, Hong Kong, Taiwan, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Singapura.

Menurut Mohamad Rizal, kumpulan pelajar muda kreatif dan inovatif itu menghasilkan projek berkenaan dalam tempoh setahun atau dua semester sebagai projek kajian minat mereka atau Schoolwide Enrichment Model (SEM).
""Pelajar telah dilatih dengan menyertai pelbagai pertandingan peringkat dalaman iaitu di maktab sendiri, kemudian ke pertandingan Tunas Saintis peringkat MRSM, seterusnya menyertai pertandingan di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis," jelasnya.






0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .