Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kisah Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010

Kisah Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010

Peristiwa ini sudah berlalu lama tetapi ia dimuatnaik di sini sebagai perkongsian kisah kejayaan insan-insan cemerlang, yang datang dari luar bandar dan juga Orang Kelainan Upaya.

Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010

Majlis tersebut juga turut memberi anugerah kepada calon kategori luar bandar terbaik dan calon pelajar istimewa mengikut kategori masing-masing.

Syivero Patrick yang bekerja sambilan sebagai tukang rumah 
untuk menampung perbelanjaan persekolahannya untuk 
membantu bapanya Patrick Jimmy & ibunya Lompah Kinson yang hanya bersawah.


Calon dari SMK Kota Marudu, Sabah, Syivero Patrick diumumkan sebagai pelajar terbaik kategori luar bandar

Petikan daripada Beita Harian melaporkan: 

Tukang rumah cemerlang STPM


Kesibukan memenuhi jadual pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang padat tidak melemahkan semangat Syivero Patrick, gigih bekerja sambilan sebagai tukang rumah bagi mengumpul duit membeli keperluan persekolahan dan membayar yuran peperiksaan.

Pengorbanan Syivero untuk meringankan beban ibu bapanya yang menyara hidup dengan bersawah, tidak sia-sia apabila anak kelima daripada tujuh beradik itu dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Luar Bandar dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 yang diumumkan, semalam.

Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu, Sabah, bercita-cita menjadi akauntan atau pendidik mencatat Gred A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta B+ bagi Sejarah.

“Lazimnya saya melakukan kerja sebagai tukang rumah dan membantu ibu bapa bertani ketika hujung minggu atau cuti persekolahan kerana saya berazam bekerja keras bagi mengubah nasib keluarga supaya keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, di sini.

Walaupun mereka yang diceritakan di bawah ini tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya, mereka ini mampu membuktikan bahawa kecacatan dan kekurangan diri  bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan. 



Contohnya Hazwani Ibarahim dari SMK Tun Sharifah Rodziah, Kedah (pelajar istimewa cemerlang kategori sengau).

Turut diberi anugerah atas kecemerlangan dalam peperiksaan STPM 2010 ialah penerima anugerah pelajar istimewa cemerlang kategori Spastik, Low Hong Ping; Ahmad Syakirin Johari bagi kategori Rabun; Mohd Rifaat Hussin bagi kategori Buta;  dan Chong kai Zhen bagi kategori Pekak.



Mohd Rifaat Hussin (Cemerlang Kategori Buta) bersama sijil STPM Braille

Petikan daripada Beita Harian melaporkan: 

Penerima Anugerah Pelajar Istimewa Cemerlang (Kategori Spastik), Low Hong Ping dari SMK St John di sini, pula berkata antara dugaan getir dihadapinya ialah apabila terlantar dua bulan di hospital akibat radang paru-paru, menjelang STPM 2010.

“Selepas sembuh, saya tidak berputus asa mengejar semula pelajaran yang tertinggal kerana tidak mengambil tuisyen,” katanya yang mendapat A bagi subjek Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta A- Pengajian Am dan Matematik S.

Rakan sekolahnya, Mohd Rifaat Hussin, yang cacat penglihatan sejak berusia 15 tahun pula memperoleh 2A, 2A- dan 1B-, sekali gus merangkul anugerah Pelajar Istimewa Cemerlang (Kategori Buta).

Terima kasih kepada penulis blog Kembara Hidup,di sini, di atas perkongsian pengalaman beliau ini. 
 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .